Vous êtes sur la page 1sur 10

MAMPUKAH PELAJAR MENJALANKAN SATU EKSPERIMEN FIZIK TANPA

BANTUAN GURU
A. Penyataan Masalah
Isu mengenai perlaksanaan eksperimen dikalangan pelajar menengah atas sering
menjadi perbalahan antara guru-guru yang mengajar subjek sains. Terdapat guru yang
mengatakan eksperimen bagi matapelajaran fizik ini perlu dijalankan sebelum pengajar
untuk memenuhi teknik pengajaran inkuiri yang ingin diterapkan kepada pelajar. Namun
terdapat juga guru yang bersetuju menjalankan eksperimen selepas pengajaran atas
sebab pelajar mempunyai pengetahuan untuk menjalankan eksperimen untuk
membuktikan apa yang dipelajari mereka. Walaupun dengan kedua-dua teknik tersebut
dijalankan, pelajar tetap menjalankan eksperimen berpandukan arahan yang diberikan
oleh guru. Pelajar tidak diberikan autoriti untuk melakukan eksplorasi daripada
eksperimen yang dijalankan. Pada kebiasaannya pelajar yang aktif membuat eksplorasi
yang lebih dalan satu aktiviti eksperimen ini akan dilabel negatif ataupun dimarah oleh
guru kerana tidak mengikut arahan. Dengan cara ini, akan hanya melahirkan pelajar
yang tidak dapat merancang untuk menjalankan eksperimen kerana semuanya telah
diberikan di dalam buku peka dan pelajar hanya mengisi nilai yang didapati daripada
eksperimen. Padahal pelajar telah melakukan aktiviti ini selama tiga tahun daripada
tingkatan satu dalam subjek sains. Ini menunjukkan pelajar mempunyai banyak
pengalaman dalam menjalankan eksperimen. Oleh itu guru tidak perlu lagi mengawal
pelajar seperti mengawal pelajar menengah rendah. Jadi bagi pelajar menengah atas,
guru perlu memberi kebebasan sedikit kepada pelajar semasa menjalankan eksperimen
ini supaya pelajar dapat menjalankan satu penyiasatan yang sebenar.
Masalah yang dikesan adalah pelajar tidak kreatif untuk menjalankan satu
eksperimen yang terdapat perbezaan daripada eksperimen yang ditunjukkan seperti di
dalam buku panduan PEKA. Hal ini akan menjejaskan prestasi pelajar semasa menjalan
peperiksaan amali sains yang akan dijalankan dalam peperiksaan SPM nanti.

B. Penerangan mengenai masalah ini


Seperti yang dinyatakan oleh Lilia et.al. (2002) bahawa kaedah pembelajaran secara
kontekstual lebih sesuai untuk subjek Fizik kerana adanya aktiviti hands-on serta topik
pembelajaran dikaitkan dengan kehidupan sebenar di sekeliling pelajar. Eksperimen juga
sebahagian daripada aktiviti hands-on seperti yang dinyatakan. Selain itu juga di dalam
HSP (Huraian Sukatan Pelajaran) yang diterbitkan oleh bahagian pembangunan
kurikulum juga menyatakan kaedah eksperimen ini adalah satu kaedah yang lazim
dijalankan dalam pembelajaran sains. Dalam HSP ini juga menyatakan perlaksanaan
untuk menjalankan kaedah eksperimen ini adalah dicadangkan selain daripada
eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang merekabentuk eksperimen,
iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh
diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil
eksperimen mereka. Ianya dipetik terus daripada HSP dimana murid perlu diberi
peluang untuk membentuk eksperimen mereka sendiri. Namun secara realitinya sebagai
guru, pelajar tidak diberikan autoriti untuk melaksanakan eksperimen yang luar daripada
eksperimen yang telah dinyatakan di dalam buku teks mahupun buku rujukan PEKA. Hal
ini kerana guru tidak mahu berlaku kemalangan yang tidak diingini. Oleh itu guru
terpaksa mengehadkan kebebasan pelajar untuk mereka sendiri eksperimen mereka.
Antara jawapan guru-guru yang mengajar fizik ini ditanya mengenai mengapa tidak
memberi kebebasan kepada pelajar untuk melakukan eksperimen tanpa memberi
prosedur terlebih dahulu?, adalah risau pelajar melakukan perkara yang menyebabkan
kemalangan, membazir masa kerana banyak silibus yang perlu dihabiskan dan banyak
lagi.
Seperti apa yang saya sendiri lalui apabila meningkat ke tahap yang lebih tinggi
iaitu di matrikulasi, semasa hendak melakukan eksperimen fizik guru hanya memberikan
objektif eksperimen yang hendak dijalankan tanpa memberi prosedur dan lain-lain
bantuan. Semua pelajar terpinga-pinga apa yang perlu dibuat sedangkan semua alat
dan bahan telah disediakan di atas meja. Hal ini berlaku kerana semasa di sekolah
menengah guru telah sediakan semua panduan, yang tinggal hanyalah melakukan
sahaja eksperimen tersebut. Apabila pelajar sudah terbiasa dengan rutin sebegini dan
situasi diubah sedikit menjadikan pelajar akan buntu untuk menjalankan eksperimen.
Jika pelajar peringkat SPM ini melanjutkan pelajaran ke luar negara, bagaimana
mereka akan menghadapi dengan situasi yang memerlukan mereka berdikari untuk
menjalankan satu penyiasatan saintifik ataupun eksperimen.

