Vous êtes sur la page 1sur 14

Pembelajatan PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, memberi maksud kepada gangguan emosi
adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Ada fakta yang menyatakan bahawa memang
murid-murid kini ramai yang mengalami tekanan emosi yang kian meningkat. Chaplin (1989)
dalam Dictionary of psychology, emosi adalah keadaan yang tindak balas dari organisma
berlaku perubahan-perubahan yang disedari, yang mendalam sifatnya dari perubahan sikap
sebenar.
Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan,
gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan emosi yang ringan
selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Gangguan emosi sederhana ini dapat dilihat
dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti
marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan
sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain. Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi
fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang
mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah
laku sehariannya.
Emosi boleh juga dilihat melalui bahasa badan atau gerak geri seseorang. Bahasa
badan adalah pergerakan badan seperti postur, gerak badan dan ekspresi wajah. Misalnya,
otot-otot muka mengerut dan mengecut dalam pelbagai bentuk untuk memberi gambaran muka
yang sedang tersenyum atau menyebabkan biji mata terbeliak semasa dalam ketakutan.
Contoh-contoh jenis emosi kanak-kanak ialah seperti marah, takut, bimbang, benci, gembira,
simpati, bangga, malu, reda, cemas, kecewa, stress, terkejut dan sebagainya.
Sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah dipantau agar
emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk belajar.
Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan
peperiksaan, malah setiap aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu
murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari
segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.
1

Soalan 1
Ketika saya menjalani praktikum 3 di SJK (T) Mukundan, saya mendapati bahawa ada di
antara pelajar dari tahun 3 mengalami gangguan emosi. Tetapi gangguan tersebut bukanlah
sesuatu gangguan emosi berat malah boleh diatasi. Contoh gangguan emosi yang terdapat di
dalam kelas saya ialah emosi cemburu. Gangguan emosi ini dapat dilihat lebih jelas apabila
guru memberi peluang untuk murid-murid lain menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
guru. Murid yang mengalami masalah emosi tersebut, akan menarik dirinya daripada melibat
diri dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Murid-murid tersebut
merasa dirinya diasingkan oleh guru kerana tidak diberi peluang untuk menjawab soalan.
Kadang-kadang keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila murid-murid tersebut mula kurangkan
interaksi dengan guru.
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia. Perasaan
cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan orang lain. Sebagai contoh,
seseorang akan berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau dipandang tinggi
berbanding dirinya. Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat
dengan orang lain. Cemburu memberi makna yang sungguh mendalam dan berbeza dari setiap
individu yang berlainan. Cemburu adalah naluri manusia terhadap sesuatu benda yang amat
disayanginya. Cemburu lebih di spesifikasikan terhadap insan yang amat disayangi atau dicintai
dan kadang-kadang ia memberi satu impak yang amat bermakna dalam diri setiap individu.
Kecemburuan adalah merupakan satu sikap dan sifat yang mana takut kehilangan sesuatu
yang amat disayangi. Namun sifat cemburu mestilah ada batasnya. Jika tidak dibendung, pasti
akan mengundang padah. Sebagai contoh, kita dapat lihat peristiwa yang berlaku di dalam
kelas saya.
Punca masalah gangguan emosi cemburu berlaku di dalam kelas saya ialah muridmurid tersebut tidak mendapat peluang untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
guru. Apabila murid-murid bergiat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kadangkala guru tidak dapat memberi peluang untuk semua pelajar dalam satu tempoh masa yang
tertentu. Situasi tersebut mengakibatkan tercetusnya gangguan emosi tersebut. Ada diantara
mereka menggangap bahawa guru tidak menyayangi mereka dan guru hanya memilih kasih
terhadap murid-murid yang mereka sukai sahaja.

