Vous êtes sur la page 1sur 12

1.

0 PENGENALAN
Skoliosis ditakrifkan sebagai keadaan di mana berlaku kecacatan pada tulang belakang
(tulang vertebra) seseorang yang bercirikan tulang belakang yang membengkok dan
melengkung pada paksinya. Skoliosis ini lebih kerap berlaku di kalangan wanita iaitu
sebanyak 2 peratus berbanding lelaki hanya 0.5 peratus.
Skoliosis juga dipercayai lebih kerap berlaku dikalangan remaja yang berusia diantara 12
19 tahun (puberty), ini kerana remaja yang berusia dalam lingkungan tersebut masih
mengalami proses tumbersaran dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat
penyakit ini.
Sehingga sekarang skoliosis masih tidak diketahui punca penyebabnya (Idiopatik),
namun para saintis perubatan masih melakukan kajian yang berterusan bagi mengesan
punca sebenar penyakit ini.
Skoliosis terbahagi kepada beberapa jenis termasuk:

Idiopathic (punca tidak diketahui)

Congenital (skoliosis berlaku sejak di dalam rahim)

Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot seperti Cerebral palsy, muscular
dystrophy)

Tumour (ketumbuhan pada saraf atau tulang belakang)

1 | Page

Infection (jangkitan kuman, contohnya tuberculosis)

Metabolic (gangguan proses bahan kimia dalam badan contohnya osteoporosis,


Ricket)

Mesenchymal disorders (gangguan sel tisu badan contohnya Marfan syndrome,


Ehler-Danlos syndrome)

Traumatic (kecederaan)

Degenerative (De Novo Scoliosis)

Idiopathic Scoliosis merupakan kes skoliosis yang paling kerap dijumpai, diikuti
dengan Degenerative Scoliosis (De Novo Scoliosis) dan Congenital Scoliosis.
Idiopathic Scoliosis ini dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kepada umur
pesakit semasa masalah ini dikesan. Antaranya ialah:

Infantile Idiopathic Scoliosis adalah skoliosis yang dikesan ketika bayi lahir

sehingga mereka berusia 3 tahun


Juvenile adalah skoliosis yang dikesan pada umur 3 hingga 10 tahun
Adolescent adalah skoliosis yang dikesan pada umur 10 tahun ke atas.

Berdasarkan rekod pemeriksaan, dicatatkan Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS)


merupakan kumpulan skoliosis yang paling kerap ditemui.
Punca Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) masih lagi tidak diketahui secara pasti dan
berdasarkan kajian, terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca keadaan ini
2 | Page

terjadi termasuk faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan
sebagainya. Sebilangan penyelidik (saintis) turut mengkaji sama ada terdapat faktor
mekanikal yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini seperti membawa beg yang
berat untuk jangka masa yang panjang.
Pada kebiasaanya, skoliosis disedari oleh ibubapa atau saudara-mara pesakit. Pesakit
sendiri kebiasaannya tidak menyedari mereka mempunyai masalah tulang belakang.
Apabila pesakit tampil dengan masalah ini, doktor akan bertanya beberapa soalan yang
dapat memberi maklumat penting tentang sebab terjadinya skoliosis seperti usia ketika
pertama kali datang haid, sejarah skoliosis dalam keluarga, rasa kebas atau lemah pada
kaki, kesukaran pernafasan, serta masalah membuang air besar dan kecil.
Menurut kajian, wanita yang mengalami skoliosis didapati lebih berisiko untuk
mempunyai magnitud lengkungan tulang belakang yang lebih teruk berbanding lelaki.
Antara faktor lain yang menghasilkan magnitud lengkungan yang besar adalah ketika
pesakit menempuh usia akil baligh (puberty) dan bagi pesakit yang mempunyai magnitud
skoliosis yang besar pada masa ia mula dikesan.

3 | Page

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Pada tarikh 11 Januari 2016, Unit Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
telah melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah.
Tujuannya adalah untuk memberi suntikan Human Papiloma Virus dan saringan
kesihatan kepada remaja perempuan tingkatan satu.
Dalam proses pengambilan riwayat dan penyaringan kesihatan para pelajar perempuan
tingkatan satu, terdapat salah seorang daripada mereka telah mengadu sakit belakang iaitu
pada turus vertebra sejak dua bulan yang lalu.
Pelajar perempuan tersebut ialah Hanie Haida Binti Hamdan yang berusia 13 tahun.
Pelajar ini telah diberi temujanji untuk bertemu Dr. Nazirah Binti Hashim di Unit
Kesihatan Sekolah Daerah Kota Setar pada 18 Januari 2016 untuk diperiksa dengan lebih
lanjut.
Pada hari temujanji tersebut Hanie Haida Binti Hamdan telah hadir di Unit Kesihatan
Sekolah Daerah Kota Setar untuk melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut. Dr. Nazirah
telah melakukan ujian Adam Forward Bending Test ke atas Hanie dengan menggunakan
skoliometer. Dr Nazirah mendapati bacaan skoliometer Hanie adalah lebih daripada
bacaan normal iaitu 8.
4 | Page

Selepas Dr. Nazirah mendapati bacaan skoliometer Hanie tidak normal, beliau telah
merujuk Hanie Haida Binti Hamdan ke Jabatan Ortopedik, Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar untuk pengurusan yang selanjutnya.

