Vous êtes sur la page 1sur 30

PERLOMBONGAN

JENIS-JENIS SUMBER
TABURAN DAN JENIS
AKTIVITI : KAJIAN KES
MALAYSIA
• Sektor perlombongan sangat penting di Malaysia.
• Mineral logam:-bijih timah , besi , bauksit , kuprum ,
emas dll .
• Mineral bkn logam:-marmar,tanah liat dan fosfat.
• Mineral yg blh membekalkan sumber kuasa:-
petroleum , gas dan arang batu.
Jenis Mineral Lokasi utama perlombangan

Petroleum Luar pantai Terengganu,Pantai Barat Sabah


sprti-Medan petroleum
Tiong,Guntong,Tapis,Semangkuk

Gas asli Luar pantai Terengganu,Sabah,Serawak

Bijih timah Lembah kinta di Perak,Kuala Langat,Kota


Tinggi

Bijih besi Semeling Kedah dan Ipoh Perak

Bauksit Teluk Ramunia dan Seri Medan Johor

Tembaga Mamut Sabah

Emas Bau di Serawak , Raub di Pahang, Lubuk


Mandi Terengganu.
PETROLEUM

• Sektor perlombongan paling penting kpd Malaysia .


• Djlankan sejak 1909 bermula di Miri , Sarawak .
• Dianggarkan simpanan petroleum mentah sebanyak 3
bilion tong.Dijangka digunakan 20 tahun akan datang.
• Simpanan petroleum mentah :- luar pantai
Terengganu,Sarawak, dan Sabah . Petroleum yang
dilombong di luar pantai Terengganu ditapis:- di Kerteh ,
Port Dickson dan Tangga Batu.
• Manakala petroleum yang dilombong di luar pantai
Sabah dan Sarawak ditapis :- di Lutong, Sarawak
GAS ASLI

• Bahan mineral yang terhasil di kawasan


perlombongan petroleum.
• Simpanan gas asli utama Malaysia terletak di
Terengganu,luar pantai Sarawak dan luar pantai
Sabah.
• Gas asli yang dilombong luar pantai Terengganu
diproses di Kerteh(daerah Kemaman Terengganu).
• Kegunaan sebagai sumber tenaga elektrik.Contohnya
Pusat Elektrik Paka di Terengganu.
• Pusat Elektrik Paka – pusat utama
pengeluaran elektrik bersumberkan
gas asli.
• Bekalan tenaga gas asli meliputi
hampir separuh drpd sistem grid
tenaga elektrik di Semenanjung
Malaysia.
BIJIH TIMAH

• Pernah muncul sebagai sektor utama yg menjana


ekonomi negara sekitar 1960-1970-an . Kini merosot.
• Tahun 2001,terdapat 33 buah lombong bijih timah yg
masih beroperasi.Antaranya:- lombong kapal
korek,lombong pam kerikil , lombong dedah dan
kolong.
• Lembah Kinta , Perak - kawasan utama
perlombongan bijih timah
• Faktor-faktor kemerosotan pengeluaran bijih timah:-

a) Kemelesetan ekonomi dunia.Berlaku pada tahun 1985.


(harga bijih timah antarabangsa turun mendadak)
b) Terdapat banyak bahan pengganti lain yg murah dan
mudah diperolehi berbanding bijih timah.-terutama
industri pengetinan makanan.
c) Botol plastik,kaca ambil alih fungsi bijih timah.
d) Simpanan sumber bijih timah negara semakin
berkurangan.(penjajahan Inggeris).
e) Kos tinggi
ARANG BATU

