Vous êtes sur la page 1sur 1

PENGGUNAAN TEMPLET LUT SINAR DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGANYAM SIKU KELUANG BAGI MURID-MURID TAHUN TIGA

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran menganyam
siku keluang dikalangan murid-murid tahun 3 dengan menggunakan Templet
Lut Sinar. Tujuan dan objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membantu
murid-murid meningkatkan kemahiran menganyam siku keluang. Di samping
itu, kajian ini juga adalah untuk melihat kekemasan hasil anyaman murid dan
melihat keberkesanan
pengajaran yang dilaksanakan. Pemerhatian
,temubual dan analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian.
Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan dalam dalam
penghasilan anyaman siku keluang dan kekemasan hasil anyaman. Subjek
kajian terdiri daripada tiga orang murid tahun tiga. Data telah dianalisis
dengan menggunakan analisis diskriptif (peratus). Refleksi kajian
menunjukkan bahawa masalah dalam kemahiran menganyam ini berpunca
daripada kaedah anyaman biasa yang digunakan tidak membantu murid
berkenaan. Templet Lut Sinar yang dihasilkan dan digunakan untuk
membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi iaitu kemahiran
anyaman dari aspek cara anyaman dan kekemasan. Dalam intervensi yang
dijalankan murid-murid dikehendaki menggunakan Templet Lut Sinar dengan
sedikit bantuan. Selepas menggunakan Templet Lut Sinar penyelidik
mendapati hasil anyaman murid betul dan kemas berbanding sebelum
penggunaan Templet Lut Sinar. Implikasi dari penggunaan Templet Lut Sinar
ini memperlihatkan murid-murid boleh dan lebih berminat dalam
menghasilkan anyaman siku keluang.

Vous aimerez peut-être aussi