Vous êtes sur la page 1sur 13

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FRANCAIS

Dengan mengambil dari kata dasar Franc atau Franchising dari


sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya
perniagaan digelar Francaiser (Franchiser) dan peniaga yang
menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, Francaisi
(Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau
pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor)
memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu
atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan
perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa
tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), dari sudut konsep komersial
Francais adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak
dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan
tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangka
masa yang ditentukan. Dari sudut perundangan (Akta Francais) pula,
Francais adalah kontrak atau perjanjian sama ada secara nyata atau
tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana
antaranya. Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan
perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor
selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor. Dengan kata lain francais
adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan
pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan
sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam
bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan
kelangsungan perniagaan. Francais adalah satu amalan perniagaan di
mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa
dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan
operasi perniagaan syarikat berkenaan. Bagi pemilik perniagaan atau
francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan
perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga(francaisi).
Pendek kata, perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu
pendekatan perniagaan di mana syarikat induk(francaisor) memberi lesen
atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan
aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu. Dengan
perkataan lain,perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan
yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang menggariskan
tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang membenarkan fungsifungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan
peniruan(duplication).
Perniagaan francais juga merupakan suatu pendekatan yang membuka
jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi
dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis

perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system)


, pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization) .
Jenis-jenis industri francais adalah termasuk Francais pengedaran
produk(secara convertion), Francais tanda nama(cap dagangan), Francais
format perniagaan. Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), francais
jenis pengedaran produk merupakan syarikat persendirian yang sedia ada
telah dipelawa untuk menjadi francaisi dalam rangkaian perniagaan
francaisor. Francaisi akan menukar tanda nama dan cap dagangan
dagangan kepada jenama francaisor. Contohnya, Syarikat Madani
Greatlink Sdn.Bhd telah diberi hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta
nasional.
Selain itu, Francais jenis tanda nama(cap dagangan) pula dikawalselia
oleh francaisor untuk memastikan kualiti dan nama baik francaisor
terpelihara. Hak yang diberikan kepada francaisi menggunakan jenama,
tanda nama, dan logo. Francaisi dalam cap dagangan ini tidak
memerlukan konsep dan sistem perniagaan yang lengkap Contohnya,
syarikat XYZ yang berjaya mendapatkan hak untuk menggunakan watak
karton Doreamon dalam hiasan barangan ataupun makanan yang dijual.
Manakala, Francais jenis format perniagaan pula yang paling popular dan
mendapat pengikhtirafan di bawah Program Pembagunan Francais anjuran
kerajaan. Peniaga Francais jenis ini diberikan hak untuk menduplikasikan
keseluruhan sistem perniagaan yang diamalkan oleh francaisor. Mereka
biasanya
terus
mendapatkan hak
menggunakan
jenama
dan
mengedarkan produk yang ditawarkan. Industri francais jenis ini lebih
mudah untuk menjalankan perniagaan kerana semuanya disediakan oleh
francaisor. Francaisor mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan
semuanya yang berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan oleh
francaisi.
Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara.
Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak
di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk
mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui
"outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had
jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor
menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat
kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di
dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama
(trademark)
perniagaan
tertentu.
Oleh sebab kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling
bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business
entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada
francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan
penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi
adalah bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur
beroperasi demi nama baik tanda niaga.

