Vous êtes sur la page 1sur 5

Seorang Pengail

Mengisahkan Untung yang mengail di Lahar Yoi milik seorang yang kaya tanpa
izinnya. Orang kaya itu juga memiliki tanah yang telah diduduki Untung. Oleh itu
untuk membayar hutangnya itu, orang kaya itu menyuruh Untung menghantar
setiap hari seberkas kayu api ke rumahnya. Pada suatu hari, rumah orang kaya
itu terbakar dan musnah menjadi abu. Untung dipersalahkan kerana kayu apinya
penyebab kebakaran. Sari, anak

orang kaya itu membela Untung dengan

menyalahkan dirinya yang merupakan penyebab rumah itu terbakar semasa dia
memasak. Tidak lama selepas itu, sari sakit kuat dan menurut bomoh , hanya
Untung boleh menyembuhkannya. Untung merawat Sari dan

orang kaya itu

telah merestui perkahwinan mereka.


Jelenggai
Jelenggai tersesat ke dalam hutan dan terjumpa sebuah pondok yang diduduki
oleh seorang gadis bernama Bongsu Bintang Banyak. Selepas lama menetap di
situ dengan izin gadis itu, dia berkahwin dengan Bongsu dan telah mendapat
seorang anak bernama Selamuda. Suatu hari Jelenggai ternampak tempayan
tertutup rapat

di dapur lalu membukanya. Dia ternampak orang sedang

menanam padi di dalam tempayan itu. Bongsu mengatakan Jelenggai telah


melanggar sumpah dan dia perlu dihukum bersama anaknya untuk masuk ke
dalam tempayan tersebut. Sejak itu, kaum Dayak menanam padi pada Ogos
dan September kerana ketika itu, bintang tujuh beradik muncul di langit.
Semut dan Cengkerik
Mengisahkan

seekor

cengkerik

yang

pandai

bernyanyi

dan

telah

memperlekehkan semut yang mengumpulkan makanan ke dalam sarang mereka


untuk mengelakkan dilanda kesusahan pada masa depan. Tidak lama kemudian,
musim kemarau tiba dan makanan cengkerik habis layu. Dia meminta
pertolongan semut untuk memberinya makanan dan tempat perteduhan. Namun
disebabkan saiz cengkerik yang agak besar, mereka terpaksa mencabut kaki dan
tangan cengkerik bagi membolehkannya masuk ke sarang mereka. Tidak lama
kemudian, cengkerik itu mati.
Kerbau Balar
Mengisahkan dua ekor kerbau berkulit merah yang dipulaukan kerbau-kerbau lain
yang berwarna hitam. Suatu hari, mereka terdengar perbualan tuannya yang

ingin memindahkan mereka ke tempat lain. Tidak lama kemudian, kedua-dua


kerbau balar itu telah tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau seperti
yang dikatakan tuannya. Maka, mereka telah melarikan diri ke hutan dan semua
kerbau yang lain telah disembelih. Sejak dari itu, kerbau tersebut menjadi kerbau
liar yang susah ditangkap.
Anak Si Miskin dengan Raja Nyamuk
Mengisahkan Junah yang selalu diseksa ibu tiri dan kakak tirinya. Suatu hari
Junah disuruh untuk memetik pucuk pakis di hutan

dan banyak nyamuk

menghisap darahnya. Lalu dia meminta nyamuk-nyamuk tersebut membawanya


berjumpa Raja Nyamuk tersebut sebelum dia mati. Junah dibawa berjumpa raja
nyamuk dan dia merayu kepada raja nyamuk supaya tidak menghisap darahnya
lagi. Raja Nyamuk berjanji menyuruh rakyatnya untuk tidak mengganggu Junah.
Selepas itu, Junah telah dijamu makanan, minuman serta diberi barang kemas.
Melihat Junah membawa barang kemas yang banyak, Ibu tirinya menyuruh kakak
tirinya iaitu Liah pergi berjumpa Raja Nyamuk. Semasa berjumpa Raja Nyamuk,
Liah telah meninggikan

suaranya dan sebab itu dia dihukum untuk

dihisap

darahnya.

Sembilang Kuala Sawah


Mengisahkan Cik Sambi yang telah bertukar menjadi seekor ikan kerana tidak
mendengar nasihat Tuk Ujang. Tuk ujang telah dimaklumkan di dalam mimpinya
bahawa tasik yang mengandungi ikan itu adalah tasik kepunyaan penduduk
kayangan dan ikan

tersebut peliharaan tuan puteri raja. Sesiapa yang makan

akan ditimpa bencana. Cik sambi telah menebar jala ke tasik tersebut dan
mendapat banyak ikan keli. Ikan tersebut telah diratahnya sebelum dia tidur.
Keesokan harinya, Cik Sambi telah bertukar menjadi ikan. Rupanya seperti ikan
keli tetapi warnanya tidak hitam dan bentuknya lebih besar. Ikan tersebut
dinamakan Sembilang Kuala Sawah.
Kalelen
Mengisahkan seorang pemuda yang pelupa. Dia sering terlupa dalam membuat
sesuatu perkara sehingga pada suatu hari, dia terjumpa seorang tua

yang

mempelawanya minum air. Selepas diberitahu namanya Kalelen, orang tua itu

menyarankannya untuk menukar namanya yang bermaksud lupa kepada Ojo


Kalelen yang bermaksud Jangan Lupa. Sejak dari itu, dia tidak pelupa lagi.
Janda Baik
Mengisahkan tentang sebuah keluarga di daerah Bentong. Terdapat suami isteri
yang telah bercerai kerana tiada persefahaman dan tidak memperoleh anak.
Suami itu telah memukul sebelum menghalau isterinya keluar dari rumah. Selang
beberapa bulan kemudian, si suami itu berkahwin semula dengan