• Menghasilkan tenaga elektrik


• Penting selepas pertoleum dan gas asli.
• Digunakan bagi menjana tenaga elektrik.
• Contohnya:- stesan jana kuasa milik
Perbadanan Pembekalan Elektrik di Sejingkat ,
Sarawak yang beroperasi menggunakan arang
batu .
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
KEGIATAN PERLOMBONGAN
1. Stok/ simpanan sumber mineral yang ada
2. Faktor fizikal
3. Faktor ekonomi
4. Faktor teknologi
5. Tenaga buruh dan kepakaran
6. Kemudahan asas
7. Dasar kerajaan / polisi governan
1 – STOK SUMBER MINERAL
• Malaysia kaya dengan hasil mineral.
• Kadar simpanan stok dan kualiti mineral menentukan
jangkamasa operasi perlombongan sesuatu mineral.
• Sumber yang banyak dapat memberi impak positif.
– Petroleum : 30 bill tong > keperluan 20 tahun.
– Gas asli : 84.2 trill kaki padu > pelbagai kegunaan.
• Sumber yang sedikit memberi impak negatif.
– Operasi perlombongan terpaksa dihentikan
– Bijih timah dan bijih besi : aktiviti kurang kerana
sumber hampir pupus
2 – FAKTOR FIZIKAL
• Faktor penggalak :
– Kedudukan geografi Malaysia di atas pentas sunda
• Laut cetek + sumber petroleum dan gas asli yang banyak =
memudahkan proses penggerudian.
– Kawasan lembangan sungai yang rendah dan terdapat timah
lanar memudahkan aktiviti melombong sumber mineral.
• Keutamaan perlombongan diberi kepada bijih timah.
• Faktor penghalang :
– Kawasan tanah tinggi
– Kawasan Banjaran Titiwangsa (bijih timah telerang) sukar
dilombong.
3 – FAKTOR EKONOMI
• Aktiviti perlombongan bergantung kepada harga dan
permintaan serta keupayaan modal.
• Harga, pemintaan dan keupayaan modal yang tinggi
akan meningkatkan aktiviti perlombongan,
seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran.
• Malaysia :
– Perkembangan pesat sektor perindustrian dan
pengangkutan : permintaan tinggi petroleum dan gas asli.
– Industri pateri, piuter dan penyaduran – bijih timah.
– Modal yang kukuh menjamin kegiatan perlombongan.
• PETRONAS dan pelaburan dari syarikat-syarikat luar
4 – FAKTOR TEKNOLOGI
• Penggunaan teknologi moden dan canggih
meningkatkan proses pengeluaran.
– Teknologi tinggi diimport atau diperoleh hasil
usahasama dengan syarikat asing.
• Keupayaan teknologi turut diperoleh daripada
proses penyelidikan dan pembangunan.
– Mengesan lokasi sumber petroleum – teknologi seismik
dan satelit.
– Minyak pelincir syntium dihasilkan oleh PETRONAS
setaraf dengan formula one.
5 – TENAGA BURUH DAN
KEPAKARAN
• Sumber buruh mahir :
– Menyumbang kepakaran dalam kejuruteraan
petroleum, R&D kawalan mutu dan sebagainya.
– Malaysia kurang sumber buruh mahir.
– Oleh itu ;
• Meminjam sumber tenaga buruh dari luar
• Mengadakan program latihan dan kursus jangka
panjang untuk pekerja tempatan.
• UTP dan UTM
6 – KEMUDAHAN ASAS
• Kewujudan pelbagai kemudahan asas
mempengaruhi ketersampaian kepada sumber
mineral seperti sistem pengangkutan,
pelabuhan, simpanan, pemasaran dan lain-
lain.
• Bijih timah – kereta api (zaman dahulu)
• Petroleum – sistem paip dan kapal tangk
7 – FAKTOR GOVERNAN
• Dasar kerajaan termasuklah ;
– Kuota pengeluaran
– Kelulusan permit
– Sistem percukaian  dikenakan kepada
– Insentif pelaburan syarikat cari gali
– Usaha R&D
• Usaha cari gali : PETRONAS
• Pengawalan aktiviti perlombongan di daratan : Pejabat Tanah
dan Galian.
• Mengesan kedudukan sumber mineral Malaysia : Jabatan
