Vous êtes sur la page 1sur 20

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


SEMESTER SEPTEMBER 2014
________________________________________________________________________

NAMA

: NOOR HAMIZON BINTI SARIF

NO I/C

: 690101026690

NO MATRIK : 690101026690001
E MEL

: norhamizonsarif@gmail.com

SEMESTER : SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A CERAMAH

BAHAGIAN BBORANG SOAL SELIDIK &


GRAF

BAHAGIAN C .ANALISA DAN LAPORAN

RUMUSAN

RUJUKAN

1.0 BAHAGIAN A (CERAMAH)

Assalamualaikum, Yang Berusaha Tuan Haji Azizan bin Saad ,Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Lunas Jaya ,para ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Terima kasih
kepada tuan-tuan dan puan puan yang hadir pada hari ini. Sempena program Sekolahku
Syurgakuini, ingin saya berkongsi pendapat saya tentang amalan yang berkaitan kebersihan
dan keselamatan di sekolah dengan tuan-tuan dan puan-puan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kebersihan merupakan satu elemen yang penting yang perlu ada dan di mana sahaja.
Kebersihan dan keselamatan di sekolah biasanya meliputi kebersihan persekitaran
sekolah,kebersihan dan keselamatan di kantin,keselamatan di makmal sains ,kebersihan dan
keselamatan bangunan sekolah dan juga keselamatan di dalam bilik darjah.
Sebagaimana yang telah kita ketahui kebersihan merupakan salah satu nilai murni yang harus
didedahkan dan dipelajari oleh kanak-kanak semasa di peringkat prasekolah. Melalui
pendidikan prasekolah, murid-murid akan diajar cara-cara untuk menjaga kebersihan diri
mereka seperti menggosok gigi dengan betul, mencuci tangan dengan betul dan mengenal
makanan yang boleh merosakkan gigi.Selain mempelajari cara untuk menjaga kebersihan
diri, murid-murid prasekolah juga diajar cara-cara untuk menjaga amalan kebersihan
persekitaran. Amalan menjaga kebersihan persekitaran ini termasuklah menjaga kebersihan
kawasan di dalam dan di luar kelas prasekolah. Antara amalan yang diterapkan melalui
kebersihan persekitaran ialah menyapu dan membuang sampah ke dalam tong
sampah,menyusun selipar atau kasut ketika sampai ke kelas, mengemas tempat belajar dan
mengemas alat permainan setelah selesai bermain. Amalan-amalan kebersihan persekitaran
ini dapat diterapkan di dalam jiwa kanak-kanak melalui rutin harian di prasekolah dan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung.
Antara objektif mengamalkan kebersihan dan keselamatan di sekolah adalah untuk membina
perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani
kehidupan seharian.Selaian itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan
komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai
kemudahan yang disediakan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memupuk semangat
bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat
amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah juga bertujuan
untuk mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan
ceria.

