Vous êtes sur la page 1sur 42

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


QGJ 3053
SUKAN INDIVIDU

TAJUK A
TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN

D20112053426

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI20


NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.NORAZAM BIN MAT ISA
TARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2014

1) TAJUK PROGRAM
Program Latihan Acara Padang: Lompat Tinggi.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

2) LATAR BELAKANG PROGRAM LATIHAN


Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Acara
lompat tinggi adalah acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian
ramai. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana terdapat pelbagai gaya lompatan
digunakan oleh para atlit. Pada tahun 1887, acara lompat tinggi telah diperkenalkan dan
dalam tahun 1896, acara ini telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik.
Kebolehan semulajadi amat penting dalam merialisasikan acara lompat tinggi.
Setiap lompatan yang baik akan bergantung kepada diri atlet itu sendiri iaitu dari segi
persediaan fizikal dan mental. Ketinggian atlet dan penguasaan teknik lompatan adalah
factor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik. Atlet lompat tinggi bebas memilih
gaya lompatan yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing.
Antara beberapa gaya yang terdapat dalam acara lompat tinggi ialah:
i)

Gaya gunting (scissors)

ii)

Gaya Gunting Barat (Western Roll)

iii)

Gaya guling Pelana (Straddle)

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

iv)

Gaya Fosbury Floop.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan
gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting kepada
murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip
mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih
tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun
demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain.
Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai
kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang mahir dalam
penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya
gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara
membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat
lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.
Program latihan lompat tinggi ini amat penting bagi melahirkan atlet-atlet yang

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

berpotensi dan berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat Daerah.
Program yang dirancang hendaklah dilaksanakan secara sistematik di dalam jangkamasa yang
panjang.

3) MATLAMAT PROGRAM LATIHAN


a) Meningkatkan kelajuan semasa persembahan/lompatan.
b) Meningkatkan daya kekuatan (hypertrophy).
4) TEMPOH MASA SESI LATIHAN
Tempoh masa sesi latihan ialah selama 2 bulan sebelum membawa murid mewakili
sekolah ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah.
5) JUMLAH MURID YANG DILATIH
Jumlah murid yang dilatih untuk mewakili sekolah ialah seramai 6 iaitu 3 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan.
6) ALATAN YANG DIPERLUKAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu
kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

i)

Dua batang tiang


Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubahubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika ingin mengubahnya,
perubahan tersebut hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang
melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai
alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah
dijatuhkan. Kedua-dua tiang mesti diletakkan dalam kedudukan stabil dan
jarak di antara kedua-duanya adalah lebih kurang 4 meter.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

ii)

Palang
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu,
logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga.
Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang
dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat
sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan
pada tiang.

iii)

Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang
berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukurang hanya dibuat sekali
sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara
lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses
pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

iv)

Tilam mendarat.
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak
penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Tetapi
dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah
perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa
teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya
terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini
digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk
segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau
bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

v)

Landas Lari dan Kawasan Lonjak.


Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandinganpertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang
jarak minimumnya ialah 20m. jika keadaan mengizinkan , jarak minimum
ini sepatutnya 25m.

UKURAN

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

i)

Tiang lompat tinggi


Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter

atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.


ii)

Palang lompat tinggi


Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua

tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang
ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini
hendaklah berbentuk segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
iii)

Kawasan mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau

pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter


panjang, 4 meter lebar dan 1 meter tebal.
iv)

Pita pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang

dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara


lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada
suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian
lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.
7) JADUAL PROGRAM LATIHAN
- Latihan selama 2 bulan.
- Bermula bulan April dan Mei
Hari

Jenis Latihan
Pagi: Latihan Litar

Isnin

Petang: Latihan Kemahiran

Aktiviti
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bangkit tubi
Tekan tubi
Angjal baku
Lentik belakang
Lari ulang alik
Kilas Pinggang
Burpee
Squad jump
6x10 m

Kaedah Pelaksanaan
Dosej -70%
2 set
Rehat -3minit (setiap set)
Masa aktiviti =30 saat
setiap stesen.

