Vous êtes sur la page 1sur 12

2.

0 SISTEM RANGKA
Gerakan tubuh terbentuk daripada hasilan kerjasama antara sistem
rangka dengan otot. Rangka tubuh manusia dibentuk oleh tulang-tulang yang
berjumlah 206 buah. Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan
tarikan mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium
fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat.
Rangka tersebut tidak dapat bergerak sendiri kerana perlu dibantu oleh
otot. Dengan adanya kerjasama antara rangka dan otot, manusia dapat
melompat, berjalan, bergoyang, berlari, dan sebagainya. Sistem rangka
memainkan peranan penting pada pergerakan manusia dan mempunyai fungsifungsi

penting.

Antaranya

adalah

menyusun

bentuk

tubuh,

memberi

perlindungan pada organ, melakukan gerakan tubuh, membentuk sel-sel darah


dan tempat penyimpanan mineral.
Sistem rangka terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu axial(paksi)
seperti tengkorak, sternum, tulang rusuk dan tulang vertebra dan apendikular
(hujung/keluar dari badan) seperti klavikel, skapula, radius dan ulna. Bahagian
aksial terdiri atas 80 tulang pada manusia dewasa umumnya. Sedangkan
bahagian apendikular terdiri atas 126 tulang pada manusia dewasa umumnya.
Struktur tulang pula dibentuk untuk menyediakan rangka tuas yang teguh bagi
membolehkan pergerakan dalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku
secara diameter dan secara memanjang. Ia terdiri daripada empat lapisan iaitu
periosteum, tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum tulang.
Seterusnya, sistem rangka terdiri daripada komponen-komponen seperti
tulang, ligamen, kartilej, tendon dan sendi. Tulang merupakan lapisan luar yang
kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sumsum.
(Rajah 2.1) Ligamen dibentukkan melalui tisu berfiber yang menyambungkan
dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk
mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan
pergerakan pada sendi.(Rajah 2.2) Kartilej merupakan tisu lembut yang kuat,

elastik dan tiada saluran darah yang menyaluti hujung-hujung tulang untuk
membentuk sendi. Kartilej berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus.
(Rajah 2.3) Tendon adalah tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat yang
mempunyai fungsi untuk melekatkan otot dengan tulang.(Rajah 2.4) Manakala,
sendi merupakan pertemuan dua tulang yang bersebelahan dan kumpulan kami
akan membincangkan sistem sendi atau disebut artikulasi secara mendalam.

Rajah 2.1: Tulang-

Rajah 2.2: Ligamen

Rajah 2.3: Kartilej

Rajah 2.4: Tendon

tulang manusia

3.0 SISTEM ARTIKULASI/SENDI


Sendi ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan
tulang. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang yang lain dikenali
sebagai permukaan atikular. Kajian khusus tentang sendi dinama sebagai
artrologi. Struktur sendi mempengaruhi fungsi pergerakan dan pencamtuman
tulang-tulang. Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan
perubahan kedudukan tubuh badan kita. Pergerakan sendi ditentukan oleh
kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot
dan tendon. Sendi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu sendi berdasarkan
struktur dan sendi berdasarkan fungsi.

