Vous êtes sur la page 1sur 13

1

Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara menekankan beberapa langkah bagi mengembangkan

potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
atau singkatannya JERI. Pembelajaran yang menyeluruh mengikut Kimble (1961) dalam buku
Psikologi pembelajaran dan kognitif oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1992), mendefinisikan
pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat
latihan yang diteguhkan. Pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku pelajar sebelum
dan selepas pembelajaran.
Kajian yang dibuat ke atas dua orang murid di bawah akan dihuraikan berkaitan
dengan pencapaian akademik pelajar. Di mana seorang murid yang baik akademiknya dan
seorang lagi yang lemah akademiknya. Ada beberapa teori pembelajaran akan dikaitkan
dalam kajian kes ini.Salah satu daripadanya ialah teori behaviorisme yang berfokus kepada
tingkah laku dan persekitaran, teori sosial yang berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran
dan teori kognitif berfokus kepada pemikiran sahaja. Semua teori-teori ini akan
digabungjalinkan bagi mencari penyelesaian masalah bagi dua orang murid yang melibatkan
pencapaian akademik yang baik dan lemah bagi murid tersebut.
2.

Latar Belakang Kajian


Berikut adalah latar belakang dua orang murid yang telah diambil untuk

dibuat satu kajian berkaitan latar belakang dan pencapaian yang berbeza dari segi akademik.
Kajian dua orang murid telah dibuat di Sekolah Kebangsaan Sri Jamil, Muar. Dua orang
murid ini telah dikenal pasti tahap akademik melalui markah ujian yang telah dijalankan.
Latar belakang kajian pertama ialah murid yang lemah akademiknya. Berikut adalah
biodata murid berkenaan:2.2

Biodata murid B.
A. Latar Belakang Umum
1. Nama

Muhammad Rasyiddin bin Sahrin

2. Umur

11 tahun 2 bulan

3. Tarikh Lahir

10 Februari 2001

4. Jantina

Lelaki

5. Agama

Islam

6. Tarikh Masuk Sekolah

7. Alamat Rumah

No 4, Taman Jauhari, Parit Jamil, Muar, Johor.

8. Jarak Dari Rumah Ke Sekolah

01 Januari 2008

1.5 km

9. Cara ke Sekolah :

Basikal

10. Pekerjaan Bapa

Polis

11. Pekerjaan Ibu

Kerani sekolah

12. Latar Belakang Pendidikan Ibu/ Bapa/ Penjaga :


13. Bilangan adik-beradik

2.3

4 orang

14. Kedudukan dalam keluarga

15. Pengalaman Pra Sekolah :

Ada

Pertama

16. Sejarah Kelahiran :

Normal

17. Bahasa Ibunda

Bahasa Melayu

Sijil Pelajaran Malaysia

Maklumat kajian pencapaian akademik


Kajian pencapaian dua orang murid di atas juga telah diambil untuk dibuat analisa dan

perbandingan antara mereka. Berikut adalah pencapaian yang diambil bagi Tahun 2011 untuk
UPPM 1, UPPM 2, UPPM 3, dan UPPM 4 lepas.
Rujukan pencapaian ujian di bawah adalah bagi murid A (Lemah Akademik)
UJIAN PENGESANAN PENCAPAIAN MURID (UPPM)
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (PENULISAN)
TAHUN 2011
UPPM 1

UPPM 2

UPPM 3
2

UPPM 4

Gred

Gred

Gred

Gred

02

07

11

09

Rujukan pencapaian ujian di bawah adalah bagi murid B (Cerdik Akademik)


UJIAN PENGESANAN PENCAPAIAN MURID (UPPM)
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (PENULISAN)
TAHUN 2011
UPPM 1

UPPM 2

UPPM 3

UPPM 4

Gred

Gred

Gred

Gred

66

72

80

88

3.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik.