2 set, rehat-5 minit


antara set.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Pagi : Latihan Jeda

Selasa

Petang: Latihan Pliometrik

Petang: Latihan bebanan


(strenght)
Rabu

Petang: Latihan Fartlek


Khamis

(terkawal)

Pagi: Latihan Jeda

1. Jogging
Intensiti tinggi
2. Double leg jump 2 set
Dosej 80%
Larian lutut tinggi
Jeda rehat= 5 m
bounding
Latihan perlahan,
Larian tendang
intensiti 60%
pinggul
Guna kotak dan bangku
Skipping
panjang
Lompat sebelah kaki

Bench Press
Leg Press
Leg Curls
Step Up
Pull Down
Barbel Arm
Swing
Leg Extension
1. Lari pecut
2. Jogging
3. Berjalan pantas

300 m walk recovery


between repetition

Beratan 70%-85%
3 set
10 ulangan
Rehat = 2-4 m

Intensiti sederhana
3 set
2 ulangan
Rehat-5 m antara set

Intensiti tinggi
2 set
Dosej 80%
Jeda rehat-5m

Jumaat
Petang: Latihan Kemahiran

Pagi:
Hill running

Larian ulangan
Berjalan/berjogging

2 set, rehat -5 m antara


set

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Petang: Latihan Bebanan


Sabtu

Bench Press
Leg Press
Leg Curls
Step Up
Pull Down
Barbel Arm
Swing
Leg Extension

Beratan 70%-85%
3 set
10 ulangan
Rehat= 2-4 m

Ahad
Rehat

8) OBJEKTIF SETIAP ANSUR MAJU LATIHAN


Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada
peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Sehubungan dengan itu, kadar
peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan individu. Setiap individu adalah
berbeza, maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap
individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Keadaan ini hendaklah dilakukan secara
beransur-ansur dan perlulah sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlet yang
menjalani latihan.
Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang
paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. Intensiti, bebanan, serta
ulangan latihan bebanan berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Oleh
itu, kemahiran tertentu adalah memerlukan otot-otot yang spesifik untuk mendapatkan
tahap kemahiran yang tinggi. Otot-otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan.
Kesempurnaan komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti.
Antara objektif ansur maju latihan ialah:
i)
ii)
iii)
iv)

Meningkatkan kekuatan otot.


Meningkatkan daya tahan otot.
Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan.
Meningkatkan kuasa eksplosif.

9) PERINCIAN AKTIVITI ANSUR MAJU LATIHAN.


LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlet untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktivitiaktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu
disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi
kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di atas kotak itu
dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti
ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan
di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa
tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat
dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan
memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan
tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini,
kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan
dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat
lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan
memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu
diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar
yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat
melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki
lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan melompat. Perlu
ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali
dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.

Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
i)

Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya
putaran pada badan.

ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan
ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana
sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai
bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan
disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba
dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian
palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9
hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI UNTUK
GAYA FOSBURY FLOP
BIL
1.

PERKARA
Hukum

FORMULA
PENERANGAN
F1 = F 2
1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi

Newton

2.

2. Hayunkan tangan dan kaki hendaklah berhampiran dengan

ketiga

badan supaya mencapai lonjakan yang maksimum

Pusat Graviti

Semasa pusingan badan, pelompat mengekalkan pusat gravity


untuk mencapai stability.
Pelompat menahan pergerakan ke bawah sebelum melonjak ke
atas supaya pusat gravity beralih ke bahagian hadapan

3.

melibatkan komponen menegak.


1. Badan dilentikkan ke belakang semasa lonjakan untuk offset

Stabiliti

pusat gravity supaya pelompat sentiasa cuba mencari stability.


2. Larian dilakukan secara perlahan ke pantas, langkah pendek ke
4.

langkah panjang sebelum membuat lonjakan.


1. Kasut hendaklah jenis spike supaya menghasilkan daya yang

Geseran

lebih besar dengan permukaan trek semasa larian.


5.

Momentum

MV

Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang cukup


supaya pelompat dapat halaju yang meksimum bagi jarak itu
untuk menghasilkan momentum yang maksimum juga kerana

6.

Daya
centrifugal
dan
centripetal

momentum = masa X halaju.


1. Badan hendaklah melentik ke belakang semasa melepasi
palang.
2. Semasa melepasi palang, kaki diluruskan manakala kepala
mendongak ke atas bagi menghasilkan lompatan yang
sempurna.

