Vous êtes sur la page 1sur 12

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015

MPU3113
HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI

880614115629002

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD FAIZ LIWAUDDIN

NO. KAD PENGENALAN

880614-11-5629

NO. TELEFON

013-9122013

E-MEL

faizdrdeen@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KUALA TERENGGANU

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN .................................................................................................................. 2


2.0 USAHA-USAHA TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL ............................................. 3
2.1 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN ......................................................... 4
2.2 DASAR PENDIDIKAN NEGARA ....................................................................... 4
2.3 DASAR EKONOMI BARU ................................................................................... 5
2.4 PERANAN DAN IMPAK UPIN DAN IPIN TERHADAP MASYARAKAT ... 5
3.0 FAKTOR KERUNTUHAN KESEPADUAN SOSIAL .................................................... 8
4.0 KESIMPULAN .................................................................................................................... 10
5.0 RUJUKAN ........................................................................................................................... 11

1.0 PENGENALAN
Menurut Denison Jayasuria (2010) perpaduan sosial telah menjadi asas terhadap pembinaan
negara Malaysia sejak kemerdekaan diikuti dengan pembentukan negara pada 16 September
1963 sehinggalah ke hari ini. Pada hari kemerdekaan kali ke-52 Perdana Menteri telah
1

membuat kenyataan di dalam ucapan beliau bahawa cabaran yang terbesar bagi Malaysia
adalah untuk mengukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum yang mendiami negara ini.
Apa yang Malaysia telah capai hari ini mungkin tidak akan kekal, risiko sentiasa wujud dan
kemungkinan untuk kehilangan keamanan dan keharmonian mungkin berlaku jika tiada
langkah-langkah atau usaha-usaha untuk penyatuan kaum itu tiada. Pandangan asas ini telah
diwarisi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kerana mereka percaya bahawa keseimbangan
pembangunan negara amat bergantung terhadap penyatuan kaum. (Pandian, 2010)

Sumber : http://images.inmagine.com/400nwm/iris/lilyoh-012/ptg01947197.jpg

Malaysia secara jelasnya memang terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang


kaumnya yang hidup bersama. Ia terdiri dari Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain di
kawasan Sabah dan Sarawak. Untuk kestabilan yang berterusan maka semua kaum telah
berada di bawah satu kerajaan dan pentadbiran yang sama. Malah terdapat dasar direka khas
bagi menyatupadukan rakyat negara ini.
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan
mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan
negara. Sejak sekian lama, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan
ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak

mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan
mengekalkan perpaduan sedia.
Objektif tugasan ini adalah untuk membincangkan berkenaan kesepaduan sosial di Malaysia
dan apakah peranan animasi Upin dan Ipin terhadapnya. Begitu juga, penerangan terperinci
tentang usaha-usaha lain ke arah pembentukan kesepaduan sosial juga akan dihuraikan satupersatu.
2.0 USAHA-USAHA TERHADAP KESEPADUAN SOSIAL
Peristiwa 13 Mei telah menjadi kisah sejarah yang suram untuk negara Malaysia
khususnya. Ini mencerminkan bahawa hubungan kaum akan menjadi regang jika ada
tindakan luar kawalan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilaksanakan dengan
secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi teladan kepada semua bahawa perpaduan kaum
adalah umpama telur di atas tanduk yang boleh jatuh bila-bila masa. Oleh yang demikian,
perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia.
Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti
rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat
resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Kini, sudah menjadi
tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zamanberzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta
melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju
yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin
dunia yang menjadikan Malaysia sebagai contoh untuk membentuk perpaduan rakyat mereka
seterusnya mencetuskan keharmonian Negara. Terdapat beberapa usaha yang telah
dilaksanakan oleh pelbagai pihak diantaranya usaha mewujudkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

2.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Diperkenalkan pada tahun 1971, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan
3

dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah
diantaranya memberi penekanan terhadap daya kreatif dan pemupukan bakat untuk
melahirkan budaya seperti keseniaan. Begitu juga mengetengahkan nilai positif dalam
sesuatu bidang seperti etika kerja, disiplin dan budaya penyayang. (Prof Madya Rasid, 2010)
2.2 Dasar Pendidikan Negara
Semasa Malaysia masih dalam proses kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan
kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.
Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata
Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957.
Di antara matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
2.

Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis

sekolah;
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
5. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
7. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasabahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
8. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan
kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. (Jabatan Penerangan, 2008)

2.3 Dasar Ekonomi Baru


Perbezaan taraf hidup dan ekonomi samada di Bandar mahupun luar Bandar sedikit sebanyak
memberi kesan negatif terhadap keseimbangan antara kaum di Malaysia. Tambahan pula ia
turut menjadi penghalang terhadap proses kesepaduan sosial. Pada tahun 1971 Pelancaran

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dan ia telah melakar sejarah dalam
pembentukan dasar ekonomi Malaysia. Objektif DEB adalah mencapai sasaran sosioekonomi
seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia. Terdapat dua perancangan utama yang telah diwujudkan:
1. Meningkatkan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan bagi setiap masyarakat
dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
2. Penyusunan semula masyarakat untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
2.2 PERANAN DAN IMPAK UPIN DAN IPIN TERHADAP MASYARAKAT
Upin & Ipin adalah Rancangan Animasi bersiri di Televisyen Malaysia yang diterbitkan oleh
sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai Les' Copaque Production. Rancangannya mula
diterbitkan pada 13 September 2007 di saluran TV9 dengan enam episod tema Bulan Ramadhan dan
Hari Raya.
Upin & Ipin adalah adik-beradik kembar, Upin adalah abang kepada Ipin kerana berbeza umur

sebanyak 5 minit. Dia seorang yang lantang bercakap dan kebiasaannya dia adalah dalang
Disebalik telatah nakal mereka berdua yang sering membawa mereka ke dalam banyak masalah.
Perbezaan antara mereka berdua akan dapat dilihat pada rambut berputar yang berada di kepala Upin.
Ipin pula adik kepada Upin dan dia lebih ceria walaupun kelihatan seorang yang pendiam, dia juga
lebih bijak dari Upin. Ipin amat menggemari ayam goreng dan selalu menyebut betul, betul, betul.
Mereka yang mempunyai seorang kakak bernama Ros dan seorang nenek yang bernama Uda (Opah).
Mereka tinggal di sebuah kampung bernama Durian Runtuh. Mereka telah kehilangan ibu dan bapa
pada awal usia. Mereka berdua belajar di sebuah Tadika Kemesraan yang mana mereka akan bersama
kumpulan di dalam kelas mereka yang terdiri daripada sembilan orang :
1. Mei Mei, seorang yang cantik dan bijak.
2. Jarjit Singh, seorang yang lucu dan gemar berpantun.
3. Ehsan, seorang yang kedekut dan panas baran.
4. Fizi, seorang yang mudah bergaul dan gemar menyindir rakan-rakannya.
5. Mail, seorang yang berwawasan tinggi dan mempunyai bakat keusahawanan.
6. Susanti, seorang perempuan dari Indonesia yang baik hati dan gemar membaca bersama
kawan-kawan

7. Dzul, seorang yang gemar bercerita tentang pengalaman hidupnya dan apabila bercerita selalu
akan dimulakan dengan Nenek aku cakap.
8. Ijat, kawan baik Dzul, seorang yang pendiam dan selalu pengsan apabila terkejut.
9. Devi, seorang yang selalu senyum dan gemar memasak. Seorang yang lemah-lembut dan
berbeza dengan Mei Mei. (Laman Web Upin & Ipin)

Kampung Durian Runtuh mempunyai seorang ketua, iaitu Isnin Bin Khamis atau lebih dikenali
sebagai Tok Dalang Ranggi. Beliau adalah seorang juara wayang kulit. Tok Dalang mempunyai
beberapa orang rakan-rakan berbilang bangsa juga di antaranya, Muthu, seorang yang berbangsa India
juga pemilik gerai makan terkenal di kampungnya. Beliau menetap bersama anaknya Rajoo seorang
yang mampu berbisik dengan lembu kesayangannya yang dipanggi Sapy. Ah Tong, seorang yang
berbangsa cina dan bekerja sebagai penjaja sayuran yang selalu kecoh. Begitu juga dengan Salleh
(Sally), seorang pustakawan sambilan yang berperwatakan lembut. Beliau juga mempunyai kedai kain
sendiri. Seorang yang agak panas baran namun masih menghulurkan bantuan kepada sesiapa.