1
Para hadirin sekalian,

Sebagaimana yang telah kita ketahui,amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah terbahagi
kepada beberapa bahagian iaitu yang pertamanya ialah kebersihan dan keselamatan di
kawasan sekolah. Kawasan sekolah merupakan satu kawasan yang utama bagi sesebuah
sekolah.
Sebagaimana yang telah sedia kita maklum,tahap keselamatan di kalangan pelajar-pelajar
sekolah di Malaysia merupakan salah satu aspek penting yang telah diberi perhatian yang
serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kali ada perjumpaan, keselamatan
persekitaran kawasan sekolah merupakan satu agenda yang seringkali menjadi perhatian oleh
golongan masyarakat. Ini adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian Kesihatan yang
menunjukkan bahawa keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah besar di
Malaysia.
Slogan 'sekolahku, syurgaku' hendaklah sentisa didendangkan agar ia dapat menyuntik sikap
tanggungjawab para pelajar terhadap kepentingan kebersihan kawasan sekolah. Kita
hendaklah tahu bahawa pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan
pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman
merupakan idaman setiap warga sekolah supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan
dengan pokok yang menghijau. Selain itu,persekitaran sekoalah yang bersih juga akan
mendorong minat murid murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Pihak sekolah
dengan dibantu oleh ibu bapa murid hendaklah mencantikkan kawasan sekolah dengan cara
menanam pokok pokok bunga yang pelbagai agar persekitaran sekolah menjadi lebih ceria.
Selain daripada kebersihan dipersekitaran sekolah, kebersihan dan keselamatan di dalam bilik
darjah juga perlu diutamakan.
Persekitaran fizikal adalah merupakan faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik
darjah . Bilik darjah yang menarik adalah merupakan bilik darjah yang kondusif untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya bilik darjah yang cukup terang
dan peredaran udara baik akan menyyebabkan murid berasa seronok untuk belajardalam
keadaan yang selesa..Faktor yang kedua ialah susunan di bilik darjah perlu membantu
pengajaran dan pembelajaran serta menolong mengekalkan disiplin seperti susunan tempat
duduk hendaklah menghala kea rah papan tulis kerana kebanyakan pengajaran di bilik darjah
berlaku di situ. Selain daripada itu,hiasan atau hiasan pada papan kenyataan jug aperlu ditiik
beratkan demi untuk mendatangkan keseronokkan kepada murid murid unuk belajar.
Guru-guru juga perlulah memastikan tiada serpihan tingkap kaca yang yang pecah yang
dibiarkan tertinggal di dalam kelas. Ini adalah utuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak
diingini berlaku.

Kebersihan dan keselamatan di kantin juga perlu dititik beratkan. Bagi pihak kantin mereka
hendaklah sentiasa memastikan kebersihan di kantin pada setiap masa. Ini adalah kerana
kantin merupakan satu tempat yang penting dank an menjadi tempat tumpuan murid-murid
pada waktu rehat bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Sekiranya
pengurusan prosedur kebersihan dan keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi
dengan baik berkemungkinan banyak risiko yang akan berlaku.Untuk mengelakkan daripada
berlaku sebarang masalah,pihak sekolah dan pihak kantin haruslah mengeluarkan tatacara
semasa penggunaan kantin. Tatacara yang dimaksudkan adalah seperti kebenaran masa
berada di kawasan kantin sekolah iaitu murid hanya dibenarkan berada di kantin sekolah
hanya pada waktu rehat atau pun pada waktu sebelum atau selepas sesi persekolahan
bermula,kebersihan kantin dan keselamatan di kantin seperti tiada lipas dan tikusdi kantin
sekolah dan penjualan makanan yang terlarang seperti makanan ringan dan makanan yang
tidak halal. Bagi murid-murid pula mereka hendaklah sentisa ,mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan semasa berada di kantin sekolah. Mereka hendaklah beratur semasa
hendak membeli makanan, menjaga kebersihan di kantin seperti tidak membuang sampah di
merata tempat,meludah di merata tempat di kantin dan mereka juga hendaklah memastikan
kebersihan meja makan di kantin dengan tidak meningglkan pinggan atau sisa makanan di
atas meja. Bagi pihak guru yang bertugas di kantin pula mereka hendaklah memastikan
tingkah laku murid semasa berada di kantin terkawal,memastikan makanan dan minuman
yang dijual menepati piawai yang ditetapkan,memastikan makanan yang disediakan dan
dijual dalam keadaan yang bersih dan sebagainya.
Hadirin hadirat sekalian,
Selain daripada kebersihan,, keselamatan juga penting bagi murid-murid. Biasanya
keselamatan yang paling utama adalah semasa berada di maklmal sains. Guru mata pelajaran
sains akan memainkan peranan yang penting semasa aktiviti dijalankan di makmal sains .
Para pelajar hanya akan dibenarkan masuk ke makmal sains sekiranya bersama guru
sahaja.Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya sebarang perkara yang tidak diiingini berlaku
seperti kebakaran atau sebagainya. Selepas menjalankan sesuatu ujikaji,guru hendaklah
memastikan murid-murid membersihkan tangan mereka terlebih dahulu darida sebarang asid
atau kotoran. Guru mata pelajaran sains juga perlulah menyediakan petunjuk cara-cara
menggunakan peralatan di makmal sains,menyediakan peti pertolongan cemas,menyediakan
peraturan di bilik makmal,mengawasi pergerakan pelajar dan juga memastikan peredaran
udara di dalam makmal adalah baik. Ini semua adalah untuk memastikan keselamatan murid
terjamin semasa menggunakan makmal sains.
Selain itu,tandas juga memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran
yang sihat di mana ia juga boleh mempengaruhi konsep sekolahku syurgaku. Pihak
sekolah hendaklah memastikan tandas hendaklah dibersihkan para pekerja sekurangkurangnya dua kali sehari. Murid-murid juga haruslah dilatih tentang cara-cara penggunaan
tandas yang betul. Ini adalah tandas yang tidak bersih dan berbau akan melambangkan tahap
kebersihan di sesebuah sekolah itu. Pihak sekolah juga haruslah memastikan segala alatan di
dalam tandas seperti paip air dan pam tandas berada dalam keadaan yang baik.
3

