Vous êtes sur la page 1sur 5

Kaedah pengajaran merupakan perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan

oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik, terancang dan teratur.
Dalam pembelajaran bahasa arab, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
bagi memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan kehendak diri pelajar.
Antaranya ialah kaedah mendengar. Kaedah mendengar memerlukan seorang pelajar
mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh guru. Justeru, perlu bagi seorang
guru memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya kaedah mendengar yang
dilakukan terhadap pelajar dapat dijalankan dengan berkesan.
Antara kaedah mendengar yang paling berkesan ialah:
KAEDAH PENCERITAAN
Kaedah penceritaan adalah satu kaedah mendengar dan mengulang sebut fakta
daripada cerita yang disampaikan. Bagi pelaksanaan kaedah penceritaan ini, guru perlu
menyediakan ringkasan dan fakta cerita serta alat-alat yang perlu bagi menerangkan fakta
itu. Penceritaan yang dipilih perlu selari dengan objektif pengajaran. Selain itu, guru
perlu memastikan cerita yang disampaikan oleh pelajar adalah cerita yang mempunyai
mesej berkaitan dengan topik pengajaran yang sebenarnya. Justeru, kaedah ini perlu
diaplikasikan dalam bilik darjah kerana kaedah ini melatih kemahiran mendengar di
kalangan pelajar.
Kaedah ini boleh juga digunakan oleh pelajar sebagai membantu guru dalam
memperkembangkan isi pengajaran. Guru akan meminta pelajar membuat persediaan
bagi menceritakan sesuatu kepada kelas dengan memberikan masa yang sesuai bagi
membuat persediaan dan persembahan. Guru berperanan memastikan cerita yang
disampaikan oleh pelajar Adalah cerita yang mempunyai mesej berkaitan topik
pengajaran yang sebenarnya. Guru memilih sesuatu cerita berdasarkan pengalaman
peribadi, keluaraga, rakan-rakan, ataupun cerita berdasarkan hal ehwal semasa sebagai
kaedah bagi memudahkan guru menyampaikan topik pengajaran.

Walau bagaimanapun, cerita yang dipilih perlulah selari dengan penentuan


objektif pengajaran supaya cerita disampaikan bukan sekadar cerita tetapi maklumat
berkaitan dengan topik perbincangan yang dapat membantu pelajar supaya lebih
memahami dan mendalami suatu pengajaran.
Langkah-langkah yang perlu diikuti bagi memastikan kaedah penceritaan itu
berjaya melatih kemahiran mendengar ialah langkah pertama, cerita-cerita yang dipilih
itu sewajarnya adalah cerita-cerita yang positif, baik dan dapat mempengaruhi pelajar
atau menumpukan perhatian. Kedua, pastikan cerita itu adalah cerita-cerita yang belum
didengar ataupun hanya segelintir sahaja di kalangan pelajar yang pernah mendengarnya.
Ketiga, penceritaan yang hendak disampaikan itu juga perlu ada kaitan antara reality
kehidupan harian pelajar dengan pengajaran yang ingin disampaikan. Keempat, cerita
yang dipilih perlulah cerita yang dapat menimbulkan minat dan motivasi pelajar.
KAEDAH AUDIO VISUAL (PANDANG DENGAR)
Kaedah audio visual adalah merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah ini ada dinyatakan oleh
Allah s.w.t di dalam peristiwa Israk dan Mikraj, seperti firman-Nya dalalm Surah Al-Isra
ayat 1. Berdasarkan mafhum daripada ayat tersebut, Rasulullah s.a.w dibawa dari Kota
Mekah ke Baitul Maqdis dan diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dan kejadian.
Peristiwa-peristiwa tersebut berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Baginda s.a.w
diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa melalui penyaksian pancainderanya yang
kemudiannya diinterpretasikan semula oleh Jibril yang bertujuan mengukuh dan
menguatkan daya ingatan dan keyakinan Rasulullah s.a.w.
Kaedah pembelajaran seumpama ini melibatkan kaedah pandang dengar dan
kaedah pengembaraan yang melibatkan kombinasi antara dua kompenen penting iaitu
pendengaran dan penglihatan. Kesepaduan antara kedua-dua kaedah tersebut dikatakan
sangat berkesanan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Bahasa Arab terutamanya yang melibatkan penggunaan kemahiran

mendengar supaya pelajar dapat mendengar secara aktif (active listening) ketika
mengikuti pengajaran dalam kelas.
Kaedah ini dikatakan lebih berkesan digunakan oleh guru ketika mengajar
kemahiran mendengar dalam Bahasa Arab kerana pelajar bukan sahaja akan mendengar
bahkan turut melihat pada masa yang sama. Situasi sedemikian akan mengukuhkan lagi
ingatan pelajar terhadap pelajaran yang didengari di samping dapat memahaminya.
Berdasarkan kaedah psikologi, semakin banyak penggunaan pancaindera dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran, semakin mudah bagi seseorang individu

itu

mengingati isi kandungan pelajaran tersebut.