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT GLOBAL


DAN MALAYSIA
Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah
dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat lebih 100 tahun
yang lalu. Perkataan francais adalah berasal daripada perkataan Perancis,
franco yang bermaksud kebebasan.Pada ketika itu, seseorang francaisi
adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi
sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan
peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep
dan pendekatan ini akhirnya diterima-pakai di dalam sektor swasta dan
komersial. Sistem francais kemudiannya menjadi popular dan dianggap
sebagai satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran,
yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang Megatrends, John Naisbitt,
franchising is the single most successful marketing concept ever (sistem
francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya).
McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine
Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran
barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an.
Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat
yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar
francais di awal 1900-an. Senario ini diteruskan dengan penemuan yang
dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan
sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah
mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan
sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati
hidangan McDonalds untuk hari ini. Lebih separuh daripada penduduk
Amerika tinggal di sekitar 5 kilometer daripada Restoran McDonalds, dan
sejak 40 tahun kebelakangan ini McDonalds telah mengambil 16 juta
orang pekerja di mana akhir-akhir ini syarikat berkenaan telah mengatasi
U.S Army di dalam melatih jumlah belia yang terbesar iaitu hampir
700,000 belia setiap tahun.
Secara umumnya, Industri francais Malaysia menunjukkan perkembangan
positif kerana menembusi pasaran global dan mampu bersaing dalam
pasaran
antarabangsa
apabila
59
produk
tempatan
berjaya
mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Menurut Setiausaha
Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh
berkata, setakat ini sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais
tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret
Recipe Cakes and Cafe. Kerajaan Malaysia memberikan fokus kepada
pembangunan industri francais di Malaysia sejak di bawah kepimpinan
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak
langkah memperkenalkan francais pada 1993.

Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), Program Pembangunan


Francais mula diperkenalkan pada Ogos 1992 di Malaysia, Pembangunan
Negara menetapkan unit penyelaras dan perlaksanaan (UPP) di bawah
Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak sebagai pusat francais
setempat. Pada Mei 1995, bahagian pembangunan Francais UPP iaitu
Jabatan Perdana Menteri(JPM) mula dipindahkan ke Kementerian
Pembangunan Usahawan sebagai Bahagian Francais dan Vendor. Mengikut
sumber daripada Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK sehingga 16
Julai 2012 telah mencatatkan sebanyak 426 produk Francais
diperkembangkan di dalam Negara (Francaisor) iaitu mencatatkan
64%daripada keseluruhannya manakala produk Francais luar negara
(Francaisi Induk dan Francaisi) adalah sebanyak 240 iaitu 36% daripada
jumlah keseluruhan produk Francais ini. Kerajaan melalui kementerian dan
pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun
mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan
francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka
mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah
negara. Kerajaan akan membantu usahawan francais ke luar negara.
Kerajaan memberikan maklumat dan sokongan tambahan apabila berada
di pasaran luar. Dalam perniagaan francais, hubungan dan kerjasama
penting untuk terus berdaya saing di pasaran tempatan dan
antarabangsa.
SISTEM SOKONGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Bagi membina sistem sokongan industri francais yang lebih berkesan,


peranan kerajaan dalam membangunkan perniagaan francais untuk
menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia adalah dengan
penyediaan kemudahan kewangan. Insentif dan bantuan kewangan yang
disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan adalah termasuk Skim Pembiayaan Francais (SPF), Dana
Bantuan Pembangunan Francais (DBPF), Skim Pembiayaan Kecil Francais
(SPKF), Bantuan kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional
Berhad (PNS).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah
memperkenalkan Skim Pembiayaan Francais (SPF), khusus untuk
membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan
francais. Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak RM 7.5 juta.
Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung kepada
keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para usahawan boleh
mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang
mengambil bahagian dalam skim ini. Bank-bank perdagangan yang
terlibat adalah CIMB Bank Berhad dan Maybank Berhad.
Selain itu, Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) juga diadakan
sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan untuk
menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan
francais. Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan
sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak

diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang
digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum
RM100,000.
Bagi Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) pula, skim ini bertujuan untuk
memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising) kepada francaisi
tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan pembiayaan
maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan
perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang
perniagaan francais secara mikro yang menawarkan satu model
perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko. Bantuan
kewangan yang disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)pula
termasuk Pre-Franchise Scheme, Skim Francais Eksekutif, Skim
Pembiayaan Francaisi, Franchise Micro Financing Scheme (SPKF),Graduate
Franchise Programme dan sebagainya.
Dalam usaha menahankan sistem sokongan terhadap francais, antara
program yang telah dibangunkan bagi memastikan perniagaan francais
berkembang pesat termasuk Program Pembangunan Francais (PPF).
Program ini adalah satu program pemasaran berteraskan konsep
Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawanusahawan kecil dan sederhana (UKS) di sektor perdagangan,
perkhidmatan
dan
perindustrian.
Pelaksanaan
sistem
francais
memungkinkan penyertaan usahawan-usahawan kecil dan sederhana
(UKS) ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa
yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah berbanding memulakan
perniagaan sendiri.
Di bawah Program Pembangunan Francais (PPF), syarikat induk atau
francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang
komprehensif kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana(UKS) atau
syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya
maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama
untuk satu tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan
yang dikenalpasti.
Selain itu, Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) juga
diperkenalkan bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pengusahapengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk
difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk
tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan
dibimbing dari peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip,
dengan kos bayaran perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi
kerajaan.
Selain daripada itu, promosi juga sentiasa dibuat bagi membuka peluang
penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti promosi francais yang dianjurkan oleh
Kementerian
Perdagangan
Dalam
Negeri,
Koperasi
Dan
Kepenggunaan(KPDNKK) di dalam dan luar negara. Antara aktiviti yang

telah dianjurkan adalah seperti The Agencies & Franchise Trading


Exhibition (ATEX) 2011, China Franchise Expo Mei 2011, Ekspo Francais
bersama Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011, Int. Franchise Licence &
Business Concept Expo & Conference 2011, Franchise International
Malaysia (FIM) 2011, Shanghai International Franchise Exhibition (SIFE)
2011, Franchise Komuniti Perak(FKP).
Baru-baru ini juga Pelan Induk Francais lima tahun itu telah dilancarkan
secara rasmi pada 10 Januari 2012 dan pada masa yang sama beberapa
peraturan baharu akan diperkenalkan dan akan berkuatkuasa sebaik
pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan
dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012 termasuk pendaftaran kesemua
pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi
memastikan pemantauan yang lebih berkesan. Ini kerana akta sedia ada
tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga
menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi
semasa, masalah dan penipuan yang berlaku. Sebelum ini, kerajaan
hanya memiliki data francaisor sahaja. Maka, data yang diperoleh tidak
lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri
francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara. Dengan adanya pendaftaran semua peserta dalam industri ini
membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua
maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh
semua pihak sebagai rujukan. Kerajaan hanya mewajibkan francaisi
mendaftar. Namun, tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan
kepada francaisor dan perunding francais.
Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding francais
swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan
golongan berkenaan memohon lesen daripada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan hanya syarikat
yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada
industri francais selepas penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan
baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut
jenis perniagaan francais. Peraturan dan akta baharu ini penting untuk
kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan
memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang
besar terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) juga telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan
Indonesia pada Jun 2010 bagi mewujudkan Laluan Hijau iaitu
membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan kedua-dua
negara dengan lebih mudah. KPDNKK juga berusaha membantu lebih
banyak francaisor tempatan bagi menerokai pasaran Negara China, Timur
Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan
negara-negara berkenaan sangat luas.

Akhir sekali, Francais Komuniti dijadikan sebagai salah satu program yang
telah dilaksanakan bagi membantu mengukuhkan lagi budaya
keusahawanan supaya dimanafaatkan sepenuhnya bagi golongan
usahawan kecil bumiputera di negara kita. Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri
Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, peluang kini di buka luas
kepada para usahawan kecil bumiputera untuk bersama-sama terlibat
dalam perniagaan francais. Program ini juga dilihat mampu
menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah
sebuah industri berskala besar. Program ini memberi peluang kepada
lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial yang lebih penting adalah
mempunyai minat dan semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh francais dan francaisor di