Sebagaimana yang telah kita ketahui, setiap murid masing-masing mempunyai intelek

yang berbeza-beza. Di mana dari segi perbezaan individu merujuk kepada Borich dan
Tombari (1997), setiap individu berbeza dari segi temperamen iaitu personaliti, emosi dan
pola berkait rapat dengan faktor warisan keluarga. Kekuatan fizikal di mana seseorang suka
bersenam atau aktiviti riadah. Pola persahabatan

antara individu merujuk kepada rakan

sebaya. Malahan kajian daripada beberapa ahli psikologi antaranya Galton (1865), Goddard
(1890) dan Shiedo (1962) menyatakan bahawa setiap individu juga mempunyai kebolehan
intelek dan kecerdasan yang berbeza dari rakan sebaya. Selain dari mengambil biodata dan
keputusan ujian dua orang murid itu tadi, satu kajian membandingkan pelajar berikut telah
dibuat melalui jadual 1 dibawah:Jadual 1 : Kajian perbezaan dua orang murid.
Muhammad Akram b.

PERBEZAAN INDIVIDU

Daud

Muhammad Rasyiddin b.
Sahrin

Kampung Parit Kangkung

Tempat tinggal

Taman Jauhari, Parit Jamil

Bapa bekerja

Pekerjaan / ekonomi

Bapa dan ibu bekerja

Lincah

Personaliti/ sahsiah

Pendiam

Berbasikal

Hobi / minat

Menonton televisyen

Rendah dan kurus

Fizikal

Sederhana tinggi dan gemuk

Bongsu

Kedudukan dalam

Sulung

keluarga
Pramatang

Kelahiran

Normal

Kajian yang telah dijalankan mendapati ada beberapa faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar terbabit. Perbezaan individu di setiap murid dapat dilihat
melalui tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa, sahsiah, minat, fizikal, kedudukan dalam keluarga
dan kelahiran. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat
dan bentuk badan. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya hidup
keluarga, sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah, di rumah di mana dia dibesarkan.
Komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara keluarganya
mengisi masa santai dan masa cuti sekolah.
Berdasarkan perbezaan individu di atas, faktor pertama mempengaruhi pencapaian
akademik kedua pelajar tersebut adalah :3.1

Faktor baka atau keturunan


Baka menurut Haliza dan Joy N.Samuel dalam buku bertajuk Perkembangan Kanak-

kanak, merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa
kepada anak-anaknya dengan kata lainnya baka memainkan faktor penting dalam
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Di mana dua orang murid berkenaan hidup
berlatar belakangkan dua persekitaran yang berbeza dan faktor genetik.
Pengaruh genetik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia menurut Norman
L. Munn dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa
kepada anak-anaknya melalui gen. Jika dilihat dari segi kelahiran dua murid tersebut, murid A
mempunyai sejarah kelahiran pramatang. Pramatang bermaksud, kelahiran yang berlaku
apabila bayi dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dari segi fizikal bayi
pramatang bertubuh kecil sewaktu bayi lagi. Faktor kelahiran ini berkait rapat dengan faktor
Endogen, di mana faktor endogen berkait rapat dengan andaian penyebab kelahiran

pramatang seperti merokok, mengambil dadah, pemakanan dan hidup dalam kemiskinan
(emosi). Manakala murid B lahir dalam keadaan normal.
Kajian ahli psikologi seperti Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Sheldon (1962) membuktikan setiap indivu mempunyai kecerdasan dan keupayaan intelek
yang berbeza kecerdasan di antara individu yang membolehkan pemerhatian berdasarkan
prestasi murid di dalam kelas. Ianya juga dikaitkan dengan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa amnya.
3.2

Faktor Keluarga
Faktor keluarga berkait rapat dengan perkembangan psikologi kanak-kanak.

