Vous êtes sur la page 1sur 17

AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH:

SATU KAJIAN KUALITATIF


AMALAN MEROKOK DI KALANGASN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara
13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan
tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya,
golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor
yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam
rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga
sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa
dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan.
Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu
baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal,
perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan
diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan
perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa
merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain
memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas
terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar,
perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan
sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan
tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan
diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah
kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa
tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan
melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok
seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh
membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan
buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada
kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan
membahayakan diri mereka serta orang lain.
Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi

kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara


yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
Dari Abi Sa id bin sa d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda : Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan . (Riwayat Ibn Majah
dan al-Daruqutni)
Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak
memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam
agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan
suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita
ke lembah kebinasaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi dan jan
ganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya syaitan itu musuh kamu
yang nyata .
(Surah al-Baqarah 2 :168)
Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak
dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka
mudah terpengaruh dengan amalan merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu
berkehendakkan rokok tetapi tidak di perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja
semata-mata untuk mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara
sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini
berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng sekolah,
melepak, menagih dadah dan sebagainya.
Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang
salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk
melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan
dan kongkongan daripada mana-mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini
juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan
oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan
sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan.
Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah menjadi trend dan
kebiasaan di era globalisasi ini.
Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu membimbangkan. Pada
bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammed telah melakukan
lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut
tersebut, beliau telah mendapati banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama
pelajar sekolah tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).
Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak

sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan
sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.
Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri menyatakan bahawa semua premis sekolah
sama ada di kawasan terbuka atau di dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk
dalam kawasan larangan merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan
ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?
Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di dalam teks ucapan
perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan 1999 mengatakan bahawa
kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun ke bawah) secara keseluruhannya pada tahun 1996
ialah sebanyak 16.7%. Kadar merokok di kalangan remaja lelaki ialah 3 0.7% manakala pelajar
perempuan pula ialah 4.8%. Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah
sebuah sekolah menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar
merokok secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%. Kadar merokok
di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar perempuan ialah 7%. Berlaku
peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7%
berbanding pada tahun 1986. Manakala peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak
4.8% pada tahun 1996 berbanding pada tahun 1986.
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari
setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan
sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya,
penagihan dadah bermula dari merokok.
Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang
membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya. Menurut kajian
doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada orang yang tidak merokok. Di
dalam buku Rokok dan Keharamannya, Terjemahan Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1),
Doktor Hajar b. Ahmad ada menyatakan bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau
berkurang dari 8 hingga 12 tahun.
Di samping itu, Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan bahawa merokok juga
boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses kematangannya. Dengan kata lain, ianya
merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan perkembangan akal menuju kematangan dan
kesempurnaannya (sebagai makhluk yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan
seseorang. Rasulullah SAW
bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ummu
Salamah bermaksud :
Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan
(memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran) .
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti)

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan sebagainya di
kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya
nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah
penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal
mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak
dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok
adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah
dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih
dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita
perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan
budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia
berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar
dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai
melalui kajian ini iaitu:
1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk
merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan
sebaya
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah
merokok
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan
penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah :
1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?.
1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk
merokok?
1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan pelajar
sekolah menengah ?

BAB DUA
SORORTAN KAJIAN TERDAHULU
2.1 PENGENALAN

Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas. Namun tinjauan penulis
mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian mengenai masalah ini. Antaranya ialah
Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian mengenai masalah disiplin di kalangan remaja.
Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat
masalah disiplin pelajar. Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah
binti Hussin. Beliau didapati telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di
sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan
penyelesaiannya. Beliau membuat perbandingan antara remaja dahulu dan kini. Parthiban a/l
Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme, gengsterisme dan salah laku pelajar. Beliau
mengulas mengenai punca salah laku remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo
menghubungkan antara masalah disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian di
atas banyak membantu penulis dalam penyelidikan ini.