C. Bukti bahawa masalah ini adalah nyata


Daripada kajian awal yang dibuat oleh Idris (2009) pada sekolah menengah daerah
Hulu Kinta mendapati sepanjang dua tahun pelajar di tingkat 4 dan tingkatan 5, guru
hanya melaksanakan eksperimen kurang daripada 15 kali iaitu kurang dari 25%. Nilai
yang sangat kecil ini mempengaruhi kemahiran pelajar untuk menjalankan penyiasatan.
Lilia et.al. (2002) berpendapat bahawa amalan eksperimen sains kurang ditekankan di
sekolah, sebaliknya guru lebih banyak menumpukan kaedah mengajar secara teori.
Terdapat juga dalam kalangan guru yang mengajarkan tajuk-tajuk yang sukar tetapi
masih menggunakan kaedah tradisional (chalk and talk).Lim (2007) menyatakan bahawa
Malaysia akan menghadapi masalah untuk menghasilkan modal insan yang sempurna
seperti yang disarankan oleh kerajaan. Fenomena ini akan bertambah rumit apabila
mereka memasuki alam matrikulasi mahupun university yang memerlukan skill untuk
melakukan eksperimen. Mengikut pandangan Khoo (2008) pelajar-pelajar khususnya
pada peringkat universiti tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif.
Padangan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Shaharudin (2007) yang
mendapati bahawa kebanyakan eksperimen Fizik yang dijalankan oleh pelajar di UPSI,
secara umumnya bercorak tradisional dan hanya memberikan fokus yang tinggi untuk
mendapatkan data-data akhir yang hendak diperoleh. Ini menunjukkan eksperimen yang
dijalankan oleh pelajar tidak asli. Dan dari pengalaman sendiri juga dimana pernah
mengubah data yang didapati supaya dapat memenuhi syarat graf yang hendak dilukis.
Ianya kerana pelajar ingin mencapai kesempurnaan sehingga tidak menghiraukan nilai
murni yang perlu diterapkan semasa menjalankan eksperimen.
Dapatan kajiandaripada kajian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan
Fizik oleh Shaharom Bin Noordin menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mereka
bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen merentas jantina (lelaki dan
perempuan) secara keseluruhannya adalah baik, (M = 29.20, SL = 4.95; M = 27.87, SL =
4.66) dengan peratus min pencapaian masing-masing adalah 73.00% dan 69.68%.
Namun begitu pencapaian pada tahap kefahaman ini tidak boleh dibanggakan.
Berdasarkan kedudukan semasa pelajar sebagai pelajar tahun akhir, mereka sewajarnya
mencapai tahap kefahaman yang cemerlang dalam dua kemahiran ini. Untuk kajian kes
yang sama, dapatan kajian Noor Anita (2007) mendapati tidak terdapat perbezaan tahap
kefahaman kedua-dua kemahiran merentas jantina bagi pelajar 2SPF/SPP (sekarang
3SPF/SPP) di mana kedua-dua kelompok jantina ini berada pada tahap baik (70.95%
dan 72.50%). Setelah mengambil kira faktor kematangan pelajar 3SPF/SPP dan
3