Ibu bapa terutamanya menjadi ikon kepada kanak-kanak untuk berdamping, bermanja dan
mengutarakan masalah. Ibu bapa bertanggung jawab menyelia perkembangan kognisi kanakkanak. Dari segi kesihatan, makanan, pakaian dan persekolahan menjadi satu tanggung jawab
yang besar perlu dilaksanakan oleh ibu bapa.
Pencapaian akademik juga memberi impak dalam institusi keluarga. Kegagalan murid
mencapai kejayaan dalam peperiksaan contohnya memberi kesan terhadap tanggapan orang
terhadap keluarga itu sendiri. Menurut teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh
Albert Bandura (1977) teori ini lebih dikenali sebagai Teori kognitif sosial.
Albert Bandura Teori kognitif sosial
Teori Bandura ini menyatakan faktor kognitif banyak mempengaruhi jangkaan murid
untuk berjaya manakala faktor sosial pula berkaitan dengan tingkah laku ibu bapa akan
mempengaruhi tingkah laku murid tersebut. Murid B di mana pencapaian akademiknya
semakin baik disebabkan faktor ibu bapa yang bekerja dan mempunyai minat seperti bapanya
yang bertugas sebagai anggota polis. Bapa akan memberi rangsangan untuk anaknya
mengikuti jejak langkahnya sebagai anggota polis yang mempunyai displin yang tinggi.
Semangat itu akan membuatkan anaknya belajar dengan lebih tekun lagi. Berbanding dengan
murid A, faktor keluarga mempunyai sejarah dahulu. Di mana bapa murid berkenaan semasa
kecilnya mempunyai masalah dari segi kesihatan dan mempunyai sifat haiper aktif ketika
dahulu. Anaknya juga turut mewarisi sifat bapa yang haiper aktif. Ketiga-tiga anaknya
mempunyai tabiat haiper aktif. Guru menjadi rakan rapat bagi murid ini dengan memberikan
pelbagai kerja untuk menggelakkan murid ini leka bermain dan membuat bising di dalam
kelas.
5

3.3

Faktor bilik darjah.


Setiap sekolah dilengkapi infrastruktur yang membolehkan murid dapat belajar dengan

suasana yang ceria dan selesa. Salah satunya ialah bilik darjah. Iklim bilik darjah yang
kondusif, harmoni, ceria dan bersih memberikan keselesaan kepada murid. Dengan
kelengkapan seperti meja, kerusi, papan tulis, kemudahan komputer dan sebagainya
membolehkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tersusun.
Faktor bilik darjah yang terbaik ialah melalui pengurusan bilik darjah yang cekap oleh
guru. Menurut Woolfolk (1990), beliau menyatakan motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku murid. Emosi murid
haruslah diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan
pembelajaran murid. Malah menurut Lee Shok Mee (1995), menyatakan pengurusan bilik
darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
Pencapaian murid B yang berada di bilik darjah kumpulan cerdik mempengaruhi corak
pembelajaran dengan selesa di mana guru kelas memainkan peranan menjalankan tugas
untuk menceriakan suasana dalam bilik darjah. Manakala murid A tidak berdisplin ketika
berada di dalam bilik darjah dengan hanya membuat bising dan kurang memberikan tumpuan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid B berada dalam kategori murid
lemah. Bagi murid lemah mereka tidak dapat membaca dengan lancar. Lantaran itu murid B
kerap melakukan tindakan diluar kawalan dengan menjadikan bilik darjah sebagai tempat
melepaskan tekanan atau emosi.