Para hadirin sekalian,


Sebagaimana yang para hadirin sedia maklum keselamatan adalah sangat penting walau di
mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang
memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah
satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai
ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti
untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara
penggunaan sesuatu tempat dalam kawasan sekolah perlu disebarkan bagi memberi peluang
kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan
sebarang kecelakaan atau kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan
dalam penyebaran tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media
cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini diharap ia akan dapat memberi satu
panduan untuk kegunaan murid, guru dan kalangan warga sekolah yang lain dalam membantu
mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.
Sebelum saya mengundur diri,saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan marilah sama-sama
kita mewujudkan sebuah sekolah yang sihat dan selamat.Disinilah bermulanya pendidikan
anak-anak kita hinggalah ke alam dewasa mereka. Tanpa adanya persefahaman di antara
kita,sekolah yang ceria ibarat syurga tidak akan dapat diujudkan .Kita tidak mahu anak-anak
kit abelajar dalam keadaan yang tidak selesa kerana ini akan mempengaruhi emosi mereka.
Sekian,terima kasih.

2.0 BAHAGIAN B (BORANG SOAL SELIDIK DAN GRAF)


SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA
09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN.
BORANG SOAL SELIDIK KEBERSIHAN DI KANTIN
GURU-GURU DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUM BALAS TENTANG SOAL
SELIDIK DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN MENGIKUT SKLA LIKERT DI
BAWAH.
1 TIDAK MEMUASKAN
2 KURANG MEMUASKAN
3 MEMUASKAN
4 SANGAT MEMUASKAN
BULATKAN SKOR DI BAWAH.
ITEM
KEBERSIHAN
-Bekas meletak pinggan disediakan
-makanan ditutup dengan rapi
-kebersihan pakaian pekerja
-minuman disedikan menggunakan air yang dimasak
-persekitaran kantin bersih

HARGA MAKANAN
-harga makanan yang ditawarkan berpatutan

KEPELBAGAIAN PILIHAN MAKANAN


-banyak pilihan makanan yang dijual

KEMUDAHAN
-sinki disediakan
-sabun untuk membasuh tangan disediakan
-meja dan kerusi yang mencukupi
KECERIAAN
-terdapat hiasan pokok-pokok bunga segar
-kain alas meja makan murid disediakan

5
SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA
09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN.
BORANG SOAL SELIDIK KEBERSIHAN DI PERSEKITARAN SEKOLAH
GURU-GURU DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUM BALAS TENTANG SOAL
SELIDIK DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN MENGIKUT SKLA LIKERT DI
BAWAH.
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 KURANG SETUJU
3 TIDAK SETUJU
4 SETUJU
5.SANGAT SETUJU
BULATKAN SKOR DI BAWAH.
ITEM

KEBERSIHAN
-persekitaran sekolah amat bersih
-padang dan dewan bersih/tiada sampah

KECERIAAN
-terdapat pondok-pondok bacaaan disediakan
-pelbagai jenis tanaman hiasan ditanam di persekitaran sekolah