Tanggapan negatif tersebut mengakibatkan ada diantara mereka mula berdiam diri
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid itu mula mengasingkan diri
kerana kuat cemburu terhadap perangai guru dan rakan sekelasnya tersebut.
Cara mengatasi masalah tersebut ialah, saya mengamalkan sikap kepimpinan
demokratik di dalam kelas saya sebagaimana kita tahu bahawa kepimpinan guru bersifat
demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang
sihat, mesra dan harmonis serta mewujudkan hubungan sillaturahim antara guru dengan muridmuridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya
atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong muridmurid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kumpulan. Saya juga memberi peluang kepada untuk menjawab soalan atau melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku supaya
murid-murid merasai dirinya dihargai oleh saya sebagai guru dan rakan sekelasnya.
Seterusnya, saya mengelolakan banyak aktiviti kumpulan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk
berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, saya berikhtiar untuk merancang dan
menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek.
Aktiviti-aktiviti sebegini merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya
serta mereka tidak berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan
murid untuk menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. Hal ini secara tidak
langsung, telah mengurangkan gangguan emosi cemburu kerana semua pelajar diberi peluang
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kesaksamaan dan keadilan bagi semua pelajar dalam kelas telah mengurangkan tekanan
emosi yang sedang dialami oleh murid-murid berkenaan.
Seterusnya, saya juga menggunakan percakapan yang sesuai ketika berkomunikasi
dengan anak-anak murid saya. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan
guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di
bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,
selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan muridmurid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya, saya
3

menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian iaitu peneguhan positif seperti pujian
atau kata-kata yang merangsang diri mereka diberikan kepada murid yang menunjukkan
tingkahlaku yang baik ketika berada di dalam kelas. Sekiranya terdapat murid-murid yang
mempunyai masalah gangguan emosi seperti emosi cemburu yang dinyatakan di atas, saya
mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling bersama dengan guru bimbingan dan kaunseling
atau Guru Penolong Kanan HEM di sekolah untuk membantu mengatasi masalah peribadi
murid tersebut. Saya mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima muridmurid yang mempunyai masalah gangguan emosi cemburu dalam kumpulan mereka dan tidak
menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Saya juga memberi bimbingan kepada muridmurid tersebut supaya murid-murid tersebut memahami kesilapan mereka dan memahami
situasi guru ketika mengajar di dalam kelas.
Akhirnya, peranan unit bimbingan dan kaunseling boleh mengatasi masalah gangguan
emosi seperti di atas.

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh

menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam


pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan
konsep kendiri murid-murid.

Pengenalan

Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses
penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang
diutamakan. Proses inovasi boleh berlaku secara radikal (mendadak) atau secara berperingkatperingkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses atau
perkhidmatan. Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi
baharu, perubahan dalam sistem penyampaian, dan perubahan dalam prosedur yang boleh
menyebabkan produktiviti. Strategi pengajaran pembelajaran yang inovatif dibahagikan kepada
empat aspek iaitu pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah,
pembelajaran berasaskan elektronik dan pembelajaran berasaskan laman sesawang.

Institut Pendidikan Guru Malaysia telah merekabentuk latihan perguruan selaras dengan
visi dan misi IPGM bagi memastikan setiap bakal guru yang dilatih bersiap sedia berdepan
dengan cabaran dalam dunia pendidikan. Sebagai seorang guru pelatih di IPGKRM selama
lima setengah tahun, banyak pengalaman yang saya telah perolehi sehingga saya dapat
membentuk diri saya menjadi seorang guru inovatif dan kreatif dalam bidang pengkhususan
saya iaitu major dalam Bahasa Tamil, minor dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
Pendidikan Seni Visual.

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran

berasaskan

projek

merupakan

satu

aktiviti

pembelajaran

yang

menggunakan kaeadah pemusatan pelajar dimana guru memberi satu tajuk masalah untuk
dibincangkan oleh pelajar. Contoh projek yang saya telah hasilkan berasaskan strategi
pengajaran dan pembelajran ini ialah projek Pendidikan Seni Visual ketika berada di semester
lima. Ia merupakan salah satu projek bagi pengkhususan minor saya tetapi projek tersebut
membentuk saya diri sendiri sebagai seorang yang kreatif dan inovasi pada kali pertama.
Tugasan projek tersebut merupakan projek jangka masa pendek dan saya menghasilkan
sesuatu produk/objek yang baru. Pada awalnya, saya menganalisis masalah yang terdapat
dalam projek tersebut iaitu ramai daripada kita terutamanya sering membeli kotak untuk
menyimpan barang kemas atau perhiasan diri dari kedai. Ia memakan kos yang tinggi. Oleh
sebab itu, saya mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dan berfikir secara kritis
untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Saya menyiasat semula masalah tersebut dan akhirnya meneroka masalah itu dari
kategori data, idea, isu pembelajaran dan tindakan. Setelah meneroka masalah tersebut, saya
membuat perkaitan iaitu saya mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Oleh yang
demikian, saya berfikir secara kreatif dan inovatif dengan cara mencipta sesuatu produk yang
baru yang dikenali sebagai kotak serbaguna. Fungsi kotak serbaguna tersebut ialah pengguna
produk tersebut tidak perlu menggunakan duit yang banyak untuk menghasilkan produk
tersebut tetapi ia lebih membantu kanak-kanak atau remaja perempuan menyimpan barang
6