4SPF/SPP hampir sama, pelajar lelaki dan perempuan program 4SPF/SPP didapati
masih gagal mencapai tahap kefahaman cemerlang dalam dua kemahiran ini.
Walaupun gagal berbuat demikian, dapatan kajian sepatutnya menunjukkan terdapat
perbezaan tahap kefahaman merentas jantina. Dalam konteks yang lebih mikro,
perbezaan ini juga telah dilihat dilihat dari segi min pencapaian pelajar merentas jantina
ke atas UPTKME. Berdasarkan faktor kematangan pelajar, pandangan ini bersesuaian
dengan dapatan kajian penyelidik yang mendapati pelajar lelaki adalah 3.32% lebih
tinggi berbanding pelajar perempuan dalam UPTKME. Jika dilihat dari segi kronologi
perkembangan, otak kanak-kanak perempuan lebih cepat matang daripada kanak-kanak
lelaki. Ini menunjukkan pada umumnya, otak kanak-kanak perempuan lebih cepat
berkembang daripada otak kanak-kanak lelaki (Othman & NurHaziyanti,2003). Walaupun
sesetengah penyelidik berpendapat pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kebolehan
yang berbeza dalam menyelesaikan masalah, namun penjelasan tentang perbezaan
jantina ini adalah daripada pelbagai sebab, misalnya sebab genetik atau sosial.
Berkaitan dengan kemungkin terdapatnya perbezaan tahap kefahaman merentas jantina
dalam UPTKME, terdapat beberapa penjelasan yang mungkin boleh diberikan. Othman
& NurHaziyanti (2003) mempunyai pandangan seperti berikut:
Kebanyakan sarjana percaya terdapat kecenderongan tertentu dalam gaya berfikir
dan tret perlakuan pelajar perempuan tidak begitu serasi/sepadan dengan format anika
pilihan yang perlu pantas dan agak menekan. Pelajar perempuan lebih fokus dalam
proses pembelajaran dan mungkin berasa lebih bimbang dan kecewa serta kurang yakin
dalam situasi ujian yang memerlukan kepantasan dan ini memberi tekanan kepada
mereka. Banyak kajian menunjukkan yang pelajar perempuan lebih bimbang tentang
peperiksaan (test-anxiety) daripada pelajar lelaki. Di samping itu, pelajar perempuan
lebih berhati-hati serta tidak berani mengambil risiko semasa ujian tara, ini
menyebabkan mereka kurang suka meneka dibandingkan dengan pelajar lelaki. Ini
menjadikan mereka dalam kedudukan tidak beruntung apabila jawapan salah tidak diberi
apa-apa penalti. Pelajar perempuan juga apabila menjawab soalan ujian tara akan lebih
menggunakan teknik metode dan kemahiran seperti menyusunatur, sintesis, analisis
dalam menyelesaikan sesuatu masalah, dan jarang menggunakan metod short-cut
yang biasanya digunakan oleh pelajar lelaki.

D. Kesan kepada pihak yang terlibat.


Kesan daripada masalah ini bermula daripada tingkatan empat sekolah
menengah dan akan berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan yang
terkesan daripada masalah ini adalah pelajar menengah atas dan jika tidak ditangani
akan berlarutan sehingga ke alam pekerjaan dan akan menyebabkan mereka tidak
bekerja dengan efektif dan produktif. Ini akan melibatkan masa depan mereka kerana
masalah ini adalah masalah berantai dan perlu diatasi untuk menghasilkan modal insan
yang berkualiti.
Selain itu dari pihak sekolah dan juga pihak kementerian juga akan merasai
kesannya. Antara kesan yang dihadapi adalah keputusan peperiksaan yang tidak
cemerlang dan melarat hingga ke keputusan peperiksaan yang menjadi fokus
kementerian sekarang adalah peperiksaan TIMMS dan PISA. Zainon (2005) yang
mendapati bahawa pelajar yang kerap menjalankan eksperimen boleh mencapai
penguasaan keseluruhan proses sains yang lebih tinggi secara signifikan. Kaedah
mengajar mata pelajaran Fizik tidak sama seperti matematik atau sains yang lain. Lilia
et.al. (2002) menyatakan bahawa skop pengajaran Fizik terlalu luas dan banyak
mengandungi hukum, prinsip, teori yang mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan kepelbagaian kaedah belajar serta perlu
menggunakan pelbagai teori pembelajaran. Sesetengah tajuk memerlukan kaedah
hafalan, memahami konsep atau memahami aplikasi fenomena Fizik dalam kehidupan.
Lilia et.al. (2002) juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara kontekstual
lebih sesuai untuk subjek Fizik kerana adanya aktiviti hands-on serta topik pembelajaran
dikaitkan dengan kehidupan sebenar di sekeliling pelajar. Eksperimen Fizik menepati
aktiviti hands-on kerana ia adalah komponen yang utama dan juga pelajar berpeluang
belajar secara koperatif yang meningkatkan kebolehan bekerjasama.
Dari sini kita boleh lihat bahawa eksperimen fizik ini memberikan impak yang
besar kepada kefahaman pelajar dan dari kefahaman pelajar ini akan melibatkan
prestasi peperiksaan terjejas atau bertambah teruk. Selain daripada prestasi
peperiksaan yang sangat dititikberatkan pada masa sekarang, kebolehan bekerjasama
juga tidak diendahkan kerana ianya tidak dinilai dalam penilaian di peringkat SPM yang
paling penting di Malaysia. Sedangkan kebolehan bekerjasama itu adalah satu
keperluan semasa memasuki bidang yang lebih tinggi mahupun bidang pekerjaan. Ianya

