Vous êtes sur la page 1sur 10

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENGENALAN
Bermulanya pengurusan wad adalah apabila pesakit melangkah kaki dan
mendaftarkan diri di mana-mana Pusat Kesihatan samada dari pihak kerajaan
mahupun swasta. Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit
menjalani rawatan dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang
lancar terutamanya di dalam wad dapat mengelakkan daripada berlakunya
sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada
sesebuah agensi kesihatan dalam memberikan rawatan mahupun dari segi
pengurusan.
Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga
mestilah di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini bagi
mengelakkan daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh
menyebabkan pesakit mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi
rawatan yang akan diberikan. Ianya juga merupakan tanggungjawab
kakitangan bagi memastikan pesakit dalam keadaan selamat dan selesa bagi
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

PENCARIAN LITERATUR
KUALA LUMPUR: Keselamatan pesakit menjadi matlamat utama untuk
dicapai oleh semua peringkat sistem kesihatan di sektor awam mahupun
swasta, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Agenda
itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia yang
diadakan untuk kali pertama tahun ini, kata beliau dalam satu kenyataan.
"Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia telah melalui mesyuarat pertamanya
bagi 2010 baru-baru ini dan bersetuju menjadikan isu keselamatan pesakit
perlu diberi tumpuan utama oleh setiap badan profesional kesihatan.
"Kita berpendirian tegas dalam isu ini kerana ia tidak boleh dikompromi walau
apa pun situasi yang kita hadapi," katanya dalam satu kenyataan media di sini
hari ini.
Sehubungan itu, beberapa langkah akan dikuatkuasakan bermula tahun ini
bagi menerajui usaha meningkatkan keselamatan sistem rawatan pesakit baik
di sektor awam dan swasta.

Antara langkah-langkahnya ialah:

keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau


mesyuarat saintifik yang dianjurkan kolej-kolej Akademi Perubatan
Malaysia dan badan profesional dan juga mesyuarat pengurusan

organisasi penjagaan kesihatan;


semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh

semua pejawat dan pelawat;


kesemua hospital perlu melaksanakan
Pembedahan

menggunakan

pelan

Program

'Malaysian

Keselamatan
Safe

Surgery

Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara tahun


ini

Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua


Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti serta

pihak swasta;
pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan Pesakit
bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di hospital-

hospital swasta.
pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital di
mana semua organisasi rawatan kesihatan dikehendaki melaporkan
kesilapan

ubat-ubatan

penambahbaikan.
pelaksanaan Audit

serta

jangkitan

Keselamatan

hospital

Kejururawatan

untuk
pada

proses
peringkat

kebangsaan digalakkan disemua hospital utama awam dan swasta


bertujuan meningkatkan keselamatan rawatan kejururawatan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia


Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama)

PERBINCANGAN

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Pengurusan wad yang berkesan dapat menjamin seseorang pesakit itu


mendapat kemudahan dan rawatan yang sempurna. Pengurusan wad
bertujuan untuk menghasilkan dan memberikan penjagaan terutamanya
penjagaan kejururawatan sepanjang proses pesakit mendapat rawatan.
Kecekapan seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan
daripada terjadinya perkara yang tidak diingini kepada pesakit. Di antara
objektif utama bagi pengurusan wad ialah : Objektif pengurusan wad

Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang

berkualiti dan terbaik secara menyeluruh kepada semua pesakit di wad


Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan

pelanggan dan juga kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.


Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada
semua pesakit. Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat
jangkitan,

kecederaan

dan

kecelakaan.

Pengurusan

wad

yang

berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada pesakit yang

disebabkan oleh kecuaian staff.


Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak
serta keperluan pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua

staff.
Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di
discaj daripada wad tersebut.

Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada


seluruh anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit,
attendan yang membawa pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan
kejujurawatan, doktor yang melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada
pakar dalam sesebuah bidang itu. Terdapat beberapa komponen yang sangat
penting yang perlu diambil berat oleh semua anggota yang terlibat.

Antaranya ialah :Komponen-komponen pengurusan wad


Penjagaan pesakit.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan


terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat
mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di
dalam wad.
Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada
pesakit juga perlu dititikberatkan.
Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan
perubatan

kepada

bekerjasama

pesakit.

dalam

Perawat

melakukan

mestilah

prosedur,

membantu

dan

menyediakan

dan

menyiapkan peralatan perubatan, membantu dalam memberikan


ubatan kepada pesakit dan berkerjasama dalam mengadakan rawatan
kepada pesakit.
Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai
keadaan semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah
dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang
komplikasi terutamanya kepada pesakit.
Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai
keadaan semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik
kesihatan pesakit terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan
pesakit ketika di rumah.
Pengurusan oleh personnel kesihatan
Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat
dan jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk
melihat pesakit. Sebagai contoh, ward round yang dilakukan oleh
pakar pada setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi
sesebuah intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.

Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit


hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam
perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan
berautoriti.

Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang


berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang
mencukupi.
Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.

Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu


dalam proses penyembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor
akan mempunyai mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan
kepada pesakit.
Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical Serve di
Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan keperluan keseluruhan
kepada pesakit.
Pengurusan barangan domestik

Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan


air yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan
dipantau untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan
kondusif.

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT


Keselamatan pesakit di wad sangat penting dalam usaha untuk memastikan
semua perawatan kepada pesakit dapat dijalankan. Sekiranya pesakit tidak
mendapat perlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini akan
menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya,
sekiranya pesakit yang tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

ataupun pertolongan untuk bergerak ketika di wad, pesakit mungkin akan


terjatuh dan mendapat sebarang komplikasi lain. Oleh yang demikian, Majlis
Keselamatan Pesakit Malaysia ditubuhkan pada tahun 2003 untuk merangka
dasar, strategi dan program bagi meningkatkan keselamatan pesakit dan
personel perubatan sektor awam. Usaha diteruskan bagi memastikan
penduduk mendapat akses kepada penjagaan yang selamat, komprehensif,
mampu diperoleh dan berkualiti. Sehubungan itu, sistem pengawasan untuk
memantau dan mengawal jangkitan di hospital diperkenalkan di semua
hospital awam. Sistem ini akan berfungsi untuk mencegah daripada jangkitan
nasokomia kepada pesakit. Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan
beberapa langkah-langkah untuk menerajui usaha meningkatkan sistem
keselamatan kepada pesakit.
Antaranya ialah : Keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau
mesyuarat yang dianjurkan di mana-mana hospital kerajaan
mahupun swasta.
Semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh
semua pejawat dan pelawat
Kesemua hospital perlu melaksanakan Program Keselamatan
Pembedahan

menggunakan

pelan

'Malaysian

Safe

Surgery

Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara


Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua
Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara
rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti
serta pihak swasta
Pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan
Pesakit bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di
hospital-hospital di Malaysia
Pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital
di

mana

semua

organisasi

rawatan

kesihatan

dikehendaki

melaporkan kesilapan ubat serta jangkitan hospital untuk proses


penambahbaikan.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan
dimana ianya akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit.
Diantara peraturan tersebut adalah:
Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan
ditentukan tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas

waktu melawat yang ditetapkan.


Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan
anggota

hospital bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas

juga disediakan

dan pelawat perlu mengisi dan mendapatkan

tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa mereka


pulangkan pas am berkenaan.
Keselamatan Dalam Wad
Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas

pekerja semasa bertugas.


Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat

sahaja kecuali diberi pas pelawat.


Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan

wad kanak-kanak.
Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan
diikat tag pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam


Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang

berharga.
Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk
membawa pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang

menjaga unit tersebut.


Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan
segera kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan,

kecurian atau kerosakan hartabenda orang awam.


Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan
Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain
yang sesuai.
Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa
dan diiringi oleh pegawai polis/penjara.
Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau
penjara.

RUMUSAN
Pengurusan wad yang cemerlang dan berjaya amatlah penting bagi setiap
hospital samada kerajaan mahupun swasta kerana ia merupakan asas kepada
berjayanya rawatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit.
Pegurusan yang efisien dapat menjamin kelancaran proses di dalam wad
kepada semua kakitangan khususnya kepada pesakit dalam mendapatkan
rawatan. Perkara ini harus dititikberatkan oleh semua kakitangan wad bagi
meningkatkan kualiti sistem pengurusan sedia ada agar semua kemas, teratur
dan lancar.
Selain itu, dari segi penjagaan keselamatan pesakit pula adalah merupakan
tanggungjawab kakitangan terhadap pesakit mereka. Ianya adalah untuk
mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Semua kakitangan haruslah mengambil berat akan keselamatan pesakit juga

Pengurusan Wad dan Penjagaan Keselamatan Pesakit

keselamatan diri sendiri. Ianya juga bagi mengelakkan pesakit bimbang akan
keselamatan meraka tidak terjamin kerana Majlis Keselamatan Pesakit
Malaysia sedaya upaya cuba mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini
berlaku terhadap para pesakit.

RUJUKAN
An introduction to ward management by Elizabeth Hardman. 1970 Oxford
Production.
http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospital
www.bernama.com.my
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/19/keselamatanpesakit-jadi-tumpuan-utama/
http://drdollah.com/penjagaan-pesakit-2/
http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospital

Vous aimerez peut-être aussi