Struktur
Sendi
Sendi
berdasarkan
struktur

Fibrous

Sendi
cartilaginous

Sendi
berdasarkan
fungsi

Sendi
sinovial

Sinartosis

Amfiartrosis

Diartrosis

Peta Minda Struktur Sendi


3.1 Sendi Berdasarkan Fungsi
Berdasarkan fungsi(berasaskan jumlah gerakan yang mungkin dilakukan
pada persendian), sendi dapat terbahagi kepada sinartosis, amfiartrosis dan
diartrosis. Sinartosis(sendi berserat) merupakan sendi yang menghubungkan
permukaan artikular tulang melalui tisu berserat. Sendi ini diselaputi dengan
jaringan ikat fibrosa atau kartilej dan tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Tulangtulang diikat amat rapat sekali, oleh itu tiada pergerakan berlaku. Ia dapat
dibahagikan kepada dua iaitu sendi sutur dan sinkondrosis. Sendi sutur
menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisan nipis tisu berserat
seperti tulang lepar pada tengkorak.(Rajah 3.1.1) Sendi sutur amat ketat dan
lantas tiada pergerakan boleh berlaku. Sendi ini biasanya bercantum dan apabila
dewasa bertukar menjadi tulang. Manakala pada sendi sinkondrosis atau dikenali
sebagai sendi rawan, rawan hialin menghubungkan tulang. Contohnya ialah plat
epifisis pada tulang yang baru tumbuh dan sendi di antara tulang rusuk pertama
dengan sternum. Sendi ini tidak bergerak dan juga bertukar menjadi tulang
semasa dewasa.
Manakala bagi sendi Amfiartrosis, ia dapat menghubungkan permukaan
artikular tulang dengan tisu berserat yang agak banyak. Ia mempunyai tiga
bahagian iaitu sinfisis, sindesmosis dan gamfosis. Sendi sinfisis mempunyai

permukaan artikular tulang diliputi oleh rawan hialin. Kedua-dua rawan ini
dihubungi dengan tisu berserat. Ekoran itu, sendi ini dikenali sebagai sendi
rawan berserat. Sendi ini hanya terdapat di satah median. Contohnya ialah sendi
di antara badan vertebra (sendi intervertebra),(Rajah 3.1.2) sendi di antara pubis
kanan dan kiri tulang pinggul (pubis simfisis) dan sendi di antara manubrium
dengan badan sternum (sendi manubrosternum). Sendi ini dapat digerakkan
kerana tisu berserat yang mencantumkan tulang-tulang di dalam sendi ini agak
tebal. Sendi yang bernama sindesmosis dapat dijumpa pada tulang yang terletak
bersisian dan dihubungkan dengan membran interoseus, iaitu pada tulang radius
dan ulna serta di antara hujung bawab tibia dan fibula. Sendi ini boleh
digerakkan sedikit dan biasanya tidak akan menjadi tulang selepas dewasa.
Pada sendi ini, jaringan fibrous yang padat mengikat tulang secara bersama dan
memberikan gerakan yang sangat terhad seperti coracoacromial, mid-radioulnar,
mid-tibiofibular dan inferior tibiofibular joints. Gamfosis juga merupakan sejenis
sendi berserat. Pada sendi ini, struktur berbentuk kon terdapat di dalam soket
dan dihubungkan dengan tisu berserat. Contohnya ialah akar gigi dan tulang
dagu.
Seterusnya, sendi Diartrosis membenarkan pergerakan berlaku secara
bebas, juga disebut sebagai sendi sinovial. Misalnya, sendi engsel (sendi siku
dan lutut) merupakan sendi yang dapat membuat beberapa pergerakan seperti
pergerakan fleksi, ekstensi aduksi, abduksi dan hiperekstensi. (Rajah 3.1.3)

Rajah 3.1.1:
Persendian sinartrosis

Rajah 3.1.2: Persendian

Rajah 3.1.3 : Persendian

antara tulang

amfiartrosis pada tulang

diartrosis pada bahu.

tengkorak.

belakang.

Sumber: biologiSMA.com

3.2 Sendi Berdasarkan Struktur


Berdasarkan struktur, sendi boleh dibahagikan lagi kepada fibrosa, sendi
cartilaginous dan sendi sinovial.(Rajah 3.2.1) Fibrosa ialah tulang bercantum
dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan
sebarang pergerakan. Contohnya, suture antara tulang kranium. Bagi sendi
cartilaginous, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.
Sendi tersebut hanya membenarkan pergerakan yang terhad seperti antara
sendi dengan vertebra. Seterusnya, sendi sinovial diselaputi oleh membran
sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi
untuk membantu melindungi kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara
dua tulang. Ia membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulangtulang. Sendi ini merupakan sendi yang paling sering ditemui dan memainkan
fungsi yang penting pada tubuh kita.

