Vous êtes sur la page 1sur 3

Proton Suprima S Harga Dan Spesifikasi

Posted on August 18, 2013 by Dr Fuh in Automotif, Info with 3 Comments

Proton Suprima S Harga Dan Spesifikasi | Seperti yang kita semua


sedia maklum, semalam bersamaan 17 Ogos 2013 satu lagi model automotif
jenama PROTON telah dilancarkan di Matrade yang mana ianya telah
dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Model tersebut telah diberi nama Proton Suprima S yang mana
sebelum ini diwar-warkan dengan nama Proton Preve Hatchback.
Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini
yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang
(DRL), lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi
varian premium.
Yang
uniknya,
Proton
Suprima
ini
juga
dilengkapi
dengan sistem infotainment berasaskan
Android. Sistem
tersebut
didatangkan
dengan
sokongan
WiFi,
membolehkan
pengguna
menghubungkan telefon pintar atau hotspot dan menggunakannya dalam
kereta. Namun, untuk sebab-sebab keselamatan, pemain DVD dan juga
pelayaran berasaskan WiFi dikatakan hanya boleh diakses ketika
menggunakan handbrake sahaja.

Kereta model tersebut menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic


Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang
menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm)
dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm,
berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Malah, Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam


beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek
(ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium
disertakan Park Assist dan kamera undur.

Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli
Suprima iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan
raya secara percuma selama lima tahun.
Berikut ialah harga untuk varian Proton Suprima S:
Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688

Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338

Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988

Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


Dengan beberapa harga model lain turut berada di dalam lingkungan harga
yang hampir sama, saingan sengit sudah pasti akan dihadapi oleh Suprima S
ini. Untuk maklumat lanjut mengenai model terbaru Proton ini, silalah ke bilik
pameran berhampiran anda. Baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat lebih
banyak gambar Proton Suprima S.
.