Vous êtes sur la page 1sur 39

KARANGAN

Cara penulisan karangan cereka.


Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau
perbualan.
Contoh soalan cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara
riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul
naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.
1.

Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2.

Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3.
Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan
kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan
jelas.
4.
Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan
masa yang diberikan
*Pengenalan

- tinggal sendirian
- baca buku cerita

Perenggan ke-2

Perenggan ke-3

Perenggan ke-4

Penutup

-mendengar suara riuh-rendah


-menjenguk ke luar
-suatu kebakaran berlaku
- ramai orang mula berkumpul
-cuba membantu memadamkan kebakaran
-membantu memunggahkan barang
- aku terus menelefon pihak bomba
-ahli-ahli bomba tiba
-kebakaran dapat dikawal
-berasa sungguh gembira

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah

kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa
jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah
meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila
saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran
telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran
dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa
bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh
minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya
kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah
saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN

Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama
datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana
sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah
larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah
lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan
ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah
aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku.
Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat
aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak
sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut
nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku
menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum
sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku
sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Bagaimanakah perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil.
Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan
saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai

bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya
sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya.
Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.

...................................................................................................................................
...
Cara penulisan Karangan jenis berita
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan
Bagaimana?
3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku
Tarikh yang tepat
Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu
1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku
Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan belum diketahui atau pihak polis
belum mendapat bukti
2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil,
letakkan sekali nama negeri
3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
Mulakan penulisan dengan mencatatkan tempat (huruf besar) diikuti dengan
tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan
masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang
berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.


5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih panjanglebar.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

CONTOH KARANGAN BERITA


SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala
Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian
tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar
raya.
2. ISI
a)
berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu
lalu-beberapa orang ditahan.
b)
membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh lima orang ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c)
polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor
palsu dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan
maklumat tentang lelaki
berkenaan.

CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu
sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan
beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat

beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah
ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan
di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam
serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor
kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang
lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan
sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai
maklumat tentang lelaki berkenaan.

.................................................................................................................................
TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A

Tip UPSR: Penulisan Bahagian A

Bahasa Melayu Penulisan


BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki
peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan.
Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan,
calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea
bernas ketika menulis karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A
membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan,
manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti
dijawab.
BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan
peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah
kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:
Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam
Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh
diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara
Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika
membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun
ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar.
Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata
kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi
mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga
Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon
membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting,
mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang
berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).
Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di
dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena
Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang
melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan
sempena Hari Kebangsaan.
Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan
daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan
gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.
Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau
perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara
"memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat".
Penggunaannya mengikut konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa
maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan".
Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina
bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah.
Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana
nama orang adalah nama khas.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya,
ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain
itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk
ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang
disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas
peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat
yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

....................................................................................................................................

MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA.


SENARAI 40 NILAI MURNI / PENGAJARAN

Bil

Nilai Murni / Pengajaran

adil

amanah

baik hati

bekerjasama

berani

berazam, bercita-cita tinggi

berdikari

berdisiplin

berhati-hati,berwaspada

10

berhemah tinggi

11

berjimat-cermat

12

bersatu padu

13

bersimpati

14

bersopan-santun, peramah

15

bersyukur

16

bertanggungjawab

17

berterima kasih

18

bertoleransi

19

ikhlas

20

jujur

Penyataan

21

kasih sayang

22

kebebasan

23

kesederhanaan

24

mematuhi undang-undang

25

mencintai alam sekitar

26

menepati masa

27

menghargai masa

28

menghormati

29

menjaga kebersihan fizikal

30

menjaga maruah / harga diri

31

patriotik

32

pemurah

33

prihatin

34

rajin,tekun,gigih

35

rasional

sabar

37

taat, patuh

38

tabah, cekal

39

tolong-menolong

40

yakin

Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.

bil

Penyataan

bangun awal

basuh tangan / mandi

beratur di kantin

berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku

bersarapan bersama keluarga

bersembahyang

beruniform sekolah dengan lengkap dan


kemas

gotong-royong

hendak menjadi ahli perniagaan yang


berjaya

10

jangan suka membuang masa

11

jangan suka meninggi diri

12

keras kepala

13

makan dengan tertip

Nilai Murni

14

memandang ke kiri dan kanan sebelum


melintas

15

membaca buku

16

memberi nasihat

17

memberi tempat duduk kepada orang tua

18

memberi ucap selamat

19

membuang paku di atas jalan

20

memulangkan barang orang lain

21

menderma / menghulurkan bantuan

22

mengemas bilik tidur

23

menghormati jiran

24

mengucap terima kasih

25

mengulang kaji pelajaran

26

mengunci rumah / basikal

27

mengutip sampah di kawasan sekolah

28

Menolong ibu bapa

29

menolong menjaga adik

30

menumpangkan kawan

31

menunggang basikal berhati-hati

32

menutup suis kipas sebelum keluar kelas

33

menyesal kerana tidak mendengar nasihat

34

menyimpan wang

35

menziarahi kawan yang sakit

36

ringan tulang

37

sampai awal ke sekolah

38

tidak membantah pendapat rakan

39

tidak meminta balasan setelah membantu

40

tidak memperkecilkan orang lain

AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.