KEMUDAHAN GELANGGANG DISEDIAKAN


-gelanggang badminton
-gelanggang sepak takraw

PADANG
-rumpu sentiasa dipotong
-terdapat papan tanda peraturan semasa di padang

BANGUNAN
-bangunan diselenggara dengan baik

SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA


09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN.
BORANG SOAL SELIDIK KEBERSIHAN DI MAKMAL SAINS
GURU-GURU DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUM BALAS TENTANG SOAL
SELIDIK DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN MENGIKUT SKLA LIKERT DI
BAWAH.
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 KURANG SETUJU
3 TIDAK SETUJU
4 SETUJU
5.SANGAT SETUJU
BULATKAN SKOR DI BAWAH.
ITEM

PERATURAN
-peraturan atau undang undang penggunaan makmal
sains disediakan

KEBERSIHAN/KEKEMASAN
-makmal sentiasa bersih
-susun atur perabut kemas dan tersusun

PENYIMPANAN ALATAN /BAHAN


-disediakan di tempat yang sesuai
-terdapat rak-rak khas untuk bahan yang berlainan

SISITEM PENGUDARAAN
-sistem pengudaraan yang baik/tiada ada objek yang
menghalang udara dari keluar masuk ke dalam makmal

-PETI PERTOLONGAN CEMAS


-Disediakan/ubat-ubatan lengkap

8
SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA
09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN.
BORANG SOAL SELIDIK KEBERSIHAN DI DALAM BILIK DARJAH
GURU-GURU DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUM BALAS TENTANG SOAL
SELIDIK DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN MENGIKUT SKLA LIKERT DI
BAWAH.
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 KURANG SETUJU
3 TIDAK SETUJU
4 SETUJU
5.SANGAT SETUJU
BULATKAN SKOR DI BAWAH.
ITEM
1
PAPAN KENYATAAN
1
-ditampal dengan hasil kerja murid
-ditampal dengan info semasa
KEBERSIHAN/KEKEMASAN KELAS
1
-kelas sentiasa bersih
-susun atur perabut kemas dan tersusun
PENYIMPANAN BUKU LATIHAN
1
-buku disusun dengan kemas
-terdapat rak-rak khas untuk mata pelajaran yang
berlainan
DISIPLIN MURID
1
-terkawal/sentiasa berdisiplin
-JADUAL WAKTU/JADUAL BERTUGAS
1
-Disediakan dengan baik

5
SE

KOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA


09600 LUNAS,KEDAH DARUL AMAN
BORANG SOAL SELIDIK KEBERSIHAN DI TANDAS

GURU-GURU DIKEHENDAKI MEMBERI MAKLUM BALAS TENTANG SOAL


SELIDIK DI DALAM BORANG YANG DISEDIAKAN MENGIKUT SKLA LIKERT DI
BAWAH.
1 SANGAT TIDAK SETUJU
2 KURANG SETUJU
3 TIDAK SETUJU
4 SETUJU
5.SANGAT SETUJU
BULATKAN SKOR DI BAWAH.
ITEM
KEBERSIHAN
-Dibersihkan sekurang-kurangya dua kali sehari
ALATAN
-sabun disediakan
-pam tandas berada dalam keadaan yang baik
-paip air berfungsi dengan baik
PERSEKITARAN
-persekitaran di sekeliling tandas di jaga dengan baik
-terdapat pokok bunga hiasan diletakkan di luar tandas

DISIPLIN MURID
1
-sentiasa berdisiplin semasa menggunakan tandas
-tidak membuang sampah di dalam tandas.
-SENTIASA DISELENGGARA
-Sentiasa diselenggara agar tidak berlaku saluran najis 1
tersumbat.

