Vous êtes sur la page 1sur 4

FALSAFAH DAN PENGARUH TERHADAP PENGGUBALAN DASAR

Menurut Mock Soon Sang (2009) falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu
philos yang bermaksud mencintai dan Sophia yang bermaksud kebijaksanaan. Secara
ringkasnya, falsafah boleh dieertikan sebagai mencintai kebijaksanaan. Secara khususnya,
falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah manusia dan
masyarakat. Falsafah juga dikatakan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan
bernas. Pandangan ataupun pemikiran ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan
cara yang saintifik, sistematik dan logical. Matlamat falsafah adalah unutk mencari serta
membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang
penting dalam kehidupan manusia.
FALSAFAH PRAGMATISME
Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti.
Segala yang wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Maka, sesuatu idea harus
dipraktikkan dahulu secara objektif bagi mengesahkan kebenaran sesuatu idea. Ahli falsafah
menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi daripada
manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya.
Maka, dalam pragmatisme manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik
di mana kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti.
Kelebihan falsafah ini adalah terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses
untuk mendapatkan kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang paling sesuai untuk
mengenali yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa
yang benar. Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu dimana idea tindakan
yang baik timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.
Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap
tindakan hanya wujud dalam konteks pengalaman masyarakat. Tindakan tersebut dikatakan baik
apabila masyarakat beranggap tindakan tersebut berguna. Malah, para pendidik mempunyai
pelbagai kaedah pengajaran bergantung kepada perubahan situasi pembelajaran.
Kelemahan pragmatisme pula adalah, hanya satu cara untuk mengenal pasti kebenaran
dan realiti iaitu bergantung kepada kaedah saintifik sahaja. Malah, aspek nilai dan moral tidak

begitu jelas dan kurang diberi penekanan dalam pandangan pragmatisme. Menurut pandangan
falsafah, nilai-nilai kemanusiaan kurang stabil kerana segalanya sentiasa berubah. Contohnya,
para pendidik tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa nilai atau objek yang stabil dan tertentu.
FALSAFAH SOSIALISME
Secara umumnya, sosialisme merangkumi persoalan sosio-politik, budaya dan falsafah
sesuatu bangsa. Menurut Syed Ahmad Husin 1994:114 falsafah sosialisme lebih dikaitkan
dengan sistem pengagihan nilai-nilai material iaitu ekonomi dalam masyarakat. Sebagai landasan
utamanya. Dari seg praktis, sosialisme berteraskan pembahagian ekonomi negara sama rata
kepada semua rakyat jelata. satu untuk semua ; semua untuk satu. Syed Ahmad Hussin 1994
telah menggariskan tiga soal asas yang penting antaranya keutamaan diberikan kepada soal
ekonomi iaitu aktivi manusia berkait dengan pengeluaran dan pembahagian barang-barang dan
perkhidmatan dalam masyarakat. Kedua, keinginan untuk menghapuskan sistem ekonomi yang
menindas di mana manusia mendapat faedah dan keuntungan melalui penindasan ke atas
manusia lain. Ketiga, rombakan sistem ekonomi untuk menghapuskan penderitaan serba
kekurangan di kalangan ahli masyarakat melalui satu rangka yang lebih sama rata dan melalui
perkongsian bersama.
FALSAFAH LIBERTARIANISME
Libertarianisme merupakan falsafah politik yang menyatakan bahawa setiap manusia
adalah tuan mutlak ke atas nyawa dan bebas melakukan apa sahaja ke atas nyawa dan harta
bendanya selagi dia menghormati kebebasan orang lain. Ada dua jenis libertarianisme.
Kumpulan yang pertama percaya yang semua pergaulan manusia perlu dilakukan secara sukarela
dan dipersetujui oleh semua yang terlibat di dalam pergaulan itu. Mereka menekankan bahawa
segala bentuk paksaan atau permulaan kekasaran (initiation of force) ke atas seseorang atau harta
bendanya adalah satu tindakan yang melanggar fahaman libertarianisme. Kata kerja "paksaan" di
sini bermaksud penggunaan kekasaran fizikal serta ugutan melakukannya dan penipuan kepada
sesiapa yang tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Kumpulan yang kedua pula menekankan
pandangan consequentialism dan utilitarian.