10) VARIASI LATIH TUBI KEMAHIRAN

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Latih tubi kemahiran yang dipilih dalam program ini ialah Plyometrik. Plyometrik
ialah sejenis latih tubi yang amat sesuai untuk menghasilkan otot kuasa letupan seperti
latihan lompatan yang sangat diperlukan untuk acara sukan yang memerlukan kuasa
letupan. Latihan Plyometrik juga memerlukan banyak rutin melompat dan melantun.
Antara teknik untuk melakukan aktiviti Plyometrik ialah:
i)
Melompat
ii)
Mendarat
iii)
Melonjak
Latihan ini dibuat melintasi bangku/kon/ melompat ketingting dan melantun di
ruangan yang ada.Ahli-ahli sukan juga dilatih untuk mencuba mengurangkan masa yang
digunakan untuk penukaran arah kelajuan masa dan kuasa.
Variasi latih tubi
Variasi latih tubi perlulah dibuat samada variasi dari segi masa, tempat, ulangan
atau kekerapan untuk menngelakkan kejemuan sehingga menjejaskan objektif.
Jenis-jenis latihan pliometrik
a) Melantun dengan dua belah kaki (lompat jauh)
Prosedur :
Melonjak kuat ke hadapan dan ke atas sambil menghayun lengan ke hadapan. Mendarat
segera dan melonjak semula.
b) Melantun kaki bergilir-gilir
Prosedur :
Tangan di belakang kepala, melonjak seberapa jauh dan tinggi yang boleh sebelum
mendarat di atas sebelah kaki.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

c) Lompatan pantas kedua-dua belah kaki


Prosedur :
Melonjak dan menghayun ke atas seberapa tinggi dan lutut di bawa ke dada, mendarat
kemudian melonjak semula.
d) Skip
Prosedur :
Cuba terapung dengan melonjak sebelah kaki kehadapan dan sebelah kaki ke belakang.
Hayunan tangan kehadapan dan ke atas.
e) Lompat kangkang
Prosedur :
Tapak tangan di belakang kepala. Melonjak seberapa tinggi yang boleh, mendarat dengan
membengkokkan kaki ke hadapan dan melonjak semula.
f) Lompat naik dan turun
Prosedur :
Melompat dengan dua belah kaki melepasi kotak yang diletakkan berjarak. Lompatan
diteruskan, mendarat dan seterusnya sehingga selesai.
g) Double leg jump
Prosedur :
Melompat dua belah kaki ke atas kotak. Turun dari kotak, mendarat dua belah kaki dan

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

naik ke kotak kedua, turun dan seterusnya. Buat 8 ulangan iaitu 3 set. Ketinggian kotak :
36 inci.
h) Horizontal swing.
Prosedur :
Memegang beban, membuat hayunan kekiri, kanan dan kebelakang. Buat 12 ulangan 3
set. Berat beban : 10 kg.
11) PRINSIP-PRINSIP LATIHAN YANG RELEVEN.
Beberapa prinsip perlu diikuti untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Antara
prinsip-prinsip latihan yang releven ialah:
i)

Memanaskan badan.
Setiap latihan perlulah dimulakan dengan sesi memanaskan badan
(warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (cooling down).
Sesi memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem
fisiologi badan agar dapat diadaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi
metabolisme yang berlaku apabila atlet melakukan aktiviti fizikal yang
lebih berat dari biasa. Adaptasi ini membolehkan atlet lompat tinggi
bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan
mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

ii)

Perbezaan individu.
Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat
perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan
persekitaran. Oleh itu, program latihan yang sama tidak akan memberikan
kesan yang sama ke atas semua individu.

iii)

Intensiti

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Di dalam sesuatu program latihan fizikal, perkara yang perlu diberi


penekanan ialah terhadap intensity beban latihan. Intensiti beban latihan
diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan supaya atlet bekerja di
atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata
terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlet mencapai kadar nadi
latihan ketahap sub maksimun ( 70% hingga 80% KNL).
iv)

Spesifikasi ( Pengkhususan).
Program yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat
yang hendak dicapai latihan yang dirancang perlu melibatkan aktivitiaktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot,
kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal.

v)

Kekerapan latihan
Gerak kerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti
kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan
fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan
kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian
dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah
dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap
kecergasan yang rendah.

vi)

Masa Latihan
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan.
Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat)
semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah
cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat
permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi
latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini
tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi.
Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh
dipertingkatkan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

10) KAEDAH PEMILIHAN MURID BERBAKAT SELEPAS PROGRAM LATIHAN


Setelah menjalani sesi latihan selama 2 bulan, jurulatih telah dapat mengenalpasti atlet
yang berbakat dalam menguasai kemahiran asas khususnya bagi acara lompat tinggi.
11) ASPEK KESELAMATAN YANG HARUS DIUTAMAKAN
Antara aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah:
a)

Atlet yang terlibat perlu menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan


kesihatan sebelum menjalani sebarang bentuk latihan terutamanya murid-murid

b)

sekolah.
Arahan perlu diberikan dengan jelas untuk mengelakkan salah laku yang

c)

mungkin akan menyebabkan kecederaan.