bersopan santun

berdikari

jujur

menjaga keselamatan

menghormati

mengenang budi

bekerjasama

bertanggungjawab

pemurah

berhati-hati

Kita hendaklah

_______________

Kita mestilah

_______________

Kita haruslah

_______________

Kita boleh

_______________

Kita harus

_______________

Siapa

Kata bantu

Nilai murni / Pengajaran

Huraian atau contoh

Kita

hendaklah

menghormati

guru dan ibu bapa.

Kita

mestilah

Kita

haruslah

Kita

boleh

Kita

harus

Kita

digalakkan*

(JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam
jawapan anda)

Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.


Jawapan: Kita hendaklah rajin

membaca buku.

SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.

TEMA KELUARGA

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal


Kita.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu
itu.
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika
Minggu Bahasa Melayu di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan
mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan
datuk kamu di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan
catatan kamu pada hari tersebut.
6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan
perbualan kamu dengan penjual barang runcit itu.
7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa Bagai Mencurahkan
Air
ke Daun Keladi.
8. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba
9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Ibu Saya.
10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.
11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.
13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.
14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang
lawatan kamu itu.
15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek
kamu yang sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk
memaklumkan perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba.
18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman
kamu
bercuti di kampung datuk kamu.
19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa Seperti Aur Dengan Tebing.
20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.
21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.
25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa Melentur Buluh Biarlah
daripada
Rebungnya
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.
28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang
kamu
rasai pada hari itu.
29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT
30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya
31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan
selengkapnya.
32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.
33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.


35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.
36. Tulis karangan yang bertajuk Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan
Perumahan
37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat
kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Telefon Awam
39. Seperti Kacang Lupakan Kulit.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa
tersebut.
TEMA : SEKOLAH
40.
Saya.
41.

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Pameran Lukisan di Sekolah

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Menyertai Kegiatan


Kokurikulum di Sekolah.

42.
Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang
tokoh guru di sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.
43.
Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis
catatankan tentang kem motivasi tersebut.
44.
Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas
guru.Ceritakan kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
45.
Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola
sepak peringkat daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah
sekolah.
46.
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan
laporan tentang hari tersebut selengkapnya.
47.
Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu
bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang
diadakan.Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.
48.
Anda ingin melanggan majalah Dewan Pelajar selama 7 bulan. Tuliskan
sepucuk surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49.

Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk Sekolah Saya.

50.
Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan muridmurid tahun enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
51.
Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat
daerah.Tajuk syarahan kamu ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan
Sekolah. Tuliskan syarahan kamu itu.
52.
Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa
buah tempat menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.
53.
Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu
menghadapi peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.
54.

Bincangkan tajuk Kebaikan belajar secara berkumpulan

55.
itu.

Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria

56.

17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Perpustakaan

57.
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah
karangan mengenai
hari sukan tersebut.
58.
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai
aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.
59.
Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada
sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.
60.
Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu
ramah
Itu selengkapnya.

.................................................................................................................

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A

Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih

1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang masalah pencemaran air
dan langkah- langkah yang dapat diambil untuk menjamin kebersihan air.Tulis
dialog antara anda dengan rakan anda itu.

Pendahuluan.
- air penting untuk kegunaan harian

Isi-isi.
1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai penyakit sakit taun, cirit-birit, dan
penyakit
kulit
2.langkah untuk menjamin kebersihan air memasak air untuk membunuh
kuman
3.menggunakan penapis air terjamin bersih
4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

Penutup
- menjaga kebersihan air untuk menjamin
kesihatan

2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu


pertan dingan syarahan peringkat sekolah.

Tajuk

syarahan itu ialah Negara Bersih Rakyat Sihat.

Pendahuluan.

Tulis syarahan itu.

- kata-kata aluan
- kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup

Isi-isi
1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar tidak bersih
2.tidak dapat belajar dan bekerja negara akan mundur
3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur rakyat perlu
berganding bahu
mengawal pencemaran

Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar

3.Lengkapkan cerita di bawah ini.


Aku sedang memancing dengan kawanku di tepi sungai. Tiba-tiba mataku
terpandang akan
sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku
memberitahu kawanku. Kami mendekati
benda itu

Pendahuluan.
- seperti perenggan di atas.