perhiasan diri mereka dengan kemas dan teratur. Kotak serbaguna tersebut dibuat daripada
kotak-kotak terbuang seperti kotak tisu atau kotak kasut dan sebagainya. Kita hanya membalut
kotak tersebut dengan kertas warna, lekatkan cermin muka, membuat divider dalam kotak
tersebut, menghiaskan kotak tersebut dan sebagainya. Pada asalnya, produk konvensional
ialah sebuah kotak perhiasan diri yang dibeli dari kedai. Inovasi yang saya telah cipta ialah
kotak serbaguna yang mempunyai persamaan dari segi penggunaannya tetapi ia merupakan
salah satu produk yang baharu dan dicipta oleh saya sendiri.

Walaupun projek tersebut merupakan suatu projek pendek, tetapi ia memberi impak
yang banyak untuk saya berfikir secara inovasi dan kreatif.

Pada awalnya, saya berfikir

bagaimana cara untuk menghasilkan kotak perhiasan diri itu menggunakan bahan terbuang dan
memakan kos yang rendah sangat. Projek itu akhirnya berjaya kerana saya dapat mencipta
satu produk yang baharu walaupun tidak menggunakan ict atau bahan-bahan yang berkos
tinggi. Inovasi saya telah ciptakan dapat memenuhi tugasan projek yang telah diberikan oleh
pensyarah. Projek itu dapat memberi impak kepada pengurusan diri sendiri serta memberi
pengalaman kepada diri saya sendiri untuk mengurus dan menentukan sumber, masa dan
bahan.

Inovasi adalah sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses
penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang
diutamakan. Projek yang saya telah hasilkan merupakan sesuatu yang baharu yang
mempunyai proses penstrukturan semula serta memberi manfaat kepada pengguna.

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah dikatakan sebagai satu strategi pembelajaran


melalui membuat atau melakukan. Saya memilih kajian tindakan saya bagi semester ini
sebagai satu pembelajaran yang berasaskan masalah. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan
7

masalah ini lebih kepada spesifik dan kontekstual dimana saya sebagai seorang guru pelatih
yang telah menjalani praktikum memilih kes sebenar yang berlaku dalam kelas saya iaitu muridmurid saya tidak menguasai atau mengalami masalah dalam kemahiran bercerita. Sebagai
seorang guru pelatih, saya telah menemui masalah anak-anak murid saya yang semakin
serious dan perlukan penyelesaian segera.

Sebagai jalan penyelesaian, saya menyediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi,
serta sediakan persekitaran yang selamat. Saya menggunakan penggunaan teknologi untuk
menyelesaikan masalah ini. Tajuk kajian tindakan saya ialah meningkatkan kemahiran bercerita
melalui penggunaan teknologi. Kajian tindakan yang saya telah jalankan telah membentuk diri
saya sendiri sebagai seorang guru pelatih yang kreatif dan inovatif dalam pengkhususan saya.

Sebagai langkah penyelesaian bagi masalah tersebut, saya menggunakan penggunaan


teknologi seperti power point, video, lagu kanak-kanak, animasi karton, e-buku, radio,
penggunaan youtube dan sebagainya dalam kajian tindakan saya. Penggunaan perisian seperti
e-buku, penggunaan ict dalam kajian tindakan, membantu saya menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid sekaligus dapat meningkatkan kemahiran bercerita dalam kalangan
murid-murid tersebut.
Penggunaan ict dalam kajian tindakan, membentuk diri saya untuk mengharungi
cabaran yang akan saya lalui dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan masa kini lebih
menekankan pendidikan abad ke-21. Sebagai seorang bakal guru, kita perlu mengharungi
cabaran dalam pendidikan dan perlu bersedia meningkatkan kualiti diri kita terutamanya dalam
pengunaan teknologi. Hal ini secara tidak langsung, membentuk akhlak yang tinggi serta
membentuk diri kita seorang yang berinovasi dan kreatif.