Memastikan kawasan mendarat disediakan tilam yang tebal tetapi lembut untuk

d)
e)

menyerap jatuhan badan selepas melompat.


Memastikan tiada atlet lain di atas kawasan mendarat terutama semasa latihan.
Jurulatih perlulah menggunakan tiub getah untuk menggantikan palang semasa

f)
g)

latihan lompatan.
Murid perlulah memakai kasut spike.
Jurulatih hendaklah memastikan atlet tidak memakai aksesori perhiasan seperti

h)

cincin, rantai atau jam tangan.


Menggalakkan atlet membuat lompatan percubaan atau menguasai diri dengan

i)

kawasan dan peralatan yang disediakan.


Jurulatih perlu memastikan peralatan seperti tilam, tiang, palang dan kawasan
larian diperiksa dan selamat digunakan.

12)

PERSEDIAAN PASUKAN KE KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT DAERAH.


Persediaan pasukan ke kejohanan sukan peringkat Daerah memang telah disusun rapi

oleh jurulatih. Segala persiapan mental dan fizikal telah dilakukan mengikut jadual perancangan
yang telah disediakan. Semua atlet yang terpilih mempunyai rekod lompatan yang terbaik.
Disamping itu, ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih yang berpengalaman telah menambahkan
lagi keyakinan diri para atlet.

13)

PENUTUP

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik. Setelah
melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang,
teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.
Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang
kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih
mudah memahaminyaAtlet . perlu memilih teknik atau gaya yang disukai mengikut keupayaan
diri sendiri. Atlet perlu bersedia dari segi fizikal dan mental supaya dapat menumpukan
konsentrasi ketika melakukan lompatan. Disamping itu, langkah-langkah keselamatan perlu
dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan.
Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan
dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atlit juga banyak
membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang
teratur dan juga diadakan pelbagai sesi untuk memantapkan atlit.
Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal
acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

RUJUKAN
Modul QGJ 3053 Sukan Individu.Pusat Pendidikan Luar
Laman Sesawang
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PJM3103_Olah
raga.pdf
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/PJM3103_Olah
raga.pdf

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

http://rezasks.blogspot.com/p/lompat-tinggi_14.html
http://rezasks.blogspot.com/p/lompat-tinggi_14.html

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015


QGJ 3053
SUKAN INDIVIDU

TAJUK B
TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN

D20112053426

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI20


NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.NORAZAM BIN MAT ISA
TARIKH SERAH: 30 NOVEMBER 2014

1.Tajuk
1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia Negeri Pahang bawah 12 tahun yang akan bermain
secara kalah mati.
2. Pendahuluan
2.1

Pertandingan ini bertujuan melahirkan bakat baru yang terpendam dalam

kalangan para pelajar kategori bawah 12 tahun di Negeri Pahang. Pertandingan ini akan
disertai oleh para pelajar dari semua Daerah di Negeri Pahang. Di samping itu, pertandingan
ini juga bertujuan melahirkan atlet sukan badminton yang dapat memenuhi kriteria sebagai
pemain badminton yang berkualiti di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, para pelajar
yang mengikuti pertandingan ini dapat memperoleh ilmu pengetahuan dari segi teknik
bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain. Melalui pertandingan ini juga, secara tidak
langsung dapat memupuk minat serta semangat kesukanan yang tinggi dalam sukan
badminton. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini, sukan badminton dapat
diperkembangkan sekaligus dapat mencungkil bakat-bakat baru yang boleh meningkatkan
Sukan badminton dalam kalangan pelajar-pelajar di Negeri Pahang.
3. Objektif
3.1 Menyediakan peluang dan ruang kepada para pelajar bawah 12 tahun di
Negeri Pahang agar dapat mempamerkan bakat dan bertanding ke peringkat
lebih tinggi.
3.2 Mencungkil bakat baru dalam sukan badminton yang boleh dijadikan
pelapis kepada pemain sedia ada.
3.3 Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara pelajar-pelajar.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

3.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar.