Malaysia termasuk jenis perniagaan, yuran francais, rekod perniagaan
francaisor, bantuan dan khidmat sokongan, hak eksklusif perniagaan
francais. Maka dengan itu, bagi francais mahupun francaisor di Malaysia
perlu belajar cara-cara untuk menilai peluang francais. Perniagaan
francais sama seperti kebanyakkan perniagaan lain ynag juga terdedah
kepada risiko, memerlukan usaha dan modal. Ini bermakna tanpa tiga
elemen dia atas perniagaan francais boleh gagal. Oleh itu penilaian
peluang francais adalah perlu sebelum ia dimulakan.
Terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu diri sendiri bakal francaisi,
francaisor dan sistemnya, keadilan kepada perniagaan francais, daya
kemajuan lokasi tertentu, dan masa depan perniagan francais di peringkat
global dunia.
Bagi menilai sifat diri sendiri iaitu bakal francaisi sama ada lebih mirip
kepada usahawan atau pengurus. Sifat seorang francaisi agak berlainan
daripada usahawan dan pengurus di mana sedikit modal diperlukan bagi
memulakan perniagaan dan tidak boleh mengharapkan francaisor dari
segi peruntukan terhadap sumber bantuan kewangan. Namun, francaisor
amat mengharapkan francaisi mempunyai cirri-ciri keusahawanan yang
jitu untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Keduanya, francaisor dan sistemnya adalah penting bagi membuat
pemilihan francaisor yang mempunyai sistem pengurusan dan operasi
yang mantap, mempunyai cawangan sendiri, mempunyai sokongan
kewangan yang kuat. Perkara-perkara ini boleh diperiksa melalui beberapa
sumber seperti dokumen penzahiran, francaisi sedia ada atau bekas
francaisi dan bakal rancangan pengembangan perniagaan.
Ketiga, keadilan kepada perniagaan francais. Untuk mengkaji syarat dan
terma yang dikenakan oleh francaisor dan situasi yang baik ialah keduadua pihaknya mendapt situasi yang "win-win". Ini adalah dapat
memberikan khidmat bantuan yang professional dalam menilai dokumendokumen seperti dokumen penzahiran dan dokumen perundangan.

Keempatnya, daya kemajuan lokasi tertentu adalah penting bagi


melibatkan diri dalam menyediakan laporan daya maju sesuatu lokasi
yang dicadangkan. Gunakan perangkaan yang dibekalkan oleh francaisor
dan kaji logiknya angka-angka yang diberi oleh francaisor dalam konteks
daya maju lokasi yang dicadangkan.
Akhir sekali, amatilah rancangan masa depan francaisor dan nilai
keberkesanannya serta implikasi kepada perniagaan francais. Kena
memastikan juga dalam sistem francaisor itu terdapat kemudahan
menyelesaikan masalah antara francaisor dan francaisi.
HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Sebenarnya, pembelian perniagaan Francais yang berjenama biasa


harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk
memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos iklan
atau perkhidmatan tambahan. Bagi pihak yang ingin menjalani
perniagaan francais, mereka dinasihatkan perlu berhati-hati dalam
perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak.
Ceburi perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang
kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala
arahan dan syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor.
Perniagaan Francais yang murah pula kemungkinan berdepan dengan
risiko kurang sambutan pelanggan kerana belum lagi diuji tahap dan
impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti memulakan
perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak
mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada
jual dari membaiki perkhidmatan.
Maka dengan itu, bagi mengatasi halangan yang dihadapi oleh francais
dan francaisor. Mereka iaitu francaisi dan francaisor dinasihatkan untuk
mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebelum sebagai perniagaan francais dengan mengadakan
perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan
kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi
kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran.
Bagi mengatasi kelemahan pembangunan produk yang sedia ada di
pasaran, mereka dinasihati supaya membangunkan produk-produk yang
sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk
difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais.
Kementerian melalui agensinya akan menjalankan perniagaan tersebut
sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera
tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk
berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik
produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat
masa ini. Bagi mengatasi lebihan perniagaan francais yang tidak
berpontensi, mereja dinasihatkan supaya mengenalpasti perniagaanperniagaan francais luar negara yang berpotensi terlebih dahulu untuk
dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus

bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk. Perniagaan


tersebut seterusnya akan difrancaiskan kepada usahawan-usahawan
tempatan sebagai francaisi dan kemudiannya memberi peluang kepada
usahawan-usahawan yang berpotensi untuk memiliki hak francaisi induk
tersebut. Pembelian hak ini akan dibuat menerusi agensi-agensi
Kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad dan PerbadananPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.
Bagi menyelesaikan isu perkembangan terhadap perniaggan francais
merekan dinasihatkan mengembangkan perniagaan produk-produk
francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk
francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk
francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian akan
turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi
mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara.
Bagi mengenalpasti kelemahan penyelidikan dan pembangunan(R&D)
mereka dinasihatkan supaya menjalankan kajian-kajian bagi menentukan
keberkesanan program serta penyelidikan dan pembangunan terlebih
dahulu
bagi
meningkatkan
lagi
pencapaian
program-program
pembangunan perniagaan francais. Ini termasuklah kajian dan
penyelidikan pasaran, kajian produk dan kajian premis perniagaan serta
penyediaan kurikulum latihan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama
institusi-institusi pengajian dan penyelidikan tempatan seperti Universiti
Utara Malaysia, MEDEC serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam kerjakerja penyelidikan.
Pemberian latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi
latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas
perniagaan
francais
kepada
usahawan-usahawan,
pembangunan
perundingan
kepada
juruperunding-juruperunding
francais
dan
mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri juga boleh mengatasi
kelemahan seperti kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap langkah
pelaksanaan perniagaan francais yang lebih berkesan. Aktiviti ini didapati
dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusiinstitusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC,
UiTM. Contohnya mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan
juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada
usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang
berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan
ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan
francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur
dan majalah mengenai perniagaan francais.
Bagi mengatasi kelemahan isu kekurangan modal, mereka dicadangkan
menyediakan kertas kerja kepada kerajaan bagi mencerminkan masalah
yang dihadapi. Sebagai contoh, penyediaan skim pembiayaan yang
komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam
bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Syarat-syarat

permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan


dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi
membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah
skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan.
Akhir sekali, dari segi undang-undang pula kerajaan boleh mengawal
kualiti perniagaan francais yang sedia ada. Pihak berkuasa dinasihatkan
bagi menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan.
Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul
maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan
francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia
pelaksanaan perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara
keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan
francais.
MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Kerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992


dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994.
Sejak itu pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat usahawan mengenai potensi perniagaan
francais di negara ini. Dari segi pertumbuhan industri francais, pada masa
ini Malaysia menduduki tangga yang kedua (2) di kalangan negara Asia
dan tangga yang kedua puluh satu (21) di dunia.
Mengikut perangkaan, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di
Malaysia adalah daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang
membanggakan memandangkan industri francais di Malaysia masih agak
baru berbanding dengan negara-negara lain. KPDNKK tidak mempunyai
data yang tepat mengenai bilangan sebenar perniagaan francais yang
dijalankan di negara ini. Walau bagaimanapun adalah dianggarkan
terdapat 268 buah perniagaan yang difrancaiskan dan sebanyak 6,500
outlet perniagaan francais di Malaysia.
Sebahagian besar daripada perniagaan francais ini adalah dalam sektor
makanan, perkhidmatan, aksesori wanita, keperluan rumah dan
telekomunikasi. Potensi perniagaan francais Malaysia untuk berkembang
ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah. Kerajaan sentiasa
memberi galakan ke atas usaha ini. Pada masa ini belum banyak produk
francais tempatan difrancaiskan ke luar negara.
Sumbangan industri francais kepada nilai KDNK Malaysia dijangka
meningkat sehingga sekali ganda kepada 4.3 peratus menjelang 2016
daripada 2.2 peratus ketika ini. Pertumbuhan kukuh itu dijangka dicapai
melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012
2016 yang bakal menetapkan hala tuju strategik membangunkan industri
ini supaya ia berdaya saing serta mampu memanfaatkan penggiat industri
francais negara.

