Vous êtes sur la page 1sur 19

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

PEMARKAHAN
.

JUMLAH

SEMESTER 2 SESI 2014/2015


KOD & NAMA KURSUS
KRL 3033 : KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1
Bincangkan komponen-komponen utama yang perlu penyelidik ambil
perhatian dalam melaksanakan kajian.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

SARINA BT MAN

D20112052606

012-4910583

KUMPULAN : UPSI79
NAMA PENSYARAH E-LEARNING: PN. JAMILAH BT OMAR
TARIKH SERAH: 20 MAC 2015

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

Pernyataan Masalah

Objektif

Persoalan Kajian

Teori

Batasan Kajian

Kepentingan Kajian

Definisi Istilah

10

Metodologi

10

Pemerolehan dan Pemerhatian

13

Kesimpulan

18

Rujukan

19

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Bila kita menyebut tentang kajian, kita sudah pasti tidak dapat tidak perlu melakukannya
dengan penuh etika, kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam hal ini , kita perlu merungkai sesuatu
permasalahan dengan penuh berhemah. Sebelum kita meneroka dengan lebih jauh lagi, marilah
kita memahami terlebih dahulu , apa itu kajian. Bagi Ebbut (1985) beliau mendefinisikan kajian
tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usahausaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka
sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut manakal McNiff (1988) pula
mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan
kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian
ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru
lain.
Selain itu, Cochran & Lytle (1990) mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan
berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan
yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan
ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada literatur pendidikan dan
seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah pembinaan struktur pendidikan. Ini
berlainan pula dengan Kember & Gow (1992) yang menyatakan kajian tindakan melibatkan
pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui lingkaran yang melibatkan
proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi.
Bagi Calhoun (1993) beliau menyatakan bahawa kajian tindakan boleh dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual action research), di mana kajian tindakan
dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif (collaborative action
research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi
pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide action research, iaitu penyelidikan yang
melibatkan seluruh staf atau guru bersama konsortium sekolah manakala McBride & Schostak
(1994) pula mendefinisikan kajian tindakan merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri yang
dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus utama adalah untuk memperbaiki amalan
kendiri.

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa kajian tindakan secara amnya merujuk
kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama
pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan,
pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau
individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk
memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik
kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya.
Harus diingat bahawa setiap kajian perlulah mendokongi perkara-perkara beikut, jika tidak
ianya tidak dianggap lengkap. Perkara-perkara itu ialah:

i)

i)

Pernyataan masalah

ii)

Objektif

iii)

Persoalan kajian

iv)

Teori

v)

Batasan Kajian

vi)

Kepentingan Kajian

vii)

Definisi Istilah

viii)

Metodologi Kajian

ix)

Pemerolehan data pemerhatian

PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan

yang dijalankan. Pernyataan

masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan
menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia
untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh
menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan masalah
diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh
diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Kita sebenarnya perlu mengenalpasti
masalah penyelidikan.

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Berikut adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dalam proses
mengenal pasti masalah penyelidikan:
i.

Konteks bidang yang dikenal pasti sebagai masalah.

ii.

Teori dan konsep utama serta idea terkini dalam bidang berkenaan.

iii.

Dasar kepada andaian-andaian dalam bidang berkaitan.

iv.

Punca isu-isu berkaitan diberi kepentingan.

v.

Aspek yang memerlukan penyelesaian

vi.

Latar belakang, perbalahan dan persoalan yang masih belum terjawab, serta isu-isu
signifikan yang perlu diterokai.

Penyelidik harus memberi kepentingan kepada perkara-perkara di atas pada peringkat


pengenalpastian masalah supaya ia dapat memikirkan masalah yang berkaitan secara analitikal,
iaitu agar penyelidik turut dapat memikirkan penyelesaian yang mungkin bagi masalah tersebut.
Kita juga harus sedar bahawa terdapat 2 prinsip yang perlu difikirkan oleh seseorang penyelidik
apabila ingin membentuk masalah penyelidikannya iaitu :
1. Masalah yang dikaji itu ialah masalah yang jitu dan konkrit serta memerlukan jalan
penyelesaian. Contohnya, seorang pengetua sekolah ingin mengetahui sama ada sistem
mentor membantu guru baru atau tidak.
2. Nilai sesuatu masalah sama ada berfaedah kepada diri atau negara dan ia tidak boleh
dibuat secara tergesa-gesa. Elakkan memilih masalah berdasarkan imaginasi tanpa tinjauan
karya lalu kerana ini akan menimbulkan kekaburan dalam kalangan pembaca tentang
masalah yang diselidiki.
Sebagai penyelidik kita juga perlu mengetahui sejauh mana sesuatu penyelidikan yang
dicadangkan menepati keperluan penyelidikan. Aspek-aspek berikut boleh membantu seseorang
penyelidik dalam menjawab persoalan ini:
a. Penyelidikan dalam bidang ini tidak banyak dijalankan.
b. Terdapat percanggahan dalam dapatan penyelidikan-penyelidikan tertentu

terdahulu.

c. Belum ada penyelidikan yang menggunakan sampel atau lokasi yang telah dikenalpasti.