3.6 Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri pelajar.
3.7Memupuk semangat kerjasama antara Pengelola dan peserta dalam menjalankan
sesuatu program.
4. Matlamat
4.1 Supaya dapat menilai potensi dan prestasi atlet dalam permainan badminton
untuk dibawa ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Menekankan kesederhanaan permainan badminton yang berkualiti.
5. Ahli jawatankuasa induk
Penaung

:Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Pengerusi Pengarah

:Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

Penyelaras Kokurikulum

:Encik Ahmad Fahmi B. Ramli

Penyelaras permainan

:Encik Yuzaini Afnan B. Abas

Ketua program

:Encik Razali B. Zakaria

Penolong program

:i. Puan Azlina Bt. Ramlan


ii. Cik Marlini Bt Othman

7. Ahli Jawatankusa pelaksana


Pengerusi program

: Mohd Azman B. Safari

Timbalan pengerusi projek

: Muhammad Firdaus B. Mahmood

Setiausaha

: Pn. Nur Salina Bt. Adrus

Peralatan dan keselamatan

: Encik Ahmad Kamal B. Muhaimin

Makanan dan minuman

: Cik Shamsiah Bt Shahrizal

* AJK lain disertakan dalam lampiran 1

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

8. Tentatif
Hari pertama kejohanan 28 Mei 2014 ( Rabu )
0800 1200

Pusingan peringkat kumpulan/individu

1300 1700

Pusingan peringkat kumpulan/individu

Hari kedua pertandingan 29 Mei 2014 ( Khamis )


0800 1100

Pusingan separuh akhir

1300 1400

Perlawanan tempat ketiga

1400 1500

Perlawanan akhir

1500 1530

Penutup

* Jadual kejohanan disertakan dalam lampiran 2

9.Pengelola
9.1 SK Bukit Ridan,Rompin.
10. Tempat Kejohanan
10.1 Dewan Tertutup Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.
11. Tempat Penginapan
11.1 Asrama Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.
12. Bilangan gelanggang : empat buah.

13. Maklumat Kejohanan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

13.1 Tarikh Penggundian : 20 Mei 2014


13.2 Tarikh Kejohanan

: 28-29 Mei 2014

28 Mei 2014 : Bawah 12 tahun


29 Mei 2014 : Separuh akhir dan akhir.
13.3 Masa Kejohanan : 9.00 pg- 6.00 petang.

14. . Kategori dan Acara


14.1 Kategori dan acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
14.1.1 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki
14.1.2 Bawah 12 Tahun Individu Perempuan
14.1.3 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki
14.1.4 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan
15. Penyertaan
15.1 Setiap Daerah diminta untuk menghantar penyertaan seramai 15 orang
peserta yang melibatkan:
15.1.1 Pengurus (1 orang)
15.1.2 Jurulatih (2 orang)
15.1.3 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki (2 orang)
15.1.4 Bawah1 2 Tahun Individu Perempuan (2 orang)
15.1.5 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki (4 orang)
15.1.6 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan (4 orang)
JUMLAH : 15 orang

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

16. Syarat-Syarat Am Penyertaan


Para peserta yang dicadang menyertai kejohanan ini hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut:
16.1 Lelaki atau perempuan tidak melebihi umur 12 tahun pada 31
Disember 2014;
16.2 Tidak pernah mewakili negeri di mana-mana kejohanan badminton
dalam dan luar Negara.

17. Undian dan Ranking


17.1 Undian akan dikelolakan oleh pengadil Kejohanan yang dilantik.
17.2 Semua Pengurus Pasukan boleh menghantar wakil untuk menyaksikan undian,
atas perbelanjaan sendiri.
17.3 Pemain bagi setiap Daerah hanya akan diasingkan untuk ranking pertama dan
kedua sahaja berdasarkan kekuatan (ranking) daerah masing-masing.
18. Penarikan dan penukaran.
18.1. Penarikan dan penukaran pemain hendaklah dibuat 1 minggu sebelum
daripada tarikh undian dibuat.
18.2. Penukaran / gantian pemain selepas undian hanya dibenarkan berdasarkan
syarat berikut:
18.2.1. Pengurus pasukan hendaklah memaklumkan penarikan penyertaan
Selewat-lewatnya semasa mesyuarat pengurus pasukan, dan surat
sokongan perubatan sahaja yang akan diterima untuk penukaran/gantian

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

pemain.

19. Peraturan-peraturan Am Pertandingan :

Perlawanan dijalankan mengikut undang undang BWF.


Jika pemain gagal memasuki gelanggang 5 minit selepas namanya diumumkan ,

kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawannya yang telah melaporkan diri.
Jadual perlawanan tertakluk kepada pindaan dan pemain adalah bertanggunjawab

mendapatkan maklumat mengenai jadual terkini.


Setiap BANTAHAN , mesti disertakan wang tunai sebanyak RM50.00 bersama surat
bantahan dan bukti kepada pihak penganjur dan akan dipulangkan jika bantahan berjaya.

Jika tidak Berjaya, wang bantahan tidak akan dipulangkan .