Sumber: http://vignette4.wikia.nocookie.net/upinipin/images/5/5f/Upinipindankawankawan2014.jpg

Animasi Upin dan Ipin banyak membawa pengajaran dan tauladan. Opah dan Kak Ros seringkali
menasihati mereka berdua. Kisah pendek mereka sarat dengan pengajaran dan tauladan buat generasi
Malaysia pada hari ini. Sebagai contoh, dalam episod 12 siri yang ke-2 bertajuk Kisah dan Tauladan,
Fizi telah luka tangannya kerana bermain mercun, maka Cikgu Jasmin telah menasihati mereka agar
tidak bermain mercun dan menggalakkan mereka supaya sama-sama melakukan ibadat puasa.
Filem animasi ini amat menyumbang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Apa yang dapat kita amati
pada setiap episodnya, bagaimana mereka bersahabat baik dengan rakan sebaya, menghormati orang

yang lebih tua, dan saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Pada tahun 2009, pawagam
di Malaysia telah dimeriahkan dengan hadirnya sebuah filem yang bertajuk Geng; Pengembaraan
Bermula. Filem ini telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production (LCP) juga dan
berasaskan kisah dari kehidupan Upin dan Ipin serta penduduk Kampung Durian Runtuh yang
menghadapi misteri kehilangan durian. Di dalam filem ini, Upin dan Ipin beserta rakan-rakannya telah
sesat di dalam hutan dan mereka telah hilang arah dan memerlukan bantuan penduduk kampung.
Itulah permulaan yang menunjukkan bagaimana Uncle Muthu, Uncle Ah Tong dan Pak Dalang serta
penduduk kampung berbilang bangsa saling bantu-membantu antara satu-sama lain untuk mencari
mereka yang telah hilang sehingga ke malam.
Terdapat empat peranan animasi Upin dan Ipin terhadap masyarakat:
1. Bersatu hati.
Dalam setiap episod, mereka saling bermain, membaca dan berbual bersama-sama tanpa
mengira warna kulit, walaupun ada perselisihan pendapat, mereka akan tetap berbaik
akhirnya.
2. Menghormati Orang Tua
Oleh kerana animasi ini berdasarkan cerita untuk kanak-kanak, maka pihak produksi telah
meletakkan unsur-unsur pendidikan secara tidak langsung yang menyentuh tentang adab dan
akhlak. Setiap watak mengambil peranan dalam menghormati orang-orang tua di kampung
mereka.
3. Rajin dan Taat Beribadah
Upin dan Ipin saling menyaingi dalam berpuasa dan bersolat terawih bersama rakan-rakannya
yang lain.
4. Saling Berkongsi
Jika ada makanan, minuman mahupun mainan, mereka saling berkongsi antara satu sama lain.

Dalam setiap watak pastinya ada telatah lucu mereka masing-masing, apabila mereka bersatu
maka akan terhasillah warna-warni kehidupan masyarakat majmuk yang harmoni. Suasana
inilah yang perlu wujud di dalam setiap lapisan masyarakat Malaysia khasnya.
Terdapat empat watak penting yang sangat memberi peranan penting untuk masyarakat:
7

1. Mei Mei; periang dan selalu ceria bersama rakan-rakannya. Mei Mei suka
menghiburkan orang disekelilingnya walaupun mereka dalam keadaan sedang
bersedih
2.

Uncle Muthu; berumur lingkungan 50-an dan berbangsa India. Dia sangat suka kanakkanak dan mesra dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya

3. Tok Dalang, seorang atuk yang penyayang terhadap semua kanak-kanak di


kampungnya, sangat ramah dengan orang ramai.
4. Opah; gemar memberi nasihat dan bimbingan terhadap cucu-cucunya. Penyayang,
penyabar dan amat sopan.

