Vous êtes sur la page 1sur 10

Perjalanan Seorang Imam

Banyak para imam umat ini yang kita banggakan, akan tetapi diantara mereka ada 4
imam yang tersohor, aitu para pendiri 4 mazhab. Mereka adalah Al-Imam Abu Hanifah,
Al-Imam

Malik bin Anas,

Al-Imam Asy-Syafii

dan

Al-Imam

Ahmad

bin Hanbal

rahimahumullah. Imam Syafii merupakan seorang tokoh terkenal dalam sejarah Islam.
Mazhab mula lahir dari dua rantau, di Hijaz ianya diketuai oleh Imam Malik dan guru-guru
yang telah mengajar beliau, dari sahabah 7 fuqaha dari Madinah dan juga Tabien guruguru kepada Imam Malik. Pada zamannya Imam Malik diantara Ulama' yang paling
menonjol yang mana mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh Ulama'
Iraq. Ulama' di Iraq pula mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh Ulama'
Hijaz. Imam Syafii dilahirkan di zaman ini yang mana perlu bertolak ansur pada keduadua skop fahaman (Hijaz dan Iraq), yang mempunyai pendekatan yang tersendiri.
Beliau dianugerahkan Allah SWT pemahaman mendalam tentang bahasa Arab dan AlQuran. Oleh kerana itu, beliau mampu melihat rahsia-rahsia tersembunyi dan tujuan dari
apa yang dimaksudkan oleh nash. Nama beliau sepenuhnya ialah Abu Abdullah
Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafii bin as-Saib bin Ubaid bin Abd.
Yazid bin Hasyim bin al-Mutalib bin Abdul Manaf. Nasab beliau bertemu Rasulullah pada
diri Abdul Manaf bin Qushay. Jadi, Imam Syafii merupakan keturunan Nabi Muhammad
SAW.
Bapa beliau berasal dari Thalabah, sebuah daerah antara Madinah dan Yaman.
Sementara ibunya pula, Ummu Habibah al-Uzdiyyah (Fatimah binti Abdullah) adalah
daripada keturunan Uzud. Dia terkenal sebagai seorang wanita yang warak dan pintar.
Beliau dikatakan telah banyak mempengaruhi jalan hidup Syafii.
Imam Syafii telah dilahirkan di Ghazzah, Syam (Syria) pada tahun 150 Hijrah. Beliau lahir
pada tahun kematian Imam Abu Hanifah.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada malam anak kita dilahirkan. Mari kita
berdoa semoga anak kita menjadi ulama terbilang seperti Imam Abu Hanifah,
kata Idris.
Meskipun Syafii lahir daripada keturunan yang baik-baik, namun hidupnya sejak awal
lagi diselubungi oleh kejerihan dan kemiskinan. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau
masih kecil jadi tinggallah ibunya menguruskan hidup beliau dalam segala kekurangan.
Bagaimanapun, kemiskinan tidak semestinya memberikan kesan negatif kepada diri
seseorang. Ia mengajar Syafii menjadi lebih tabah dalam hidupnya dalam menghadapi
apa jua kesukaran. Kerana takut kehilangan identitinya sebagai seorang Quraisy, ibu
Syafii memindahkan beliau ke Makkah di mana keturunan Quraisy berada. Ketika itu
beliau berusia dua tahun.

