Vous êtes sur la page 1sur 38

SANG WAHABI MENCARI

TUHAN DAN VERTIGO


TINNITUS: BUKTI
TAABUDIYYAH DALAM
SOSIOLOGI MELAYU.
Nurul Naemah Bt. A. Wahab
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan
Kertas ini bertujuan menganalisis dua
cerpen yang dipilih di dalam kumpulan
cerpen Sepi Makin Memanjang (2013)
karya Azizi Haji Abdullah.
Kedua-dua karya yang dipilih bertajuk
Sang Wahabi Mencari Tuhan dan Vertigo
Tinnitus.
teori Taabudiyyah yang diperkenalkan
oleh Sasterawan tempatan negara iaitu
Mana Sikana telah digunakan.
Pendekatan Sosiologi Melayu turut

Sinopsis

Sinopsis Sang Wahabi


Mencari Tuhan.
Sang wahabi dituduh penganut
fahaman Wahabiah oleh orang
kampungnya kerana mengamalkan
amalan yang bertentangan dengan
orang kampungnya.
Sang wahabi mahu membawa
pendekatan baharu untuk mengajak
masyarakatnya mencari Tuhan . Oleh
itu, dia telah membawa diri ke dalam
rimba dengan biolanya kononnya
ingin mencari Tuhan menggunakan

Sambungan
Ketika berada di rimba, bunyi-bunyi
alam telah membuatkan Sang Wahabi
dapat merasakan Tuhan berada di
hadapannya, yang sedang
memerhatikan ketauhidannya .
Akhirnya, dengan berbekalkan sifat
percayanya dengan berdakwah melalui
biolanya , dia pulang ke tempatnya
untuk mengajar masyarakatnya untuk
mengenal Tuhan melalui gesekan
biolanya.

Sinopsis Vertigo Tinnitus


Kisah Sakunta yang telah menghidap
satu penyakit yang pelik di namakan
vertigo Tinnitus.
Vertigo Tinnitus merupakan satu
bentuk penyakit gangguan
keseimbangan dalam telinga dan
seterusnya menyebabkan dia hilang
keseimbangan.
Sakunta bukan sahaja terdengar
bunyi desingan malahan bunyi suarasuara yang seakan-akan

Sambungan
Dengan bantuan seorang Imam, penyakit
Vertigo Tinnitus disebabkan rohani
Sakunta yang lemah serta sifat ego dan
kebongkakannya berjaya dirungkai dan
dicari jalan penyelesaian.
Sakunta akhirnya sedar akan silap yang
dihasilkan olehnya dirinya sendiri dan
ingin kembali ke tempat tunggul yang
pernah disepaknya untuk tujuan meminta
maaf kepada alam semula jadi yang
dimusnahkan dan telah dimaki
hamunnya.

Kekuatan Teori Taabudiyyah


sebagai Teori Sastera Islam
Menurut Mana Sikana dalam
bukunya bertajuk Dari Barat Ke
Timur: Teori dan Kritikan Sastera ,
Sastera Islam telah muncul
bersama-sama kedatangan agama
Islam ke Alam Melayu
Kesedaran untuk kembali kepada
sastera Islam dibincangkan dalam
Seminar Sastera Islam di
Terengganu pada tahun 1973.

Sambungan..
Terdapat dua buah teori yang
mendapat kedudukan dalam
kalangan khalayak, iaitu teori
takmilah dan teori taabudiyyah.
Mana Sikana dalam bukunya Dari
Barat Ke Timur: Teori dan Kritikan
Sastera (2013a) berpendapat antara
teori taabudiyyah dengan takmilah
mempunyai konsep prisip yang
sedikit berbeza, meskipun ia berasal
daripada sumber yang sama, iaitu

Sambungan..
Teori sastera taabudiyyah lebih
mendekati prinsip Islam yang umum
dan sederhana, yang berprinsipkan
teras kritikan sastera Islam yang
dibina sejak zaman Rasulullah S.
A.W sehingga ke zaman
pemerintahan Bani Umaiyah dan
Abbasiyah.
Teori takmilah pula lebih cenderung
dan mirip kepada teori sastera
bersifat sufi, yang menjadi tujuan

Erti Pendekatan Sosiologi


Melayu.
Pendekatan berbentuk
kemasyarakatan yang lebih bersifat
kontekstual atau ekstrinsik.
Pendekatan ini lebih membicarakan
aspek luaran teks, seperti sudut
latar pengarang, meneliti
hubungan, peranan dan fungsi
sastera terhadap masyarakat
Melayu (Mana Sikana, 2013b).

Sambungan..
Pendekatan sosiologi jika dikaji
secara mendalam akan
memperlihatkan suatu skop yang
amat luas dalam bidang sastera.
Pendekatan sosiologi hanya
tertumpu kepada sosio budaya
Melayu yang dinamakan sebagai
pendekatan sosiologi Melayu.

Prinsip
Teori Taabudiyyah
dan
Pendekatan Sosiologi
dalam karya.

Fasa Teori Taabudiyyah


Pengukuha
n Akidah
4. Kesan
dan
fungsi
Karya.