3.4

Faktor persekitaran
Menurut ahli-ahli psikologi kognitif seperti Wolfrang Kohler. Max Wertheimer dan

Kurt Koffka menyatakan manusia secara aktif akan memilih, memberi perhatian, menghindar,
merenung kembali dan membuat keputusan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam persekitaran bagi mencapai sesuatu maklumat.
Wolfgang Kohler : Salah seorang ahli psikologi Gestalt
Ahli ahli psikologi kognitif ini juga lebih dikenali sebagai Gestalt. Teori pembelajaran
Gestalt lebih berpusat kepada dua proses mental iaitu pengamatan dan penanggapan. Kajian
mereka ke atas seekor campanzi bernama Sultan telah mengemukakan konsep celik akal. Di
6

mana akhirnya campanzi tersebut dapat mengambil buah pisang dengan menggunakan dua
batang buluh bermula batang buluh pendek bagi mencapai batang buluh panjang dan
seterusnya berjaya mengambil pisang tersebut.
Berdasarkan teori di atas persekitaran memainkan peranan yang penting terutamanya
persekitaran di sekolah. Pengamatan dan penanggapan yang dilalui oleh kedua-dua murid
tersebut menjadikan pencapaian akademik mereka bertambah baik atau sebaliknya. Ternayata
murid B menjadikan persekitaran sekolah mahu pun rumah sebagai aset untuk mencari
maklumat tentang pembelajaran. Sekolah banyak menyediakan kemudahan seperti pondok
bacaan, perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang lain yang memerlukan pengamatan
dan tumpuan. Bagi murid A pula pengamatan murid A lebih tertumpu ke arah bentuk
permainan. Persekitaran mewujudkan pelbagai kemudahan untuk beriadah membuatkan
murid A lebih leka dan memikirkan setiap hari datang ke sekolah boleh bermain dengan rakan
sebaya.
Bagi teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989), mengatakan perkembangan kanakkanak meliputi kima jenis ekologi. Pertama, mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosisitem dan kronosistem. Kelima-lima ekologi ini dikatakan dapat mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak . Di mana menurut teori tersebut keadaan persekitaran yang
berlaku di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah dan begitulah
sebaliknya. Murid akan dipengaruhi dengan persekitaran yang sedang pesat membangun
hingga leka dengan peranan mereka sebagai murid yang memerlukan pengajaran dan
pembelajaran sepanjang masa.
4.

Langkah - langkah yang perlu diambil guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melibatkan murid - murid dengan pencapaian akademik berbeza


disokong oleh teori / kajian yang lepas.
4.1

Motivasi pelajar.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru haruslah mempunyai
keupayaan untuk merangsang murid melakukan yang terbaik sewaktu berada di
dalam bilik darjah. Perkara pertama ialah keupayaan guru memotivasikan murid
yang berlainan pencapaian akademiknya.
Motivasi adalah perkara yang memberi perangsang terhadap tindakan yang
dilakukan oleh murid selain dari membangkit, mengekalkan dan mengawal minat
murid untuk terus belajar. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran banyak
7

perkataan-perkataan yang sering digunakan berkaitan dengan dorongan, penentu


dorongan maklumat terkini, minat, insenif dan pelbagai lagi.
Antara teori yang sering kita dengar ialah teori Edward Lee Thorndike (1913).

Edward Lee Thorndike (1913)


Thorndike banyak melakukan kajian terhadap haiwan bagi mengemukakan
teori pelaziman operan. Eksperimen yang dilakukan adalah hasil gabungan antara
rangsangan(R) dan gerak balas(G). Di mana hasil daripada R-G tersebut maka
terhasillah hukum pembelajaran yang meliputi hukum kesediaan, hukum latihan, dan
hukum kesan. Setiap murid akan terangsang dengan apa jua bentuk pembelajaran
melalui rangsangan berbentuk ganjaran. Contohnya murid A, kelemahan pembelajaran
menjadikan guru memikirkan apa bentuk rangsangan yang sesuai untuk menarik minat
murid itu tadi. Hasil daripada gerak balas murid itu tadi dengan memberikan ganjaran
membolehkan pencapaian murid meningkat sedikit demi sedikit mengikut latihan yang
dibuat oleh guru. Contohnya, memberikan ganjaran berbentuk makanan, latih tubi,
ulangkaji secara bersemuka dan sebagainya. Setiap usaha pasti akan mencapai
kejayaan. Motivasi yang diberikan oleh guru ke atas anak muridnya dengan memupuk
minat dan cara pembelajaran yang berjadual akan memberi tindak balas positif seperti
rajah 4.1 di bawah.