Di bumi tempat tumpah darah datuk nenek beliau ini, Syafii membentuk peribadinya
dengan berpayungkan pengaruh Masjidil Haram. Beliau sering bertemu ulama dalam
pelbagai bidang. Disebabkan interaksi beliau dengan persekitaran itu kemudiannya
membuka jalan untuk beliau menempah kedudukan di barisan para ulama. Imam Syafii
memulakan langkah dalam bidang ilmu dengan menghafal Al-Quran dan berguru dengan
Imam Ismail Kustantani. Kecerdikan dan kekuatan daya ingatannya membolehkan beliau
menghafal al-Quran dalam masa yang singkat pada usia sembilan tahun.
Kemudian, beliau menumpukan usahanya dalam bidang hadis dan berguru dengan Imam
Sufian Ainiah. Dalam masa yang singkat, Imam Syafii muncul sebagai anak murid Imam
Sufian Ainiah yang paling cemerlang. Di samping menghafal hadis, beliau juga menulis
hadis-hadis tersebut di atas apa sahaja yang diperolehnya; kulit kayu dan belulang.
Akhirnya Imam Syafii diakui sebagai seorang yang pakar dalam ilmu hadis.
Tidak lama selepas itu, beliau telah mendalami ilmu fiqah dan beliau telah berguru
dengan Imam Muslim al-Zanji. Namun, ilmu fiqah memerlukan banyak catatan dan beliau
tidak mampu jadi beliau telah menulis catatannya pada kulit kayu, pelepah tamar dan
kertas terbuang yang dibuang orang. Imam Syafii terus tekun belajar hingga akhirnya
dia diakui gurunya dapat mengajar serta dapat memberi fatwa mengenai hukum-hukum
agama. Walaubagaimanapun, beliau merasakan dirinya masih dahagakakan ilmu agama
jadi dalam diam-diam beliau telah mempelajari kitab Muwatta yang dikarang oleh Imam
Malik bin Anas hingga hampir keseluruhan kitab itu dapat dihafalnya. Imam Ibnu Hajar AlAsqalani dalam bukunya yang bernama Tawali at-Tasis menyebutkan ulama-ulama
yang pernah menjadi guru Syafii adalah : Imam Ibrahim bin Said, Imam Malik bin Anas,
Imam Yahya bin Hasan, Imam Waqi, Imam Fudail bin Iyad dan Imam Muhammad bin
Syafi.
Imam Syafii telah mendapat surat sokongan daripada pemerintah Makkah dan bekas
gurunya sendiri Muslim Ibn Khalid Az-Zinji untuk bertemu dengan Imam Malik di
Madinah. Apabila beliau mula membaca hadis-hadis, Imam Malik begitu tertarik dengan
bacaannya dan beliau selesai membaca kitab al-Muwatta dalam beberapa hari sahaja.
Sejak dari itu, Syafii telah menjadi pelajar sepenuh masa sehingga Imam Malik
meninggal pada 179H dan Syafii mencapai umur 29 tahun. Pergaulan rapat dengan para
ulama Madinah terutama sekali dengan Imam Malik telah meninggalkan pengaruh yang
mendalam dalam diri Imam Syafii.
Nama Imam Syafii tersebar hingga ke Yaman. Gabenor Yaman tertarik dengan Imam
Syafii lalu bercadang hendak membawanya ke Yaman. Atas keizinan ibunya, Ummu
Habibah

al-Uzdiyyah,

beliau

berangkat

ke

Yaman

bersama

gabenor

dan

para

pengiringnya. Di Yaman, beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal
di Yaman seperti Matraf bin Mazin al Sanaani, Amru bin Musallamah dan Hisham bin
Yusof, Kadi Sanai. Meskipun Syafii disifatkan sebagai seorang yang alim dan memang

sudah terkenal di Makkah, namun di Yaman, beliau telah diberi peranan yang kecil sekali
berbanding dengan kebolehannya yang besar dalam bidang ilmu. Di samping bekerja,
Imam Syafii menyebarkan ilmu kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar darinya. Anak
murid serta pengikutnya semakin ramai dan namanya mule terkenal di Yaman.
Imam Syafii telah dijodohkan dengan seorang gadis bernama Hamidah binti Uyainah bin
Amru bin Uthman bin Affan dari keturunan Khalifah Uthman bin Affan. Tidak lama
kemudian,

