Vous êtes sur la page 1sur 2

AKTIVITI 2

Manusia perlu melengkapkan diri dengan ilmu untuk meningkatkan taraf


hidup.Pengajian Jarak Jauh (PJJ) adalah alternative yang terbaik bagi pelajar yang
berusia dan berkeluarga.Menurut Prof Dr Mohamad Sulaiman (Mac 1997) PJJ
merupakan peluang kedua bagi mereka yang tidak dapat masuk ke pusat pengajian
tinggi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu tetapi mempunyai kelayakan.Menurut
Rozhan Hj Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri dalam pelaksanaan PJJ ,segala
pengajaran dijalankan secara dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
Dalam usaha mencapai kejayaan ,pelajar-pelajar jarak jauh ini mempunyai
pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi.Masalah-masalah ini telah menuntut pelajarpelajar melakukan perubahan untuk mencapai matlamat dan impian mereka.Secara
umumnya terdapat tiga kekangan utama pertama masalah pembelajaran,keduanya
masalah kekeluargaan dan masalah sosial dan kekeluargaan.
Kekangan Pertama adalah masalah pembelajaran,PJJ memerlukan kos yang
tinggi membayar yuran sekitar RM1000-RM5000 bagi memperolehi bahan bacaan dan
kaedah penggunaan media .Kos pembelajaran ini menjadi beban kepada mereka
kerana gaji yang diperolehi bukan untuk pelajaran sahaja tetapi untuk keperluan lain
seperti untuk keluarga dan keperluan hidup.Begitu juga tentang interaksi yang minimum
berbanding dengan pelajar sepenuh masa untuk berintraksi dengan pensyarah ,ini
mengakibatkan kesukaran dalam proses pembelajaran.Pelajar PJJ juga sering
keletihan kerana terpaksa belajar selepas waktu belajar selepas waktu kerja keadaan
ini menyebabkan gangguan dalaman dan gangguan luaran.Menurut France Henri dan
Anthony Kaye (Keegan D ,1993) ganguan dalaman merujuk kemarahan,tekanan emosi
manakala luaran pula keadaan yang panas,peralatan tak mencukupi dan sebagainya
lagi.
Seterusnya ,masalah kekeluargaan,dimana pelajar PJJ berhadapan dengan
masalah kekeluargaan kerana banyak aktiviti kekeluargaan tidak dapat dilakukan
seperti dahulu. Ini akan mengakibatkan konflik keluargaan kerana banyak masa di
habiskan untuk pembelajaran.Pengurusan masa amatlah penting bagi mengatasi
masalah ini.Sokongan keluarga amatlah penting supaya pelajar dapat menetapkan
masa belajar dengan kerelaan keluarga.
Berikutnya adalah masalah sosial dan kemasyarakatan,pelajar-pelajar PJJ tidak
dapat melakukan aktivit kemasyarakatan dan social seperti biasa.Kuliah-kuliah agama
dan gotong royong,aktiviti NGO kerana kesibukan belajar.Ini memberi implikasi
tanggapan negetif masyarakat terhadap mereka.Hubungan masyarakat juga
penting,justeru aktiviti masyarakat perlu mereka hadir walaupun tidak sekerap

dahulu.Masyarakat setempat mungkin faham dengan keadaan mereka sekiranya ada


interaksi yang baik mungkin menjadikan kita sebagai Ikon untuk anak-anak mereka
untu mencapai kejayaan
Kesimpulannya kekangan yang dihadapi iaitu masalah
pembelajaran,kekeluargaan ,kemasyarakatan dan sosial adalah bersifat
sementara.Dimana masalah ini boleh diatasi .Displin yang tinggi,daya usaha yang
gigih ,sokongan keluarga dan peranan masyarakat penyumbang kejayaan mereka

Vous aimerez peut-être aussi