2.2 FAKTOR DIRI SENDIRI


Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat remaja
mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiti
diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa ini merupakan suatu zaman yang
penuh dengan keributan dan tekanan; di mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan
diri dari segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan
juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar terutama pelajar
sekolah menengah atau matrikulasi; di mana mereka keliru dan tidak memahami peranan diri
serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan masyarakat. Pendapat ini
disokong oleh Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan
bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di
mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat
ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan
tersendiri.
Di sini boleh difahami bahawa keremajaan menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar
dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah
dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan keputusan yang
diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh
itu mereka perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan
dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai faktor diri pelajar sendiri.
2.3 FAKTOR KELUARGA
Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam
gejala sosial. Hasil kajian Azizah Lebai Nordin menunjukkan terdapat banyak faktor
penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan
sebaya. Beliau menyokong
pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan
ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai

pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid
di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid-murid.
Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang mengaitkan
faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya dan media massa
(Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy), sikap guru yang negatif dan
saiz sekolah yang besar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan
dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan
yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar
melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah sosial pelajar menurut
Azizah.
Wan Norasiah Wan Ismail sependapat dengan Azizah dari segi ibu bapa juga sebagai penyebab
masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak terdapat komunikasi di antara
golongan remaja dan ibu bapa mereka. Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi
masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih
bersifat formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka tidak
suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama yang mengesyorkan
supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai sahabat untuk cuba
menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan
kawan sebagai penasihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.
Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya
komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anakanak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut
kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga. Ditambah pula dengan
kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anakanak amat terhad.
Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu
bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari wang untuk memenuhi
kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Ibu
bapa bekerja keras, memeras keringat atau otak supaya keperluan anak-anak dapat dipenuhi.
Oleh itu anak-anak diharapkan memahami pengorbanan ibu bapa. Anak-anak yang memahami
pengorbanan ibu bapa tidak akan merasa ibu dan ayah mengabaikan mereka. Sebaliknya merasa
disayangi kerana kedua ibu bapa sanggup bersusah payah demi kesenangan mereka.
Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu bapa.
Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap
anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan yang diberikan.
Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk mengungkapkan perasaan sayang terhadap
anak-anak, meskipun mereka menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.
2.4 FAKTOR RAKAN SEBAYA
Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah bahawa pengaruh rakan sebaya adalah

juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan
rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan
ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam
salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja
selepas keluarga.
Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya,
remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan
seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian
beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku
negatif daripada ahli keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah
laku akhlak.

BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian,
proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur
menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik
temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk

proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar.
Patton (1987) menerangkan bahawa kajian kualitatif dengan teknik temu bual mampu
memberikan satu kerangka kerja di mana responden dapat meluahkan pemahaman serta
pengetahuan mereka mengikut cara mereka sendiri. Kaedah kualitatif juga membantu peserta
kajian menjelaskan sesuatu perkara atau situasi dari sudut pandangan mereka sendiri (Colby &
Kohlberg et al., 1987).
Tambahan pula, Merriam (1998) menerangkan bahawa pengkaji kualitatif lebih berminat dalam
memahami makna yang ingin disampaikan oleh peserta dan menjelaskan hasil dapatan kajian
kualitatif adalah sangat kaya dengan maklumat diskriptif. Maklumat yang diperoleh melalui
kaedah temu bual telah direkod, ditranskripsikan dan diserah kepada peserta kajian yang
bertindak sebagai second rater bagi tujuan pengesahan. Interrater realibility juga dilakukan
terhadap kategori orientasi moral yang telah ditentukan. Langkah ini dilakukan dengan
penyemakan semula protokol temu bual oleh penyelia dan pensyarah yang pakar dalam bidang
pengkategorian orientasi moral.
Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui
kaedah pepemrhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana body
language yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan
juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen
pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru
disiplin dan guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk menganalisis data
bagi kajian kualitatif ini.
3.3 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Lokasi ini dipilih kerana
pengkaji merupakan guru di sekolah berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat
respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana sekolah ini
merupakan sekolah tempat pengkaji mengajar, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan
kebenaran menjalankan kajian.
3.4 SAMPEL KAJIAN
Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada seorang pelajar tingkatan 1 yang
disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit
bimbingan dan kaunseling. Pelajar ini dipilih kerana dia adalah pelajar bagi pengkaji.
Rasionalnya sampel ini akan dapat member kerjasama yang baik dengan member maklumat yang
dikehendaki dengan jujur. Dia juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji.
Sampel ini baru saja ditangkap kerana mambawa rokok di sekolah dan dari segi fizikal dia
Nampak kurang terurus.
3.5 KUTIPAN DATA
Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama lebih kurang 45
minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video.. Temubual ini dijalankan dibilik khas

di bilik PPDa sekolah dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan
ditanya pelbagai soalan yang berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah
temubual ini digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat
mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan kurang baik
untuk menulis.
Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi suara dan
memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa yang disampaikan oleh
responden.
3.6 DATA ANALISIS
Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan transkip.
Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang dinyatakan oleh responden.
Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada beberapa tema yang berkaitan berdasarkan
persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema
yang dibuat dan dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan
keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada responden untuk
menyemak semula maklumat yang di berikan.