beliau

telah

dikurniakan

tiga

orang

cahayamata

iaitu

Abu

Uthman

Muhammad, Fatimah dan Zainab. Atas permintaan gabenor Yaman, beliau telah dilantik
menjadi hakim di Najran, sebuah daerah di Yaman. Walaubagaimanapun, sikap jujur dan
ketegasan Syafii dalam melaksanakan tugas telah membangkitkan kemarahan orang
berpengaruh di Najran. Mereka telah berkomplot untuk menjatuhkan Syafii dengan
menuduh Syafii sebagai pendokong gerakan Alawiyah
yang menjadi ancaman kepada keutuhan kerajaan Abbasiah termasuk menggulingkan
Khalifah Harun ar-Rashid pada masa itu. Beliau telah ditangkap bersama lapan yang lain
atas arahan Khalifah Harun ar-Rasyid di atas tuduhan menderhaka kepada negara.
Mengikut riwayat, semua yang ditangkap bersama beliau telah dihukum bunuh di
Baghdad dan cuma beliau sahaja yang terlepas dari hukuman bunuh tersebut kerana
kebijaksanaannya dan juga campur tangan Muhammad Ibn al-Hassan. Kemudian, Syafii
menggunakan peluang sebaiknya untuk berada di samping Muhammad Ibn al-Hassan
untuk mengenali fiqh aliran Iraq dengan lebih dekat. Berkat kebenaran, kesabaran, ilmu
dan kebersihan peribadinya, Syafii akhirnya dilepaskan sepenuhnya dari tuduhan
berkenaan.
Meskipun tidak ada riwayat yang menceritakan mengenai tempoh Syafii berada di
Baghdad, namun dianggarkan ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Beliau pulang
ke Mekah dan disambut penduduk kota Mekah dengan gembira. Mereka meminta Imam
Syafii mengajar mereka ilmu agama dan beliau tidak keberatan menyebarkan ilmu yang
dituntutnya. Beberapa tahun kemudiannya, Khalifah al-Makmum pengganti Khalifah
Harun ar-Rasyid menjemput Imam Syafii datang ke Baghdad dan beliau tidak
membantah.
Sebaik sahaja sampai di Baghdad, beliau terus memulakan kelas-kelas atau halaqah
pengajarannya di al-Jami al-Gharbi. Pandangan beliau telah diterima baik oleh para
ulama dan para pelajar yang menghadiri kelas pengajaran beliau walaupun ada juga
yang menentang ajarannya.
Tidak lama kemudian, datang pula utusan gabenor Mesir ke Baghdad. Utusan itu
menghadap Khalifah al-Makmum dan membawa pesan daripada gabenor Mesir yang
meminta kebenaran daripada khalifah untuk membawa Imam Syafii ke Mesir.

Permintaan itu dipersetujui dan beliau diiringi oleh para penyokong beliau. Di mesir,
beliau berkesempatan menziarahi makam Imam al-Laith bin Saad seorang ulama yang
terkenal di Mesir. Kedudukannya sama seperti Imam Malik di Madinah. Imam Syafii
menyanjung ulama Mesir itu dengan berkata ,
Ilmu itu berkisar kepada tiga jiwa iaitu Imam Malik, Imam al-Laith dan Sufyan bin
Uyainah. Tidak rugi sesiapa yang berguru dengan mereka.
Pada waktu itu, mazhab yang paling popular di Mesir ialah mazhab Maliki tetapi terdapat
juga pengikut mazhab Hanafi tetapi bilangan mereka sangat kurang. Bagaimanapun,
Imam Syafii membuka kelas mengajar agama di Masjid Amru selepas sembahyang
subuh hingga tengah malam. Ketinggian ilmu Imam Syafii serta kefasihan lidahnya
bersyarah serta berhujah menyebabkan jumlah anak muridnya semakin hari semakin
ramai. Mereka dapat melupakan perbezaan anutan mazhab masing-masing kerana
tertarik berguru dengan Imam Syafii.
Selepas

solat Subuh,

beliau

mengajar

Quran

dan

semua

yang

berkaitan

dan

bersangkutan dengannya seperti tafsir, ulum Quran dan sebagainya. Kemudian, beliau
turut mengajar ilmu hadis.