Mineral dan Geosains.
• Di era penjajahan – dieksploitasi British.
KEPENTINGAN SEKTOR
PERLOMBONGAN
KEPENTINGAN SEKTOR PERLOMBONGAN
KEPADA PENDUDUK & PEMBANGUNAN
SOSIOEKONOMI SESEBUAH NEGARA
• Menyumbangkan kepada pendapatan eksport
negara
• Membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk
• Menggalakkan pemindahan teknologi dan
kepakaran
KESAN AKTIVITI
PERLOMBONGAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN KE ATAS LANDSKAP
BUDAYA
• Wujudnya kawasan petempatan yang
berkembang menjadi sebuah pekan atau
bandar
• Wujudnya rangkaian sistem pengangkutan
• Wujudnya industri-industri yang berkaitan
dengan pengeluaran sumber mineral
KESAN TERHADAP LANDSKAP
FIZIKAL
• Tinggalan kawasan-kawasan perlombongan
membentuk lekukan, kolam, atau tasik
terutama di kawasan perlombongan bijih
timah yang menggunakan kaedah kapal korek
• Pandang darat cerun-cerun bukit yang musnah
akibat kesan-kesan pemotongan, penarahan
dan peletupan bukit
• Pandang darat kemusnahan hutan juga
berlaku akibat daripada aktiviti mencari gali
sesuatu jenis sumber mineral
• Kehilangan tanah penutup, dan gangguan ke
atas profil, struktur dan tekstur tanih yang
sukar diperbaiki
- kecenderungan berlakunya tanah runtuh &
tanah mendap
- kehilangan kesuburan tanah menyebabkan
pembentukan belukar
• Kawasan tinggalan lombong menjadi kawasan
amang yang tandus dan gersang
• Menggalakkan kejadian hakisan tanih dan
proses pemendapan di dasar sungai
-sungai menjadi cetek dan tohor
-pemendapan sisa lombong dan puin tanah
boleh mengakibatkan kejadian banjir sungai
• Penggunaan kapal korek didapati membuang sisa
perlombongan di sekitar kawasan sungai
-sungai menjadi keruh dan berkelodak
• Kerosakan cerun bukit akibat kaedah melombong
secara pam hidraulik untuk perlombongan bijih timah
telerang dan emas
-pancutan air yang kuat ke atas cerun-cerun bukit
meninggalkan kesan runtuhan, kelaran, dan retakan
yang ketara
-cerun-cerun menjadi tidak stabil dan amat
menggalakkan kejadian tanah runtuh, runtuhan
cerun dan jatuhan batu
• Pencemaran udara berlaku kesan daripada
pembebasan habuk dan debu dari kaw lombong
kuari dan pecah batu
-membebaskan banyak partikel-partikel terampai
dalam udara yang dikenali sebagai (PM10)
-fenomena pencemaran udara akan bertukar menjadi
jerebu
-Pemprosesan gas asli meningkatkan kadar
pencemaran udara akibat pembebasan bahan
pencemar udara
-bahan pencemar udara ini bertindak sebagai
nukleus kondensasi yang menyerap wap-wap air lalu
menurunkan hujan asid
• Perlombongan sumber mineral mengakibatkan
kejadian tumpahan minyak yang mencemarkan air
laut
- apabila tumpahan minyak ke permukaan laut,
proses pembauran akan bertindak sehingga
menyebabkan ketulan-ketulan minyak terbentuk
memenuhi permukaan laut
- ketulan minyak menghalang kemasukan cahaya
matahari ke bawah air maka akan menjejaskan
pelbagai jenis hidupan maritim, seperti plankton dan
terumbu karang mati & tidak boleh membiak
menyebabkan pengeluar makanan utama dan habitat
hidupan laut musnah
-apabila pencemaran air laut berlaku,
keseimbangan ekosistem marin akan
terjejas
-kemusnahan habitat menyebabkan
penghijrahan spesies berlaku, keadaan
ini boleh menjejaskan pendapatan
nelayan khususnya di pinggir pantai
LANGKAH-LANGKAH
MELESTARIKAN SUMBER GALIAN

Vous aimerez peut-être aussi