Vous êtes sur la page 1sur 7

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA,

36100 BAGAN DATOH,


PERAK.
ABA 5047

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


PENDIDIKAN KESIHATAN
BIL. 1/2015
Tarikh
: 5 FEBRUARI 2015
Tempat
: BILIK PEMULIHAN
Masa
: 1.10 2.10 PETANG
PENGERUSI : EN. ABU KHAIR BIN BUKHARI

KEHADIRAN 5/5
1.
En. Abu Khair Bin Bukhari
2.
En. Azman Bin Mohd Yusof
Pentadbiran
3.
En. Mohd Hasrol Nizam Bin Mohd Hadzir
4.
Pn. Norhayati Binti Kamaruddin
5.
En. Muhammad Syawalullah Bin Abdul Rahman

Guru Besar
Guru Kanan
Ketua Panitia
Setiausaha
Guru PJ/PK

AGENDA 1
1.0
Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua guru dalam mesyuarat Panatia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kali
pertama pada tahun ini.
1.2 Tujuan mesyuarat ini juga untuk melantik AJK bagi Panitia PJ dan PK SK Matang
Kunda bagi tahun 2015.
1.3 Selain itu mesyuarat ini juga bertujuan bagi membincangkan aktiviti tahunan
dan juga program KSSR yang melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 5.

AGENDA 2
2.0
Perlantikan Ahli Jawatankuasa
2.1 Berikut adalah senarai AJK bagi Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan SK Matang Kunda bagi tahun 2015.
Penasihat : En Abu Khair bin Bukhari
Pengerusi : En Azman bin Mohd Yusof
Ketua Panitia
: En Muhammad Syawalullah bin Abdul Rahman
Setiausaha : Pn Norhayati bt Kamaruddin
AJK
: En Mohd Hasrol Nizam bin Mohd Hadzir

AGENDA 3
3.0
KSSR
3.1 En Hasrol menyatakan bahawa murid yang terlibat dengan program Penaksiran
KSSR pada tahun 2015 ialah murid Tahun 1 hingga Tahun 5.
3.2 Kaedah perlaksanaan penaksiran KSSR masih sama dengan tahun lepas iaitu
masih melibatkan Band 1 hingga Band 6. Namun Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah dihapuskan dan digantikan dengan perekodan
maklumat KSSR secara offline.

AGENDA 4
4.0
UJIAN SEGAK
4.1 En. Hasrol menyatakan bahawa Ujian SEGAK akan dilaksanakan sebanyak 2 kali
setahun iaitu pada Bulan Mac dan Bulan Julai. Ujian SEGAK ini melibatkan Tahap 2
iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6.
4.2 Ujian ini dilaksanakan bertujuan mengukur peratus kercergasan murid.
4.3 SEGAK adalah Standard Kecergasan Fizikal bertujuan untuk melihat kecergasan
murid-murid dengan menjalankan beberapa aktiviti untuk menguji tahap kecergsan,
kekuatan otot, daya tahan otot, kardiovaskular dan kelenturan murid.
4.4 Tuan Pengerusi ada menyatakan ujian SEGAK ini lebih mudah dilakukan dengan
adanya alatan yang telah dibeli pada tahun lepas bagi mengukur tahap keupayaan
murid.
4.5 Murid perlu memakai pakaian sukan lengkap untuk menjalankan ujian ini.

AGENDA 5
5.0 1Murid 1Sukan
5.1 Program 1Murid 1Sukan akan dilaksanakan bermula pada bulan Januari hingga
bulan November. Program ini diadakan khusus untuk murid tahap 2 bagi menggilap
potensi individu dalam bidang sukan.
5.2 Untuk makluman guru yang terlibat, Program 1Murid 1Sukan akan diadakan
pada setiap hari Selasa pada pukul 5.30 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.


Disediakan Oleh:

..
(PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN)
BIN BUKHARI)
SETIAUSAHA PANITIA PK/PJ
SK MATANG KUNDA

Disahkan Oleh:

(EN ABU KHAIR


GURU BESAR
SK MATANG KUNDA

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA,


36100 BAGAN DATOH,
PERAK.
ABA 5047

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN


PENDIDIKAN KESIHATAN
BIL. 2/2015
Tarikh
: 23 JULAI 2015
Tempat
: BILIK PEMULIHAN
Masa
: 1.10 2.10 PETANG
PENGERUSI : EN. ABU KHAIR BIN BUKHARI

KEHADIRAN 5/5
1.
En. Abu Khair Bin Bukhari
2.
En. Azman Bin Mohd Yusof
Pentadbiran
3.
En. Muhammad Syawalullah Bin Abdul Rahman
4.
Pn. Norhayati Binti Kamaruddin
5.
En. Mohd Hasrol Nizam Bin Mohd Hadzir

Guru Besar
Guru Kanan
Ketua Panitia
Setiausaha
AJK

AGENDA 1
1.0
Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Guru Besar Selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua guru dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kali Kedua
pada tahun ini.
1.2 Tujuan mesyuarat ini juga untuk membincangkan laporan aktiviti yang telah
dilaksanakan sehingga bulan Julan 2015.
AGENDA 2
2.0
KSSR

2.1 En Syawal menyatakan bahawa murid Tahun 1 hingga Tahun 5 yang terlibat
dengan perlaksanaan PBS Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun
2015 telah ditaksir secara offline.

AGENDA 3
3.0
UJIAN SEGAK
3.1 En Syawal menyatakan bahawa Ujian SEGAK telah dilaksanakan pada Bulan Mac
dan Bulan Julai yang lalu. Semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 telah menjalani
ujian SEGAK ini.
3.2 Ujian ini dilaksanakan bertujuan mengukur peratus kecergasan murid.
AGENDA 4
4.0 PROGRAM MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN (TID)
4.1 En Syawal menyatakan bahawa Ujian TID telah dilaksanakan pada Bulan Jun
yang lalu. Ujian ini melibatkan murid Tahun 6 sahaja.
4.2 Program yang telah dirancang ini adalah untuk mengenalpasti bakal-bakal atlit
yang berbakat untuk diserapkan ke sekolah-sekolah sukan. Matlamat program ini
adalah untuk mengenalpasti murid yang benar-benar berkebolehan dari peringkat
awal.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan Oleh:

..
(PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN)
BIN BUKHARI)
SETIAUSAHA PANITIA PK/PJ
SK MATANG KUNDA

Disahkan Oleh:

(EN ABU KHAIR


GURU BESAR
SK MATANG KUNDA

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG KUNDA


36100 BAGAN DATOH, PERAK
CARTA ORGANISASI PANITIA PK/PJ 2015

GURU BESAR
EN ABU KHAIR BIN BUKHARI

GURU KANAN PENTADBIRAN


EN AZMAN BIN MOHAMED YUSOF

KETUA PANITIA PK/PJ


EN MUHAMMAD SYAWALULLAH BIN
ABDUL RAHMAN

SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN


JASMANI DAN PENDIDIKAN
KESIHATAN
PN NORHAYATI BT KAMARUDDIN

AHLI JAWATANKUASA PANITIA PJ/PK


EN MOHD HASROL NIZAM BIN MOHD
HADZIR

Vous aimerez peut-être aussi