Waktu tengah hari merupakan sesi perbincangan dan

pertanyaan dengan orang ramai. Pada sebelah petang dan malam beliau mengajar ilmu
bahasa Arab, nahu, syair dan sebagainya. Beliau selalu berkata,
Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Siapa yang me,pelajari
hadis, tinggi martabatnya, siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya, siapa
yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan sesiapa yang tidak
memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya.
Sementara dalam bidang penulisan, beliau menyemak semula buku ar-Risalah yang telah
beliau tulis di Makkah dan disempurnakan di Baghdad. Hasil daripada penyemakan dan
ketelitian semula, beliau menulis kembali buku itu dalam bentuk yang lebih lengkap dan
komprehensif. Versi ini kemudiannya diwarisi daripada generasi ke generasi sampailah ke
hari ini. Begitu juga dengan kitab al-Hujjah yang beliau tulis di Baghdad. Hasil dari
penyemakan itu kemudian beliau menulis kitab al-Umm, iaitu sebuah buku himpunan
beberapa buah buku yang ditulis oleh beliau ketika berada di Mesir. Berasaskan kepada
semakan semula ini, maka apa yang terkandung dalam kitab al-Hujjah dianggap
sebagai pandangan lama (qaul Qadim) beliau, sedangkan yang terkandung dalam kitab
al-Umm pula dianggap sebagai pandangan baru (Qaul Jadid) beliau.
Perubahan yang telah dibuat tidak bemakna Imam Syafii telah mengubah semua atau
sebahagian besar dari pandangan yang terdahulu. Beliau hanya membuat perubahan
kecil sesuai dengan keadaan di Mesir. Walaubagaimanapun, kejayaan pesat yang dicapai
oleh Syafii telah ditakdirkan tidak berlaku dalam masa yang lama.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mesir pada malam Jumaat, 28 Rejab
tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi ketika berumur 54 tahun di Kota Fustat, Mesir.

30 Pesanan Imam Syafii


1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu
cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan
menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan
syaitan gerun.
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu
sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya
perhatian dan kasih saying Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang
sedemikian setinggi-tinggi syukur.
5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu
sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh
malaikat dan dicintai Allah.
6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.
Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala
tenteranya.
7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan
beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anakanak yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan
lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat
menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosadosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin
dan pelindung serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat
pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga member kejayaan dan
kemenangan.

11. Iman mempunyai bentenya bagi menghalang segala serangan yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan banteng iman, keimanan perlu dibajai
dengan lima perkara; yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah,
bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit
jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin
adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi
yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar
bagi menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan Azubillahi minassaithanirrajim. Kita perlu bersabar
sekiranya serangai syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari
Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad
kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah mengira keburukan orang lain
sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan
pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah member maaf
kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan
meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti
pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan
pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu
cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul, dan orang soleh.
22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan
perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan
disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, die memperoleh banyak
kebaikan.
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat
dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26. Allah

menjanjikan

kepada

orang

yang

beriman,

mereka

pasti

mendapatpertolongan Allah seperti dalam penyataannya dalam surah ar-Rom


ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk
menolong orang yang beriman.
27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat
pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataanya dalam surah al-Hajj ayat
38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28. Allah menjanjikan kepada oang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti
menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syaratsyaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang
bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan
lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud
Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.
30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki
yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah
sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Araf ayat 96 yang bermaksud,
sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan
mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayatayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Sejarah Kemasukan Islam ke Malaysia


Mazhab Syafii bukan mazhab pertama yang sampai dan tersebar di rantau ini. Mengikut
kepercayaan, penyokong Syiah merupakan golongan yang paling awal menyebarkan
pandangan mereka kepada masyarakat Islam di nusantara. Ini berasaskan kepercayaan
bahawa ajaran Syiah pernah menguasai kerajaan Kampar di Minangkabau Timur
sepanjang abad 11 hingga ke abad 13. Bagaimanapun, mazhab Syafii Berjaya
dikembangkan malah diterima baik oleh masyrakat Melayu.

