Vous êtes sur la page 1sur 9

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

SEMPATKAH KITA BERTAUBAT


20 November 2015M/ 8 Safar 1437H

.




.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Marilah sama-sama kita merenung dan insafi diri, adakah kita benar-benar berada pada
landasan yang sewajarnya sebagai hamba Allah? Ingatlah Allah pada setiap saat dan
ketika walau di mana jua kita berada. Tingkatkanlah iman dan taqwa sebagai benteng
yang mempertahankan kita dari sebarang anasir durjana. Hanya kepada Allah SWT
jualah tempat kita berlindung dan berserah. Mudah-mudahan kebahagiaan dunia dan
akhirat menjadi milik kita semua.

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

Sering kali kita mendengar kes-kes kematian mengejut berlaku di seluruh dunia. Ada
yang menemui ajal ketika sedang bersukan, ketika sedang memandu, juga ketika
dalam tidur. Kematian sentiasa mengejar dan membayangi kita. Mungkinkah esok?
Mungkinkah sepuluh tahun lagi? Atau mungkin hanya beberapa saat sahaja jaraknya
daripada kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Justeru, dalam
kesempatan yang masih bersisa ini, marilah bersama kita hayati khutbah bertajuk
Sempatkah Kita Bertaubat?.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Manusia sering leka dan lalai. Manusia juga sering terperangkap dalam kesilapan, dosa
dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Manusia selalu terjerat dalam langkahnya
yang sumbang. Itulah manusia. Allah sentiasa memberikan peringatan kepada hambahamba-Nya tentang kelemahan diri mereka sebagai manusia dan menggariskan
panduan atau cara terbaik untuk mereka mengawal diri, perasaan serta tingkah laku.
Begitu juga dengan cara menyucikan jiwa. Allah juga turut menegaskan bahawa setiap
manusia akan menerima balasan daripada apa yang mereka usahakan dalam
kehidupan mereka di dunia ini. Justeru mereka amat perlu berhati-hati dan memastikan
agar sentiasa memilih jalan yang benar.
Sebagai manusia biasa, agak sukar bagi kita mengelakkan diri daripada melakukan
kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Dalam erti kata yang lain,
tiada seorang pun dari kalangan kita yang tidak melakukan dosa. Perbezaannya cuma
bagaimanakah sikap kita setelah berbuat dosa. Adakah kita segera bertaubat atau
melengah-lengahkannya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah Ayat 8:-



Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya maut yang kamu
2

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

melarikan daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui, kemudian kamu akan


dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu
DIA memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta akan
membalasnya).

Para tetamu Allah yang diberkati,


Kotoran yang kelihatan secara zahir boleh dibersihkan dengan mudah. Pakaian yang
kotor, pinggan mangkuk yang tidak bersih, semuanya mampu dibersihkan dengan
bahan pencuci sahaja. Namun, bagaimana pula dengan kotoran yang terpalit dalam
hati kita? Segala dosa dan noda yang kita lakukan akan menjadi kotoran yang
menghitamkan hati. Hanya taubat sahajalah yang mampu menyucikan segala
kekotoran di dalam hati kita.
Sememangnya benar bahawa pintu taubat dibuka seluas-luasnya oleh Allah SWT buat
semua hambaNya. Namun perlu diingat, kesempatan untuk kita bertaubat akan tamat
apabila nyawa kita telah sampai ke halkum. Persoalannya, adakah kita tahu bila nyawa
kita ini akan berakhir? Bilakah peluang terakhir untuk kita memohon taubat kepada
Allah SWT?
Rebutlah peluang kemurahan kasih sayang Allah menerima taubat hambaNya
sepertimana dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RH
daripada Abu Musa al-Asyari RA :

Bermaksud: Sesungguhnya Allah Azzawajalla menghulurkan tangannya (bersedia


menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada
waktu siang bertaubat; dan Allah menghulurkan tangannya (bersedia menerima
taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam
3

