Vous êtes sur la page 1sur 2

Berdasarkan gambar di bawah, bincangkan asas seni reka.

Tajuk :'Pago-Pago' (1964),


Pelukis : Latiff Mohidin
Media : Cat Minyak
Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan dirinya
sebagai penggiat seni lukisan ekspresionisme. Satu gambaran catan yang merakamkan
kehidupan di sekitar Indo-China Karya ini dianggap istimewa kerana siri tersebut
dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Lukisan ini adalah menwujudkan
kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap
alam setempat, menjaga dan menghargai alam sekitar.
Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni, Latiff banyak menggunakan
unsur seni seperti garisan, warna dan rupa. Jika diperhatikan, catan ini memberikan
beberapa maksud yang tertentu berdasarkan garisan iaitu, garisan bergerigi bermakna
kesakitan, garisan beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir, garisan
kasar memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut memberi
gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya menimbulkan kesan pergerakan
dan menwujudkan kesatuan dari segi bentuk dengan baik. Unsur seni rupa yang terdapat
dalam karya ini adalah bulat, segi tiga, daun dan bentuk lain yang tidak mengenali.
Penggunaan ruang dalam karya ini agak sempit. Objek dalam karya ini, semua kelihatan
di satu aras yang tidak menunjukkan objek yang berada di belakang kelihatan lebih kecil.
Selain itu, prinsip rekaan yang terdapat dalam karya ini adalah harmoni, kesatuan,
kepelbagaian dan pergerakan. Penggunaan warna yang harmoni menyebabkan karya ini
kelihatan selesa. Contohnya, wana kuning yang berbentuk bulat di belakang yang
kelihatan seperti bulan. Kewujudan kesatuan dapat dilihat melalui segi bentuk. Dalam
karya ini terdapat banyak bentuk yang berulang dan semua bentuk yang bergabung dan

0168501022/ LING NGIIK BING P6F

lekat bersama dengan bentuk yang lain barulah mewujudkan perasaan kesatuan dalam
karya. Prinsip rekaan kepelbagaian dapat dilihat melalui penggunaan garisan bergerigi,
garisan kasar dan garisan yang berserabut. Apabila kesatuan dalam bentuk, inilah
menunjukkan pergerakan dalam karya ini. Hal ini demikian, penggunaan ulangan segi
tiga dan di bawah segi tiga mempunyai bentuk yang kelihatan bentuk kayak yang hendak
bersedia untuk bergerak.
Secara kesimpulannya, karya Latiff Mohidin ini kelihatan lukisan ekspresionisme yang
kita tidak dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dalam karya ini.

0168501022/ LING NGIIK BING P6F

Vous aimerez peut-être aussi