Isi-isi
1.menyangkakan benda yang terapung itu batang kayu cuba menguisnguisnya
2.terkejut benda tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing sungai

3.memberitahu orang kampung membuat laporan


4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

Penutup
- buaya tersebut ditempatkan di zoo

4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah
mengadakan projek
secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan
tentang gotongroyong yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan tersebut.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotongroyong diadakan

Isi-isi
1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan
hubungan mesra

mengurus sekolah - memupuk

2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar


3.mengecat bangunan kantin menanam pokok-pokok bunga
4.berhenti rehat jamuan ringan
5.menyambung kerja membersihkan longkang

Penutup
- berterima kasih berharap agar aktiviti yang
serupa lebih kerap diadakan

5. Ibu rakan karib anda dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit


jantung.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa simpati anda
kepadanya.

Pendahuluan
- menanyakan khabar dirinya dan ibunya

Isi-isi
1. terkejut mendengar berita ibunya dimasukkan ke hospital
2. meminta maaf tidak dapat melawat ibunya
3. ibu bersalin di hospital menjaga adik-adik di rumah.
4. berharap agar dia tidak berkecil hati

Penutup
- berharap ibunya cepat sembuh

6. Lengkapkan cerita di bawah.


Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi
bagaimana? Ibu
bapaku tidak akan melayan
kehendakku. Aku kurang memberikan perhatian pada pelajaran
berbanding dengan adikku.
merlang dalam
peperiksaannya.

Aku

Pendahuluan
- seperti petikan di atas

Dia sentiasa mendapat

keputusan

ce

Isi-isi
1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguhsungguh
2. berazam tidak mahu ponteng sekolah tekun mengulang kaji
3. cikgu hairan semakin rajin bertanya
4. keputusan akhir tahun tempat pertama ayah membeli kasut idaman

Penutup
- berasa bangga berazam untuk mengekalkan
prestasi cemerlang

7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang menyedihkan


anda. Tulis suatu
cerita yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut.

Pendahuluan
- bercuti di kampung nelayan rumah kawan baik keluarganya susah

Isi-isi
1. suatu malam rumah jirannya terbakar - terjaga segera membantu
2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan barangbarang
3. jeritan meminta tolong anaknya terperangkap
4. bomba datang tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan
sungguh sedih

Penutup
- bapa datang menolong keluarga kawanku
- aku insaf atas kejadian yang berlaku

8. Baru-baru ini negara kita telah dilanda jerebu. Keadaan ini menyebabkan
kita tidak selesa.
Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda menghadapi suasana
tersebut.

Pendahuluan
- punca jerebu aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap
dari kilang

Isi-isi
1. radio, televisyen, akhbar menyiarkan berita mengenai jerebu
2. kurang bermain di luar rumah tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
3. tidak berapa sihat batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
4. Negeri Sarawak diisytihar darurat membeli makanan untuk bekalan

Penutup
- dua minggu kemudian jerebu berkurang

9. Anda telah terpilih untuk menyertai


suatu pertandingan akhir yang
diadakan di sekolah anda. Berbagai-bagai persiapan telah diatur menjelang hari
tersebut.
Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama pertandingan yang disertai

Isi-isi
1. persediaan awal berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan pakaian yang
sesuai
2. pada hari pertandingan berdebar-debar
3. tiba giliran persembahan penuh bertenaga dan yakin
4. tidak sangka menang peserta yang lain hebat

Penutup
- gembira kerana berjaya tidak melupakan orang yang memberi sokongan
impian tercapai

10. Baru-baru ini pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa
Melayu. Berbagaibagai aktiviti telah diadakan Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.

Pendahuluan
- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
2012

Isi-isi
1. pelbagai aktiviti diatur pertandingan melukis poster terbuka kepada semua
murid
2. pertandingan syarahan Syazlin Sazali menjadi johan

3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas


4. pertandingan mendeklamasikan sajak
5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku sepanjang minggu itu

Penutup
- segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya

Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )


Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:
Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau
sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti
antaranya ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Surat ucap tahniah


Surat ucap takziah
bertanya khabar berita
menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
membalas surat yang dihantar oleh orang lain
dan sebagainya

Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A :

8 Februari 2012

Cara B :

8 hb. Februari, 2012

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan


kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab
pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :


nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan
cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus
surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


.Nama penulis.........................
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................

Tarikh :

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) ..........................


....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
..........................
Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan
dalam perenggan yang berasingan)
.....................................................................................................................................
.........................
.....................................................................................................................................
.........................
.....................................................................................................................................
...........................
.....................................................................................................................................
.......................
.....................................................................................................................................
...........

Yang benar,
.................