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Mengikut Creswell(2005), elemen-elemen yang seharusnya ada dalam sesuatu penyataan


masalah ialah tajuk atau perkara yang dikaji serta masalah yang dikaji. Selain itu bukti bagi
menjustifikasikan pemilihan pemasalahan penyelidikan berkenaan, iaitu bukti berdasarkan karya
atau literatur atau bukti daripada pengalaman-pengalaman praktikal, kekurangan dalam bukti
berkaitan dengan perkara menjadi fokus penyelidikan iaitu bukti-bukti yang sedia ada, apa yang
tertinggal atau apa yang masih perlu diketahui dengan lebih lanjut. sasaran penyelidikan, iaitu
bagaimana tindakan menangani apa yang perlu diketahui dapat membantu penyelidik, pendidik,
perancang serta individu atau kelompok lain yang berkepentingan.
Dalam kajian Peranan Aktiviti Melukis Terhadap Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak.
Pernyataan masalah yang cuba dirungkaikan ialah kredibiliti mahasiswa IPTA yang semakin
merosot juga berpunca daripada masalah pembentukan konsep kendiri dan kemahiran sosial yang
tinggi di kalangan mereka. Pembentukan konsep kendiri ini berpunca daripada kemelut mahasiswa
dan individu khususnya dalam mengendalikan kecerdasan emosi mereka.
ii)

OBJEKTIF
Objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini kerana

objektiflah yang menentukan hala tuju semasa kajian hendak dilaksanakan. Kajian tanpa objektif
umpama kajian yang tidak terarah kerana tidak mempunyai matlamat serta tujuan sesuatu kajian
itu dijalankan. Sebagai penyelidik kita perlu sentiasa berpaut dengan objektif agar kajian yang
dibuat tidak bersimpang-siur dan tidak keruan.
Dalam Kamus Dewan edisi keempat ada menyatakan bahawa objektif ialah 1. Sesuatu yang
khusus yang ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak
dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian-ujian ( peperiksaan) yang
menghendaki jawapan antara beberapa pilihan dan markah yang diberikan tidak bergantung pada
penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sebagai objektif, mengobjektifkan
menjadikan objektif, keobjektifan perihal objektif, objektiviti.
Dalam kajian Peranan Aktiviti Melukis Terhadap Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak,
objektif yang ingin dicapai ialah untuk mengenal pasti dan memahami peranan aktiviti melukis
dalam mempertingkat kecerdasan emosi di kalangan kanak-kanak pra sekolah. Seterusnya kajian
ini akan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan mutu pengajaran dan

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

pembelajaran kanak-kanak pra sekolah sehingga dapat mempertingkat kecerdasan emosi di


kalangan mereka melalui kajian Controlled Observation (pemerhatian terkawal). Kajian secara
khususnya akan mengenal pasti peranan aktiviti melukis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Kedua mengenal pasti perkaitan antara aktiviti melukis dengan
perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak. Seterusnya mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kanak-kanak terhadap hasil lukisan kanak-kanak dan objektif yang terakhir ialah
memahami bentuk karya yang wujud dan kaitannya dengan kecerdasan emosi kanak-kanak.
iii)

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian atau hipotesis merupakan satu elemen penting dalam melaksanakan kajian

tindakan. Apakah yang mungkin dicapai sebelum, semasa dan setelah kajian dilakukan. Ianya
berkaitan dengan persoalan berkaitan dengan objektif kajian. Persoalan juga menjurus keupayaan
mencapai objektif sekiranya ditulis selepas objektif. Dalam hal ini juga kita perlu menyediakan
soalan atau instrument yang mampu dijawab. Dalam soal selidik kita perlu menerangkan kepada
sampel tentang soalan atau tindakan yang perlu dilakukan agar ianya menepati kehendak kajian
kita. Persoalan kajian juga memerlukan kepada mengaitkan dua pembolehubah dalam masalah
kajian. Dalam aspek ini juga kita memerlukan kepada pembentukan hipotesis berdasarkan teori
atau dapatan lalu. Contoh persoalan kajian yang terdapat pada kajian ini ialah
a) Apakah peranan aktiviti melukis dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak?
b) Apakah peranan antara aktiviti melukis dengan kecerdasan emosi?
c) Adakah faktor-faktor luaran (external) yang mempengaruhi aktiviti melukis kanakkanak?
d) Bagaimanakah bentuk karya yang wujud dan kaitannya dengan kecerdasan emosi kanakkanak?

iv)

TEORI
Teori merupakan suatu bahagian yang terdiri dari konstrak yang sudah didefinisikan secara

luas sesuai dengan hubungan unsur-unsur dalam bahagian tersebut secara jelas. Teori juga
berperanan menjelaskan hubungan antara pembolehubah sehingga pandangan yang sistematik dari

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

fenomena yang diterangkan pembolehubah tersebut supaya

jelas. Teori juga menerangkan

fenomena dengan cara menspesifikasikan pembolehubah yang saling berhubungan.