perempuan

yang muda dan cantik. Mereka dikurniakan lima orang anak. Keluarga ini hidup
serba kemiskinan sehingga tahap tidak cukup makanannya. Lama kemudian,
isterinya meninggal dunia dan tinggallah si suami seorang sahaja menyara anakanaknya itu. Suatu hari, si suami itu telah membawa anak-anak tersebut ke
hutan dan telah meninggalkan anak tersebut di hutan itu. Anak-anak tersebut
telah tersesat ke rumah gergasi dan meminta tolong seorang perempuan tua
yang bekerja di rumah itu. Gergasi telah menghidu bau manusia yang hadir ke
rumahnya. Dengan bantuan Perempuan itu, mereka terselamat dan dibantu oleh
perempuan itu untuk melarikan diri dari rumah tersebut. Sebelum melarikan diri
bersama budak-budak itu, perempuan itu telah mengambil semua emas milik
gergasi itu. Kelima-lima adik-beradik tersebut telah membawa perempuan itu
balik ke rumah

mereka. Di situ, ayahnya yang menyesal membuang anak-

anaknya telah menerima mereka kembali. Rupa-rupanya juga, perempuan itu


adalah bekas jandanya. Sejak dari itu, mereka sekeluarga hidup aman damai
dengan bantuan emas yang di ambil perempuan itu. Begitulah asal usul nama
Kampung Janda Baik.
Gergasang
Mengisahkan kebijaksanaan Petir, Guntur dan Taufan dalam menghalau gergasi
yang

menangkap

penduduk

kampung

untuk

memakannya.

Dengan

menggunakan tali sebesar lengan, sisir besi yang digunakan untuk membajak
tanah dan seekor kura-kura abau sebesar bantal terikat di pokok, mereka berjaya
menakutkan gergasi dengan menyamar menjadi Gergasang yang jauh lebih
besar daripada gergasi itu. Gergasi itu melarikan diri ke tempat asalnya dan
orang Kampung Teluk bayu berterima kasih kepada mereka atas keberanian dan
kepintaran mereka menghalau gergasi itu.
Nasi Menjadi Bunga

Berkisar tentang seorang perempuan tua dan cucu perempuannya yang


merupakan penjaja kuih. Suatu hari mereka ternampak nasi menangis dan telah
bertaburan di tanah. Lalu nasi itu dikutip dan dikarangnya menjadi bunga yang
harum. Apabila dijualnya, ramai yang membeli dan disebabkan itu, kehidupan
mereka berubah menjadi senang. Perempuan itu cuba untuk menyembahkan
bunga daripada nasi kepada raja tetapi dihalang oleh pengawal. Tuan Puteri yang
terbau bunga tersebut ketika itu mencari bauan itu namun tidak diketemui lalu
mula jatuh sakit. Ayahandanya telah mencari punca bau itu dan terjumpa bauan
itu daripada rumah perempuan tua. Maka perempuan itu dan cucunya telah
dibawa tinggal bersama-sama di istana dan penyakit Tuan puteri mula pulih.
Apai Saloi
Mengisahkan Apai Saloi yang bodoh dan sering dipergunakan Apai Seumangumang. Suatu hari Apai Seumang-umang telah mengajak Apai Saloi merantau
selama sebulan untuk mencari harta. Mereka telah terjumpa sebuah gua dan di
dalam gua itu, terdapat banyak harta karun. Apai Seumang-umang tidak
membawa bekas untuk meletakkan harta itu, lalu menyuruh Apai Saloi menjaga
sementara dia mencari rotan untuk dibuat bangkat. Semasa menjaga harta itu,
Apai Saloi telah didatangi oleh pengawal-pengawal diraja yang memegang kemas
senjata mereka. Lalu ditanya mengapa Apai Saloi berada di situ. Apai Saloi
mengatakan dia menjaga harta kepunyaan Raja. Harta itu dibawa pulang ke
istana bersama Apai Saloi dan dia telah dipuji oleh Raja.
Puteri Sanggul
Mengisahkan Puteri Sanggul Berjurai yang telah kematian ayah bondanya dan
telah hidup miskin serta menyendiri. Suatu hari Puteri Sanggul Berjurai telah
terjumpa sekeping daging milik seorang

lelaki yang mempunyai niat jahat.

Dengan helah Puteri Sanggul, dia berjaya melepaskan diri dengan perahu milik
lelaki tersebut. Perahu itu telah bergerak sendiri dengan takdir Allah dan
dihanyutkan ke negeri China. Semasa perjalanan itu, beliau bertemu Puteri Paku
Mayang dan terus meneruskan perjalanan ke negeri China bersama-sama.
Kedua-dua puteri dibawa menghadap Raja China dan baginda telah berkenan
dengan

Puteri

Paku

Mayang

yang

memakai

pakaian

yang

berkilat-kilat

berbanding Puteri Sanggul yang berpakaian buruk. Puteri Paku Mayang telah
menjadi Pemaisuri baginda dan Puteri sanggul pula menjadi penghalau burung di
huma. Puteri Paku Mayang mempunyai perangai yang tidak digemari oleh

penghuni istana dan telah berbohong kepada Raja China. Oleh itu, dia
dihanyutkan ke laut semula dan Raja China mengambil Tuan Puteri Sanggul
menjadi permaisurinya.

http://umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=5619#sthash.ODiQWIuF.dpbs

Vous aimerez peut-être aussi