Vous êtes sur la page 1sur 1

RESEPI KARIPAP PUSING

Resepi : Noorsha
Bahan Inti Sardin & Kentang:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
5 biji cili padi @ 2 biji cili merah
sejemput udang kering
2 biji kentang -saiz besar
1 tin besar sardin
1 pek kecil serbuk kari ikan
setangkai daun kari
sedikit air
garam
gula
Cara Inti Sardin dan Kentang:
1. tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, cili dan udang kering hingga lumat.. nak
blend pun boleh :)
2. tumis bahan tumbuk @ blend hingga garing...
3. satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air dan jadikan pes. masukkan kedalam
tumisan yang sudah garing tadi. kacau rata. tumis sekali lagi hingga garing semula.
4. masukkan sardin yang dihancurkan bersama sosnya sekali dan juga kentang kedalam
tumisan.
5. masukkan sedikit air
6. perasakan dengan sedikit garam dan gula dan kacau hingga hampir kering.akhir sekali
masukkan daun kari dan tunggu hingga benar kering.
Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin

Bahan Doh Minyak:


2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam
Cara Doh Margerin:
satukan margerin dan tepung gandum. gaul sebati dan kepalkan kepada 5 bulatan sama
besar. ketepikan.
Cara Doh Minyak:
satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduann
tepung beserta minyak. uli hingga rata. bahagikan kepada 5 bahagian bulatan sama
besar. ketepikan.
(sila lihat ilustrasi gambar step by step dibawah untuk mudahkan pemahaman anda :)

Vous aimerez peut-être aussi