Vous êtes sur la page 1sur 2

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama

: Azwan bin Kasim

Sekolah

: SJKT Jalan Haji Manan, Kluang.

A.

Maklumat daripada buku rekod mengajar.


Tarikh : 5.4.2015
Waktu : 11.30 - 12.00
Kelas : 5 Maragatham
Tajuk : Kata Kerja Tak Transitif
Objektif : Membina ayat menggunakan kata kerja tak transitif mengikut konteks dengan betul.
Refleksi PdP :
Hanya 30% ( 9 orang ) murid dapat membina ayat yang lengkap. Selebihnya hanya dapat
membina ayat mudah yang tidak melebihi tiga patah perkataan. Ini disebabkan mereka tidak
dapat memikirkan huraian yang sesuai untuk ayat yang hendak dibina.

B.

Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :


Memperkenalkan penggunaan jadual SAH sebelum membina ayat.

Penyelesaian : Aktiviti dijalankan secara berkumpulan 3-4 orang murid.


Langkah 1 : Murid membina jadual SAH.

Langkah 2 : Murid dikehendaki melengkapkan jadual SAH daripada kata kerja yang disenaraikan
dengan bimbingan guru.

Langkah 3 : Murid menulis semula ayat berpandukan jadual SAH yang digunakan.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah :


Selepas menggunakan jadual SAH, murid dapat menulis ayat yang lengkap dan lebih baik dari
sesi sebelumnya. Penggunaan jadual SAH didapati dapat membantu murid yang lemah untuk
membina ayat yang lebih lengkap dan seterusnya dapat membantu mereka memperoleh markah
yang lebih baik.

Vous aimerez peut-être aussi