BAB EMPAT
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan di analisis data-data yang
telah diterjemahkan dan diusun mengikut tema-tema tertentu. Tema-tema ini pula ditentukan
berdasarkan persoalan kajin yang dibuat. Bagi kajian tentang Amalan Merokok Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah beberapa tema telah diperolehi. Antara tema-tema itu iaalah Kategori
keluarga, Rakan Sebaya dan Diri Sendiri.
4.2 TEMA KELUARGA

Tema ini dipilih kerana adalah yang paling dekat dengan pelajar dan sepatutnya berada lama
bersama dengan anak mereka. Oleh itu ibubapa mereka adalah idola atau contoh kepada pelajar.
Segala kelakuan ibubapa mereka akan menjadi ikutan. Hasil daripada temubual dengan pengkaji
didapati ramai keluarga pelajar ini adalah perokok dan pernah merokok. Antara buktinya ialah
beliau telah berkata Dok doh lloni, dulu hisap, iaitu merujuk kepada bapanya yang dulunya
adalah perokok. Manakala Ada, Pak Sedara.dan Erm, Pak Sedara kebanyakkannya hisap
rokok membuktikan bahawa beliau telah biasa dengan orang yang merokok dan di kelilingi oleh
keluarga yang merokok. Begitu juga dengan pendedahan beliau bahawa adiknya yang baru
darjah lima telah mengikut jejaknya sebagai seorang perokok iaitu bila dia darjah lima.
Hubungan keluarga yang kurang erat juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku, ia berlaku
terhadap responden apabila dia memberitahu tengahari, jumpa ayah iaitu beliau hanya
berjumpa dengan ayah sekejap saja wak tu tengahari oelh kerana kesibukan ayahnya bekerja.
Disamping itu juga dia tidak pernah dibawa berjalan-jalan bersama, ini dibuktikan dengan katakatanya Dok rajin gi jalan-jalan dengan ayah man-mana. Hubungan rengang ini member
ruang kepada pelajar ini membuat sesuatu yang tidak berfaedah kerana kasih ayang dari keluarga
tidak ditunjukkan. Oleh sebab itu beliau hanya boleh berurusan dengan Mak nya sahaja, bila dia
berkata Mak, tak rapat dengan ayah bila di soal dengan siapa di rapat.
Pelajar akan rasa tidak dipedulikan atau diabaikan, menyebabkan ia mencari alternative lain. Ini
dibuktikan dengan kata-kata responden Dok royak gapo keburukan merokok kerana
ibubapanya tahu dia merokok tetapi tidak menasihati dan ambil berat dengan emberitahu
keburukan merokok. Begitu juga sebelu pergi ke sekolah, beliau pergi ke sekolah sebelum
bapanya bangun dari tidur, Dia tidur lagi bila ditanya bagaimana dia berkesempatan merokok
di waktu pagi.
Taraf ekonomi keluarga rsponden juga mempengaruhi responden, Ayahnya seorang penjual ikan
manakala ibunya tidak bekerja, bekalan duit saku yang tidak mencukupi menyebabkan beliau
bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai duit yang banyak dan boleh membeli apa saja.
Responden adalah seorang yang bebas melakukan aktiviti merokok di sekitar rumahnya dan di
mana-mana dengan senang. Keluarga memberi kebebasan dan diambil kesempatan oleh beliau
dimana aktiviti merokok berjalan di tepi rumahnnya sahaja bersama kawannya. Ini dibuktikan
dari kata-katanya (10)Erm, hisap tepi rumah, (14) Dekat rumah, (19) Ya, mari isap dirumah
saya, (25) masa isap rokok tu ayahTak dok, (29) Ya Masa mak tak dok, isap rokok, (30)
Dok , tepi rumah dan (31) Jolo hari2 isap rokok. Semua kata-kata responden itu adalah bukti
bahawa beliau bebas menghisap rokok di tepi rumahnya berulang kali kerana beliau akan
menghisap rokok apabila ayah dan ibunynya tiada di rumah . selain dirumah beliau juga
mengjisap rokok di tempat lain tanpa rasa takut atau bersalah, ini dapat diketahui melalui katakatanya (55) Sekali skala isap dalam hutan, (56) Dok, tak jumpa orang kampong, (77)
6.30pagi, (92) Erm, lepas aktiviti, isap rokok (93) Tak tau gi padang khian, (96) Erm,
( isap rokok tempat tu), (97) Dok bllake, pakat isap rokok belako, (107) Dalam tandas.
Beliau juga berani menghisap rokok di kawasan sekolah iaitu di dalam tandas.
Tindakan yang sepatutnya tidak diberikan kepada responden terutama apabila keluarganya tahu