Berasaskan teori, Samudra-Pasai merupakan negeri pertama yang berpegang kepada


Mazhab Syafii. Mulanya, kerajaan Samudra-Pasai dikatakan lebih cenderung kepada
aliran Syiah.
Tetapi ketika pemerintahan Merah Silu (1261-1289) seorang ulama dari Mekah yang
bernama Syeikh Ismail al-Siddiq telah datang ke situ dan menukar pegangan Islam
masyarakat di situ daripada Syiah kepada mazhab Syafii. Apa pun jua, yang jelas ialah
mazhab Syafii telah bertapak dengan kukuhnya di Nusantara sejak awal kedatangan
Islam lagi.
Sezaman dengan kerajaan Pasai ialah kerajaan Terengganu. Antara bukti peninggalan
awal kedatangan Islam di kerajaan ialah batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang,
Terengganu pada tahun 1898. Ianya bertarikh 17 Rejab tahun 702H, iaitu bersamaan
dengan 22 Februari 1303. Kandungan batu bersurat tersebut ialah sepuluh peraturan
antaranya hokum rejam, sebat kerana berzina, mengingkari membayar hutang dan
sebagainya. Peraturan-peraturan tersebut adalah asas kepada mazhab Syafii.
Kerajaan Terengganu tumbang kerana diserang Majapahit pada abad ke-14 justeru itu
mazhab Syafii berhenti berkembang dan menyebarkan pengajaran Islam. Pasai tidak lagi
menjadi pusat pengembangan ilmu Islam. Oleh sebab itu, pusat pengajian dan
perkembangan Islam berpindah ke Melaka (1400-1511). Dalam Sejarah Melayu terdapat
rekod pengislaman Parameswara atau Sultan Muhammad Shah. Satu fenomena menarik
yang berkaitan dengan pengislaman Melaka adalah disebabkan oleh kedatangan Sayyid
Abdul Aziz ke Melaka sebagai mubaligh dan dia mempunyai kaitan dengan Syeikh Ismail
al-Siddiq yang telah memperkenalkan Islam di Pasai. Mereka kedua-duanya berasal dari
Arab Semenanjung yang, pada masa itu adalah sebuah wilayah Islam di bawah sayap
mazhab Syafi'i. (Abdullah Ishak. 1992).
Semasa Kesultanan Melayu Melaka, istana telah menjadi pusat pengajian untuk keluarga
raja dan para pembesar. Banyak buku-buku mazhab Syafii yang digunakan oleh para
ulama sebagai bahan pengajaran mereka. Mengikut para penyelidik, hasil peninggalan
zaman kerajaan Melaka antaranya Undang-undang Melaka, Undang-undang Pahang, dan
Undang-undang Johor berasaskan kepada fiqh mazhab Syafii.
Antara buku dalam mazhab Syafii yang menjadi ikutan ramai masyarakat Islam di
Nusantara ialah Fath al-Wahhab karangan Abu Zakariya al-Ansari (1422-1518) dan kitab
fiqh Fath al-Muin, karangan seorang ulama fiqh mazhab Syafii, Zain al-Din al-Malibari
yang berasal dari Malibar, India.
Peringkat kedua perkembangan mazhab Syafii di Nusantara ialah pada zaman
pemerintahan Acheh Darussalam (1205-1675). Kerajaan ini didirikan oleh Johan Syah
pada 1205 dan mencapai zaman kegemilangannya dalam masa pemerintahan Sultan Ali
Mughayat Shah (1511-1530). Dari segi pengajian, Acheh merupakan pusat pengajian