3.0 FAKTOR KERUNTUHAN KESEPADUAN SOSIAL


Perkara paling penting bagi bagi menguatkan sesebuah negara yang berbilang kaum seperti
Malaysia adalah kesepaduan sosial masyarakat mereka. Kesan negatif akan wujud apabila
mereka saling berpecah dan tidak bersatu malah akan memberi kesan jangka panjang
terhadap ekonomi, politik dan keharmonian masyarakat setempat. Oleh yang demikian ia
memerlukan semangat perpaduan yang tinggi kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu
menjejaskan keamanan. Pada masa yang sama juga, perpaduan juga penting untuk
memudahkan pembangunan dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang
dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur dan maju.
Banyak punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia.
Antara punca-puncanya adalah politik perkauman. Dalam sesebuah masyarakat akan
wujudnya sistem politik untuk memastikan keadaan masyarakat lebih teratur dan
memudahkan segala urusan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Politik
perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis
perkauman ataupun etnik. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah partiparti politik, persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan dan sebagainya. Pertubuhanpertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja.
Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan
Cina. Tambahan pula, integrasi kaum sukar untuk berlaku gara-gara pengasingan kaum
mengikut organisasi ini. Lebih parah lagi apabila kebanyakan organisasi ini beria-ia

menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan
sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum,
bahkan semakin memecah-belahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang
berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu
kelompok pelampau dan masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini
walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama. (Wan Hashim, 2011)
Ini adalah diantara punca mengapa masyarakat tidak akan dapat memupuk integrasi kaum. Ini
bertambah teruk lagi apabila masyarakat berbilang kaum ini tinggal di kawasan penempatan
yang berbeza mengikut kaum masing-masing kerana timbulnya perbezaan fahaman politik.
Masyarakat akan tidak mudah berjumpa dan bergaul. Malah apabila timbul sangkaan atau
salah faham maka hanya pandangan dari satu pihak sahaja yang diambil, kerana berpunca
dari kurangnya komunikasi antara pihak yang berbeza.
Pendidikan yang berorientasikan kaum juga salah satu dari faktor keruntuhan kesepaduan
sosial. Seharusnya ia menjadi satu usaha yang terbaik dalam membentuk perpaduan kaum.
Akan tetapi, pendidikan berteraskan kaum dan pengasingan institusi pendidikan merupakan
suatu masalah besar bagi masyarakat majmuk di Malaysia. Memang wajar untuk kita katakan
bahawa pendidikan adalah modal dalam membentuk insan. Akan tetapi, sistem pendidikan di
Malaysia terutamanya sekolah rendah sudah diterapkan dengan pengasingan kaum. Mereka
tidak diberi peluang untuk bergaul dan berkomunikasi. Orang Melayu kebanyakannya
bersekolah disekolah kebangsaan, orang Cina pula disekolah-sekolah Cina, begitu juga
dengan kaum India. Sepatutnya perpaduan dan sifat saling bertoleransi diajar semenjak kecil
lagi dan pengasingan kaum di sekolah amatlah tidak wajar.

4.0 KESIMPULAN
Di antara perkara penting bagi memupuk kehidupan masyarakat yang berkualiti sehingga
menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain adalah
perpaduan kaum yang jitu. Banyak negara yang kagum akan dasar-dasar kerajaan Malaysia

yang berjaya mentransformasikan negara ke arah negara maju beserta memartabatkan nilainilai kemanusiaan. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan
rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap keistimewaan
acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah bahawa perpaduan kaum menjadikan imej
negara kita menarik pada pandangan masyarakat dunia.
Kesimpulannya, hidup berlandaskan konsep bagai aur dengan tebing tanpa mengira kaum
patut menjadi pegangan setiap warga Malaysia. Jangan biarkan sejarah 13 Mei 1969 yang
berpunca daripada perbalahan kaum berulang untuk kali kedua.

Di antara sebab-sebab

berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah
kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum tertentu.
Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang
terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan
kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

(2364 patah perkataan)

5.0 RUJUKAN
Admin. (n.d.). Karekter. Retrieved 2015, from Upin & Ipin:
http://upindanipin.com.my/v7/character.php

10

Jayasuria, D. (2010). National Unity Advisory Panel: Opportunities and challenge in a


multiethnic. Putrajaya: Department of National.
Malaysia, J. P. (2008, 11 14). DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Retrieved 10 14, 2015,
from Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasarpendidikan-kebangsaan.html
Muhamad, P. M. (2010). Merintis Kecemerlangan Islam. Kuala Lumpur: Karya Bestari.
Pandian, S. (2010). Managing diversity: From independence to 1 Malaysia. Putrajaya:
Department of National Unity and Integration.
Teh, W. H. (2011). HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. Wangsa Maju, Kuala Lumpur:
INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD.

11

Vous aimerez peut-être aussi