Rajah 4.1 : Berkat usaha murid di dorong oleh guru yang cemerlang.
Sokongan dan perhatian yang lebih daripada guru dengan memberikan
motivasi yang sesuai mengikut gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
menjadi daya penarik atau tindak balas positif murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

4.2

Konsep pengajaran guru.


Selain daripada ibu bapa, guru merupakan orang yang paling dekat dengan
murid ketika proses pembelajaran berlaku. Sekolah menjadi tempat kedua bagi
murid menerima kelangsungan pengajaran dan pembelajaran selain daripada
rumah. Menurut Logan & Logan (1974), Profesion perguruan adalah profesion
yang kompleks dan tugasan guru sangat luas berbanding pekerjaan lain. Penyataan
tersebut menyatakan kebenaran peranan guru yang sangat kompleks dari segi
tugasan pengajaran dan pembelajaran melibatkan aktiviti murid. Tiada guru tiada
murid dan tiada bilik darjah maka tiada kewujudan sekolah.
Guru merupakan ajen penting bagi mewujudkan penampilan yang berkesan
dihati murid-murid. Konsep pengajaran guru menjadikan suasana bilik darjah
menjadi ceria dan seronok. Pengajaran guru akan bertambah seronok dengan
adanya gaya pembelajaran yang berpusatkan pengajaran masteri. Di mana
pengajaran masteri

telah dikesan keberkesanannya pada zaman Comenius,

Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974). Pengajaran masteri banyak berlaku dalam
aktiviti berkumpulan mahupun individu di mana guru akan memecahkan beberapa
tajuk pembelajaran kepada tajuk yang kecil. Pada pembelajaran ini fokus guru
akan tertumpu kepada murid yang kurang memahami tajuk kecil dengan
memberikan bimbangan dan menjadikan rakan sebaya sebagai pendamping bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, program pengayaan dan pemulihan turut dijadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan sesudah habisnya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan memberikan latihan
pemulihan bagi membimbing murid yang lemah manakala pengayaan bagi murid
cerdik. Interaksi guru dan murid juga penting ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku. Komunikasi dua hala akan memberi peluang kepada
4.3

murid yang cerdik mahu pun yang lemah berkomunikasi dengan guru.
Hubungan antara ibu bapa dan guru.
9

Setiap organisasi sekolah perlu mewujudkan hubungan yang baik antara ibu
bapa dan guru. Wujudnya PIBG di setiap sekolah adalah untuk membantu
meringankan bebanan guru dari segi pelaksanaan kurikulum mahu pun
kokurikulum. Ibu bapa merupakan guru bagi murid di rumah. Pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru akan dipantau oleh ibu bapa
murid di rumah dengan cara bertanya tentang kerja sekolah yang dibekalkan oleh
guru. Di peringkat ini murid berada dalam pembelajaran informal. Guru perlu
banyak bertanya tentang suasana dan keadaan murid ketika belajar di rumah
dengan melakukan perbincangan atau pun pertemuan yang diatur oleh pihak
sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap pengajaran guru di sekolah.
4.4

Suasana dan keadaan di dalam bilik darjah.


Menurut kamus Dewan edisi keempat (2010), Suasana bermaksud keadaan
yang melingkungi atau meliputi sesuatu. Manakala keadaan bermaksud hal atau
kedudukan pada sesuatu ketika atau jangka waktu. Bilik darjah memainkan
peranan penting dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dengan suasana dan keadaan yang ceria dengan sudut-sudut pandangan yang
meliputi bahan pembelajaran seperti rajah 4.4.1, di bawah.

Rajah 4. 4.1: Suasana dan keadaan bilik darjah yang ceria.