3.0 LITERITURE REVIEW


Penyakit skoliosis berasal daripada bahasa yunani iaitu satu keadaan di mana berlaku
kebengkokan atau lengkungan pada tulang belakang (tulang vertebra).
Skoliosis adalah satu kecacatan yang berlaku ke atas tulang belakang (tulang vertebra),
yang bercirikan kebengkokan pada tulang belakang seseorang yang menghidapinya.
Skoliosis juga tidak diketahui punca sebenar penyebabnya. Tulang belakang seorang
penghidap skoliosis akan berbentuk S (S curvature). Penyakit ini akan menyukarkan
pesakit pada usia yang dewasa (Mion, Rosmawati, 2007).
Menurut badan kesihatan sedunia (WHO) kesihatan adalah satu keadaan di mana
seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, dan
sosial. Skoliosis merupakan satu masalah yang masih tidak diketahui punca penyebabnya
yang sebenar.

5 | Page

4.0 PERBINCANGAN
Skoliosis adalah satu penyakit yang idiopatik (tidak diketahui) puncanya. Penyakit ini
adalah satu keadaan dimana berlaku bengkokan pada tulang belakang (tulang vertebra).
Penghidap penyakit ini tidak akan terganggu pada peringkat awal penyakit ini terjadi.
Apabila penghidap penyakit ini semakin dewasa dan mencapai akil baligh (puberty)
tulang vertebra akan membengkok pada tahap yang teruk, dan pada masa itu ianya akan
menjadi satu masalah kepada penghidap penyakit skoliosis ini.
Pesakit yang menghidap skoliosis terutamanya pelajar sekolah akan mmpunyai pelbagai
masalah apabila tidak mendapatkan rawatan. Antaranya adalah:

Pesakit akan menjadi tidak berkeyakinan apabila berjumpa masyarakat kerana

mengalami kecacatan kosmetik (tulang belakang bengkok).


Pesakit akan sukar untuk menyeimbangkan badan bila berjalan dan duduk.
Pada peringkat teruk pesakit skoliosis akan mengalami masalah dengan fungsi

jantung dan paru paru.


Pesakit juga akan mengalami sakit belakang (back ache) yang berpanjangan.
Pesakit akan mengalami masalah saraf di mana pesakit akan mengalami
kelemahan otot.

6 | Page

PEMERIKSAAN
Seterusnya doktor akan membuat pemeriksaan teliti termasuk Adam forward bending
test di mana doktor akan berdiri di belakang pesakit dan pesakit akan diminta bongkok
ke hadapan. Tujuannya untuk mengesan ketidakseimbangan tulang skapula pesakit
(Scapular hump). Pemeriksaan ini juga digunakan bagi melihat sama ada kebengkokkan
tulang belakang pesakit itu keras (rigid) atau fleksibel. Ia amat penting untuk menentukan
jenis rawatan yang akan diberikan. Pemeriksaan lain termasuk pemerhatian keadaan
pesakit ketika berjalan, memeriksa keseimbangan tulang bahu dan pinggul (shoulder and
pelvic balance) serta pemeriksaan saraf (neurological assessment).
Pemeriksaan X-ray pula penting bagi mengetahui tahap skoliosis yang dialami pesakit.
Secara lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang
pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks (tempat tulang
belakang yang paling bengkok), arah kebengkokkan serta mengira magnitud darjah
kebengkokkan dengan menggunakan Cobbs angle.
X-ray pinggul pula diambil untuk menentukan tahap kematangan tulang pesakit (Risser
staging) bagi menjangka sama ada darjah kebengkokkan skoliosis pesakit akan
bertambah teruk pada kadar yang pantas atau sebaliknya.