GRAF ANALISA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI KANTIN

9
8
7
6
5
SANGAT TIDAK MEMUASKAN
4

TIDAK MEMUASKAN
KURANG MEMUASKAN

MEMUASKAN
SANGAT MEMUASKAN

2
1
0

11

GRAF ANALISA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH

12

10

6
SANGAT TIDAK SETUJU
4

KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
SETUJU

SANGAT SETUJU

12

GRAF ANALISA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS

12

10

6
SANGAT TIDAK SETUJU
4

KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU

SETUJU
SANGAT SETUJU

13

GRAF ANALISA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI BILIK DARJAH

12

10

SANGAT TIDAK SETUJU


KURANG SETUJU

TIDAK SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU

14

GRAF ANALISA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI TANDAS

10
9
8
7
6
5
4
3
2

SANGAT TIDAK SETUJU


KURANG SETUJU
TIDAK SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU

1
0

15

3.0.Analisa Dan Laporan Pemantauan Kebersihan Dan Keselamatan Di Sekolah


Setelah pemantauan dan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan dijalankan ,beberapa
maklumat telah diperoleh daripada kelima-lima tempat sasaran pemantauan iaitu:
a)Kawasan persekitaran sekolah
Setelah pemantauan dan soal selidik dijalankan ke atas 10 orang responden,beberapa
kesimpulan telah diperoleh. Bagi kawasan persekitaran sekolah,didapati kemudahan
gelanggang dan kemudahan padang telah mendapat persetujuan ramai daripada respondan.ini
adalah kerana kemudahan padanga yang disediakan amat memuaskan dan segala aktiviti
yang berkaitan dengan padang atau aktiviti sukan dapat dijalankan dengan lancar.
Kemudahan gelanggang juga telah mendapat persetujuan ramai di mana gelanggang sepak
takraw dan badminton telah disediakan untuk kemudahan para pelajar.Kebersihan
dipersekitaran sekolah juga telah mendapat undian yang agak baik .
b)Kebersihan dan keselamatan di kantin
Daripada analisa yang telah didapati kebersihan di kanting berada dalam tahap yang
memuaskan. Harga makanan dan kualiti makanan adalah baik. Kebersihan di kanting juga
berada dalam tahap yang terbaik di mana seramai 8 respondan telah memilih tahap sangat
memuaskan manakala seramai 2 orang respondan memilih tahap memuaskan. Tahap
kebersihan kantin juga baik di mana keadaan lantai dan kawasan sekitarnya adalah bersih.
c)Kebersihan dan keselamatan di tandas
Setelah dibuat soal selidik,keadaan tandas adalah baik . Segala kemudahan telah disediakan
termasuklah keadaan paip air, keperluan mencuci tangan seperti sabun dan tandas yang telah
dicuci sebanyak 2 kali sehari.Keadaan persekitaran tandas juga dijaga dengan baik.
d) Kebersihan dan keselamatan di makmal sains
Hasil daripada pemantauan dan soal selidik yang dijalankan.rata-rata respondan telah
bersetuju bahawa bilik makmal sains di sekolah ini berada di tahap yang baik. Segala
keperluan yang mesti terdapat di makmal sains telah dipenuhi. Walaubagaimanapun keadaan
makmal sains ini perlu penambahbaikan.
e)Kebersihan dan keselamatan di bilik darjah
Kesemua bilik darjah yang dipantau telah menunjukkan ianya berada dalam keadaan yang
bersih. Sususnan perabut di dalam kelas juga teratur dan baik. Sampah sarap biasanya akan
disapu oleh murid-murid sebelum bermukanya sesi pembelajaran.Sistem pengudaraan jug
abaik di mana semua tingkap berfungsi dengan baik.