penting kerana semasa di alam pekerjaan nanti, boleh dikatakan keseluruhan pekerjaan
adalah dalan satu kumpulan kecuali bekerja sendiri.
Secara tidak langsung, pekerja tempatan dilabel tidak kompeten sehingga
menyebabkan permintaan untuk pekerja asing yang tinggi menjadikan pekerja asing
lebih dipercayai daripada pekerja tempatan sehingga menjadi lambakan pekerja asing
dimana-mana diseluruh negara. Faktor yang menyebabkan ketidakpercayaan kepada
pekerja tempatan adalah kerana kurangnya nilai murni yang diterapkan dalam diri murid.
Nilai murni ini majoritinya diterapkan semasa menjalankan aktiviti terutama eksperimen
yang mengajar nilai murni seperti jujur, bertanggungjawab, bekerjasama dan lain-lain.
E. Impak masalah ini kepada pihak yang berkepentingan
Namun, impak daripada masalah eksperimen ini memberikan kesan yang lebih
besar kepada pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia
dimana mereka yang mencipta ataupun mereka kurikulum dan menetapkan garis
panduan untuk melaksanakan PdP. Apabila masalah ini tidak diatasi sekarang ianya
akan menyebabkan kita masih jauh daripada falsafah pendidikan sains negara iaitu
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia
memupuk

budaya

Sains

dan

Teknologi

dengan

memberi

tumpuan

kepada

perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat
menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
Selain daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, masalah ini jika dibiarkan
akan menghasilkan masalah dari segi modal insan. Kita boleh lihat sendiri masalah
sosial yang dihadapi sekarang seperti penagihan dadah, merompak, merogol, bunuh
dan lain-lain. Salah satu punca remaja menjadi begini adalah kerana di Malaysia lebih
pentingkan gred peperiksaan daripada pembangunan modal insan seperti berfikir secara
saintifik. Kemahiran berfikir secara saintifik ini boleh diterapkan semasa aktiviti
eksperimen secara umumnya. Namun masalah ini bukanlah salah guru secara
keseluruhannya, kerana guru ditekan oleh pihak atasan seperti pentadbir sekolah,
pegawai pendidikan daerah, dan jabatan pelajaran negeri yang inginkan peningkatan
dari segi gred pelajar. Oleh itu, guru mengabaikan eksperimen dan mula membuat latih
tubi supaya pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan awam dengan cemerlang.
Dengan itu guru mendapat pujian dan gred sekolah meningkat menjadikan semuanya
seperti satu kejayaan. Oleh kerana tiada pengukuran dari segi nilai murni dan sahsiah
pelajar menjadikan ianya tidak dititikberatkan dalam melatih pelajar untuk mengenali
dunia.
6

F.

