Vous êtes sur la page 1sur 4

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK)

Kejayaan dan Harapan


Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu
diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan
semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif.
Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan
berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih
luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku
dimana-mana dan pada bila-bila masa.
kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika
Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat
termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah
yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.
KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa
dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak
sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa.
KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing
pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa
dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah
dijadikan KPI setiap sekolah.

ISU BULAN INI:


Peluasan Pelaksanaan
Pelibatan Ibu Bapa &
Komuniti (PIBK)
I-Stesen Komuniti, SK
Muzaffar Syah, Kota
Tinggi, Johor
Ibu-Ibu Sarana, SMK Tmn
Tuanku Jaafar, Senawang,
N. Sembilan
Sukarelawan Ibu Bapa: SK
Beseri, Kangar, Perlis
SMK Tmn Fajar,
Sandakan, Sabah
Contoh Amalan Terbaik
Anjakan 9 Disana-sini

Anjakan 9 : Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBK) merupakan hasrat murni Kementerian
Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran
dalam komuniti. Menyedari hakikat bahawa pembelajaran berlaku dimana-mana, masa pembelajaran perlu
dioptimumkan tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah. Dilancarkan secara rasmi pada 23 Februari 2013, Anjakan
9 inidisambut hangat oleh pentadbir sekolah. Empat sekolah yang menjadi pilihan Buletin Anjakan bulan ini merupakan
antara sekolah yang begitu bersemangat melaksanakan inisiatif ini - Pengarang

I-Stesen Komuniti, SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor


Sejurus selepas majlis pelancaran Sarana Ibu Bapa, Pn Hjh Bibi Sakinah Bt Harun Khan, Guru Besar SK Muzaffar Syah
yang lebih mesra dengan panggilan Bonda memulakan langkah untuk menggerakkan ibu bapa dan komuniti Felda Air
Tawae 3 untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan holistik anak-anak mereka. Pengerusi PIBG, En Talib
Samat serta barisan AJK dan kumpulan sokongan Ibu Bapa (KSIB) dengan kemahiran dan kepakaran yang ada telah
menyumbang kepada peningkatan pencapaian jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial warga SK Muzaffar Syah.
Hasil daripada permuafakatan ini maka tercetuslah idea i-Stesen
Komuniti. PIBG / KSIB berpeluang membuat suatu inovasi yang sangat
berkesan untuk menjana sumber kewangan. Ia merupakan pusat jualan
sehenti yang dibuka ketika aktiviti kokurikulum dijalankan dan programprogram yang diadakan di sekolah. Sebanyak 5% daripada hasil yang
terjual akan disumbangkan ke dalam tabung KSIB. Melalui Program iJariah pula, individu-individu tertentu sanggup berkorban masa, tenaga,
ilmu dan wang ringgit serta kepakaran yang ada agar ianya memberi
manfaat kepada semua. Bersedia membantu bila diperlukan.
Sejarah telah berjaya diukir. ketika SK Muzaffar Syah melonjak daripada
kedudukan 4568 (2012) ke 1511 (2013) dalam kalangan sekolah rendah
di Malaysia, sementara GPS meningkat dari 2.26 kepada 2.08.
Seterusnya, SK Muzaffar Syah berjaya memperoleh Anugerah Sekolah
Cemerlang NKRA (New Deals) dan Anugerah PIBG Terbaik
Keseluruhan Sekolah Rendah pada tahun 2014.

