Vous êtes sur la page 1sur 12

TERKENA ARUS ELEKTRIK

Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan


degupan jantung terhenti, luka terbakar dan renjatan
Tutup bekalan elektik sebaik sahaja renjatan berlaku
Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan
kain yang tidak mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas
bahan penebat yang kering
Jika perlu mulakan resusitasi (means) atau letakkan mangsa dalam
kedudukan pemulihan
Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.

RENJATAN

Gejala-gejala renjatan termasuklah

Kulit kelihatan pucat

Kabur penglihatan

Kulit lembap atau dingin

Loya atau muntah

Pernafasan yang pendek tetapi cepat

Dahaga

Denyutan nadi yang lemah dan cepat.

Keresahan

Pening atau rasa hendak pitam.

Rawatan

Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau


keadaan-keadaan lain yang telah menyebabkan renjatan

Tenangkan mangsa

Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang

Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut

Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah


balik ke otak.

Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi


mangsa sebarang minuman.

Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi.

Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan


segera selepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan
biarkan mangsa bersendirian.

Asas Pertolongan Cemas;


Renjatan
Merawat Mangsa Renjatan Elektrik
Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri,
hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung.
Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan
kesan terbakar dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan
dalaman.
Tindakan
1. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan.
Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang
masih hidup. Lebih lama arus elektrik mengalir ke tubuh mangsa akan
menyebabkan denyutan jantung terhenti.
2. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu
berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya seperti rajah di
bawah.

Jika ternampak mangsa yang terkena renjatan, matikan suis


utama dan gunakan penebat untuk mengalihkan mangsa.

Langkah 1 & 2

Langkah 3 & 4

Langkah 5 & 6

Langkah 7 & 8

Langkah 9 &10

Langkah 11

PENUTUP
SAYANGI NYAWA ANDA DAN BERHATIHATILAH SELALU
SESUNGGUHNYA MENCEGAH LEBIH
BAIK DARIPADA MENGUBATI

Vous aimerez peut-être aussi