Islam yang terpenting waktu itu terutama pada abad yang ke-17M kerana ramai para
ulama di situ dan juga anak tempatan dari luar yang dating untuk mempelajari ilmu fiqh
yang berasaskan fiqh Syafii. Maka mereka telah membantu memperkembangkan lagi
mazhab Syafii di seluruh Nusantara termasuk Malaysia.
Terdapat tiga orang tokoh besar ulama Acheh pada waktu itu iaitu Nur al-Din al-Raniri,
Abd al-Rauf Singkel dan Jalal al-Din al-Tursani. Karya-karya tentang ilmu fiqh dalam
mazhab Syafii yang dihasilkan oleh para ulama ini telah tersebar luas ke seluruh
Nusantara dan menjadi rujukan untuk tempoh yang lama. Antara negeri yang menerima
pengaruh pengajian Islam dari Acheh ialah Minangkabau, Johor pada tahun 1615, Pahang
pada tahun 1618, Kedah pada tahun 1619, dan Perak pada tahun 1620.
Meskipun secara teorinya mazhab Syafii telah diterima masuk ke Nusantara, namun
secara praktiknya ia tidaklah diamalkan sepenuhnya. Ini bertepatan dengan konsep
Beransur-ansur (Tadarruj) yang pernah diamalkan pada zaman awal Islam.

Pembudayaan mazhab Syafii dalam masyrakat Melayu Islam di Malaysia adalah


berasaskan

pendidikan

dan

undang-undang.

Secara

ringkasnya,

mazhab

Syafii

mengambil kira kepelbagaian situasi dan budaya. Itu menampakkan kesesuaian mazhab
Syafii dengan masyarakat Malaysia yang majmuk etnik dan budaya.

Sebab Timbulnya Mazhab


Pada masa Nabi Muhammad SAW hidup tidak timbul perselisihan pendapat dalam
kalangan umat Islam kerana rujukan boleh dibuat terus kepada baginda. Tetapi setelah
baginda wafat pada 2 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau 8 Jun 632 M, maka wujud
perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam. Akibat perbezaan pendapat itu, maka
tercetuslah perang Jamal dan perang Siffin yang mengorbankan ramai umat Islam.
Ekoran itu, wujud kaum Syiah dan Khawarij. Kemudian, muncul pula fahaman Muktazilah
yang diketuai oleh Washil bin Athak dan Umar bin Ubeid. Kemudian, muncul pula
fahaman Qadariyah dan Jabariyah.
Akhirnya, muncul pula fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang diketuai Syeikh Abu Hasan
Asyaar dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi. Berikut merupakan perbezaan fahamanfahaman tersebut;
1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebih memuja Saidina Ali bin Abi Talib. Malah mereka
dikatakan tidak mengakui Khalifah Abu Bakar as Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman
Affan. Fahaman Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij, kaum yang sangat membenci Saidina Ali bin Abi Talib malah ada yang
mengkafirkannya. Mereka sanggup membunuh Saidina Ali bin Abi Talib dan keluarganya.
Mereka tidak sependapat dan berpecah kepada 20 aliran.
3. Kaum Muktazilah, kaum yang berfahaman bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat.
Kerana itu manusia berkuasa ke atas dirinya sendiri. Baik dan buruk bergantung kepada
pilihan sendiri. Mereka berpendapat manusia tidak boleh melihat tuhan walau di dalam
syurga. Mereka berpendapat manusia tidak boleh melihat tuhan walau di dalam syurga.
Mereka berpendapat syurga dan neraka beserta penghunimya tidak kekal. Israk dan
Mikraj Nabi Muhammad SAW berlaku dengan roh sahaja. Fahaman Muktazilah juga
berpecah kepada 20 aliran.
4. Kaum Murjiah, mereka berpendapat sesiapa yang sudah Islam dan beriman jika
melakukan maksiat tetap masuk syurga seperti orang kafir yang membuat kebajikan
tetap masuk neraka.
5. Kaum Najriyah, mereka berpendapat manusia melakukan sesuatu perbuatan sudah
ditentukan tuhan. Mereka juga mengatakan sifat tuhan tidak ada.
6. Kaum Jabariyah, mereka berpendapat untung nasib setiap manusia sudah ditentukan
sejak azali lagi. Manusia tidak mempunyai daya dan upaya untuk mengubahnya. Contoh,
seseorang itu sudah ditentukan tempatnya di syurga ataupun mereka.
7. Kaum Musyabbihah, mereka berpendapat tuhan juga bersifat seperti manusia, ada
tangan, mata, kaki, duduk di atas kerusi dan sering turun naik antara langit dan bumi.

Vous aimerez peut-être aussi