Keputusan pengadil mengenai point of fact adalah muktamad, pemain boleh merayu
kepada pengadil kehormat mengenai undang undang. Keputusan Pengadil Kehormat

adalah muktamad.
Pihak penganjur tidak bertanggunjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan harta

benda sebelum, semasa dan selepas kejohanan.


Jawatankuasa pertandingan ini berhak mengambil/ membuat sebarang perubahan dan
keputusan jika timbul sebarang masalah dalam kejohanan ini dan keputusan yang diambil
adalah MUKTAMAT.

19.1 Peraturan tambahan


Selain dari peraturan umum di atas,jawatankuasa penganjur adalah berhak meminda atau
mengadakan peraturan-peraturan tambahan,selaras dengan matlamat penganjuran.
20. Format Pertandingan.
20.1 Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati.
20.2 Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola bersamasama pemain pengurus pada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual
pertandingan

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

21.Cadangan jadual pelaksanaan bagi kejohanan ini adalah seperti di


LAMPIRAN 2
22. Pendaftaran Pemain dan Pegawai.
22. 1

peserta hendaklah dibuat dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan

disket/borang penyertaan rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa pengelola.Contohnya


mengandungi maklumat seperti nama, tarikh lahir, no. S/beranak.
22.2

Butir-butir tentang peserta hendaklah lengkap dan disahkan oleh Guru Besar.

22.3

Pengelola Kejohanan Setiap pasukan boleh mendaftarkan 2 orang pemain

perseorangan (lelaki dan Perempuan) dan 2 beregu (Lelaki dan Perempuan).


22.4

Setiap pemain hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam

peraturan Am MSSM.
22.5 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing(contoh: peserta
10 tahun tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 tahun dan sebaliknya)
23. Pengesahan Peserta-Peserta
23.1 Penganjur akan member mandate kepada jawatankuasa pertandingan 10 hari sebelum
kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan
kepada semua pengurus pasukan sekolah.
23.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah
disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut.Segala pertukaran boleh dilakukan
delam mesyuarat tersebut.
24. Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan
Semasa taklimat ini,hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan.

25. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

25.1 Jika didapati salah seorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat penguruspengurus pasukan,tidak mengambil bahagian dalam sssuatu acaranya,KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan,atlet
berkenaan tudak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.
25.2 Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian
dalam pusingan awal,tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan,adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.
25.3 Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan
kejohanan,hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan
atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

26. Melapor Diri Peserta


26.1 Semua peserta melaporkan diri sekuarng0kurangnya 15 minit sebelum waktu acara
berkenanan dijadualakjan berlangsungSelepas itu mereka diiringi ketempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.
26.2 Peserta peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai teknik dalam
arena pertandingan.
26.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan
masing-masing yang lengkap.

27. Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diiringi oleh Penyelia Peserta.
28. Hal-Hal Lain
28.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai.Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ketempat-tempat khas tersebut.
28.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang
mengambil bahagian,TIDAK SESIAPA DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
28.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,kematian,kecacatan
anggota,kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan berlaku:
a) Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat pertandingan.
b) Semasa kejohann dijalankan
c) Di dalam dan di luar kawasan pertandingan.
28.4 Walau bagaimanapun,pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.
* Borang pendaftaran seperti di lampiran 3

29. Anggaran perbelanjaan.


A) MAKANAN DAN MINUMAN

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Makanan AJK
RM 5.00 x 2 hari x 19 orang

RM 190.00

Air mineral
RM 10.00 x 2 hari x 2 kotak

RM 22.00

Jamuan penutupan majlis


RM 3.00 x 70 orang

RM 210.00
RM 422.00

B) HADIAH
Perasmi program

RM 50.00 x 1

RM 50.00

Johan

RM 80.00 x 1

RM 80.00

Naib johan

RM 60.00 x 1

RM 60.00

Ketiga dan keempat

RM 40.00 x 2

RM 80.00

Saguhati

RM 20.00 x 2

RM 40.00
RM 280.00

C) Bulu tangkis

RM 40.00 x 14 tabung

RM 560.00

D) Pengadil

RM 3.00 x 50 perlawanan

RM 150.00

RM 710.00
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN

30. Penutup

RM 1442.00

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran pertandingan ini akan dapat


membentuk jati diri para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat
memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi
kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim
yang telah sedia terjalin.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Disediakan oleh,

Disemak oleh:

.........

(Pn. Nur Salina binti Adrus)

(En. Ahmad Fahmi b. Ramli)

Setiausaha,

Penyelaras Kokurikulum,

Kejohanan Badminton

Kejohanan Badminton

MSSM Negeri Pahang.