Semua sendi sinovial mempunyai beberapa ciri khas seperti yang berikut :

Rajah 3.2.1: Struktur sendi sinovial


Sumber : http://hazawar-aslam.blogspot.com

a. Rawan artikular atau hialin


Bahagian tulang yang bersentuhan (permukaan artikular) sentiasa diliputi oleh
rawan hialin. Ini memberikan permukaan yang licin dan kuat untuk menampung
berat tubuh.
b. Ligamen kapsul
Sendi sinovial juga dikelilingi dan diselaputi oleh satu sarung tisu berserat yang
dapat memegang tulang bersama. Tisu berserat ini cukup longgar untuk
membolehkan pergerakan bebas pada sendi ini, tetapi cukup kuat untuk
melindungi sendi daripada kecederaan. Biasanya kapsul sendi melekat
sepanjang batas permukaan artikular.
c. Kaviti sendi
Sendi sinovial mempunyai kaviti yang terletak di antara permukaan aritkular
tulang atau lebih khusus lagi di dalam kapsul.
d. Membran sinovial
Sendi synovial diselaputi oleh membrane sinovial. Membran ini merupakan
lapisan epithelium skuamus ringkas yang menutupi

permukaan dalam kapsul

termasuk permukaan berartikular tulang (permukaan tulang di dalam sendi yang


tidak diliputi oleh rawan hialin) yang terdapat di dalam sendi. Membran sinovial
ini merembeskan bendalir yang dikenali sebagai bendalir sinovial, yang
membasahi sendi dan membrane membekalkan nutrient kepada rawan arikular.
Banyaknya berdalir sinovial di dalam sendi adalah berbeza mengikut sendi.
Lazimnya bendalir sinovial ini hanya cukup untuk membentuk filem nipis di
permukaan dalam kapsul bagi melicinkan pergerakan sendi.

Sendi sinovial terbahagi kepada banyak jenis bergantung pada jumlah


paksi yang ada. Secara umunnya, terdapat tujuh jenis sendi sinovial dalam tubuh
badan kita iaitu sendi lesung, sendi engsel, sendi gelungsur, sendi paksi, sendi
elipsoid dan sendi pelana.
Pertama, sendi gelungsur tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan
datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain. Sendi ini tidak boleh
melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi atau putaran. Contohnya,
sendi di bahagian karpal dan tarsal.(Rajah 3.2.2)

Rajah 3.2.2: sendi karpal

Kedua, sendi engsel mempunyai satu paksi transvers yang merentasinya.


Pergerakan di sekitar hanya terbatas pada satu satah dan ia menyerupai
pergerakan pada engsel pintu, iaitu tutup (fleksi) dan buka(ekstensi). Contohnya,
sendi di bahagian humerus dan patella.(Rajah 3.2.3)

Rajah 3.2.3: sendi siku

Ketiga, sendi paksi atau sendi putar juga mempunyai satu paksi yang
membolehkan

pergerakan

putaran

tulang.

Pergerakannya

sama

seperti

pergerakan roda pada syafnya(paksi). Pergerakan yang boleh dibuat adalah


pronasi dan supinasi serta rotasi. Contohnya, putaran kepala radius pada sendi
radioulna proksimal dan pergerakan vertebra servikal pertama (atlas) di keliling
cuaran odontoid vertebra servikal kedua (aksis).(Rajah 3.2.4)

Keempat, sendi elipsoid mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan
paksi yang merentasi sendi sepanjang anterioposterior. Ia dapat bergerak dalam
dua arah iaitu ke belakang dan ke depan, fleksi dan ekstensi pada paksi
Rajah 3.2.4: sendi pada vertebra

transvers serta aduksi dan abduksi pada paksi anteriorposterior. Contohnya,


antara metakarpal dan falang.(Rajah 3.2.5)

Kelima iaitu sendi pelana. Pada sendi ini, permukaan artikular kedua-dua
tulang berbentuk pelana. Permukaan artikular pada satu tulang berbentuk
cembung, manakala pada tulang yang kedua berbentuk cekung. Sendi ini berupa
sendi elipsoid yang diubahsuai dan boleh bergerak bebas. Contohnya ialah sendi
di antara trapezium pada tulang karpus
dan metakarpus
Rajah 3.2.5:
sendi pada ibu jari.(Rajah 3.2.6)
radiokarpus
Pergerakan yang dapat dilakukan ialah fleksi,
ekstensi, abduksi dan aduksi.