Antara definisi dan pengertian teori menurut beberapa ahli ialah Jonathan H. Turner, teori
adalah sebuah proses mengembangkan ide-ide yang membantu kita menjelaskan bagaimana dan
mengapa suatu peristiwa terjadi. Menurut Littlejohn & Karen Foss teori merupakan sebuah sistem
konsep yang abstrak dan hubungan-hubungan konsep tersebut yang membantu kita untuk
memahami sebuah fenomena. Kerlinger pula berpendapat bahawa teori adalah konsep-konsep
yang berhubungan satu sama lainnya yang mengandung suatu pandangan sistematis dari suatu
fenomena. Manakala Nazir mendefinisikan teori adalah pendapat yang dikemukakan sebagai
keterangan mengenai suatu peristiwa atau kejadian. Stevens menyatakan bahawa teori adalah suatu
pernyataan yang isinya menyebabkan atau mengkarakteristikkan beberapa fenomena.
Dalam kajian ini, beberapa teori telah dikemukakan antaranya ialah Viktor Lowenfeld
(1987) dalam Creative and Mental Growth membahagikan perkembangan skemata tampak kanakkanak berasaskan perkembangan dan pertumbuhan yang dikemukakan oleh ahli-ahli
perkembangan seperti Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif (1896-1980), Vygotsky
(1896-1934). Hubungan antara perkembangan kanak-kanak dan kecerdasan juga dilakukan oleh
Howard Gardner (1980) dengan menggunakan hasil lukisan kanak-kanak yang menghasilkan teori
pelbagai kecerdasan. Piaget menjelaskan kanak-kanak di antara umur 4-7 tahun berada pada tahap
Pra Operasi di mana pada umur 4-7 tahun kanak-kanak memahami mengenai sesuatu objek
berdasarkan kepada ciri-ciri utama yang nampak nyata pada objek (salient perceptual feature) iaitu
bukan daripada proses pemikiran logik atau rasional. Pengekalan pada tahap ini juga agak kurang
kerana kanak-kanak masih belum memahami konsep disentrasi dan keterbalikan. Mereka juga
berada pada tahap egosentrik iaitu menghadap kesukaran untuk memahami orang lain.
v)

BATASAN KAJIAN
Batasan kajian ialah had atau ruang lingkup yang ditetapkan oleh penyelidik dalam

merungkaikan masalah kajian yang dilakukan. Batasan ini perlu ada agar ianya tidak menyimpang
dari persoalan pokok yang diperbincangkan atau yang dikaji. Skop atau batasan dimaksudkan
batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat
memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau
limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

kajian dan sebagainya. Berdasarkan sampel kajian yang diberikan, ia mempunyai batasan
kajiannya tersendiri iaitu:
1. Kajian itu melibatkan pemerhatian ke atas 4 kelompok kanak-kanak dan di akhir kajian
difokuskan kepada tiga kanak-kanak yang berusia 6 tahun.
2. Faktor-faktor eksternal yang konkrit yang jelas wujud dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu guru, kurikulum dan persekitaran bilik darjah (ruang pembelajaran).
3. Segala dapatan daripada penyelidikan , dari segi ketepatan bergantung kepada respons
subjek terhadap kenyataan-kenyataan dalam soal selidik yang dijalankan sahaja. Kajian
itu juga turut melibatkan pemerhatian secara teliti terhadap kanak-kanak yang dipilih
sebagai responden.
4. Kajian ini dijalankan di beberapa buah tadika di Lembah Kelang.
5. Bentuk dan item dibina adalah berdasarkan keperluan kurikulum pra sekolah
kebangsaan menjurus kepada komponen Kreativiti dan Estetika (Lukisan dan
Kraftangan).

vi)

KEPENTINGAN KAJIAN
Aspek seterusnya ialah kepentingan kajian. Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan

sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan
penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu
fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh masyarakat dan negara. Dalam kajian Peranan Aktiviti Melukis Terhadap
Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak terdapat juga kepentingan kajian iaitu :
Dalam konteks perkembangan kanak-kanak, kajian ini mempunyai kepentingan untuk
memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak selari dengan persekitaran yang wujud
dan persekitaran yang dibentuk oleh faktor-faktor yang ada di sekelilingnya terutama ibu bapa,
guru, sekolah, komuniti dan masyarakat. Pihak-pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti
kejayaan dan seterusnya mengenalpasti keupayaan kanak-kanak yang hanya bukan terhad kepada
perkembangan kecerdasan intelektual sahaja tetapi lebih penting kepada perkembangan
kecerdasan emosi maka kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan untuk menyumbang
sesuatu yang bermakna kepada kanak-kanak Malaysia.