MSSM Negeri Pahang.

Disahkan oleh:
.
(En. Hashim b. Yusuf)
Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

Lampiran1
AHLI JAWATANKUASAPELAKSANA
Biro Urusetia

AJK Hadiah/ Cenderamata

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Pn. Arni Farzilah bt. Ahmad


Pn. Noraini bt. Amirul
AJK Publisiti

Pn. Fadilah bt. Ahmad Lutfi


Pn. Hjh. Roslah bt. Mustafa
Pn. Sakinah bt. Adnan

En. Mohd Muhaimin b. Zainuddin


AJK Gelanggang

Pengacara Majlis

Cik Aiyah bt. Mahazhir

Pn. Siti Nurbaya bt. Raza

Cik Azmahan bt. Hamzah


Pn. Faizatul akma bt. Hussin
En. Amirul Hakimi b. Abdullah

AJK Penginapan

Pn.Nurul Jannah bt. Samad

En. Ammar b. Hisham

En. Aflan b. Hashim

Pn. Kalsum bt. Awang Kasim

Pn. Aini Nabihah bt. Mustafa


En. Lokman Hakim b. Embung
En. Fatah Al-Rasyid b. Muhammad
En. Hafnan b. Daud
Pn. Azura bt. Kassim
AJK Jamuan
Cik Asiah bt Hasbullah
Pn. Erlina bt. Zakaria
Lampiran 2
JADUAL PELAKSANAAN
KUMPULAN A
PASUKAN 1

KUMPULAN B
PASUKAN 4

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PASUKAN 2
PASUKAN 3

PASUKAN 5
PASUKAN 6

Peringkat kumpulan dan individu


Pasukan 1 lawan Pasukan 2
Pasukan 4 lawan Pasukan 5
Pasukan 2 lawan Pasukan 3
Pasukan 5 lawan Pasukan 6
Pasukan 3 lawan Pasukan 1
Pasukan 6 lawan Pasukan 4
Peringkat separuh akhir 1
Juara kumpulan A lawan Naib juara kumpulan B
Peringkat separuh akhir 2
Juara kumpulan B lawan Naib juara kumpulan A
Tempat ketiga
Perlawanan akhir
Pemenang separuh akhir 1 lawan Pemenang separuh akhir 2

Lampiran 3
Borang Pendaftaran Peserta Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang 2014.
Pasukan
Kategori umur
Guru Pengiring
Pengadil

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Kategori Perseorangan Lelaki.


Bil

Nama Pemain

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

Kategori Perseorangan Perempuan.


Bil

Nama Pemain

Kategori Beregu Lelaki


Bil

Nama Pemain

Kategori Beregu Perempuan.


Bil

Nama Pemain

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

T/T:.

Tarikh:

( Cop rasmi Guru Besar/ Pen. Kanan)

Laporan selepas Kejohanan.


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Kejohanan Badminton MSSM eringkat Negeri Pahang bawah
12 tahun ini Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan Pelajaran
Negeri Pahang, Pejabat Daerah seluruh Negeri Pahang, Ajk Pengelola, pengurus pasukan, jurulatih-jurulati h serta
pelajar kerana memberikan kerjasama yang erat dalam menjayakan Kejohanan ini. Sesungguhnya, Kejohanan
Badminton ini Berjaya mencungkil bakat-bakat baru dari setiap Daerah di Negeri Pahang. Para pemain juga
bermain dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah kita cuba perbaiki segala kelemahan di masa akan datang.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Semoga Pada tahun hadapan, kita akan dapat meneruskan pertandingan ini lagi kerana ia dapat meningkatkan
mutu permainan para pemain semua.

Disediakan oleh:
.

Disahkan oleh:
..

(Pn. Nur Salina bt Adrus)

(En. Hashim b. Yusuf)

Setiausaha,

Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.

Kejohanan Badminton
MSSM Negeri Pahang bawah 12 tahun.

Laporan bergambar.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Gambar Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Yang Telah Dipertandingkan

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN,


26800, KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Ruj. Kami

: PPDRPN.PSR.500-

4/1/6 (50)
Tarikh
: 22 Mac 2014
Melalui,
Melalui : - Pegawai Pelajaran Daerah / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar,
Tuan,
MESYUARAT PENGELOLA KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12
TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Badminton Mssm Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Pahang.
3.
Sehubungan dengan itu, tuan telah dilantik untuk menjadi Jawatankuasa Kecil
kejohanan tersebut (rujuk surat panggilan mesyuarat)
4.
Mesyuarat pertama Jawatankuasa pengelola Kejohanan Badminton MSSM
Peringkat Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh

: 01 APRIL 2014 (Khamis)

Tempat
Muadzam Shah.
Masa

: Bilik Gerakan SK.Bukit Ridan,26700


: 10.00 pagi.