SK Muzaffar Syah berjaya menjulang trofi anugerah


PIBG Terbaik pada tahun 2014

Ibu-ibu Sarana, SMK Taman Tuanku Jaafar, Senawang, N.Sembilan


SMK Taman Tuanku Jaafar begitu sinonim dengan Anjakan 9 sejak Sarana Ibu Bapa dilancarkan. Sekolah ini telah
memenangi anugerah PIBG cemerlang kategori sekolah menengah tahun 2014. Kerjasama rapat sekolah dengan ibu
bapa, komuniti agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS telah terjalin melalui inisiatif Pengetua, Tuan Omar Bin Ahmad.
Ibu bapa begitu aktif dalam pembelajaran anak-anak sehingga mereka tidak kekok berada di sekolah membantu guru
menjalankan pelbagai program dan latihan. Unik mengenai Anjakan 9 di sekolah ini ialah kewujudan kumpulan ibu-ibu
sarana atau sarana moms yang aktif mengendalikan lawatan penanda aras dari dalam dan luar negara.
Melihat kegigihan mereka ini, saya sentiasa bersyukur dan terasa
sayu. Pemandangan seperti ini memang sesuatu yang ganjil dan
tidak pernah saya alami sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat
sebagai guru di beberapa buah sekolah. Saya syukur kerana
segala yang disampaikan, segala hasrat dan luahan rasa saya
untuk mendapatkan kefahaman ibubapa di sekolah ini diserap dan
benar-benar dihayati dan dipraktikkan oleh mereka semua.
Memang sesuatu yang sukar sebelum ini. Saya juga bersyukur
kerana dengan penglibatan mereka ini, dapat menghapuskan
tanggapan negatif setengah-setengah pihak bahawa ibubapa di sini
tidak mahu menyokong dan membantu sekolah. Memang diakui
sebelum ini, begitulah sikap sebilangan mereka. Namun dengan
program Sarana dan pelibatan hebat mereka ini, terbukti, jika kena
caranya dan ada pula komitmen dan usaha gigih daripada semua
pihak di sekolah dan sokongan PIBG, segalanya dapat di atasi

Ibu-ibu Sarana (Sarana Moms) SMK Tmn Tuanku Jaafar dengan


identiti korporat dengan baju berwarna turquoise dan merah
jambu

SMK Tmn Tuanku Jaafar menerima lawatan dari delegasi asing


dari Bhutan, dikendalikan oleh anggota dari Sarana Mum

Tuan Omar b Ahmad, Pengetua, SMK Taman Tuanku Jaafar.

Anjakan Februari 2015

Sukarelawan Ibu Bapa: SK Beseri, Kangar, Perlis


SK Beseri, Kangar, Perlis adalah salah sebuah sekolah yang telah memanfaatkan sepenuhnya Anjakan 9 ini. Ibu bapa
menawarkan diri sebagai sukarelawan jurulatih bola tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk menghadapi
pertandingan di peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan peringkat negeri. Hasilnya pasukan sekolah
telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan untuk kategori lelaki dan perempuan dalam pertandingan Bola Tampar
MSSPs peringkat PKP Paya tahun 2014.
Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti Nilam di sekolah
merupakan satu lagi usaha ibu bapa membantu peningkatan prestasi anakanak mereka. Pada waktu rehat, murid murid akan hadir ke Pusat Sumber
Sekolah untuk mengikuti kisah penceritaan oleh sukarelawan ibu bapa ini. Di
samping itu murid murid ini juga dibimbing untuk membaca cerita yang
telah diperdengarkan tadi. Hasilnya, sekolah ini telah berjaya mencatatkan
peningkatan peratusan Nilam di peringkat Negeri Perlis pada tahun
2014.
Murid murid juga menerima suntikan motivasi darapada
sukarelawan ibu bapa ini.
Ibu bapa dan komuniti turut sama memeriahkan pelbagai program,
antaranya menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri yang telah
dijalankan secara konsep gotong royong. Penyediaan makanan
dan minuman disediakan mengikut jawatankuasa Kemajuan Dan
Keselamatan Kampung (JKKK) yang ada di sekitar sekolah dengan
sokongan daripada ADUN Beseri. Semangat kerjasama yang luar
biasa telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan program ini
sekarang dijadikan acara tahunan.
Semasa Kem Gerak
Gempur UPSR diadakan selama dua hari pada minggu terakhir
sebelum UPSR 2014, ibu bapa membawa juadah makan
tengahari makanan dan minuman, bukan sahaja untuk anak
mereka tetapi untuk rakan-rakan anak mereka. Berkat kerjasama
ini SK Beseri telah berjaya mengekalkan jumlah murid 5A (7 orang)
manakala peratus lulus keseluruhan adalah 70.23 %.