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

vii)

DEFINISI ISTILAH
Definisi Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan

definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang dijalankan. Dalam
bahagian ini, definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkaji perlu menetapkan definisi
khusus dalam kajian tersebut. Istilah penting yang terlibat dalam kajian terutama konsep dan
pemboleh ubah perlu dinyatakan dengan jelas.Ini disebabkan pembaca mungkin mempunyai
takrifan yang berbeza dengan pengkaji. Dengan itu takrifan istilah hanya merujuk kepada konteks
kajian sahaja dan sesuatu istilah perlu dinyatakan dengan jelas untuk kefahaman pembaca.
Penyelidik dalam kajian itu memberi keutamaan ke atas beberapa perkataan kunci yang digunakan
sebagai tajuk kajian iaitu melukis, aktiviti melukis, kanak-kanak, dan kecerdasan emosi. Pengkaji
telah menerangkan tentang teori ktiviti melukis, jenis kanak-kanak seperti umurnya serta
mentakrifkan tentang kecerdasan emosi.

viii)

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun dan menstruktur setiap
maklumat yang diperolehi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Penyelidikan dilakukan
dengan mengikut langkah-langkah tertentu yang telah diatur khas bagi menghasilkan maklumatmaklumat bersifat terkini. Secara keseluruhannya metodologi merupakan satu kaedah atau cara
yang dapat mengawal maklumat yang diperolehi bagi sesebuah penyelidikan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud
lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.

Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan

menyelidik, pemeriksaan, penyelidikan dengan teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996).
Kaedah untuk mengumpul data-data dan mendapatkan maklumat yang tepat, pengkaji
menggunakan metodologi kajian yang bersesuaian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang memberi
tumpuan kepada penggunaan kaedah penganalisisan kandungan. Dalam kajian Peranan Aktiviti
Melukis Terhadap Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak metodologi kajian yang digunakan ialah

10

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

menerusi kaedah kualitatif deskriptif, di mana penyelidik menjadi pemerhati secara langsung
selama bulan. Penyelidik berbincang dengan guru untuk mengenal pasti bentuk pengajaran yang
akan dijalankan. Modul aktiviti dirancang bersama-sama oleh penyelidik dan guru. Pembentukan
jadual pemerhatian selama 3 bulan dibantu oleh pembantu penyelidik. Selain pemerhatian,
penyelidik turut membuat rakaman perjalanan aktiviti di dalam bilik darjah aktiviti.
1 Pendekatan kajian kaedah kualitatif deskriptif
Kaedah kajian deskriptif secara kualitatif dipilih kerana ia dianggap sesuai untuk pengkaji
membuat pemerhatian secara tidak aktif dalam kajian. Kaedah kualitatif yang bersifat naturalistik
dan interpretatif dapat menolong seseorang individu memahami masalah yang kompleks dalam
konteks yang lebih luas dari segi operasinya (Denzin & Lincoln, 1994). Rekabentuk kajian ini
adalah berkonsepkan pemerhatian yang dilakukan secara intensif ke atas satu unit dalam satu kelas
di sebuah sekolah. Ianya dilakukan secara berstruktur dan berperingkat untuk mengesan masalah
yang dikaji. Perhatian terhadap ketelusan kajian ini membolehkan dapatan hasil maklumat yang
tepat dan jitu.
2 Kaedah Kualitatif
Rasional menggunakan kaedah kualitatif adalah kerana perkembangan isu yang dikaji
kerana dalam dunia ilmu, kelenturan dan keterbukaan dalam mendapatkan maklumat secara
mendasari (mendalam) adalah merupakan ciri-ciri metodologi penelitian kualitatif, yang dengan
ditunjang oleh pola pemikiran induktif, aktivitinya mampu memberi kenyataan dengan ciri-ciri
yang memiliki makna kuat sebagai kesimpulan daripada kesatuan yang utuh beragam unsur yang
ditemukan di lapangan penyelidikan ( H.B. Sutopo, 2002). Patton (2002) menjelaskan data kajian
kualitatif adalah secara keseluruhan didapati dari lapangan. Sepanjang di lapangan pengkaji
menggunakan sepenuhnya masa untuk membuat pemerhatian terhdap sesuatu. Pengkaji membuat
pemerhatian secara langsung dengan aktiviti, interaksi dan adakala terikat secara peribadi dengan
aktiviti sebagai participant observer. Rasional menggunakan pendekatan kualitatif dalam kajian
ini juga dalah berasaskan kepada perkataan kualiti yang membawa sifat deskriptif, yang lebih
kepada penghuraian makna kepada perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan datadata berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses
mendapatkan maklumat. Skop kajian pula meliputi hanya bilangan responden yang kecil.
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan antara kuantitatif dan kualitatif, kedua-dua merupakan

11

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

kaedah penyelidikan yang emperikal. Kesemua jenis penyelidikan empirikal mempunyai


persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat
perbandingan, membuat deskripsi, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisis
kritikal.