Agenda :
a. Ucapan Pengerusi
b. Taklimat oleh Ketua Unit Sukan
c. Lantikan Jawatankuasa Pengelolaan
d. Membincangkan bidang tugas JKK.
e. Taklimat perbelanjaan oleh Bendahari
f. Hal-hal lain

5.
Dipohon jasa baik Pegawai Pelajaran Daerah / Ketua Unit / Pengetua / Guru
Besar agar dapat
membenarkan pegawai/guru yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat ini.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

6.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(PN. Nur Salina bt Adrus)


Setiausaha,
Kejohanan Badminton,
MSSM Peringkat Negeri Pahang.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN,


26800,KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
4/1/6 (51)
BANDAR INDERA MAHKOTA
25604 KUANTAN

Ruj. Kami: PPDRPN.PSR.500Tarikh

: 28 April 2014

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12
TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat
Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat

: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)


: Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam

Shah.
Masa Pendaftaran

: 7.30 pagi.

3.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan dari pihak tuan
bagi menjayakan Kejohanan tersebut. Bersama-sama ini disertakan :
3.1
Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang
bawah 12 tahun.
4.
Semoga sumbangan yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan
tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan
di semua sekolah-sekolah .
5.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(PN. Nur Salina bt Adrus)


Setiausaha,
Kejohanan Badminton,MSSM Peringkat Negeri Pahang.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN,


26800,KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengetua,
PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (52)
Sek. Men. Keb. Muadzam Shah,
26700, Muadzam shah.

Ruj. Kami:
Tarikh

: 28 April 2014

Tuan,
MEMOHON PENGINAPAN ASRAMA BAGI KEJOHANAN BADMINTON MSSM
BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat
Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat

: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)


: Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam

Shah.
Masa Pendaftaran

: 7.30 pagi.

3.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bilik asrama bagi penginapan
para peserta dan pengurus pasukan dalam menjayakan Kejohanan tersebut.
Bersama-sama ini disertakan :
3.1
Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang
bawah 12 tahun.
4.
Semoga kerjasama yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan
tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan
di semua sekolah-sekolah .
5.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(Pn. Nur Salina bt Adrus)

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Setiausaha,
Kejohanan Badminton,
MSSM Peringkat Negeri Pahang

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN,


26800, KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Pengetua,
PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (53)
Sek. Men. Keb. Muadzam Shah,
2014
26700, Muadzam Shah,

Ruj. Kami:
Tarikh

: 28 April

Tuan,
MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH BAGI KEJOHANAN
BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat
Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat

: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)


: Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam

Shah.
Masa Pendaftaran

: 7.30 pagi.

3.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon untuk menggunakan dewan
sekolah tersebut bagi menjayakan Kejohanan tersebut. Bersama-sama ini
disertakan :
3.1
Kertas Kerja Kejohanan Badminton MSSM Peringkat Negeri Pahang
bawah 12 tahun.
4.
Semoga kerjasama yang diberi akan dapat melancarkan aktiviti Kejohanan
tersebut dan dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan yang telah diterapkan
di semua sekolah-sekolah .

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

5.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(Pn. Nur Salina bt Adrus)


Setiausaha,
Kejohanan Badminton,
MSSM Peringkat Negeri Pahang.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN,


26800, KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Ketua,
RELA,Muadzam Shah
PPDRPN.PSR.500-4/1/6 (53)
Muadzam Shah,
2014
26700, Muadzam Shah,

Ruj. Kami:
Tarikh

: 28 April

Tuan,
MEMOHON KAWALAN KESELAMATAN DAN LALULINTAS SEPANJANG
KEJOHANAN BADMINTON MSSM BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI
PAHANG.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa , Kejohanan Badminton MSSM Peringkat
Negeri Pahang bawah 12 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh
Tempat

: 28 hingga 29 Mei 2014 (Rabu-Khamis)


: Dewan Terbuka Sek. Men. Keb. Muadzam

Shah.
Masa Pendaftaran

: 7.30 pagi.

3.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengelola ingin memohon bantuan
pihak tuan untuk

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

membuat kawalan keselamatan dan lalulintas sepanjang kejohanan tersebut.


4.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(Pn. Nur Salina bt Adrus)


Setiausaha,
Kejohanan Badminton,
MSSM Peringkat Negeri Pahang.

Vous aimerez peut-être aussi