Pembentukan
Akhlak Islamiah
Prinsip Teori
Taabudiyyah

3. Teknik
Penulisan

2. Isi
karya

1. Latar
Belakang

Kaitan Latar
Belakang
Pengarang dan
Idealisme
Kepengarangann
ya

Kaitan Latar Belakang


Pengarang dan Idealisme
Kepengarangannya
Latar belakang pengarang seperti riwayat
hidup pengarang, kemasyarakatan,
pendidikan, alam sekitarnya dan nilai hidup
yang diamalkan oleh pengarang akan
dibicarakan.
Mohd Mansor Abdullah (2013) di dalam kertas
kajiannya bertajuk Pemikiran Azizi dalam
Empat Dramanya , Azizi Haji Abdullah juga
merupakan pengarang yang cenderung ke
arah pengalihan pengaruh latar belakangnya
ke dalam setiap teks karya yang diciptanya.

Latar Belakang
Azizi Haji Abdullah dilahirkan di Kampung Bukit
Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April
1942.
Dibesarkan oleh ayahnya Haji Abdullah, iaitu
seorang Tok Imam di kampung yang
berlatarbelakangkan desa permai yang teletak
di tepi bukit dan dikelilingi sawah bendang.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu
Bukit Meryam dan kemudian ke Sekolah Agama
Dairatul Maarif Al Wataniah, Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Latar Belakang
Sepanjang era kerjayanya, Azizi Haji Abdullah
berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di
Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah
bermula tahun1965 sehingga tahun 1997.
Selepas bersara dalam dunia pendidikan, Azizi Haji
Abdullah telah menjadi Editor Utusan Pengguna
terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Di samping itu, beliau juga merupakan penulis
kolum beberapa buah majalah dan akhbar (Abdul
Rahman Abdul Aziz, 2013).
Beliau juga menimba ilmu kepengarangan di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan
asuhan beberapa orang tokoh sasterawan di sana.

Prinsip Teori
Taabudiyyah dan
Sosiologi Melayu
dalam Sang Wahabi
Mencari Tuhan
Isi Karya

Teknik
Penulisan

Kesan atau
fungsi karya

Isi Karya
Pengertian isi merujuk kepada persoalan
seperti tema, pemikiran, ideologi, premis dan
falsafah agama yang digunakan oleh penulis.
Isi karya yang ditonjolkan oleh penulis dalam
karya isi adalah mengenai persoalan akidah
yang berasaskan fahaman Wahabiah.
Contoh:
Sang Wahabi telah terikut-ikut fahaman
Wahabi setelah pulang daripada belajar di
Jordan dan Mesir.
Persoalan utama yang menjadi konflik di
dalam cerita ini apabila masyarakat
tempatan tidak menerima amalan yang

Hubungan Sosio-budaya
Melayu dengan persoalan
Masyarakat Melayu Islam yang
berada di sekeliling Sang Wahabi
bersikap prejudis dengan segala
perbuatan yang diamalkan oleh
Sang Wahabi dianggap menyalahi
etika atau bertentangan dengan
ajaran agama.

Teknik Penulisan
Estetika karya melalui gambaran:
Gambaran diolah dengan sempurna oleh
penulis dengan cara meyakinkan para
pembaca supaya timbul perasaan
realistik bagi situasi yang di alami Sang
Wahabi.
Contoh:
Subhanallah lalu dia terbisik sendiri.
Gesekannya tidak sia-sia mencari Tuhan. Dengan
seluruh perasaannya, dia menolak dan menarik tali
biolanya dengan jari terketar-ketar, menggeletar,
dengan siku-menyiku dan apitan bahu dengan
dagu. Dia telah membentuk rasa dan jiwanya
sendiri. Dirasakannya ada semacam perasaan yang

TEKNIK PENULISAN
Bentuk teknik penulisan yang
tertumpu kepada bahasanya dan pada
verifikasi serta majas-majas.
Penulis cenderung menyampaikan
gambarannya dengan bahasa prosa
(nasr) atau simbol (ramzi)
Penggunaan stilistik atau gaya bahasa
yang menjadi hiasan dalam cerpen
tersebut seperti hiperbola, analogi,
metafora, tasybih (simile) serta lainlain lagi.

Contoh:
.. Bahu kanannya melonjak bagaikan bonggol
kecil. Rasa-rasanya dia sangat taqarrub dengan
Rab. Dia pun menelaah Rubbubiah. Menyusul
pula pertumbuhan rasa dan zauqnya seperti
kanak-kanak normal. Dirunutnya sungguhsungguh. Terasa seperti ibunya bersenandung
mesra. Terasa seperti seorang perempuan,
Paulina Koch, yang mengajar Einstein menggesek
biola dihadapannya.
(Azizi Haji Abdullah,2013: 24)

TEKNIK PENULISAN
Mengutamakan penggunaan;

-Lohgat bahasa tidak formal.