7 | Page

Sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan saraf seperti simptom lemah atau kebas pada
kaki, atau kegagalan mengawal pencerut najis atau kencing, doktor mungkin perlu
membuat pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) bagi memastikan keadaan
saraf tulang belakang.
RAWATAN
Secara keseluruhannya, rawatan bagi skoliosis merangkumi penggunaan tiga O
Observation (pemerhatian), Orthosis (pengunaan alat sokongan dengan tujuan
pembetulan tulang yang membengkok atau melengkung) & Operation (pembedahan).
Secara amnya, skoliosis dengan magnitud kurang daripada 20 darjah tidak memerlukan
sebarang rawatan yang spesifik. Temujanji untuk rawatan susulan setiap 6-12 bulan akan
diberikan untuk pemeriksaan lanjut dan x-ray.
Bagi skoliosis dengan magnitud 20-40 darjah, ia biasanya dirawat dengan ortosis atau
bracing. Rawatan ini bergantung kepada umur serta tahap kematangan tulang pesakit
(Risser staging). Ortosis tidak sesuai digunakan untuk masalah tulang belakang yang
telah matang (mature spine), magnitud melebihi 40 darjah dan juga dalam kes-kes tulang
torasik yang melengkung ke belakang (thoracic lordosis).
Faktor yang amat penting bagi rawatan dan pemakaian ortosis ini ialah kerjasama
daripada pesakit. Sesetengah ortosis memerlukan pesakit memakainya selama 23 jam
setiap hari. Pesakit hanya boleh menanggalkannya ketika mandi. Tanpa kerjasama dari
pesakit, rawatan pasti tidak akan berjaya.

8 | Page

Pembedahan pula mungkin perlu dilakukan bagi pesakit remaja yang mempunyai
skoliosis melebihi 40 darjah, skoliosis tulang torasik melebihi 30 darjah (boleh
menganggu fungsi paru-paru dan jantung) serta skoliosis yang melebihi 50 darjah pada
pesakit dewasa.
Pembedahan biasanya melibatkan prosedur menstabilkan tulang belakang melalui
pembedahan depan atau belakang (anterior or posterior instrumentation) atau keduaduanya sekali dengan menggunakan implant serta tulang tambahan (bone graft).
Kebengkokkan akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang
normal.
PENDIDIKAN KESIHATAN
Pesakit yang mengalami penyakit skoliosis perlu diberi pendidikan kesihatan bagi
mengelakkan keterukkan penyakit. Antara pendidikan kesihatan yang boleh diberikan
adalah:

Pesakit perlu baring pada posisi yang betul.


Elakkan mengangkat barang yang mempunyai beban yang berat.
Pesakit perlu membuat demahan panas pada tempat sakit bagi mengurangkan

kesakitan.
Pesakit perlu dating rawatan susulan dan hadir temujanji.
Pesakit perlu banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium.
Pesakit perlu makan ubat mengikut arahan doktor.
Pesakit juga digalakkan berenang kerana diyakini dengan berenang akan
melambatkan proses pembengkokan tulang belakang.

9 | Page

5.0 RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian dan perbincangan yang telah saya lakukan keatas penyakit
skoliosis. Penyakit ini kebiasaannyan menyerang golongan remaja yang berusia 12-19
tahun. Penyakit ini juga sering menyerang remaja perempuan berbanding lelaki.
Skoliosis masih tidak diketahui punca penyebabnya yang sebenar tapi terdapat beberapa
andaian yang menjadi penyumbang pada penyakit ini. Antaranya adalah, postur tulang
belakang yang lemah, beg sekolah yang berat, kekurangan kalsium dan sebagainya.
Oleh itu sebagai warga dan ahli staf kesihatan kita perlu member pendidikan kesihatan
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja tentang implikasi penyakit ini pada usia
dewasa mereka.
Pemeriksaan rutin perlu dijalankan oleh unit kesihatan sekolah bagi mengesan pelajar
yang mengalami penyakit skoliosis dan mencegah daripada penyakit ini menjadi semakin
teruk.
Kesimpulannya, unit kesihatan sekolah juga perlu memberi pendedahan tentang penyakit
skoliosis kepada para pelajar supaya pelajar yang menghidap penyakit ini akan mendapat
kesedaran bahawa rawatan yang sempurna diperlukan agar tidak mengalami sebarang
komplikasi akibat penyakit skoliosis ini.

10 | P a g e

6.0 LAMPIRAN

Rajah 6.1 Struktur tulang belakang Skoliosis

Rajah 6.2 Pemeriksaan Adams Forward Bend Test

Rajah 6.3 Brace untuk pesakit skoliosis

7.0 RUJUKAN
11 | P a g e

Kementerian Kesihatan Malaysia, U. K. (2013).

Preosedur Operasi Piawai

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


Daerah Kota Setar, U. K. (2016). Skoliosis.
Makalah

Skoliosis.

(n.d.).

Retrieved

January

23,

2016,

from

http://www.scribd.com/doc/83262091/MAKALAH-SKOLIOSIS#scribd
The Malayasian Medical Gazzete. (n.d.). Retrieved January 24, 2016, from
http://www.mmgazette.com/scoliosis-apabila-tulang-belakang-membengkok-dr-ahmadmahyuddin/
Bimaariotejo.

(n.d.).

Skoliosis.

Retrieved

January

22,

2016,

from

https://bimaariotejo.wordpress.com/2012/07/02/skoliosis/

12 | P a g e

Vous aimerez peut-être aussi