Harus diingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada penyelidikan adalah

permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain, setiap penyelidikan
bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari
melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan yang sesuai. Maklumat dapat diperolehi
daripada berbagai-bagai sumber. Strategi dan teknik merupakan cara-cara yang digunakan untuk
mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Menurut Robson (1993) strategi
merujuk kepada gaya atau orientasi umum untuk menyelesaikan masalah penyelidikan.
Tujuan kajian akan membantu menentukan strategi kajian. Teknik dan taktik pula merujuk
kepada kaedah khusus dalam rekabentuk kajian. Contohnya seperti temubual, pemerhatian dan
analisis karya.

Setiap strategi dan teknik masing-masing mempunyai kelebihan dan

kekurangannya. Penyelidik boleh memilih strategi dan teknik tertentu dan menggabungkannya.
Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti,
keobjektifan, kebolehpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk digeneralisasi.
Penyelidikan yang empirikal akan memilih strategi dan teknik yang sesuai dan betul dalam
mengumpul data. Secara amnya, terdapat dua kategori data iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara langsung daripada kejadian sosial
sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan data primer adalah seperti soal
selidik, temubual, dan partisipasi (penglibatan). Data sekunder pula merupakan maklumatmaklumat daripada bahan sedia ada dan boleh diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Ia
melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas kerja, mikro filem, media massa dan sebagainya.
Teknik yang biasa dipilih oleh penyelidikan kualitatif ialah pemerhatian, temu bual, soal
selidik, kajian-kajian bahan seperti teks dan dokumen, visual seperti gambar dan video, laporan
rasmi, bahan-bahan komunikasi seperti iklan, poster, risalah, diari, dan lain-lain.

Melalui

penyelidikan kualitatif, dapat dirasai feel the object. Secara ringkasnya, jika penyelidik mahu
berada dalam masalah untuk mendapatkan intipati masalah dan mendalami masalah tentang
sesuatu penelitian, kaedah kualitatif adalah kaedah yang paling sesuai.

12

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

i.

Pemerhatian dan analisis : Melalui kaedah pemerhatian, pengamatan tingkah laku

subjek kepada pembolehubah-pebolehubah dapat dikenal pasti. Pemerhatian turut serta akan
mendedahkan maklumat sebenar tentang tingkah laku subjek tanpa gangguan. Penghayatan ini
amat bermakna dan memberi impak yang bernilai kepada penyelidikan yang dijalankan.
Kemungkinan dengan kaedah pemerbatian turut serta ini mengakibatkan perubahan tingkah laku
subjek yang bukan sebenar, samada positif atau negatif. Perkara ini diatasi dengan pemerhatian
yang kerap dan memakan masa sehinggalah subjek tidak sedar tentang tingkah laku mereka
sebenarnya sedang diperhatikan. Selain itu maklumat guru juga boleh digunakan jika pemerhatian
dilakukan secara tidak turut serta.
Menurut Kerlinger (1973:540-545), terdapat beberapa ciri pemerhatian iaitu kategori
tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
persampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperinci ciri-ciri tingkah laku yang perlu
diperhatikan dan direkodkan. Penyelidik seharusnya dapat mengenal pasti ciri-ciri tersebut agar
pemerhatian dapat dilakukan dengan tepat dan jelas. Adalah merupakan suatu kelebihan jika unit
tingkah laku yang digunakan kecil, ini kerana semakin kecil semakin mudah tingkah laku diperhati
serta direkod dan akan mempertingkat kebolehpercayaan pemerhatian. Memandangkan tingkah
laku yang berbeza pada masa dan tempat yang berbeza, kategori tingkah laku yang dibina perlu
digeneralisasi dan digunakan untuk pemerhatian terhadap tingkah laku lain.
ii. Analisis karya : Analisa karya atau analisis dokumen, merupakan kaedah penyelidikan
secara deskriptif yang bermatlamat untuk menjelaskan keupayaan dan penguasaan bidang tertentu.
Meneliti penerapan konsep dalam ciri-ciri dan kategori yang setara dengan peringkat
perkembangan umur mereka. Turut ditinjau adalah penterjemahan psikologi dan budaya yang
diterap dalam lukisan mereka. Kesahihan analisa karya akan berpandukan kepada penilaian yang
telah dijalankan oleh guru. Hasil lukisan ini sememangnya asli dan tulen yang mencerminkan
keupayaan, kemahiran dan kemampuan pelukisnya. Pemilihan karya dilakukan secara rawak iaitu
tidak semestinya pada hari dan masa yang sama sesuatu karya dihasilkan.
ix)

PEMEROLEHAN DATA PEMERHATIAN


Dalam membicarakan tentang aspek ini, penyelidik perlu kreatif dan inovatif bagi

13

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

mencungkil atau meneroka maklumat daripada sampel yang telah dipilih. Koleksi data merupakan
tahapan dalam proses penelitian yang penting, kerana hanya dengan mendapatkan data yang tepat
maka proses penelitian akan berlangsung sehingga penyelidik mendapatkan jawapan dari
perumusan masalah yang sudah ditetapkan. Data yang kita cari harus sesuai dengan tujuan kajian.
Dengan teknik sampel yang tepat, kita sudah mendapatkan strategi dan prosedur yang akan kita
gunakan dalam mencari data di dalam kajian. Terdapat dua jenis data yang selalunya digunapakai
oelh penyelidik iaitu yang pertama ialah data sekunder dan yang kedua ialah data primer.
Prosedur pengumpulan data antara lain adalah dengan cara :
1. Wawancara atau interiviu adalah sebuah dialog yang dilakukan oleh pewawancara
(interviewer) untuk memperoleh informasi dari orang yang diwawancara.
2. Soalan bertulis adalah sejumlah pertanyaan tertulis yang digunakan untuk memperoleh
informasi dari responden.
3. Observe adalah cara pengambilan data dengan pengamatan langsung yang dapat dilakukan
dengan menggunakan seluruh alat pancaindera.
4. Soalan Lisan : kuesioner yang memberi kesempatan kepada responden untuk menjawab
dengan ucapan sendiri.
5. Soalan tertutup merupakan soalan yang sudah disediakan jawapannya . Responden hanya
perlu memilih sahaja jawapan yang iberikan.
Sebagai penyelidik kita juga perlu mengetahui tentang sumber data. Penelitian terdiri atas
sumber data sekunder dan primer data sekunder.
1 Data Sekunder (Secondary Data)
Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak
langsung melalui media perantara (diperoleh dan dicatat oleh pihak lain). Data sekunder umumnya
berupa bukti, catatan atau laporan sejarah yang telah tersusun dalam data dokumenteri yang
dipamerkan kepada umum mahupun tiddak dipmerkan.
Sebelum proses pencarian data sekunder dilakukan, kita perlu melakukan identifikasi
keperluan terlebih dahulu. identifikasi dapat dilakukan dengan cara membuat pertanyaanpertanyaan seperti Apakah kita memerlukan data sekunder dalam menyelesaikan masalah yang
akan diteliti dan Data sekunder seperti apa yang kita perlukan. Identifikasi data sekunder yang

14

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

kita perlukan akan membantu mempercepat dalam pencarian dan penjimatan waktu serta kos. Data
sekunder dapat dipergunakan untuk hal-hal sebagai berikut:
a. Pemahaman Masalah:Data sekunder dapat digunakan sebagai sarana pendukung untuk
memahami masalah yang akan kita teliti. Sebagai contoh apabila kita akan melakukan penelitian
dalam suatu perusahaan, perusahaan menyediakan company profile atau data administratif lainnya
yang dapat kita gunakan sebagai pemacu untuk memahami persoalan yang muncul dalam
perusahaan tersebut dan yang akan kita gunakan sebagai masalah penelitian.
b. Penjelasan Masalah: Data sekunder bermanfaat sekali untuk memperjelas masalah dan
menjadi lebih penting dalam penelitian kerana didasarkan pada data sekunder yang tersedia, kita
dapat mengetahui komponen-komponen situasi lingkungan yang mengelilinginya. Hal ini akan
menjadi lebih mudah bagi peneliti untuk memahami persoalan yang akan diteliti, khususnya
mendapatkan pengertian yang lebih baik mengenai pengalaman-pengalaman yang mirip dengan
persoalan yang akan diteliti
c.

Formulasi Alternatif-Alternatif Penyelesaian Masalah yang Layak: Sebelum kita

mengambil suatu keputusan, kadang kita memerlukan beberapa alternatif lain. Data sekunder akan
bermanfaat dalam memunculkan beberapa alternatif lain yang mendukung dalam penyelesaian
masalah yang akan diteliti. Dengan semakin banyaknya informasi yang kita dapatkan, maka
penyelesaian masalah akan menjadi jauh lebih mudah.
d. Penyelesaian Masalah: Data sekunder disamping memberi manfaat dalam membantu
mendefinisikan dan mengembangkan masalah, data sekunder juga kadang dapat memunculkan
penyelesaian permasalahan yang ada. Tidak jarang persoalan yang akan kita teliti akan
mendapatkan jawapannya hanya didasarkan pada data sekunder saja.
Dalam kajian Peranan Aktiviti Melukis Terhadap Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak
antara yang cara pemerolehan data yang digunakan ialah:
i.

Pemerhatian : Data pemerhatian diperlolehi semasa pemerhatian turut serta dijalankan ke

atas subjek.

Pemerhatian dilakukan sebanyak 5 kali . Keperluan pemerhatian adalah bagi

mengelakkan ianya dikesan oleh kanak-kanak agar tingkah laku sebenar mereka dapat direkod.
Selain itu, ulangan lima kali memudahkan untuk membuat generalisasi kerana kemungkinan
berlaku perubahan tingkah laku dan pemeringkatan. Borang pemerhatian tidak ditunjukkan aras

15

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

subjek menganggapnya sebagai lawatan biasa. Pemerhatian dijalankan serentak ke atas kelompok
dan kemudian ke atas 3 kanak-kanak bagi keselarasan rekod tingkah laku semasa di kalangan
mereka. Kehadiran ketiga-tiga subjek dipastikan terlebih dahulu sebelum pemerhatian dilakukan,
ini bagi menjimatkan masa serta menentukan subjek tidk ketinggalan dari terlibat jika berlaku
fenomena perlakuan dan tingkah laku yang dipengaruhi atau mempengaruhi subjek lain.
Pemerhatian dijalankan oleh penyelidik berdasarkan borang catatan pemerhatian yang
digunakan diadaptasi dari Rohana Abdullah (2001) dan diubahsuai mengikut keperluan.
Kekerapan dicatat berdasarkan jam aktiviti pemerhatian terhadap tindak balas interaksi kanakkanak turut dicatat seperti kekerapan menggunakan mimik muka, mata, pergerakan badan (body
language) dan kata-kata yang dituturkan turut dikesan menerusi pemerhatian.
ii.

Temu bual : Temu bual dijalankan bersama-sama kanak-kanak dan guru mereka.

Catatan hasil temu bual menerangkan banyak aspek implisit yang menunjukkan keakraban guru
dengan kanak-kanak membantu mengenali latar belakang kanak-kanak. Temu bual dijalankan ke
ats subjek secara berasingan. Masa temu bual dilakukan diluar waktu pembelajaran atau selang
waktu pembelajaran kerana ianya memakan masa dan memerlukan perhatian dan tumpuan subjek
ketika sesi soal jawab.
Kaedah temu bual dengan soalan jawapan dibina oleh subjek digunakan untuk mengesan
kesediaan dan emosi kanak-kanak terhadap sesi aktiviti melukis. Saoalan-soalan yang disediakan
mengikut spesifikasi objektif kajian iaitu pengenal pastian emosi sendiri, pengurusan emosi,
motivasi kendiri, pengenal pastian emosi orang lain dan penjalinan perhubungan antara manusia.
Soalan hanya merupakan garis panduan kerana penyelidik perlu menyesuaikan penyoalan dengan
tahap umur dan emosi kanak-kanak. Berikut adalah contoh soalan yang disediakan kepada subjek
yang boleh dibahagi kepada 3 bahagian utama iaitu pandangan kanak-kanak terhadap lukisan
mereka, guru dan lukisan kanak-kanak dan hasil lukisan rakan mereka dan kanak-kanak Soalansoalan ini untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti melukis dan kecerdasan
emosi kanak-kanak. Contoh-contoh soalan tersebut adalah seperti Apakah perasaan kamu apabila
diminta untuk melukis ? Apakah kamu fikir lukisan kamu paling cantik ?. Apakah di rumah juga
kamu melukis ?. Jika ibu atau bapa tidak memuji lukisan kamu, apakah perasaan kamu? Dan
apakah kamu gembira semasa melukis/ kamu suka melukis ?

16

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

iii.

Perolehan data analisis : Data analisi karya diperolehi dengan membuat penelitian

ke atas karya-karya lukisan subjek. Setiap subjek hanya diambil 3 karya lukisan. Kesemua karya
adalah dengan tema yang sama iaitu Diri Saya dan Rumah Saya dan Bermain dengan KawanKawan.

Analisis karya subjek dijalankan berasaskan penggunaan elemen-elemen

seperti

penggunaan ruang, variasi objek, ketekalan dan penguasaan garisan dan ekspresi diri dalam karya.
Karya-karya yang dipilih adalah berasaskan bentuk dan juga keupayaan kanak-kanak
menggunakan fikiran dan kemahiran mereka. Tajuk yang diberi juga mempunyai kaitan dengan
emosi kanak-kanak iaitu dirinya dan keluarga serta hubungan dengan rakan-rakan. Menerusi karya
yang dihasilkan, dapat dianalisis perasaan dan emosi kanak-kanak. Hasil kerja dijadikan bahan
untuk melihat pembentukan kecerdasan emosi kanak-kanak. Untuk pemerhatian ke atas 3 orang
kanak-kanak, borang instruemen yang sama digunakan hanya dilakukan terperinci ke atas setiap
seorang.
Penggunaan garisan merupakan aspek utama kerana lukisan adalah cantuman garisangarisan yang mewujudkan bentuk. Pengkaji menilai jenis-jenis garisan iaitu tebal, nipis, terputusputus, bergerigi atau teragak-agak yang diaplikasi oleh kanak-kanak. Kesesuaian garisan dengan
objek yang dihasilkan serta jumlah garisan akan memperlihatkan penguasaan kanak-kanak serta
keyakinan mereka terhadap alat dan bahan. Aspek kedua yang dinilai adalah penggunaan ruang
dari aspek jumlah objek yang disusun dalam ruang, kelancaran mengeluarkan idea serta kefahaman
konsep ruang. Aspek ketiga adalah ekspresi iaitu makna bagi garisan, objek, hasil dan keberanian
keluar dari sempadan lukisan. Aspek terakhir yang dinilai dan diperhati adalah variasi objek dalam
karya merangkumi bilangan objek dimasukkan dalam hasil lukisan, perkaitan satu objek dengan
objek yang lain, serta bentuk objek yang dihasilkan dan pencantuman idea dan gambar di dalam
karya. Kesemua aspek ini memberi kesan kepada kecerdasan emosi kanak-kanak sepanjang akiviti
melukis dijalankan.
Untuk mengenalpasti perkembangan kecerdasan emosi, pengkaji menggunakan Borang
Pemerhatian Perkembangan Emosi Kanak-Kanak yang diadaptasi dan diubahsuai daripada
Childrens Resources Development Observation International, Inc. Aspek yang dinilai dibahagi
kepada 3 bahagian iaitu:
1.

Perkembangan emosi dan diri kanak-kanak yang merangkumi bahagian pengenalan

diri dan keyakinan diri. Menjelaskan bagaimana kanak-kanak mmembuat pernyataan mengenai

17

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

diri mereka, keluarga dna kumpulan hidup, berbicara mengenai keluarga, aktiviti keluarga,
perapatan hubungan keluarga dan keupayaan berkomunikasi yang menunjukkan keyakinan
terhadap diri mereka. Menunjukkan ciri-ciri berdikari yang merangkumi keupayaan melakukan
kerja sendiri, keupayaan membuat keputusan serta boleh berfikir mengenai sebab dan akibat.
Seterusnya aspek hormat menghormati diri dan orang lain, sikap toleransi dan tahu membezakan
hak sendiri dan hak orang lain turut diperhati. Akhir sekali item keyakinan diri melihat emosi
kanak-kanak terhadp perasaan gembira, sedih bangga dan perkongsian dengan rakan.
2.

Kawalan diri dan interaksi yang mana bahagian ini mengenalpasti bagaimana

kanak-kanak mengawal diri mereka apabila berinteraksi dengan orang lain.

Keupayaan

memahami dan mengikut peraturan, mengawal emosi dalam keadaan, menunjukkan interaksi dan
komunikasi dengan rakan secara positif.
3.

Sikap social yang menunjukkan rasa empati, kepekaan terhadap perasaan orang lain

dan sikap saling membantu dan tanggung jawab.

KESIMPULAN
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan di sini bahawa terdapat beberapa instrument
yang perlu diambilkira oleh penyelidik daam menyelesaikan kajian tindakan. Walaupun ianya
bukan sesuatu yang tepat dan tidak boleh diubah akan tetapi kebanyakan kajian tindakan
mempunyai instrument-instrumen di atas. Sekiranya kita tinjau pada kajian tindakan terdapat
penambahan dan pengurangan instrumen di beberapa tempat hanyalah bagi memudahkan untuk
penyelidik menjalankan kajian. Ini terletak di atas kebijaksanaan penyelidik, namun rangka atau
terasnya adalah seperti di atas.
Kesempatan juga diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kerana sudi berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada saya tentang kajian tindakan.
Panduan dan tunjukajar tersebut amatlah berguna kepada saya dalam menyelesaikan kajian
tindakan saya nanti.

18

KRL 3033: KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

RUJUKAN

Iberahim Hassan , (1996). Kumpulan Esei-esei Pilihan. Fakulti Kesenian, U.P.S.I.


Jas Laile, (1996). Perkembangan Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.
Robert Schirrmacher, (1998). Art and Creative Development for Young Children, 3ed. Demlar
Publisher, New York .
Robiah Sulaiman (1998), Pemikiran Dalam Pendidikan. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Abdul Shukor Hashim (Julai, 1985). Mengisi Kekosongan Jiwa Murid. Dewan Budaya, Kuala
Lumpur.
Nordin Mamat, (2005). Asas Sosial Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.

19

Vous aimerez peut-être aussi