beliau merokok. Dari penceritaan beliau, hanya bapa saudaranya saja yang memarahi beliau,
itupun masa terserempak beliau sedang menghisap rokok bersama kawan-kawannya. Ini
dibuktikan dengan kata-katanya (7) Ya,ayah tau, (8) Marah (9)Dia Tibai, (26)Dia tahu
saing2 isap rokok, (52) Pok sedara ada sekalo, ambik anak dio sekali ngan kak, jumpangan
dia , dia bagi penyepak, jagn dok isap rokok sini lah, (69) Gitu sokmo, (114) Erm, marah tak
kuat. Segala tindakan yang diambil oleh keluarganya masih lagi tidak berkesan kerana beliau
masih lagi meneruskan amalannya.
Kasih sayang tidak ditunjukkan oelh keluarga responden, Dimana keluarganya tidak bertanyakan
berkaitan pelajrannya. Responden juga sukar untuk mendapat duit poket apabila diminta, bukan
sentiasa dapat ini jelas dari kata-katanya (68) Ado ketikanya dia tak bagi.
4.3 TEMA RAKAN SEBAYA
Tema ini dipilih berdasarkan analisis daripada maklumat responden yang ditemubual. Faktor
rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi amalan merokok
dikalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan daripada temubual yang dijalankan ketas responden,
banyak membuktikan yang mereka merokok kerana pengaruh rakan sebaya.
Dari temubual dengan responden, jelas kepada kita bahawa beliau menghabiskan masa banyak
bersama rakan-rakannya. Setiap kali merokok atau melakukan aktiviti lai ia dilakukan bersama
rakan-rakanya.Ini dapat di perhatikan dari jawapan yang diberikan, (15) Dengan saing, (35)
Erm, saing tingkatan 1 juga, (51) Saing tu lor,. Balik sekoloh, (108) Bbagi dengan saing.
Jelas kepada kita bahawa hubungan antara responden dengan rakan-rakannya adalah sangat
rapat. Ini yang menyebabkan beliau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Bila ditanya kenapa beliau merokok, beliau tanpa berselindung mengatakan rakannya yang
pelawa. Sukar bagi beliau jika tidak mengikut cara kumpulan mereka. Ini dibuktikan melalui
katanya (22) erm, saing ajak , (117) Geng ajokk sokmo.
Beliau tidak menhadapi masalah untyuk mendapatkan bekalan rokok kerana kawan-kawannya
adalah pembekal percuma. Walaupun beliau tidak berduit, tapi rakannya sentiasa membekalkan
secara percuma mengikut keperluan. Ini dibuktikan dari kata-katanya, (11) Ya erm takrajin beli
sendiri,saing beli, (32) Saing wi, rumah dia jual rokok, (33) Ambik 2 3 bungkus, (34) Ya
bagi ke saing2, (36) Erm Sedaplah isap rokok hok free (37) Dok beli, (38) Dok duit dia,
(47) Toksir, saing bui sokmo, (60) Ho erm loni dia wi sokmo , (62) Dia ado pitih sokmo,
(72) Dok seputung sore , (101) Dok, hok tu bbeli sebungkus sekalo, (102) Erm, Dua orang
hok beli ado pitih banyok, (103) Erm, ..beli lain. Beliau tidak pernah belia dengan duit sendiri,
Cuma beliau yang akan pergi membeli rokok. Oleh kerana beliau tidak brduit, senanglah beliau
jadi orang suruhan diantara kawannya yang alain. Bekalan rokok sentiasa ada keran a ada antara
kawan beliau yang sentiasa ada duit.
Responden akan rasa selesa berada bersama rakan mereka, dan ia menjadi serasi kerana beliau
boleh mengikut rentak rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa beliau suka berkawan
dengan rakan-rakan mereka bila beliau berkata, (124) Erm suka saing ngan dia. Beliau akan
bersama rakan apabila ada kesempatan. Satu lagi sifat responden ialah mudah mendapat kawan
terutama sekali jika mempunyai kegemaran yang sama. Beliau boleh melakukan aktiviti bersama

walaupun tidak mengenali secara dekat, ini dapat diketahui apabila responden menjawab, (110)
Dok eh, saing saing,apabila ditanya samada semuanya kawan atau tidak yang merokok bersama
dari tingkatan yang berlainan.
Kebanyakan rakan-rakannya terdiri daripada rakan lamanya semasa di sekolah kebangsaan lagi,
merek sudah lama berkawan rapat, dan apabila terlibat dengan rokok mereka terlibat semuanya
kerana sentiasa ada bersama-sama setiap masa lapang. Mereka berkumpul dalam kumpulan 3
hingga 8 orang pada satu-satu masa. Ini dapat dibuktikan dengan kata-katanya, (16) Dengan
saing Masa jah 6, (18) Saing jauh2, (61) Dok..ramai saing, (73) Erm Saing isap rokok
belako, (95) Ramai (99) 8 orang, (100) 3 orang, (109) Ada ting2, 3. Semua rakanrakannya menghisap rokok.
4.4 TEMA DIRI SENDIRI
Faktor diri sendiri juga memainkan pearana besar yang menyebabkan responden terlibat dengan
aktiviti merokok. Hasil dari pergaulan dengan rakan sebaya yang merokok menyebabkan beliau
menggagap merokok memberi kepuasan kepada mereka yang merokok, melihat rakan beliau
seronok menyebabkan beliau ingin mencuba, ini dibuktikan dari jawapannya, (23) ha ya
nampok sedap, (59) Nak try.
Responden yang sentiasa bebas tanpa kawalan keluarga sentiasa bersama kawan sepanjang masa
untuk melakukan perkara yang beliau suka buat, seperti mandi sungai, main basikal, main bola
dan lain lain lagi. Setiap kali melakukan aktiviti ia disulami dengan aktiviti merokok. Ini boleh
dirumuskan dari jawapan beliau bila disoal, antaranya, (21) ya saja nak isap jah, (24) Tau
khayal, (27) Ngan saing2, (28) Tau, tali air, mandi sungai , (82) Main bola, (86) Buleh
main bola, (91) Lepas locat basikal (94) Orang kat rumah ajok, ( 121 )Tau Suka.
Aktiviti merokok yang berterusan menyebabkan responden menjadi ketagih dan sentiasa mencari
peluang untuk bersama rakan supaya dapat merokok.
Sikap responden yang tidak ambil kisah terhadap sesuatu, seperti kesan akibat merokok
walaupun beliau tahu bahawa rokok itu membahayakan kesihatan. Daripada jawapan beliau
pengkaji dapati beliau jenis tidak ambil peduli, sepertin katanya, 13) Tak tau. (39) Tahu,
(40) Rajin dengar orang royak rokok ini bahaya, (41) Mak royak, (42) Sepupu, (43) Ada
Dalam tV, (44) Tunjuk mulut buruk, mata takdok, (45) Erm tau kesan rokok, (48) Ya Kalu
saing bui ambiklah.
Responden juga tidak ambil kisah walaupun pernah ditegur atau dinasihatkan supaya tidak
merokok, walaupun pernah bapa saudaranya menyepak beliau semasa menghisap rook, 54) Ya
jumpa ngan dia nya sepak ko diolah.
Penglibatan belaiau dalam aktiviti merokok bukanlah dipaksa oleh rakan tetapi dia sendiri yang
ingin mencuba, dia tidak menyesal berkawan dengan kawan-kawannya malah tidak mahu
berhenti dari kegiatan merokok. Ini rumusan dari kata-katnya, (57) Dok rajin pakso, (58)
Dokerm saja nak isap, (115) Tak tau nak bereti ke tidak, (116) Tak tau, (117) Dok tak
lari pada saing, (118) Erm Takleh bereti, (120) Tok sir, (123) Dok nyesal saing. Dari
kata-katanya ini, bermakna responden tidak boleh dipisahkan dengan rakan dan rokok. Beliau

sudah hanyut dalam keseronokan berkawan dan ketagihan rokok. Responden tidak memikirkan
kesan keapada diri sendiri walaupun kesannya sudah mula kelihatan seperti batuk-batuk
sepanjang sesi soal jawab, responden tidak ambil peduli kesihatan beliau, ini dibuktikan dari
kata-katanya, (122) Dok tak rajin jumpa doctor. Beliau juga tidak kisah terhadap tindakan
yang bakal dikenakan sekiranya tertangkap oleh pihak sekolah kerana memabawa dan
menghisap rokok di sekolah, melalui kata-katanya, (104) Hok saing, (105) Tau nak nyoho ada
rokok, (106) Ada sekali isap di skoloh. Beliau mengambil risiko akan dikenakan tindakan
sekiranya tertangkap, malah rokok yang dikatakan kawannya yang suru pegang itu dia
menunjukkan kepada pelajar lain dengan perasaan bangga.
Dari segi didikan agama pula, responden tidak diberi penekanan oleh keluarga, sikap responden
yang sambil lewa terhadap aktiviti agama menyebabkan beliau hanya jarang-jarang
bersembahyang. Dari kata-katanya, (64) Erm, semayang jarang2 jah.
Sikap responden yang tidak ambil peduli kepada nasihat, menyebabkan beliau ketagihan rokok,
beliau akan merokok setiap hari. Bermula awal pagi sehinggalah lewat petang disikan dengan
aktiviti yang mengasyikkan dan merokok. Ini dirumuskan dari kata-katanya, (49) Ketagih,
(50) Masa balik sekoloh, (75) 3 batang, (76) Pagi sebatang, (80) 5.40..6.30, (81) Erm
Lepas main bola isap rokok, (83) Tau kadang 4, (89) Sekali sekala 5 batang, (90) Tagih,
(111) 3 batang. Beliau akan merokok sekurang-kuaranya 3 batang sehari iaitu pagi, tengahari
dan petang, dan ia menjadi smakin baying sehingga 5 batang sekiranya adal peluang merokok
setiap kali membuat aktivi bermain beliau.
Sikap responden yang tidak mempunyai kesedaran dan ambil iktibar dari apa yang berlaku
menyebabkan beliau tidak berubah dan tidak mahu berubah.

BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Bahagian bab 5 ini adlah terdiri daripada perbincangan, rumusan dan cadangan kajian. Dapatan

kajian yang didapati dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan
persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya cadangan dikemukakan untuk
tujuan kajian lanjutan pada masa akan dating.
5.2 ADAKAH FAKTOR KELUARGA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MEROKOK?
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok.
Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang.
Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah
kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari
alternative lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh
mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu
pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidak
seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang berguna sebagai panduan untuk
anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada
keluaraga.
Kajian Wan Asiah( 2003 ) juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya
komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anakanak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut
kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga.
5.3 ADAKAH FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG MENDORONG PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH UNTUK MEROKOK?
Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besar
dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang
mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka
hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu
dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika
ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka.
Azizah( 2002) mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial
pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus
dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk
melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana
rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.
5.4 ADAKAH FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MEROKOK?
Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok.
Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negative menyebabkan mereka
mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai

pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya mereka selamat. Sikap
mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka
terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap
mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa
haluan.
Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa umur
antara 16 hingga 18 tahun ( remaja )merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di mana
berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini
seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan
tersendiri.
5.6 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah
merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya
daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada
pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah
adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.
Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang
lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya
dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku
perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat member
cadangan kepada pihak sekolah agar :
1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar
merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding
bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan
merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.
5.7 KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok
dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya.
Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah terutamanya
kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member
manfaat kepada pihak sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.
6.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat
tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan
masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera,

dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini
berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan
semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam
keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain.
Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak boleh diabiarkan
sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah
lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan sgera tanpa perlu digerakkan oleh pihak
atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.
Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu
hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.

7.0 RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.
863.
Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar (Latihan
Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan Ilmiah
Jabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).
Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi Master

Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)


Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan Ilmiah
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

MD.ZAINI BIN MD.LAZIM (D 48090)


SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN.
NO.TEL. 012-9855174
TARIKH : 27hb. JUN, 2009
RUJUKAN : 0UM/MEI09/MZM (1)
TUAN PENGETUA,
SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Kajian Kes
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa sekarang
ini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan secara sambilan di OUM, Kelantan
Centre, Kota Bharu. Justeru itu, pada semester ini saya dikehendaki menyiapkan satu kajian kes
berlatarkan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, maka saya perlu menemu-bual beberapa
orang murid sekolah ini.
2. Saya berjanji tidak akan mengganggu masa pengajaran-pembelajaran murid tersebut, kerana
saya akan menggunakan tempoh di luar waktu persekolahan. Saya juga tidak akan menggunakan
sebarang peralatan sekolah dalam proses berkenaan. Apa jua dapatan hasil kajian ini, kerahsiaan
maklumat responden akan diutamakan.
3. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan, didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..
(MD.ZAINI BIN MD.LAZIM)
700103036039

Vous aimerez peut-être aussi