( Nama Huruf Besar )

Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke
rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu
sedang berbuah.
1
2
3
4
5
6

7
8
9
7

Nama dan alamat pengirim (kanan)


Tarikh (kanan)
Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
Perenggan ke-2
buah-buahan sedang masak
ayah memajak sebahagian sahaja
keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
Perenggan ke-3
boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
terima kasih
Penutup
Tandatangan pengirim (kanan)
Perakuan diri (kanan)

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,


- tolak 3 markah )
a]
alamat ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
b]
tarikh ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
c]
kata sapaan
( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
d]
tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
e]
tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu
telah menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan,
anda dianggap ketinggalan zaman jika anda menulis nama pada alamat di atas
sekali.

............................................................................................

Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi


Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

memohon pekerjaan
membuat aduan / bantahan / cadangan
membuat rayuan
membuat jemputan rasmi
menempah barangan
meminta kebenaran
atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1.
Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan
penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda
boleh dapatkan bantuan daripada guru. )
2.
Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri
yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah
markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda
mahir dengan formatnya.
3.

Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(garisanpanjang)_____________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb)
Tarikh : (selari dengan
nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2.
( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba
sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama
lain)
3.
( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita
kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita
dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk

memberitahunya bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola
baru bagi menggantikan bola yang telah rosak.
Rangka
1.
alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa
tanda koma di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2.
buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3.
nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf
besar )( alamat yang terakhir digariskan )
4.
tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf
besar )
5.
kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6.
perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7.
perenggan pertama
tujuan menulis surat ini ( tiada jarak
perenggan, lihat contoh )
8.
perenggan ke-2
- bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda
noktah. Jarakkan sedikit
sebelum menulis )
9.
perenggan ke-3
berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4
mempunyai masa yang singkat sebelum hari
perlawanan
11. penutup
terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )
15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah
dan koma
.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan,
syarahan, surat tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana,
diyakini kebanyakan yang memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari
kalangan orang Islam.

CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan Bola Jaring,


Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
------------------------------------------------------------------------------------------

Encik Musa Bin Hassan,


Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
APRIL2012.

24

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama


Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau
ingin memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2.
Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami
memohon bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai
persediaan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.
3.
Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini
latihan yang kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4.
Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi
untuk berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih

Yang benar,
Widyawati

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )


Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format,


- tolak 3 markah )
a]
alamat ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
b]
tarikh ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
c]
panggilan hormat ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
d]
tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
e]
tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada
- tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa

.........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak
berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh
dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :

Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )


Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah
karangan
mengenainya.

Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan laporan
mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya
berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan
yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan
daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang
akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang.

c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan
terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta
dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga
kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan
jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca,
penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa
yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah
= 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa
telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana
adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan
yang baik.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat
berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah
kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi
huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam
karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan
pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
Kamu baru pulang ?
Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan
saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu
tertunggu kepulangan saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah
Jamal , lembut.
& PETUA BILA MENULIS KARANGAN

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun


mengikut mana yang lebih penting.

Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.

Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya


mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan
mengandungi satu isi.

Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

.....................................................................................................................................
......
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR


1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku.
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang
mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan )
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat
demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.

Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju,


malahan memuji langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan
sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid
sekolah ini turut serta, kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu
seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah.
Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15.
Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik
Tamrin menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid
yang prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu
sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan.
Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di
pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan
mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman.

2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun.
Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di
Petaling Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku
dijaga)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah.
Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan
keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan
dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku
teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah
berkata,Setiap yang hidup kan mati.

Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku


terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata
orang,Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik
kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih
yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil
keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku
kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan
baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading.
Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas


rahmatNya.

Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat


bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip Mengapa
aku tidak boleh jika orang lain boleh. Oleh yang demikian, bapaku
sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak
mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku
mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan
kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah,
malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di
tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang
untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara
tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan
tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah
hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar

bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada


Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku
itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu
terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut
menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan.
Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan
mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut
membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan
berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu.
Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa
kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada
bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh
bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira
dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN

1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas.


Sementara menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana
di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang
kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah
melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula
menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan
penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual
sekalipun harganya lebih mahal.

Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas
masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak
dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu
dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut
menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar
menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang
kertas pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun
beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak
menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar.
Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku
membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin
telahpun sampai.

2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah
anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun
satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas
memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang
gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga
ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga
yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah
yang perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar
penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di
sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya
adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka
kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram
kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.

3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)


Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di
sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan
keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat
dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku
yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. Pergilah
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari. Kata-kata ayah
membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi
perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang
sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti
sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga
bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang
sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih
setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara.
Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering
berguguran apabila ditiup angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan
lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,Hutan ini perlu terus
dipelihara. Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.

4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)


Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah
selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan
tentang Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan
tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti
malam. Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masingmasing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika
itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik
pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa
yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa
hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih
juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik
jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir
selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang
dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan

Vous aimerez peut-être aussi