Vous êtes sur la page 1sur 1

theborneopost.

com

http://www.theborneopost.com/2015/07/04/rogol-pelajar-rayuan-guru-ditolak-penjara-10-tahun/

Rogol pelajar: Rayuan guru ditolak, penjara 10 tahun


July 4, 2015,
Saturday

PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah menengah terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah
Rayuan menolak rayuan akhirnya atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pelajarnya yang
berusia 15 tahun.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel tiga anggota mengekalkan sabitan
dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas Sallehhuddin Mohd Kassim, 34, yang dijatuhi
Mahkamah Tinggi di Johor, kerana merogol pelajar itu.
Selepas menimbangkan hujahan dan keterangan kes, kami berpendapat tiada sebab bagi mahkamah ini untuk
mengubah keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan perayu ditolak, kata Hakim Md Raus yang bersidang bersamasama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Bagaimanapun, dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Md Raus membenarkan rayuan guru itu untuk
mengetepikan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi itu bagi pertuduhan pertama iaitu
merogol pelajar sama, yang ketika kejadian berumur 14 tahun.
Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan dua sebatan terhadap guru itu
selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan itu dan hukuman itu berjalan
berasingan.
Sallehhuddin didakwa merogol remaja itu di rumahnya (Sallehhuddin) di Muar, Johor, pada 4 Mei 2011, jam
12.30 tengah hari.
Mengikut keterangan pelajar itu semasa perbicaraan kes tersebut, dia mengaku Sallehhuddin adalah kekasih
gelapnya dan jika di luar sekolah guru itu hanya membahasakan dirinya I dan You sahaja.
Hakim Md Raus bertanya kepada peguam Andrew Lourdes yang mewakili guru itu, adakah pihak pembelaan
mencabar keterangan itu dengan menyoal balas mangsa, Andrew menjawab tidak, tetapi guru itu menafikan dia
adalah kekasih gelap mangsa semasa memberi keterangan dalam pembelaannya,. Bernama
This service is provided on BorneoPost online standard Policies and Conditions. Copyright 2010-2015
BorneoPost Online. All Rights Reserved.