Vous êtes sur la page 1sur 4

tugas pengawal keselamatan sekolah

1) TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN

1.

Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu


dalam buku pelawat.

2.

Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.

3.

Memastikan semua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang


telah ditetapkan.

4.

Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari pihak sekolah


untuk keluar/masuk pada waktu belajar sama ada untuk ke hospital
atau balik ke rumah kerana kecemasan atau urusan keluarga yang
penting.

5.

Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran


memasuki kawasan sekolah.

6.

Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan


sahaja atau setelah mendapat kebenaran bertulis dari pengetua
pada waktu di luar waktu persekolahan.

7.

Segera menghubungi Pengetua jika terdapat pelawat yang


mencurigakan atau hubungi pihak polis jika berlaku sesuatu yang
boleh mengancam keselamatan.

TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN


1. Waktu bertugas dua aliran :i) 7.00 pagi 7.00 petang
ii) 7.00 petang 7.00 pagi
2.

Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 15 minit lebih


awal sebelum memulakan tugas.

3.

Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah berpakaian seragam


yang kemas dan lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak
syarikat.

4.

Pengawal Keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di


semua blok.

5.

Pengawal Keselamatan dikehendaki mengawal pergerakan lalulintas


berhampiran pintu masuk pada waktu-waktu berikut:1. Jam 7.00 pagi
2. Jam 1.05 tengahari

6.

Pengawal Keselamatan perlu menguatkuasakan peraturan selaras


dengan peraturan sekolah.

7.

Pengawal Keselamatan pada setiap masa perlu mengawal


pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke kawasan sekolah.
- setiap ibu bapa yang ingin memasuki kawasan sekolah perlu
menulis nama dalam buku di pondok pengawal dan perlu ke pejabat
sekolah untuk mendapatkan kebenaran berurusan daripada pihak
pentadbir

8.

Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan


segera kepada pengurusan sekolah mengenai apa jua kes yang
berlaku melibatkan aspek-aspek keselamatan.

9.

Pengawal Keselamatan hendaklah merujuk kepada pengurusan


sekolah mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan
dan ketidakpastian tentang apa jua perkara yang berlaku atau
tindakan yang perlu diambil.

10.

Pengawal Keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan


disekeliling pagar keselamatan sekolah untuk memastikan keadaan
pagar sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai dengan piawaian
keselamatan dan laporkan mengenai apa jua kerosakan atau
terdapat tanda-tanda berlakunya pencerobohan di pagar berkenaan
kepada pengurusan sekolah.

11.

Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana


orang perseorangan atau kumpulan yang berkeadaan mencurigakan
dari masuk ke kawasan sekolah.

12.

Pengawal Keselamatan bertugas diminta jangan membenarkan


orang awam membawa masuk kenderaan atau meletak kenderaan
di dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak
pengurusan sekolah.

13.

Pengawal Keselamatan bertugas diminta memerhatikan tingkah laku


pelajar sepanjang hari persekolahn dan melaporkan apa jua
kegiatan salah laku yang berlaku dalam sekolah pada bila-bila masa.

14.

Pengawal Keselamatan bertugas diminta menguatkuasakan


peraturan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan
sekolah pada hari cuti umum, cuti hari Sabtu pertama dan ketiga
dan cuti hari Ahad kecuali dengan kebenaran dari pihak pengurusan
sekolah.

15.

Pengawal Keselamatan hendaklah pada setiap masa berada di


tempat yang mudah dihubungi ketika bertugas dan memberitahu
pihak pengurusan sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar
dari kawasan sekolah.

16.

Pengawal Keselamatan hendaklah segera menghubungi pihak polis


dan bomba jika menghadapi kecemasan seperti kes-kes jenayah
kebakaran atau kes-kes lain yang serius.

17.

Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah


memastikan hanya blok-blok tertentu sahaja lampu dinyalakan.
Pastikan juga bilik-bilik makmal dan bilik-bilik khas lain telah pun
berkunci. Jika keadaannya meragukan hendaklah segera
menghubungi pihak pengurusan sekolah .

18.

Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan pintu pagar


A ditutup pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pukul
2.00 petang hingga 6.00 petang kecuali ada arahan lain dari pihak
pengurusan sekolah.

19.

Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan sesiapa


yang ingin menggunakan kemudahan sekolah seperti padang,
gelanggang, dewan datau mana-mana premis di kawasan sekolah
perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak pengurusan sekolah.

20.

Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah akur dengan arahan


pihak pengurusan sekolah mengenai perkara-perkara yang
melibatkan soal dasar.

21.

Pengawal Keselamatan bertugas mestilah menyediakan laporan


bertulis harian yang lengkap dan kemaskini dalam buku laporan
8520/khas. Buku laporan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak
sekolah jika diminta.

Vous aimerez peut-être aussi