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Bagi hati yang dipenuhi keinsafan, sudah tentu tidak mahu berterusan berada dalam
dosa, sepanjang waktu berusaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat
supaya dapat beralih daripada kegelapan kepada cahaya hidayah. Bertaubat adalah
suruhan Allah dan amalan rutin Rasulullah SAW yang wajib dilaksanakan dengan
segera tanpa berlengah. Malangnya suruhan ini dipandang sepi dengan alasan masa
masih panjang lagi. Alasan ini dangkal dan tiada berasas kerana taubat bukan khusus
untuk golongan tua yang kononnya dianggap rumah kata pergi, kubur kata mari.
Walhal kematian itu tidak pernah mengenal usia. Persoalannya apakah kita boleh hidup
hingga usia tua? Adakah Malaikat Izrail akan membuat temu janji terlebih dahulu
dengan kita?
Sesungguhnya orang yang sengaja melambat-lambatkan bertaubat akan berdepan
dengan dua bahaya besar, iaitu:
Pertama : Hatinya menjadi keras dan gelap. Sukar untuk menerima nasihat dan
kebenaran. Inilah akibat perbuatan maksiat dilakukan kepada Allah sehingga menjadi
sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.
Kedua : Maut dalam kemurkaan Allah. Kematian datang sebelum sempat ia bertaubat,
lalu ia menemui Allah SWT dalam keadaan hatinya penuh dosa dan pasti menyeretnya
kepada suasana hidup yang tidak selamat di akhirat nanti.

Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka segeralah memohon ampun
kepada Allah SWT dengan bertaubat. Orang yang bertaubat

dengan ikhlas dan

bersungguh-sungguh hendaklah yakin Allah SWT pasti menerima taubatnya.

Saudara-Saudaraku Yang Dikasihi Allah,


4

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ada menyebut di dalam bukunya yang bertajuk Pesanan
Untuk Orang Berdosa, bahawa jalan menghampiri taubat atau mendorong untuk
bertaubat ialah tidak panjang angan-angan. Kita merasakan kematian masih terlalu jauh
dari kita sebab itulah kita tidak bersegera bertaubat. Kita bimbang akan kembali kepada
dosa sedangkan kita tidak pernah tahu penghujung usia. Sekiranya tidak bermula
dengan taubat, masihkan ada kesempatan untuk kita terus hidup sama ada atas jalan
kebaikan atau kembali kepada dosa?
Hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Faatir ayat 37:



Bermaksud: dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): wahai
Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini), kami akan mengerjakan amal-amal yang
soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka):
Bukankah KAMI telah melanjutkan umur kamu dan member masa yang cukup untuk
berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu
pula telah didatangi oleh Rasul (KAMI) yang memberi amaran.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,


Ayuh segeralah kita bertaubat. Jangan ditangguh lagi. Bimbang tiada lagi kesempatan
untuk kita di kala ajal tiba. Sesungguhnya perbuatan bertaubat dan memohon
keampunan daripada Allah SWT merupakan sebahagian daripada persiapan penting
dalam menghadapi hari pembalasan.

Justeru, marilah kita jadikan amalan segera

bertaubat secara istiqamah sebagai rutin kehidupan kita. Jangan biarkan hari kita
berlalu tanpa sebarang penyesalan dan permohonan taubat kepada Allah. Mudahmudahan taubat kita diterima oleh Allah SWT. Oleh itu, sebelum Malaikat maut diutus
5

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

oleh Allah SWT menemui kita, hayatilah kesimpulan yang dapat diambil daripada
khutbah pada hari yang mulia ini:
Pertama : Tiada alasan untuk kita menjawab di hadapan Allah SWT nanti dengan
mengatakan kita tidak tahu, terlupa atau tidak sedar kerana semua amalan dan maksiat
akan dicatat dan dihisab walau sebesar zarah;
Kedua : Hanya dengan Taubat Nasuha sahajalah yang akan membersihkan kita
daripada segala noda dan dosa yang telah dilakukan seterusnya memperoleh
keampunan Allah SWT; dan
Ketiga : Taubat hendaklah dilakukan dengan segera dan istiqamah sebaik sahaja
tersedar telah melakukan dosa, kerana ajal mungkin berkunjung tiba dikala lafaz taubat
belum sempat dipinta.
Marilah sama-sama kita merenung peringatan Allah SWT di dalam Surah Asy-Syura
Ayat 25:-



Bermaksud: Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang
bertaubat) serta memaafkan kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui
akan apa yang kamu semua kerjakan.




.


.




.
6

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat












.





.

:
.









.



7

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat







.


.



.


.





.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kami
bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan, berilah hidayah
dan petunjuk kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami, kukuhkanlah perpaduan
8

Teks Khutbah Jumaat

Sempatkah Kita Bertaubat

antara kami, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu, permudahkanlah segala urusan
kami, tambahkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan
akhlak yang mulia, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai, teguhkanlah iman kami
dalam menempuhi segala mihnah dan ujian-Mu, kekalkanlah keamanan kami dan
kesejahteraan negeri kami Wilayah Persekutuan agar sentiasa aman dan makmur.

.




.


Vous aimerez peut-être aussi