Pelibatan ibu bapa sebagai sukarelawan jurulatih bola


tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk
menghadapi pertandingan

Ibu bapa dan komuniti bersama-sama bergotong-royong


membawa makanan untuk anak-anak sedang menghadapi
Kem Gerak-Gempur UPSR

Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti


nilam di sekolah

SMK Taman Fajar Sandakan, Sabah


Kehebatan dan kecemerlangan SMK Taman Fajar Sandakan,
Sabah khususnya dalam bidang sukan merupakan salah satu
contoh terbaik bagaimana Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK)
membantu dan menyokong sekolah dengan kepakaran masingmasing.
Penyampaian sijil pernghargaan
sekolah kepada ibu yang menjadi
sukarelawan jurulatih pasukan

Pasukan ragbi sekolah dapat menimba pengalaman bermain di


luar negara hasil dari inisiatif komuniti luar

Anjakan Februari 2015

Pasukan Ragbi bawah 18 Tahun SMK Taman Fajar Sandakan


Sabah bukan sahaja dikenali diperingkat Daerah Sandakan
sebagai sebuah pasukan yang hebat tetapi juga telah menempa
nama peringkat Negeri (MSSS), Kebangsaan (MSSM) malah lebih
membanggakan terdapat beberapa orang pemain yang
berpeluang mengikuti latihan dan pertandingan diperingkat
antarabangsa seperti di New Zealand.
Kehebatan pasukan ragbi bawah 18 tahun SMK Taman Fajar
Sandakan adalah hasil sentuhan seorang jurulatih ragbi IJM
berasal dari Negara Fiji yang merupakan komuniti setempat dan
dibantu secara aktif oleh pemain-pemain Sabah Eagle yang
berasal dari sekitar Sandakan. Malah alumni SMK Taman Fajar
yang pernah aktif dalam permainan Ragbi masih terus membantu
menggilap bakat-bakat pemain pelapis bagi memastikan SMK
Taman Fajar meneruskan tradisi kehebatannya dalam sukan
ragbi.

Contoh Amalan Terbaik


Hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat
SK Labuan Haji, Pulau Bumbum, Semporna

Ibu bapa miskin/miskin tegar, hidup dengan tangkapan hasil laut, 90% tidak boleh membaca dan
menulis; LINUS 40%

Setelah dikaji latarbelakang keluarga, sekolah mengambil inisiatif mewujudkan PIBG supaya dana dapat
disalurkan daripada pihak yang ingin membantu. Kelas LINUS diadakan bersama-sama ibu bapa semasa cuti
sekolah hasilnya berjaya mencapai LINUS 100% pada 2012 dan ibu bapa yang sudah boleh membaca
membantu rakan yang lain.
Pn Hamidah Muhammad, PK HEM sejak 2011
SMK Rantau Panjang, Kuala Selangor

Masalah kehadiran murid daripada kawasan ladang dapat diatasi

Sektor swasta membantu menyediakan bas untuk membawa murid-murid yang tinggal di ladang-ladang yang
agak jauh supaya pengangkutan dapat disediakan secara percuma. Kami di sekolah pergi ke ladang-ladang
ini untuk bertemu ibu bapa, memberikan motivasi untuk mereka menggalakkan anak-anak ke sekolah
Puan Saraswathy, Pengetua

Anjakan 9 Disana-sini

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Alamat Pejabat Sementara (sehingga 1 Julai 2015)


Tingkat 14 & 15 DPulze Cyberjaya, Linkaran Cyber Point Timur, Cyber 12
63000 Cyberjaya, Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
info@padu.edu.my
+03 8872 1605

Anjakan Februari 2015

Vous aimerez peut-être aussi