-Ayat yang berulang-ulang
-Ayat yang pendek-pendek
Bagi membolehkan pembaca dominan
yang terdiri daripada masyarakat melayu
dapat memahami dengan mudah

Contoh:
Aneh, tidak ada sesiapa pun yang
mengganggu. Ada asap putih berat,
mengangkat diri sendiri dan hilang tidak
semena-mena. Kehijauan pokok sangat
menenteramkan. Ada curam sungai yang
air jernih mengalir. Berjajaran pokok-pokok
tinggi seperti memagari tebing.
(Azizi Haji Abdullah,2013: 18)

Kesan atau fungsi karya


Pengukuhan akidah umat
Islam.
Contoh:
Gambaran perjalanan seorang Muslim
iaitu watak Sang Wahabi yang cuba
mencari pendekatan untuk lebih
mendekatkan dirinya dengan Tuhan.
Dalam pencariannya, Sang Wahabi
tidak berputus asa selagi tidak
merasakan wujud sifat ketauhidan
Tuhan dalam dirinya.

Kesan atau fungsi karya


Menyalurkan kepada pembaca
mengenai kepercayaan kepada
kekuasaan Tuhan.
Contoh:
Gambaran aspek alam yang indah bagi
membuktikan sifat kekuasaan Tuhan yang
menciptakan alam semulajadi. Hal ini
selaras dengan tuntutan rukun iman yang
pertama iaitu percaya kepada Tuhan.

Prinsip Teori
Taabudiyyah dan
Sosiologi Melayu
dalam Vertigo
Tinnitus
Isi Karya

Teknik
Penulisan

Kesan atau
fungsi karya

Isi Karya
Tema utama yang ingin
disampaikan oleh penulis adalah
mengenai isu tasawwuf atau moral
Contoh:
Sakunta telah digambarkan oleh
penulis sebagai seorang yang
mempunyai keperibadian yang
bongkak.

Isi Karya
Persoalan seterusnya
mengenai sikap mengasingasingkan taraf darjat hidup.
Contoh:
.. Yang dijemput bukan fakir miskin,
tetapi rakan-rakan cendekiawan,
ilmuwan, sarjana, politikawan, dan
profesor, di samping memberitahu
bahawa dia telah khatam segala buku di
perpustakaannya.
(Azizi Haji Abdullah,2013: 191)

Hubungan Tema dan persoalan


dengan Sosio-budaya Melayu.
Sikap tidak merendah diri atas
nikmat sebagaimana yang digambar
di dalam petikan tersebut bukanlah
ajaran atau nilai moraliti yang telah
diterapkan dalam warisan bangsa
Melayu itu sendiri.
Hal ini dapat dibuktikan melalui
pelbagai peribahasa telah dicipta
bagi menolak sikap sombong dan
tidak merendah diri ini.

TEKNIK PENULISAN
Penulis telah menggunakan estetika
bahasa Islam bagi melahirkan dasar
tentang makna.
Segala unsur yang diaplikasikan oleh
penulis berbentuk lafaz, fasahah, dan
balaghahnya berpuncak kepada makna
yang ingin disampaikan.

Contoh:
...Astaghfirullahal Azim... Kali ini dia
mengagumi dirinya sendiri. Entah
mengapakah tiba-tiba dia merasai begitu.
Ego dan ujub serta riak tiba-tiba singgah
di sudut kalbunya. Hanya sanya yang
jelas, dia terasa sudah sampai masanya
dia berasa berbangga kerana sudah
dapat menduduki Madaarij yang teratas
dan sudah mampu menggapai beberapa
buah buku yang dikehendakinya.
(Azizi Haji Abdullah,2013:209)

TEKNIK PENULISAN
Penulis turut menggunakan teknik penulisan
yang amat dekat dengan masyarakat melayu
sendiri.
Penggunaan istilah-istilah yang dianggap kasar
dalam masyarakat melayu memperlihatkan
keadaan realisme yang sering berlaku dalam
komuniti melayu sendiri.
Contoh:
Penggunaan ayat dialog seperti hoi! Dan
celaka yang menunjukkan gambaran
yang bersifat realistik kepada pembaca.

Kesan atau fungsi karya


Betapa pentingnya sikap merendah diri
sesama insan, masyarakat dan juga alam.
Penulis ingin menyampaikan pentingnya
pengukuhan moraliti serta rohaniah seseorang
individu muslim bagi melahirkan insan yang
Contoh:
berakhlak mulia.
Sakunta ditimpa balasan atas masalah yang
ditimbulkan atas sikap bongkaknya kepada
persekitaran sekelilingnya. Setelah menyedari
kesalahan yang diciptanya sendiri, barulah Sakunta
insaf dan memahami erti merendah diri dengan
persekitaran dan juga alam sekeliling.

Kesimpulan
Teori Sastera tempatan berunsurkan Islam
mempunyai sifat dan cirinya yang tersendiri
bagi mengukuhkan dan menguatkan
pengaplikasiannya dalam dunia sastera
Melayu.
Dengan teori dan kritikan Islam yang telah
diperkenalkan dan dikembangkan oleh para
pengkaji sastera tempatan membantu
mempertingkatkan mutu serta keperibadian
tersendiri seni Sastera Melayu berunsurkan
Islam.

Terima
Kasih

Vous aimerez peut-être aussi