16

4.0 Kelebihan dan Kelemahan Aspek Kebersihan dan Keselamatan di Sekolah.


4.1. Kelebihan
Terdapat beberapa kelebihan tentang aspek kebersihan dan keselamatn di sekolah. Salah satu
daripadanya kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif di mana nurid-murid akan lebih selesa untuk belajar.Disamping itu kawasan
persekitaran sekolah yang bersih akan Berjaya menghindari murid murid daripada pelbagai
jenis penyakit seperti penyakit bawaan nyamuk dan lalat. Selain itu,kawasan sekolah yang
ceria dan bersih akan mengharumkan nama sesebuah sekolah tersebut.
Dari aspek keselamatan pula,murid-murid akan selamat apabila dating kesekolah dan para ibu
bapa jug atidak akan berasa bimbang akan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di
sekolah
4.2.Kelemahan
Terdapat juga kelemahan dalam aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah
.contohnya,murid-murid perlu menegtahu kelemahan pada keadaan sedia ada di sekolah
seperti di bangunan , padang dan bengkel Selain itu terdapat juga kelemahan untuk
mendapatkan maklumat tentang keselamatan di kawasan pembelajaran Pendidikan Jasmani &
Kesihatan , bengkel Kemahiran Hidup dan makmal Sains. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan
maklumat tentang peraturan tertentu apabila menjalankan pengajaran dan pembelajaran di
kawasan Pendidikan Jasmani, bilik darjah, pusat sumber, makmal sains dan bengkel serta
penggunaan alat pandang dengar.
Pelajar juga perlu mengetahui perkara-perkara tentang kebersihan seperti mendapatkan
maklumat tentang taraf kebersihan yang dapat menjamin keselamatan bilik darjah, bilik air
murid, kantin, padang, pusat sumber, asrama dan dewan makan. Murid-murid terpaksa amat
memberi perhatian terhadap tempat-tempat ini supaya keselamatan pelajar-pelajar terjamin
serta sekolah mempunyai peraturan tertentu untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar di
sekolah.
Pihak sekolah juga dengan setiap masa mestilah peka terhadap kelemahan tentang keadaan
fizikal bahagian bangunan sekolah seperti siling, tangga, lantai dinding dan system
pendawaian..Ini adalah untuk memastikan keselesaan pelajar-pelajar semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung..
Selain itu,aspek keselamatan para pelajar juga perlu diberi yang perlu diberi perhatian supaya
keselamatan pelajar-pelajar semasa proses pembelajaran dapat menghindarkan daripada
berlakunya kemalangan. Murid-murid perlu diberi pendedahan maklumat tentang peraturanperaturan khas untuk murid dan guru dalam menjalankan kegiatan kerja luar untuk sesuatu
projek, sama dalam subjek Kajian Tempatan ataupun Sains serta tindakan yang perlu diambil
semasa kecemasan seperti sama ada sekolah mempunyai pelan kecemasan dan kekerapan
menjalankan aktiviti latihan kebakaran, bilangan alat mencegah kebakaran, kali terakhir
diservis dan sama ada tempat letak alat tersebut mudah dicapai.
17

5.0 Rumusan
Kesimpulannya ,pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan
kehidupan manusia .Ini adalah kerana sekolah merupakan institusi formal terpenting yang
banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Peringakt persekolahan
bermula dari tahap kanak-kanak hinggalah kea lam remaja di mana diberikan didikan formal
di sekolah dengan pelbagai nama. Sebaimana yang telah sedia kita maklum,tujuan utama
kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental,
fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat
yang dianggotainya.Untuk merealisasikan tujuan ini, persekitaran sekolah memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. .Persekitaran sekolah
juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan
kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.
Untuk mengatasi maslah ini ,kanak-kanak memerlukan persekitaran sekolah yang bersih
,ceria dan selamat. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat pertama kanak-kanak mula
mempelajari sesuatu benda selepas dirumah. Oleh yang demikian,Membina perlakuan amalan
kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian adalah
amat penting dalam kalangan kanak-kanak.Untuk mencapai tujuan ini,pihak sekolah haruslah
.meningkatkan keprihatinan dan komitmen antara warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. Di samping
itu,warga sekolah juga haruslah memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan
bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah dengan
melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah serta mewujudkan iklim, serta identiti
sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

(3000 PATAH PERKATAAN)

18

RUJUKAN

Mohd Noorazam,che Ishak &Albeny Joslyn.(2013).HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan


Persekitaran.OUM. Selangor Darul Ehsan.
www.hamdanbakar.blogsport.com/2012/12/keselamatan-di-kawasan-sekolah.html
www.kimia4u.blogsport.com/2009/02/langkah-keselamatan-peraturan-makmal.html
www.kubangpasuturn.blogsport.com/2008/04/keselamatan-pelajar-di-sekolah
www.mindailmu.com/bilik-darjah-kondusif/makmal-html
www.shukerihamzah.blogsport.com/2012/07/langkah-langkah-keselamatan
www.slideshare.net/marshiza/hbhe3203-kebersihan-dan-keselamatan-persekitaran

Vous aimerez peut-être aussi