Pembelajaran berasaskan masalah ini, telah membuka minda saya untuk menguasai
teknologi yang semakin maju dalam dunia pendidikan. Kajian tindakan ini, membantu saya
meningkatkan kefahaman tentang teknologi dalam kehidupan seharian. Apa yang saya belajari
dalam pengkhususan ini akan saya memanfaatkanya dalam bidang perguruan pada masa akan
8

datang. Pembelajaran berasaskan masalah ini membentuk saya menjadi seorang yang
berinovasi dan manfaat yang telah perolehi daripada kajian tindakan ini akan saya
mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengalaman ini membentuk
diri saya menerokai teknologi dan komunikasi terutamanya dalam dunia pendidikan.
Penggunaan teknologi seperti power point, video, lagu kanak-kanak, animasi karton, e-buku,
radio, penggunaan youtube dapat membantu saya berfikir secara kreatif dimana saya sendiri
mereka cipta klip-klip video melalui movie-maker, video-editor dan sebagainya supaya dapat
menarik

minat

murid-murid

serta

meningkatkan

penglibatan

mereka

dalam

usaha

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak murid saya. Secara tidak langsung,
pembelajaran berasaskan masalah ini, dapat meningkatkan pemikiran saya untuk berfikir
secara inovasi dan kreatif dalam semua keadaan terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Pembelajaran elektronik adalah satu istilah umum merujuk kepada pembelajaran yang
berlaku dengan menggunakan komputer dan internet. Dalam tempoh pengkhususan selama
lima setengah tahun, pembelajaran elektronik dalam pengkhususan saya dapat meningkatkan
pemahaman dalam teknologi terutamanya dalam elektronik ataupun lebih dikenali sebagai elearning. Pembelajaran elektronik ini dapat memberi impak yang luar biasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru dan murid-murid.
9

Pembelajaran elektronik yang saya jalankan dalam tempoh pengkhususan saya ialah
penggunaan e-buku dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Saya menggunakan perisian e-buku
ini untuk mencipta buku cerita visual bagi kanak-kanak supaya meningkatkan minat dan
kemahiran membaca mereka. Perisian e-buku ini merupakan perisian elektronik yang telah
dibina dan digunakan pada masa ini terutamanya dalam bentuk pembelajaran jarak jauh.
Pembelajaran elektronik ini membantu saya meningkatkan penguasaan saya dalam teknologi
dan komunikasi serta membentuk saya menjadi seorang yan kreatif dan inovasi.
Penggunaan perisian e-buku dalam bidang pengkhususan saya membantu saya berfikir
secara inovatif dan manfaat yang telah diperolehi daripada pembelajaran elektronik, saya telah
mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ketika menjalani praktikum, menjadi
fasilitator untuk program-program mengenai perisian e-buku di sekolah-sekolah, serta
mengaplikasikan penggunaannya dalam kajian tindakan saya. Ilmu yang saya pelajari melalui
pembelajaran elektronik, ia membantu saya berfikir secara inovatif iaitu bagaimana cara untuk
meningkatkan penggunaanya dalam bilik darjah serta membentuk diri saya sebagai seorang
guru pelatih yang berinovasi dalam menggunakan perisian seperti di atas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Perisian e-buku merupakan media elektronik yang jarang guru-guru menggunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pendidikan abad ke-21 lebih menekankan
konsep inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Penggunaan
perisian seperti ini meningkatkan produktiviti murid-murid dalam kelas. Sehubungan itu, guru
bertungkus-lumus untuk melengkapkan diri sendiri dalam proses pembelajaran elektronik di
dalam kelas. Hal ini membantu, guru berfikir secara kreatif dan inovatif dalam merancang
aktiviti-aktiviti di dalam kelas yang lebih menekankan kepada pembelajaran elektronik.
Contohnya, saya mengunakan perisian ini dalam usaha meningkatkan kemahiran bercerita
kanak-kanak, meningkatkan minat membaca murid-murid, memberi latihan atau kerja rumah
menggunakan perisian tersebut dan membantu saya berfikir secara kreatif serta berinovasi
dalam bidang pengkhususan saya.

10

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada hari ini menjadikan Pembelajaran
Berasaskan Laman Sesawang, satu inovasi yang utama dalam sistem pendidikan.
Pembelajaran hanya berlaku dalam talian melalui laman sesawang. Melalui paparan dalam
sesawang, maklumat pembelajaran, penaksiran dan perkongsian idea dan pandangan menjadi
lebih mudah, pantas dicapai dan disebarkan.

Contoh pembelajaran berasaskan laman sesawang yang saya cipta dan gunakan ialah
laman sesawang blogspot. Ia merupakan sesuatu laman sesawang yang digunakan untuk
menyebarkan dan mengkongsikan ilmu dan maklumat mengenai sesuatu dengan cepat. Dalam
bidang pengkhususan saya, saya mereka cipta suatu laman sesawang blogspot untuk
mengkongsikan ilmu atau maklumat yang ada pada saya selama lima setengah tahun dalam
pengkhususan saya bersama rakan-rakan saya. Melalui laman sesawang tersebut, saya dapat
mengkongsikan maklumat yang ada pada saya dan juga menerima pandangan terhadap
kandungan yang saya telah kongsikan dalam laman blogspot tersebut.

Melalui laman sesawang tersebut, bukan rakan sekelas sahaja, malah saya boleh
mengkongsikan isi pembelajaran dengan anak murid saya. Pembelajaran berasaskan laman
sesawang dapat membantu saya berfikir secara inovasi di mana pembelajaran melalui talian
sesawang dijalankan. Pembelajaran jenis ini mebantu saya meningkatkan pedagogi saya yang
lebih kepada pendidikan abad ke-21 iaitu menekankan kepada teknologi dan komunikasi. Saya
juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam bidang
pendidikan serta meningkatkan tahap pemikiran saya sendiri supaya diri sendiri dan para
pelajar tidak diasingkan dalam cabaran pendidikan abad ke-21.

11

Melalui pembelajaran berasaskan sesawang, saya dapat sentiasa melihat dan


meningkatkan tahap pencapaian dan tahap penguasan isi pembelajaran murid-murid dalam
bidang pengkhususan saya. Melaui pembelajaran laman sesawang, ia membantu saya
memberi kerja rumah atau menjalankan kuiz atau forum mengenai isi pembelajaran walaupun
komunikasi dua hala tidak dijalankan. Ini akan membentuk saya menjadi seorang guru pelatih
yang berinovasi dan kreatif dan juga dapat membangun murid-murid yang sama seperti diri
saya sendiri.

Tuntasnya, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah,


pembelajaran berasaskan elektronik dan pembelajaran berasaskan laman sesawang dapat
membentuk saya menjadi seorang bakal guru yang berinovasi dan berkreativiti dan bantu
bersedia menghadapi cabaran pendidikan yang kian berubah mengikut era globalisasi. Tempoh
latihan perguruan selama lima setengah tahun membantu saya menjadi seorang yang
berinovasi terutamanya dalam bidang pengkhususan saya.

12

Rujukan
Jurnal
Kasmini Kassim. (1998). Penderaan Emosi Kanak-Kanak, Diperoleh Ogos 7 dari
http://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf
Buku
Choong Lean Keow Phd. (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed AhmadS, Zuraidah A. Majid
(2010): Guru dan Cabaran Semasa, Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar.
Internet

13

Eyfa Farahin. (2012). Gangguan Emosi, Diperoleh Ogos 7 dari


http://eyfain.blogspot.com/p/nota.html
Gobinath Subramaniam. (2010). Gangguan Emosi Di Kalangan Murid, Diperoleh Julai 23 dari
http://www.scribd.com/doc/38395536/Gangguan-Emosi-Di-Kalangan-Murid
Rujuk Nota. (2009). Jenis Emosi Atau Perasaan, Diperoleh Julai 23 dari
http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.html

Sangkari Suppaiah. (2015), Teaching Is My Professional, Diperoleh Ogos 11 dari


http://suppaiahsangkari.blogspot.com/

14

Vous aimerez peut-être aussi