Suasana dan keadaan sebegini akan menggalakkan minat pelajar untuk
mengetahui lebih lanjut pengajaran dan pembelajaran daripada guru mereka.
Manakala rajah 4.4.2, membezakan bilik darjah zaman dahulu dan
zaman moden. Di mana kemudahan dari segi infrastrukturnya melihatkan
10

jurang

perbezaan

murid-murid

dahulu

belajar

berbanding

sekarang.

Rajah 4. 4.2 : Suasana dan keadaan bilik darjah era lama dan moden.

Guru merupakan individu yang melaksanakan pengayaan dalam bilik


darjah berada di dalam suasana dan keadaan yang teratur dan meliputi pengajaran
dan pembelajaran yang

berkesan. Menurut Renzulli

dan Reis

(1997)

menggambarkan pengayaan dalam bilik darjah sebagai aktiviti pembelajaran yang


direka bentuk untuk menggalakkan pemikiran murid ke arah pembelajaran yang
lebih kritis dan kreatif.
Bilik darjah merupakan tempat pembelajaran formal. Guru memainkan
peranan bagi membentuk tingkah laku murid melalui kemahiran-kemahiran
tertentu. Contohnya melalui pendekatan mendisplinkan bilik darjah sebagi tempat
menimba ilmu. Peraturan bilik darjah juga memberi impak kepada murid untuk
memastikan suasana dan keadaan bilik darjah lebih terkawal dan tidak terjadi
pembelajaran yang sia-sia.

11

Burrhus Federic Skinner (B.F.Skinner)


Dalam teori pembelajaran B.F. Skinner (1953), proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah boleh diaplikasikan berdasarkan prinsip-prinsip
berikut. Pertama, memberikan peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu
secara sistematik. Kedua, berbentuk ganjaran. Ketiga, keupayaan guru menarik
perhatian murid. Keempat gerak balas daripada rangsangan haruslah dikukuhkan
untuk membentuk pelaziman. Dan kelima, guru haruslah memberi keutamaan
mengikut latihan dan gerak balas secara berulang-ulang.
Teori Skinner banyak mewujudkan prinsip-prinsip yang diperteguhkan
dengan keupayaan guru memberikan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan ganjaran dan latihan yang berteusan kepada murid. Murid yang lemah
akan diberikan latihan secara berulang-ulang dan akan diberikan ganjaran melalui
keupayaan murid tersebut menjalani aktiviti pembelajaran. Manakala murid yang
cerdik akan diberikan tugasan menambah bahan dan menceriakan sudut-sudut
pembelajaran di dalam bilik darjah.
5

Kesimpulan
Peredaran waktu sentiasa berputar. Begitu juga dengan pendidikan. Teori-teori
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan oleh Thordike,

Skinner,

Watson, Pavlov, dan ramai lagi pengkaji terdahulu telah memberikan banyak
kemudahan serta sebagai rujukan oleh guru atau sesiapa sahaja demi memastikan
anak murid kita berjaya mencapai prestasi akademik yang baik.
Kemudahan infrastruktur di sekolah dengan kelengkapan yang canggih dapat
memberikan keselesaan kepada guru mahu pun murid mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih aktif lagi.

Bibliografi
12

Azizi b. Yahya (2006). Membentuk Identiti Remaja, Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Najeemah Md. Yusof (2007). Konsp Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications

3
4

& Distributors Sdn. Bhd.


Sharifah Alwiah AlSagoff (1987). Psikologi Pendidikan II: Longman.
Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali,& Ramlah Jantan (2003). Psikologi

Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


6 Ee Ah Meng (1997). Pedagogi 111, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
7 Kamus Dewan edisi ke-4 (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.
8 Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di
Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.
9

Bhd.
Haliza Hamzah & Joy N Samuel (2009). Perkembangan Kanak-kanak, Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jumlah perkataan :

13

2 968 patah perkataan

Vous aimerez peut-être aussi