Cara untuk menangani


Oleh kerana pelaksanaan eksperimen oleh pelajar tanpa bantuan guru amatlah

penting, pihak kementerian telah sedar dan mula mengorak langkah pertama dengan
perancangan untuk melaksanakan peperiksaan amali sains tetapi ditangguh untuk tahun
2015 sehingga diberitahu kemudian. Oleh kerana terdapat sekolah yang tidak
mempunyai makmal yang lengkap menyebabkan kementerian menangguhkan sehingga
kelengkapan asas makmal dapat diberikan kepada sekolah yang tersebut.
Untuk memenuhi kehendak kementerian untuk melaksanakan ujian amali sains
ini, setiap makmal di sekolah perlu lengkap untuk melaksanakan eksperimen yang
terlibat. Oleh itu bajet yang diberikan kepada sekolah perlu ditambah untuk sekolah yang
mempunyai makmal yang tidak lengkap ataupun yang masih tidak terdapat makmal lagi.
Selain daripada melaksanakan ujian, pemantauan juga boleh dilakukan untuk
memastikan eksperimen dijalankan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pemantauan
tersebut bukan untuk mencari kesalahan guru, tetapi untuk memberi bantuan dan
panduan kepada guru yang mungkin baru mengajar.
Untuk menerapkan budaya mengeksperimen dikalangan pelajar, pihak sekolah
ataupun pihak jabatan pelajaran boleh menganjurkan aktiviti sains ataupun pertandingan
rekacipta. Pertandingan sebegini adalah biasa, namun untuk menerapkan budaya
mengeksperimen ini, had umur mestilah ditetapkan kepada yang lebih rendah seperti
bawah 15 tahun bagi satu kategori. Tujuannya untuk pelajar menengah rendah diberi
pendedahan dengan eksperimen sebenar supaya mereka terus menyesuaikan diri
apabila tingkatan empat nanti.
Guru juga perlulah memantapkan teknik pengajaran semasa amali sains supaya
ianya memberikan impak yang besar kepada pelajar dan seterusnya pelajar akan lebih
minat dan memahami topic yang diajar. Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa,
secara umumnya kaedah amali sains mengandungi tiga teknik pengajaran yang
berbeza: teknik penerangan, teknik penyiasatan dan teknik perbincangan (Hoftein &
Lunetta 2003; Marzano 1992; Smith 1971; Tamir 1977). Kesemua teknik-teknik tersebut
perlu dilengkapkan dalam satu sesi pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran
tercapai. Kepelbagaian teknik dalam kaedah amali ini menyebabkan pelajar lebih aktif,
tidak berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas (Lemlech 2004; Williams et al. 2003).
Selain daripada itu, penglibatan pelajar yang aktif dalam kesemua teknik tersebut
mampu menerapkan ciri-ciri modal insan sama ada secara tersurat atau tersirat.
7

Smith (1971) dan Tamir (1977) menyatakan bahawa kaedah amali mengandungi
tiga teknik pengajaran iaitu pre-lab, lab work dan post-lab. Charles dan Senter (2002)
menyatakan keperlbagaian teknik ini memerlukan kemahiran guru menjadi pengurus
yang baik. Dalam setiap teknik tersebut, guru akan menggunakan strategi yang berbeza
untuk memperolehi kemahiran yang berbeza (Griffin 2005). Misalnya, pada peringkat
pre-lab, guru akan menyoal dan menerang bagi merangsang pelajar terlibat dalam
aktiviti yang akan dijalankan. Soalan-soalan yang menuju kepada sikap ingin tahu
pelajar amat digalakkan. Pelajar akan dipandu bagi mengenal pasti masalah yang wujud
serta menyusun hipotesis. Mereka akan merangka cara penyelesaiannya berdasarkan
teori berkaitan dan pengetahuan sedia ada. Kemudian, mereka merancang penyiasatan
yang akan dilakukan termasuk cara penyelesaian yang dipilih, peralatan dan bahanbahan yang diperlukan, agihan tugas dan kaedah pengumpulan data yang bersesuaian.
Situasi ini membantu pembentukan insane yang kritis dan kreatif serta berkemahiran
menyelesaikan masalah. Semasa peringkat kerja amali atau lab-work pula, teknik
menyiasat pula digunakan di mana pelajar akan mengambil dan memasang segala
peralatan dan bahan yang disediakan. Data-data direkod dalam bentuk yang sesuai agar
mudah diolah dan dianalisis. Pada peringkat ini, guru bertindak sebagai fasilitator yang
208 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) membantu pelajar dengan memberi soalan yang
akan merangsang pembentukan fikiran kritis. Aktiviti menyoal, mengawal, membantu
dan mendorong akan digunakan bagi memastikan pelajar terus menjalankan aktiviti
yang

diberi.