Namun, guru juga perlu berhati-hati dalam menggunakan kaedah ini kerana guru
perlu memiliki kemahiran terhadap penguasaan alat audio dan visual supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebelum pengajaran bermula, guru
perlu memastikan keadaan bilik audio yang kondusi dan selesa dan bahan pengajaran
yang ingin disampaikan jelas dan menarik. Kegagalan guru menguasai peralatan tersebut
dengan baik akan menyebabkan pelajar akan hilang tumpuan terhadap pengajaran
tersebut serta objektif pengajaran gagal untuk dicapai.
KAEDAH PENGULANGAN (TIKRAR)
Kaedah pengulangan juga berkesan untuk digunakan oleh guru ketika mengajar
kemahiran mendengar dalam Bahasa Arab. Kaedah ini memerlukan pembacaan atau
mengingat secara berulang kali. Kaedah umpama ini turut dilalui oleh baginda ketika
baginda mendapat wahyu pertama daripada Allah s.w.t. Ada juga hadis yang menyebut
tentang penggunaan kaedah ini dalam pendidikan sebagaimana yang diriwayat oleh
Aisyah r.a yang bermaksud :
Rasulullah suka mengulang-ulang sesuatu perkara kepada para sahabat sehingga
mereka mendapat kefahaman yang sebenar
Begitu juga ketika guru menggunakan cakera atau kaset ketika mengajar
kemahiran ini kepada pelajar yang mana guru wajar mengulangi kaset tersebut beberapa
3

kali supaya pelajar faham apa yang mereka dengari. Pengaplikasian kaedah pengulangan
ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga akan membantu meningkatkan
daya ingatan pelajar di samping menambahkan kefahaman mereka terhadap pelajaran
yang disampaikan.
Namun, penggunaan kaedah ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai
mengikut topik pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak menjadi
suatu aktiviti yang membosankan. Melalui kaedah ini, guru sekurang-kurangnya perlu
mengulang sebanyak tiga kali berturut-turut berkaitan perkara yang ingin ditegaskan.
Aisyah r.a meriwayatkan hadis berbaksud :
Rasulullah mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan
kadang-kandang satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah diulang sebanyak tiga
kali agar pendengarnya jelas untuk memahaminya
Hal ini dilakukan supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas dan
menggalakkan pendengaran secara aktif (active listening), sekali gus meningkatkan daya
ingatan dan kefahaman mereka.
Pengulangan yang dilakukan akan memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan
sesuatu perkara yang disampaikan terutamanya sesuatu yang penting. Sekiranya pelajar
sendiri membuat pengulangan, maka pelajar tersebut dikatakan telah membuat peneguhan
terhadap pelajaran tersebut dari aspek mengingat dan memaham.
KAEDAH SOAL JAWAB
Kaedah ini memberi gambaran yang luas kepada kita. Pada umumnya kita
simpulkan bahawa yang menyoal itu ialah guru. Maksudnya, semasa menyampaikan
pengajaran pengajaran itu guru menyoal pelajar, khasnya mengenai maklumat dan
pengalaman yang lalu. Ini bertujuan menarik minat dan mencungkil kebolehan pelajar.
Dengan soalan ini guru dapat mengawal kelas, menarik perhatian pelajar dan di
samping itu guru dapat mengetahui tahap kebolehan pelajar mengenai tajuk yang akan
dibincangkan atau menguji tahap pencapaian murid bagi pelajaran yang baru diajar.

Daripada soal jawab itu juga member maklumat baru kepada pelajar atau mengingatkan
yang lepas.
Selain daripada soalan guru, konsep ini boleh juga bermaksud soalan daripada
murid atau pelajar. Guru harus memberi peluang pelajarnya menyoal untuk memantapkan
kefahaman mereka atau menghilangkan keraguan. Bila ada soal jawab dengan sendirinya
menjadikan satu perbincangan.
Kesimpulannya,

kaedah

soal

jawab

amat

berkesan

dalam

proses

pebelajaran.Kaedah ini melibatkan hubungan dua hala antara pelajar dan guru. Dimana
guru akan bertanya soalan, pelajar mendengar dan bertutur menjawab soalan tersebut dan
sebaliknya.

Vous aimerez peut-être aussi