Vous êtes sur la page 1sur 15

PENGENALAN

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara


Malaysia, terutama Pulau Pinang.

Dipercayai boria berasal dari Parsi dan di bawa masuk ke Tanah


Melayu oleh askar-askar India selatan, boria telah diubahsuai dan
dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.

Pada pertengahan abad ke-19, teater boria melibatkan lagu vokal dan
tarian di bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang
beragama Islam.

Pada masa itu boria dipersembahkan oleh askar-askar itu selama 10


hari pada bulan Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan
meratapi kematian Saidina Hussein r.a.

Kemudian boria dipersembahkan di Pulau Pinang oleh pendudukpenduduk tempatan yang berketurunan India selatan yang lebih
dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan. Boria diubahsuai mengikut
citarasa dan keperluan komuniti tempatan.

ASAL USUL PERKATAAN BORIA


Ramai yang sering tertanya-tanya daripada mana timbulnya perkataan
boria itu sendiri. Sesetengah sarjana berpendapat bahawa perkataan
boria diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'.
Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan
pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan
kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala.
Selain itu, ada juga yang berpendapat perkataan boria berasal dari
perkataan 'borai'. Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang
membawa maksud gila atau sasau.
Ini disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa
persembahan seperti orang gila.
Satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal dari
perkataan Bori. Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India.
Mereka berpindah serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang
dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang.
Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama boria lahir hasil dari
gabungan bori dan ria, maka terjadilah boria.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu


lakonan atau lawak jenaka dan juga nyanyian.
Kedua-dua segmen ini saling bergantungan di antara
satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.
Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja.
Watak wanita yang ditimbulkan dalam cerita akan
dilakonkan oleh pelakon lelaki yang akan memakai
pakaian wanita sambil merendahkan suaranya agar
tidak selantang suara lelaki.
Dalam kumpulan boria wanita biasanya akan
menyanyi.
Tetapi sejak tahun 1950 an, pasukan boria wanita mula
wujud.
Lakonan akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang
sengaja direka untuk memberi rasa geli hati kepada
penonton.

Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula


akan dimainkan menandakan bermulanya bahagian
kedua persembahan iaitu segmen nyanyian.
Si tukang karang iaitu ketua penyanyi dalam setiap
kumpulan akan mendahului para kelasi iaitu penari
atau penyanyi latar masuk ke pentas sambil
memusing-musingkan 'baton' di tangan.
Nyanyian dimulakan secara solo oleh tukang karang
yang kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.
Pada masa kini cerita-cerita yang dikisahkan dalam
persembahan boria tertumpu kepada tema-tema yang
berhubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu dan
juga isu-isu masyarakat semasa.
Kadang kala cerita Cina atau India juga dikisahkan
malah cerita daripada filem juga dilakonkan dalam
pementasan boria.

LATAR BELAKANG BORIA


Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan
dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan
Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.
Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu
diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan
upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb
Muharam di perkuburannya.
Upacara ini dikenali sebagai takziya.
Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati
peristiwa yang menyayat hati itu.
Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair
mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung musuh.
Bekalan air dan makanan disekat untuk melemahkan
Saidina Hussein r.a.

Apabila dendangan syair sampai ke episod


pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikutpengikut Syiah ini akan meratap sambil
menjerit dan memukul-mukul badan dengan
sekuat hati sehingga berdarah.
Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai
satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana
membiarkan Saidina Hussein r.a menemui
ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin
Ali Suffian.
Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan
satu perarakan yang membawa lambang
tangan berwarna merah serta bendera-bendera
di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein
r.a.

Acara tahunan ini mengalami perubahan


sedikit demi sedikit dari semasa ke
semasa.
Syair-syair yang didendangkan tidak lagi
berlegar di sekitar pembunuhan Saidina
Hussein r.a malah telah diselang selikan
dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat
dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat
dari timur.
Para pengikut mulai berlakon agar
dendangan syair menjadi lebih realistik.
Mereka akan melakonkan babak-babak
tertentu sejajar dengan syair yang
didendangkan dalam persembahan.

Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi


pertubuhan yang berbau politik, teater ini dijadikan
tempat mereka mencari pengaruh.
Sambutan hebat didapati di merata tempat setiap
kali diadakan persembahan.
Kebiasaanya golongan kaya akan membiayai
persembahan serta mengedarkan minuman secara
percuma untuk menarik perhatian orang ramai
untuk datang menonton.
Oleh itu, dikatakan teater ini berkembang selari
dengan dengan perkembangan fahaman Syiah.
Di mana-mana sahaja terdapatnya kaum Syiah
teater ini pasti wujud.
Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan
seterusnya menjalar masuk ke Semenanjung
Malaysia.

Cara Persembahan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rahmah Bujang (1987),
persembahan boria lazimnya terdiri daripada dua persembahan
cerita yang berasingan. Tema atau cerita persembahan pertama
dihubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu, maka tema
persembahan kedua adalah lebih umum lagi.
1. Cerita lucu atau lawak jenaka.
.Bahagian lawak jenaka biasanya dilakonkan oleh 10 hingga 14
orang pelakon.
.Jenis peranan ( role types) dalam bahagian ini terdiri daripada
beberapa orang biasa dari kampung dan seorang penghulu atau
pegawai profesional seperti doktor atau pegawai kerajaan.
.Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi slapstik
dengan dialog yang diimprovisasikan.
.Lazimnya sebuah pancaragam menghasilkan muzik instumental
untuk mengiringi cerita dan membunyikan kesan bunyi apabila
diperlukan.

2.

bahagian lagu vokal dan tarian.

Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada


lagu vokal dan tarian yang berulang-ulang.
Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu
seramai 30-40 peserta.
Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor,
sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai
tukang karang.
Bahagian kedua persembahan boria ini bermula dengan muzik
instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu
yang berasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau tarian
popular Barat yang lain.
Serentak dengan muzik insrumental ini tukang karang
menyanyikan seni kata rangkap pertama.
Rangkap ini berstruktur 4 baris seni kata dengan skema rima
tertentu yang tetap misalnya rangkap pertama dengan skema
a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya.

BORIA TERKENAL DI PULAU MUTIARA


KINI DIKENALI DI SELURUH NEGARA
IRAMANYA CERIA RIANG GEMBIRA
BORIA OMARA MEMBUKA ACARA

AKHIR KATA KAMI BERPESAN


BORIA BUKAN SEKADAR HIASAN
SENI BUDAYA SEBUAH BINGKISAN
BORIA OMARA MENYAMBUNG WARISAN

Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang


diiringi oleh pancaragam dan pada waktu yang
sama korus/penari mula bergerak dengan langkahlangkah tarian tertentu.
Korus/penari biasanya akan bergerak serentak.
Apabila tukang karang selesai menyanyikan
rangkap pertama, korus akan mengulangi seni kata
dan melodi rangkap itu sambil menari mengikut
rentak lagu.
Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap
kedua pula sementara korus terus menari.
Tukang karang dan korus berselang-seli begini
sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan.
Tema seni kata semua rangkap bertumpu kepada
tema utama cerita persembahan boria itu.

ENSEMBLE
Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam
teater boria diiringi oleh pancaragam yang biasanya
duduk di bahagian belakang pentas.
Ensembel ini biasanya terdiri daripada berbagai-bagai
alat muzik kerana peralatan muzik yang digunakan dalam
setiap persembahan boria ini tidak bersifat khusus.
Hal ini kerana aspek yang dipentingkan ialah keupayaan
para pemuzik untuk mengiringi nyanyian tukang karang.
Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang
digunakan hanyalah gendang dan violin sahaja.
Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat
muzik yang dapat digunakan semakin baiklah
persembahan tersebut.
Namun begitu, pada masa dahulu alat muzik yang sering
digunakan adalah seperti violin, gambus, marwas, tabla,
akordion, gendang, simbal dan harmonika.

Vous aimerez peut-être aussi