Pada

peringkat

terakhir, iaitu

post-lab,

yang

merupakan

teknik

perbincangan, guru dan pelajar akan bersoal jawab, mengingat kembali, berbahas dan
mengaitkan antara teori dengan hasil yang diperolehi. Guru juga menggalakkan pelajar
menganalisis data, diikuti menginterpretasi maklumat dari data yang diperolehi.
Perbincangan akan berlaku yang membawa kepada kesimpulan hasil aktiviti amali.
Kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas amali menunjukkan bahawa kaedah
amali mengandungi kepelbagaian teknik yang boleh membantu kepada pembentukan
modal insan yang diperlukan.
Selain daripada itu, Chin (2003) turut memperkenalkan konsep kepelbagaian teknik
pengajaran dalam kaedah amali. Beliau memecahkan pembelajaran sains dalam kaedah
tersebut kepada lima tahap penyiasatan yang berkebolehan menghasilkan kemahiran
tertentu.

Menurutnya,

tahap-tahap

tersebut

merupakan

perincian

teknik

yang

dikemukakan oleh Smith (1971) dan Tamir (1977) yang mampu meningkatkan
penglibatan dan pemahaman pelajar. Beliau menamakan tahap-tahap penyiasatan
tersebut sebagai (i) pra-penyiasatan (preinvestigation), (ii) perancangan dan rekabentuk
8

(planning and design), (iii) menjalankan penyiasatan (carrying investigation), (iv) analisis
dan interpretasi (analysis and interpretation results), dan (v) pos-penyiasatan
(postinvestigation). Jadual 1 merumuskan konsep kepelbagaian teknik pengajaran
dalam kaedah amali, berdasarkan pandangan Smith (1971), Tamir (1977), Marzano
(1992) dan Chin (2003). Ketiga-tiga teknik pengajaran yang digabungkan dalam satu
sesi pengajaran ini, menjadikan kaedah amali sebagai kaedah yang menarik serta
mampu menghasilkan pelajar yang berciri modal insan.
G. Kesimpulan
Secara jujujurnya, kita sendiri boleh lihat apa yang berlaku pada zaman sekarang
yang dimana sebahagian besar penduduk Malaysia celik kepada teknologi dan boleh
dikatakan ijazah bukanlah satu hakmilik eksklusif bagi setiap individu kerana boleh
dikatakan semua mampu memiliki ijazah. Hal ini menunjukkan tahap pendidikan rakyat
Malaysia berada di tahap yang tinggi. Namun apa yang berlaku sekarang dengan kadar
jenayah yang meningkat dan juga jenayah kolar putih yang tidak dapat dibendung.
Semakin pandai rakyat malaysia, semakin pandai mereka mengambil kesempatan untuk
keuntungan diri mereka sendiri. Puncanya adalah kualiti pendidikan kita yang berada
ditahap rendah dan kita lebih pentingkan untuk menghasilkan rakyat yang pandai tetapi
tiada nilai dalam diri. Guru-guru mengajar untuk mengejar keputusan peperiksaan yang
cemerlang sampai terlupa untuk mengajar pelajarnya untuk menjadi seorang insan yang
mempunyai nilai yang murni.
Oleh sebab itulah artikel ini ditulis supaya kita sedar betapa pentingnya nilai yang
perlu diajar oleh guru. Dan nilai ini tidak boleh diajar dengan menggunakan cara chalk
and talk , ianya melalui pengalaman daripada aktiviti yang dijalankan. Dan di sekolah
aktiviti pembelajaran yang kerap dijalankan adalah eksperimen. Oleh itu peranan guru
adalah besar untuk menerapkan nilai murni dan saintifik kepada pelajar memandangkan
pada zaman sekarang ibu dan bapa sibuk bekerja dan kurang masa untuk mengajar
anak mereka nilai. Dengan menjalankan eksperimen juga, pelajar lebih faham mengenai
tajuk yang mereka pelajari dan dalam ertikata lain, ianya memberi pengukuhan
mengenai apa yang mereka pelajari.

Rujukan
Nurzatulshima Kamarudin (2009), Pengurusan Penglibatan Pelajar Dalam Amali Sains
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 205 - 217
Idris Bin Abdul Talib (2009), Tahap Pelaksanaan Amali Fizik Tingkatan 4 Dan 5 Di
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara, Perak, UPSI
Shaharom Bin Noordin (2008), Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Pendidikan
Fizik. UTM
Hasan Kaya (2010), Attitude Towards Physics Lessons And Physical Experiments Of
The High School Students, Erciyes University, Kayseri, Turkey

Vous aimerez peut-être aussi