Rajah 3.2.6: sendi metakarpus ibu


jari

Keenam iaitu sendi sinovial dengan tiga paksi yang dinama sebagai sendi
lesung atau sendi soket. Ia terdiri daripada tulang yang mempunyai permukaan
artikular yang menyerupai bola dan boleh dimuatkan ke dalam soket tulang lain
yang

berbentuk

cawan.

Sendi

ini

dapat

merentasi

secara

transvers,

anteriorposterior dan vertical dan bergerak dalam tiga arah iaitu secara fleksi dan
ekstensi, abduksi dan aduksi serta putaran dan sirkumduksi. Contohnya ialah
sendi bahu(antara humerus dan scapula) dan sendi pinggul(bahagian femur).
(Rajah 3.2.7)

3.3 PENGERAKAN SENDI


Setiap sendi mempunyai pergerakan yang tertentu seperti yang
dinyatakan di atas. Sini akan menerangkan satah pergerakan dan paksi-paksi
putaran menghubungi dengan pergerakan sendi.
Rajah 3.2.7: sendi antara humerus dan

Pada asasnya pergerakan manusia


akan tertumpu kepada pergerakan ke
scapula
arah hadapan, belakang, sisi, pergerakan pusingan dan sebagainya. Dalam
biomekanik pergerakan-pergerakan ini dibahagikan mengikut satah yang telah
ditentukan. Satah-satah ini adalah berbentuk imaginasi. Walaubagaimanapun
ianya menjadi panduan penting bagi menentukan arah pergerakan yang akan
dibuat. Satah-satah pergerakan ini pula memerlukan paksi atau aksis yang akan
membantu pergerakan tersebut. Terdapat empat satah pergerakan utama
berserta dengan aksis dalam pergerakan manusia.
Satah Saggital adalah pergerakan dalam garis yang lurus ke arah
hadapan atau belakang. Ianya membahagikan anggota badan kepada dua
bahagian iaitu kiri dan kanan. Satah frontal pula adalah pergerakan dalam garis
lurus ke arah sisi sama ada kiri atau kanan. Ia membahagikan anggota badan