Pelan yang telah dilancarkan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur pada 10 Januari 2012 menyasarkan pertambahan
bilangan syarikat francais, peningkatan pendapatan dan peluang
pekerjaan, sekali gus menyasarkan Malaysia sebagai pusat francais bagi
rantau Asia Tenggara dan Asia Barat menjelang 2020. Seperti yang
dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa kerajaan yakin
negara mampu menjadi pusat francais di rantau ini kerana mempunyai
peruntukan khusus untuk mengawal selia industri berkenaan. Menurut
beliau lagi, Malaysia adalah satusatunya negara di rantau ini yang
mempunyai akta khusus untuk francais iaitu Akta Francais 1998,
mempunyai badan menyediakan pinjaman seperti Perbadanan Nasional
Bhd (PNS) serta mempunyai akademi untuk melahirkan francaisor dan
francaisi. Kerajaan kini menggalakkan penggiat francais negara untuk
berkembang dengan memasuki pasaran ASEAN terutama Indonesia, China
dan Asia Barat.
Industri francais yang bertapak di negara ini pada awal 1990an kini
mempunyai kirakira 573 francaisor yang berdaftar, peningkatan lebih 44
peratus berbanding 396 pada 2009 sejak diletakkan di bawah
kementerian berkenaan. Kini terdapat sebanyak 5,315 francaisi di seluruh
negara dengan 36 francaisor tempatan sudah berkembang ke 50 buah
negara asing dengan Indonesia mempunyai francaisor tempatan teramai
iaitu sebanyak 18 francaisor. Selain itu, kerajaan juga kini giat
menggalakkan perniagaan francais mikro bagi menarik orang ramai
terutama di kawasan bandar kecil dan luar bandar membabitkan diri
dalam perniagaan francais.
Mulai Disember 2011, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan telah memulakan program francais mikro untuk
menggalakkan orang ramai bergiat dalam perniagaan dengan modal di
bawah RM50,000. Hasilnya, sebanyak 34 francaisor mikro yang akan
dibangunkan untuk membantu mewujudkan lebih banyak francaisi.
Kementerian kini juga melaksanakan program komuniti francais di
kawasan luar bandar dan bandar kecil untuk menggalakkan orang ramai
menyertai perniagaan francais.

KESIMPULAN

Pertumbuhan pesat industri francais ini mampu menyumbang kepada


pertumbuhan ekonomi Malaysia secara amnya dan ia juga dapat
meningkatkan bilangan usahawan bumiputera serta membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia khasnya. Sehingga kini, sebanyak 20
peratus peningkatan jumlah francais iaitu 580 perniagaan yang berdaftar
di Malaysia dimana 69 peratus merupakan jenama francais tempatan.
Jadual berikut menunjukkan jumlah francais berdasarkan negara asal
produk sehingga 20 Disember 2011.
Pembangunan perniagaan francais juga tidak hanya tertumpu kepada
sektor tradisional malah diperluaskan kepada sektor sasaran baru seperti
yang ditekankan di dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10).
Lanskap industri francais di Malaysia kini juga semakin pesat melalui
sokongan padu kerajaan sehingga berkembang di dalam dan luar negara.
Menurut perunding francais, Hasril Noordin melalui bantuan kewangan
dan
latihan
intensif
yang
disediakan
oleh
kerajaan
dapat
meningkatkankan industri dan peluang perniagaan kepada pihak
francaisor dan francaisi. Pembangunan kapasiti dan kapabiliti adalah nadi
penggerak francais dan telah menjadikan industri francais sebagai salah
satu enjin pembangunan Negara. Jadual di bawah menunjukkan analisis
sektor campuran dalam masa 10 tahun yang akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi