Vous êtes sur la page 1sur 8

PENGENALAN

Scabies adalah salah satu daripada tiga gangguan kulit yang paling biasa bagi kanakkanak, selain daripada tinea dan pyoderma (Andrews et al, 2009). Pada tahun 2010, ia memberi
kesan kepada kira-kira 100 juta orang (1.5% daripada penduduk) dan merupakan penyakit yang
sinonim bagi lelaki dan perempuan (Vos T, 2012). Scabies ialah penyakit kulit berjangkit yang
disebabkan oleh hama betina Sarcoptes Scabiei . Hama merupakan sejenis parasit kecil di mana
biasanya ia tidak kelihatan dengan mata kasar. Hama betina dewasa berukuran kira-kira 0.4
milimeter panjang dan 0.3 milimeter lebar iaitu dua kali ganda saiz hama jantan dewasa (Bart J.
Currie & James S. McCarthy, 2014) . Scabies dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) sebagai satu penyakit yang berkaitan dengan air . Walaupun penyakit ini mungkin
dijangkiti melalui sentuhan terhadap objek, ianya lebih sinonim dengan sentuhan secara langsung
iaitu dari kulit ke kulit, bahkan sentuhan yang berpanjangan meningkatkan risiko infeksi.
Jangkitan awal memerlukan 4 hingga 6 minggu untuk menjadi simptomatik manakala jangkitan
berulang boleh berlaku kurang daripada 24 jam. Jangkitan ini berlaku melalui korekan hama
tersebut pada lapisan epidermis iaitu ianya membentuk laluan atau terowong pada lapisan
tersebut. Seterusnya berlaku pembiakan pada kawasan epidermis tersebut dan meninggalkan lesi
korekan . Jangkitan ini bermula apabila hama betina bertelur kira-kira 1 hingga 3 telur sehari
sehingga 6 minggu sebelum mati. Larva menetas 2 hingga 4 hari selepas telur dihasilkan dan
berlakulah proses pembiakan. Kitaran telur matang mengambil masa 10 hingga 13 hari dan
dalam persekitaran yang baik, sehingga 10 % daripada telur menghasilkan hama dewasa. (Bart
J. Currie & James S. McCarthy, 2014).

Penyataan Masalah

Kajian kes ini adalah mengenai seorang pelajar lelaki darjah tiga yang bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Beruas I. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif di sekolah serta
gemar menyertai aktiviti sukan dan kokorikulum di sekolah. Penilaian umum semasa
penyaringan kesihatan di sekolah mendapati bahawa beliau kelihatan letih dan tidak bermaya
serta gelisah. Beliau mengadu hal ini berpunca daripada gangguan tidur yang dihadapinya akibat
terlalu gatal pada ruang web jari tangannya terutamanya pada waktu malam. Beliau tidak dapat
tidur dengan nyenyak dan merasa letih pada siang hari serta tidak dapat menumpukan perhatian
pada pembelajaran di sekolah. Di samping itu, beliau kelihatan sering menggaru pada bahagian
tersebut sehingga menimbulkan kemerahan dan lesi. Melalui pengambilan sejarah, beliau
didapati tinggal bersama kedua ibu bapanya dan mempunyai seorang abang yang berumur 12
tahun dan seorang adik perempuan yang berumur 5 tahun. Beliau bersama abangnya berkongsi
bilik tidur dan tidur sekatil. Menurutnya, abangnya juga mengadu gatal-gatal tetapi pada
bahagian pergelangan tangan. Selain itu, ahli keluarga beliau yang lain tidak mengalami simptom
seperti beliau dan abangnya.
Melalui pemeriksaan fizikal pada kawasan web tersebut, didapati terdapat ruam yang
kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil seakan gigitan serangga atau eczema dan juga
blisters. Selain itu pemeriksaan klinikal menunjukkan lesi korekan pada bahagian tersebut dan
hasil pemeriksaan mikroskopik daripada skin scraping juga jelas menunjukkan bahawa
jangkitan adalah disebabkan hama betina Sarcoptes Scabiei. Beliau tidak mengalami demam,
tiada infeksi sekunder dan tiada kebengkakan nodus limfa. Beliau mengamalkan kebersihan diri
yang baik seperti mandi 3 kali sehari, tidak berkongsi pakaian dan peralatan peribadi dengan
adik beradiknya dan sering menukar ganti pakaian yang dipakainya. Beliau tidak pernah
mengalami penyakit seperti ini sebelum ini. Penyiasatan lanjut dilakukan dan didapati rakan
baiknya di sekolah juga mengalami jangkitan yang sama.

PENCARIAN LITERATUR

Ektoparasit atau parasit epidermis ialah parasit yang menyebabkan jangkitan pada lapisan
luar kulit. Scabies dan pediculosis (capitis , corporis , dan pubis) adalah antara jangkitan yang
paling biasa yang merupakan kelaziman di seluruh dunia yang melibatkan berjuta-juta penduduk
setiap tahun (Mumcuoglu KY, 2008) . Menurut Steer AC et al. (2009), 24% penderita penyakit
scabies adalah terdiri daripada kanak-kanak. Luis Shimose dan L. Silvia Munoz-Price (2013)
menyatakan bahawa scabies kekal sebagai masalah kesihatan awam, terutama di negara-negara
membangun dengan kira-kira 300 juta kes setiap tahun di seluruh dunia. Parasit yang menjadi
penyebab jangkitan ini mendorong lesi kulit secara langsung seperti papules urticarial , dan
secara tidak langsung akibat daripada gatal-gatal dan hipersensitiviti kepada parasit di mana
ianya juga membawa kepada gangguan tidur (Mumcuoglu KY, 2008).
Simptom utama scabies ialah ruam dan kegatalan yang melampau terutama pada waktu
malam dan selepas mandi. Scabies menghasilkan ruam pada kulit yang juga dicirikan dengan
small red bumps dan blisters di mana ianya memberi kesan terhadap kawasan yang spesifik
pada badan (Melissa Conrad Stoppler,

2012). Menurut Bart J. Currie dan James S.

McCarthy (2014), scabies menunjukkan ciri-ciri ruam yang sangat gatal (pruritik) melibatkan
kulit berbulu dan nipis seperti ruang web tangan, lipatan kulit, dan lain-lain.
Scabies adalah disebabkan oleh hama betina yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei.
Hama tidak boleh terbang atau melompat tetapi ia merangkak pada kadar 2.5 sentimeter per
minit pada permukaan kulit yang panas. Hama boleh bertahan dalam masa 24 jam hingga 36 jam
pada suhu bilik dan kelembapan purata serta mampu kekal dalam lapisan epidermis. Transmisi
jangkitan boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung, tetapi transmisi secara langsung
iaitu sentuhan kulit ke kulit adalah lebih kerap berlaku dan lebih efektif. Walaubagaimanapun,
transmisi secara tidak langsung seperti berkongsi pakaian, peralatan peribadi atau tempat tidur
memungkinkan perebakan jangkitan scabies. Sehubungan dengan itu, transmisi dalam kalangan
ahli keluarga dan daripada persekitaran adalah biasa berlaku (S. Estes, 1984). Jangkitan scabies
ini boleh membawa kepada infeksi sekunder yang harus dititikberatkan. Menurut Hay et al.

(2012), kebimbangan utama scabies adalah jangkitan bakteria sekunder yang disebabkan oleh
kumpulan A Streptococci atau Staphylococcus Aureus , yang boleh menyebabkan komplikasi
seperti nefritis , demam reumatik, dan sepsis.
Menurut Olivier Chosidow (2006), pengambilan sejarah dan pemeriksaan fizikal pesakit
banyak membantu dalam mendiagnosis scabies. Di samping itu, pengambilan sejarah keluarga
dan kenalan rapat juga adalah penting untuk menilai proses transmisi termasuk cara transmisi.
Walaubagaimanapun, diagnosa tepat dapat dilakukan melalui pemeriksaan mikroskopik setelah
skin scraping dilakukan.

PERBINCANGAN
Pesakit merupakan pelajar darjah tiga, berumur 9 tahun yang dijangkiti oleh hama betina
Sarcoptes Scabiei. Kejadian ini merupakan fenomena biasa kerana menurut Andrews et al.
(2009), scabies adalah salah satu daripada tiga gangguan kulit yang paling biasa bagi kanakkanak, selain daripada tinea dan pyoderma. Selain itu, kajian menunjukkan 24% penderita
penyakit scabies adalah terdiri daripada kanak-kanak (Steer AC et al. , 2009). Pesakit mengadu
berasa gatal yang keterlaluan pada bahagian terlibat terutama pada waktu malam. Ini merupakan
simptom utama penyakit scabies di mana penyebab jangkitan ini mendorong lesi kulit secara
langsung seperti papules urticarial , dan secara tidak langsung akibat daripada gatal-gatal dan
hipersensitiviti kepada parasit di mana

ianya juga membawa kepada gangguan tidur

(Mumcuoglu KY, 2008). Disebabkan kegatalan yang melampau, pesakit tidak dapat tidur dan
menjadi letih pada waktu siang serta kelihatan tidak bermaya. Kegatalan juga menyebabkan
pesakit berasa tidak selesa dan gelisah sehingga menganggu tumpuannya terhadap pembelajaran.
Kawasan yang dijangkiti pesakit merupakan celah-celah jari yang juga dikenali sebagai
ruang web. Pesakit kelihatan menggaru-garu bahagian tersebut sepanjang pengambilan sejarah
dibuat. Ini adalah relevan kerana menurut Bart J. Currie dan James S. McCarthy (2014),

scabies menunjukkan ciri-ciri ruam yang sangat gatal (pruritik) melibatkan kulit berbulu dan
nipis seperti ruang web tangan, lipatan kulit, dan lain-lain. Scabies sememangnya kerap
melibatkan kawasan lipatan atau celah-celah jari kaki atau tangan. Ini mungkin kerana kawasan
terbabit mempunyai kelembapan yang sesuai untuk pembiakan hama tersebut. Scabies
menghasilkan ruam pada kulit yang juga dicirikan dengan small red bumps dan blisters di
mana ianya memberi kesan terhadap kawasan yang spesifik pada badan (Melissa Conrad
Stoppler, 2012). Ini dapat dilihat melalui pemeriksaan fizikal terhadap pesakit. Terdapat ruam
yang kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil seakan gigitan serangga atau eczema dan juga
blisters pada celah-celah jari tangan pesakit. Walaubagaimanapun, diagnosa tepat dapat dibuat
melalui pemeriksaan mikroskopik setelah skin scraping dilakukan (Olivier Chosidow, 2006).
Melalui pengambilan sejarah daripada pesakit, abang pesakit yang berumur 12 tahun juga
mungkin menghidapi jangkitan yang sama kerana beliau juga mengalami simptom pruritus
walaupun ianya pada bahagian lain iaitu pergelangan tangan. Kemungkinan jangkitan adalah
tinggi kerana pesakit dan abangnya berkongsi tempat tidur di mana jangkitan mungkin berlaku
secara tidak langsung. Ia juga boleh berlaku secara langsung kerana hubungan kekeluargaan
memungkinkan sentuhan secara langsung kulit ke kulit di antara mereka. Menurut S. Estes
(1984), transmisi jangkitan boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung, tetapi transmisi
secara langsung iaitu sentuhan kulit ke kulit adalah lebih kerap berlaku dan lebih efektif. Walau
bagaimanapun, transmisi secara tidak langsung seperti berkongsi pakaian, peralatan peribadi atau
tempat tidur memungkinkan perebakan jangkitan scabies. Sehubungan dengan itu, transmisi
dalam kalangan ahli keluarga dan daripada persekitaran adalah biasa berlaku. Berhubung
pengakuan pesakit bahawa beliau mengamalkan kebersihan diri yang baik serta tidak pernah
mengalami penyakit seperti ini sebelum ini, hasil siasatan lanjutan mendapati bahawa transmisi
jangkitan adalah berpunca daripada sentuhan secara langsung dengan rakan baiknya di sekolah
yang juga mengalami jangkitan yang sama.
Kebimbangan utama scabies adalah jangkitan bakteria sekunder yang disebabkan oleh
kumpulan A Streptococci atau Staphylococcus Aureus , yang boleh menyebabkan komplikasi
seperti nefritis , demam reumatik, dan sepsis (Hay et al., 2012). Walaubagaimanapun, pesakit
didapati tidak megalami masalah atau komplikasi lain selain kegatalan kerana pemeriksaan

kesihatan mendapati bahawa pesakit tidak mengalami demam, tiada infeksi sekunder dan tiada
kebengkakan nodus limfa. Hasil pemeriksaan ini menunjukkan jangkitan masih di peringkat awal
dan dapat dirawat dengan pematuhan rejim perubatan yang betul. Setelah didiagnos menghidap
scabies, pesakit telah diberikan sebotol Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) 25%. Pesakit
diarahkan mandi sebelum menyapu EBB dan mengeringkan badan sebelum memulakan sapuan.
Sapuan hendaklah diaplikasikan daripada leher sehingga kaki dan dibiarkan selama 24 jam
kemudian dibersihkan dengan sabun dan air suam. Pesakit juga harus mengulangi sapuan kedua
mengikut kaedah yang sama. Pesakit juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri,pakaian
dan persekitaran serta mengelakkan perkongsian peralatan peribadi serta mandi dengan kerap.
Abang pesakit juga telah diberikan EBB 25% dan diarahkan mengikuti rejim penggunaan yang
sama seperti pesakit. Pakaian mereka juga disyorkan direndam dengan air panas untuk
mematikan telur hama tersebut.

RUMUSAN
Pesakit didiagnos mengalami jangkitan scabies. Kegatalan melampau terutama pada
waktu malam, ruam yang kelihatan seperti gigitan serangga beserta blisters, dan lesi korekan
jelas menunjukkan jangkitan ini berkaitan dengan scabies. Hasil pemeriksaan mikroskopik
daripada skin scraping juga jelas menunjukkan bahawa jangkitan adalah disebabkan hama
betina Sarcoptes Scabiei. Scabies boleh menyebabkan infeksi morbiditi dan komplikasi seperti
glomerulonephritis akut selepas jangkitan streptococcal. Kawalan penyakit ini memerlukan,
pesakit mengamalkan rejim perubatan yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan.
Penyaringan dan pemeriksaan kesihatan terhadap keluarga serta komuniti terdekat adalah penting
untuk mengesan rebakan jangkitan. Akan tetapi, aktiviti kawalan sering terganggu kerana
diagnosis yang tidak sesuai atau lambat, poor treatment compliance dan pengesanan kontek
yang tertangguh. Walaubagaimanapun, pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Adalah
penting untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengamalkan gaya hidup yang sihat
serta berwaspada terhadap sebarang jangkitan.

Bibliografi

1. Bart J. Currie, James S. McCarthy. Scabies. In: Manson's Tropical Infectious Diseases.
Elsevier,
2014:833-838.e1.
2. Andrews RM, McCarthy J, Carapetis JR, Currie BJ ( 2009). Skin disorders, including
Pyoderma, Scabies, and Tinea Infections. Pediatr. Clin. North Am. 56 (6): 142140.
3. Vos, T (Dec 15, 2012). Years Lived with Disability (YLDs) for 1160 sequelae of 289
Diseases and Injuries 19902010: A Systematic Analysis for the Global Burden of
Disease Study 2010. Lancet 380 (9859): 216396.
4. Mumcuoglu KY. Effective treatment of head louse with pediculicides. J Drugs
Dermatol 2008; 5: 451452.
5. Luis Shimose, L. Silvia Munoz-Price. (2013) Diagnosis, Prevention, and Treatment of
Scabies. Current Infectious Disease Reports.
6. Steer AC, Jenney AWJ, Kado J, et al. High burden of impetigo and scabies in a tropical
country. PLoS Negl Trop Dis 2009; 87:173179.
7. S. Estes SA. Survival and infectivity of Sarcoptes scabiei var. canis and var. hominis. J
Am Acad Dermatol 1984;11:210-215
8. Chosidow O. Scabies. N Engl J Med. 2006;354:17181727
9. Hay RJ, Steer AC, Engelman D, Walton S. Scabies in The Developing World-Its
Prevalence, Complications, and Management. Clin Microbiol Infect 2012; 18: 313323.
10. Melissa Conrad Stoppler (2012). Scabies. Retrieved January 12, 2014, from
http://www.medicinenet.com/scabies/article.htm

Pasukan Kesihatan Sekolah Klinik


Kesihatan Beruas

SCABIES

Nama : Shahirah Binti Ahmad Ramzi


No. KP : 921002-11-5028
No. Matrik : BPP 2012-7440

Vous aimerez peut-être aussi