kepada bahagian hadapan atau belakang. Seterusnya, satah transvers adalah


pergerakan dalam bentuk pusingan. Ia membahagikan anggota badan kepada
bahagian atas dan bawah. Yang terakhir iaitu satah diognal yang bergerak
secara melintang dalam sudut 90o.
Secara spesifiknya terdapat beberapa jenis pergerakan sendi, iaitu fleksi,
ektensi, hiperekstensi, abduksi, aduksi, sirkumduksi dan putaran. Fleksi ialah
pergerakan pada satah saggital yang membawa bahagian anggota badan ke
arah hadapan atau ke atas. Pergerakannya berfungsi mengecilkan sudut
pergerakan. Seseorang yang melakukan gerakan membawa bola ke dada
merupakan satu contoh fleksi di bahagian siku. Terdapat dua jenis fleksi, iaitu di
bahagian bahu dan pergelangan kaki. Fleksi di bahagian bahu ialah dengan
mengangkat tangan lebih tinggi dari kepala. Manakala di bahagian pergelanagan
kaki ialah apabila jari kaki dipusingkan ke atas.
Ekstensi merupakan pergerakan pada satah sanggital yang membawa
anggota badan ke arah belakang dan kembali ke kedudukan asalnya. Ianya akan
membesarkan lagi sudut sesuatu pergerakan. Sudut ini bertambah akan menjadi
180o. Hiperekstensi pula adalah pergerakan pada satah saggital yang membawa
anggota badan ke arah belakang tetapi melebihi sudut yang dibuat oleh
pergerakan ekstensi. Sudut ini akan menjadi lebih daripada 180 o.
Seterusnya, abduksi ialah pergerakan pada satah frontal yang membawa
anggota badan keluar. Contohnya, mengangkat tangan ke bahagian tepi tubuh
badan atau merenggang kaki. Pergerakan ini juga dapat dilihat apabila seorang
pelompat pagar mengangkat kaki belakangnya untuk melepasi pagar tersebut.
Aduksi pula membawa anggota badan ke dalam. Misalnya menarik kaki daripada
berdiri terkangkang menjadi ke posisi rapat. Aduksi juga didapati berlaku dalam
acara renang kuak dada apabila seseorang itu menarik kakinya balik ke tempat
asal. Selain itu, pergerakan sirkumduksi adalah pusingan pada sendi yang
membolehkan anggota badan bergerak pada sudut 360 o. Putaran juga adalah
pergerakan yang berputar di sekitar aksis pusat tulang tersebut seperti saat
menggelengkan kepada untuk menyatakan tidak. Ia boleh dibahagi kepada

pronasi dan supinasi. Pronasi adalah putaran medial lengan bawah yang
mengakibatkan tapak tangan menghadap ke belakang. Supinasi pula ialah
putaran lateral lengan bawah yang membuat tapak tangan menghadap ke
depan.
Jika untuk pengaplikasian pada masa depan, guru boleh menggunakan
pergerakan sendi dengan menggunakan sebatang pensel dan sehelai kertas.
Berikut adalah pergerakan yang boleh ditunjukkan dengan menggunakan cara
menggerakkan pensel di atas kertas:
Contoh:
a. Kedudukan awal
Pensel bersudut tepat dengan permukaan
Rajah 3.3.1

b. Pergerakan mengelungsur
Pensel kekal tegak tetapi mata pensel bergerak keluar dari titik asal.
Rajah 3.3.2

c. Pergerakan bersudut
Mata pensel tidak bergerak tetapi kedudukan batang pensil berubah
secara relative kepada permukaan.
Rajah 3.3.3

d. Sirkumduksi
Mata pensel tidak bergerak. Batang pensel yang dipegang daripada 90

membentuk satu bulatan

Rajah 3.3.4

e. Putaran
Batang pensil berpusing secara menegak pada satu titik. Rajah 3.3.5
3.4 PENYAKIT SENDI
Sendi memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia. Jika
kita tidak melakukan pergerakan dengan betul dan mecederakan sendi, ligament
atau sebagainya dalam tubuh, kita mungkin akan mengalami penyakit sendi iaitu
artiritis. Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Artiritis yang paling lazim
ialah osteoarthritis dan arthritis rheumatoid.
Osteoarthritis ialah keadaan di mana terdapat kerosakan pada rawan
yang meyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut atau
orang yang bekerja keras atau orang yang obesiti juga mempunyai peluang

mengalami penyakit tersebut. Sendi-sendi yang selalu terlibat ialah sendi


pinggang, lutut dan tulang belakang.
Manakala bagi penyakit arthritis rheumatoid, penyakit ini memberi kesan
terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari dan pergelangan tangan. Sendisendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Oleh itu,
perawatan mesti dilakukan lebih awal jika mempunyai tanda-tanda seperti sakit
berlarutan di bahagian sendi yang berkaitan atau mengalami kekakuan otot
dalam jangka masa yang lama serta tidak dapat bergerak dengan normal.
Kesimpulannya, fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya.
Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut.
Namun pergerakannya agak terbatas. Sebaliknya, jika longgar hubungan pada
titik pertemuan, maka semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun
ia mempunyai satu kelemahan iaitu mudah terkehel atau mengalami dislokasi.

Vous aimerez peut-être aussi