Berlainan

dengan

kumpulan

yang

pertama,

kumpulan ini yang dipanggil minarkis berpendapat yang penggunaan kuasa paksaan secara
minimum (seperti kutipan cukai untuk membiayai pertahanan, undang-undang dan jalanraya)
boleh diterima untuk memastikan kebebasan peribadi yang sebanyak mungkin. Anarko-kapitalis
percaya bahawa pasaran bebas dapat membekalkan fungsi-fungsi awam yang tradisional seperti
pertahanan melalui sektor swasta.
Walaupun libertarian melihat paksaan dan kekasaran sebagai melanggar prinsip libertarian,
mereka tidak melihat penggunaan kekasaran sebagai pertahanan diri sebagai melanggar prinsip
yang sama. Libertarian juga menentang kerahan tentera atas sebab yang sama.
FALSAFAH PROGRESSIVISME
Falsafah progressivisme lebih mirip dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bermatlamatkan pendidikan untuk mencapai kesejahteraan diri serta membentuk masyarakat
yang harmoni dan makmur. Selain itu, pengajaran dalam progressivisme menggunakan
pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak
memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan
menerangkan fenomena yang didedahkan. Menurut Mock Soon Sang 2010 guru hanyalah
berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam pemyelesaian masalah. Pelajar bebas
memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Ahli falsafah
progressisvisme menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persediaan untuk
hidup (Azizi Jafar, 2009).
Terdapat beberapa dasar yang dimeteraikan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi meletakkan asas untuk mengubah haluan sistem pendidikan negara kita. Antaranya, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melancarkan pelan ini pada bulan September 2013. Kementerian telah memberikan keutamaan
untuk menambah baik kualiti ekolah dan memastikan peningkatan ekuiti antara sekolah bandar
dan luar bandar. Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk
membangunkan mansyarakat yang berfikiran kritis kerajaan telah melakukan perubahan dalam
kurikulum dan pentaksiran murid pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kementerian

telah meningkatkan soalan peperiksaan berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Langkah ini adalah untuk mencabar para guru dan murid supaya beralih daripada bentuk
pelajaran yang terlalu menumpukan pada hafalan kepada pengaplikasian. Ini adalah selaras
dengan falsafah pragmatisme di mana murid-murid perlu uji-menguji supaya mendapatkan
kebenaran yang sahih. Ia penting untuk menghasilkan pelajar yang berdikari kerana dapat
mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Selain itu, falsafah progressivisme juga
menyumbang kepada dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dimana murid-murid
dikehendaki membuat penerangan sendiri yang melalui pembelajaran induktif. Dalam konsep
progresivisme, dasar PPPM ini dapat melahirkan murid agar berupaya mengadaptasi sebarang
perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian Keow, 2008. Melahirkan insan yang berilmu
dan berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang
sesuai dengan masalah yang timbul dalam lingkungan persekitarannya. Implikasi falsafah
progressivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru ialah pembimbing dan
tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci tetapi murid perlu membuat
penerangan dengan sendiri. Guru tidak hanya menyuruh pelajar menghafal dan mengingati
sesuatu perkara tetapi menyuruh menyelidik sesuatu perkara untuk meningkatkan kefahaman
mereka di mana murid dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Implikasi
falsafah ini kebebasan diberikan kepada pelajar bagi memilih ilmu atau kemahiran yang diminati
untuk perkembangan mental, emosi dan rohaninya. Contohnya, seperti yang diimplimentasikan
oleh kerajaan kini bermula pada tingkatan empat pelajar telah diberikan peluang untuk memilih
bidang pengajian mengikut subjek-subjek yang diminati. Yang penting sekali, dalam pendidikan
segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah dan adanya hala tuju.
Secara kesimpulannya, falsafah pragmatisme dan progressivisme amat berkait rapat dan
menyumbang kepada dasar PPPM yang digubal oleh kerajaan.

Vous aimerez peut-être aussi