Vous êtes sur la page 1sur 2

AYAT TUNGGAL DAN AYAT

MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat
selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu


Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua
atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh
perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali,
tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
1) Razak mengambil sebuah buku cerita.(Ayat Tunggal)
2) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
3) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca
buku itu. ( Ayat Majmuk )