Vous êtes sur la page 1sur 51

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan mengenai faktor-faktor kelemahan murid Tahun Lima dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah (solving word problems) dalam mata
pelajaran matematik. Seterusnya ia akan menyentuh tentang pernyataan masalah bagi
tajuk ini dan persoalan kajiannya, objektif kajian, kepentingan kajian serta batasan
kajian yang akan dihadapi semasa kajian dijalankan.
1.2 Latar Belakang
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda manusia supaya
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna
dan mencabar pemikiran kita. Oleh itu mata pelajaran matematik sentiasa menerima
anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya
bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik KBSR perlu dirancang dengan sebaik mungkin dan
dikendalikan

dengan

berkesan

bagi

mewujudkan

suatu

pengalaman

yang

menyeronokkan dan mencabar bagi para pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya
dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh guru.
Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan
mengembangkan lagi kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas
1

mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program


Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah,
tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif
yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran
Matematik. Justeru itu mempelajari penyelesaian masalah menjadi fokus utama
mempelajari matematik kerana penyelesaian masalah merupakan satu aspek dalam
kehidupan yang perlu ditempuhi oleh pelajar.

Penyelesaian masalah ialah fokus

kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik KBSR.
Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang tersendiri tetapi satu proses
yang meliputi seluruh program pengajaran.
Sebagaimana yang telah disyorkan oleh NCTM (National Council of Teacher of
Mathematics) agar penyelesaian masalah digabungkan dengan aktiviti matematik dan
dijadikan fokus utama dalam kurikulum matematik di sekolah. Maka semenjak itu,
hampir 45% soalan di dalam peperiksaan matematik adalah berbentuk soalan
penyelesaian masalah.
Matematik merupakan suatu pelajaran yang amat penting bagi seorang insan
Proses mempelajari matematik bermula daripada alam kanak-kanak sehinggalah
berterusan ke alam dewasa malah ia berpanjangan hingga ke akhir hayat. Matematik
digunakan oleh semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa di seluruh dunia.
Dengan berlakunya perubahan teknologi pada masa kini, matematik menjadi semakin
penting dan amat berguna dalam kehidupan manusia.
Matematik juga bukanlah sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan alat
untuk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Oleh yang demikian, komunikasi

telah memainkan peranan yang penting dalam membantu murid membina konsep malah
membina perkaitan antara idea tidak formal ,intuitif dan bahasa abstrak dengan simbol
matematik.

Mempelajari penyelesaian masalah pula adalah tujuan utama kerana

penyelesaian masalah merupakan aspek dalam kehidupan yang pasti murid hadapi.
Fokus kepada proses dan kemahiran penyelesaian masalah harus dititikberatkan.
Oleh kerana sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan
terutamanya kini mata pelajaran matematik telah diajar dalam Bahasa Inggeris, maka
diharapkan pengajaran guru juga akan turut berubah.

Ini kerana, guru-guru telah

diberikan latihan dan kursus sebelum mengajar matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.3 Penyataan Masalah Kajian
Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana
perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian
masalah merupakan kemuncak dalam pembelajaran matematik.
elemen

pengetahun,

kemahiran

dan

nilai

digunakan

Ini kerana elemen-

sebagai

tindakan

bagi

menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, ia juga menguji kepintaran berfikir dan
kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi,
menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Institut Pendidikan (JNIP)
mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3569 orang
murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 buah sekolah di seluruh negara pada
tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid yang menjawab
soalan secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu
70% ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Oleh itu, satu strategi

penilaian dan pemulihan harus dibentuk untuk mengatasi masalah akademik yang
dialami oleh murid.
Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan
kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka. Dengan membuat
diagnostic pada peringkat awal, beberapa program pemulihan dapat dijalankan sebelum
murid-murid ini melangkah ke tahap matematik yang lebih sukar. Program pemulihan
harus dimulakan setelah kelemahan-kelemahan asas murid dikenalpasti agar
pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang
bermasalah. Jika murid-murid ini dibiarkan sahaja dikhuatiri mereka akan menghadapi
masalah kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid yang bermasalah ini
akan kehilangan motivasi untuk belajar mata pelajaran matematik dan seterusnya
membenci dan melupakan mata pelajaran ini.
Pada masa kini, guru-guru telah memperkenalkan beberapa kaedah-kaedah baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar minat murid-murid terhadap mata
pelajaran matematik terutamanya di dalam soalan-soalan penyelesaian masalah
berterusan.

Guru-guru telah menggunakan model penyelesaian masalah contohnya

seperti Model Polya di dalam proses pengajaran.

Selain itu, pelbagai kaedah

penyelesaian digunakan supaya murid-murid tidak akan hilang minat untuk mempelajari
penyelesaian masalah.

Jika guru hanya menggunakan kaedah menghafal fakta dan

mengingat, kanak-kanak akan hilang minat. Pembelajaran tanpa memahami kaedah


matematik akan menyebabkan murid berasa takut dan sukar untuk belajar. Oleh itu,
murid-murid haruslah belajar mengenali konsep dan juga harus memahami masalah
yang berkenaan.

Proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini adalah berpusatkan murid
sepenuhnya. Mereka terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan dan guru
hanyalah berperanan sebagai fasililator dan tidak hanya sebagai pemberi maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru bagi membina
dan mengukuhkan minat murid terhadap pelajaran matematik terutamanya dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
1.4 Soalan Kajian
Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :1. Apakah punca yang menyebabkan murid Tahun 5 sukar untuk menjawab soalan
penyelesaian masalah?
2. Adakah minat murid terhadap mata pelajaran matematik mempengaruhi
kesukaran murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah?
3. Adakah pengajaran guru boleh mempengaruhi kesukaran murid untuk menjawab
soalan penyelesaian masalah?
4. Adakah faktor bahasa pengantar (Bahasa Inggeris) mempengaruhi kesukaran
murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah?
1.5 Objektif kajian
Kajian ini membincangkan beberapa faktor yang menyebabkan murid Tahun Lima di
Sekolah Kebangsaan St John 1 sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah
(solving word problems). Kajian ini adalah untuk :1. mengenalpasti punca kelemahan murid Tahun Lima sukar menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah (solving word problems).
2. mengkaji faktor minat murid yang mengakibatkan murid sukar menyelesaiakan soalan
penyelesaian masalah.
3. mengkaji faktor pengajaran guru yang mengakibatkan murid sukar menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah.
4. mengkaji faktor bahasa pengantar (Bahasa Inggeris) yang mengakibatkan murid sukar
untuk menyelesaiakan soalan penyelesaian masalah.
1.6 Kepentingan Kajian

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang
terutamanya kepada golongan guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mereka.
Tumpuan kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi
psikologi dan menambahkan motivasi kepada mereka.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan
murid Tahun 5 terhadap kesukaran meyelesaikan soalan penyelesaian masalah. Kajian
ini penting bagi mengetahui keadaan sebenar murid yang terlibat dalam kesungguhan
memahami konsep penyelesaian masalah di samping keputusan mereka dalam mata
pelajaran matematik.

Pencapaian mereka penting dalam kajian ini untuk

mendefinasikan pandangan mereka tentang kesukaran memahami konsep penyelesaian


masalah, minat, corak pengajaran guru dan bahasa yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik ingin mengenalpasti sama ada murid-murid
ini menganggap soalan penyelesaian masalah merupakan faktor utama yang
menyebabkan mereka gagal dalam memperolehi markah yang lebih baik.
Memahami dan menyelesaikan masalah memerlukan keupayaan dalam beberapa
kemahiran seperti memahami bahasa, memahami situasi yang diberikan, keupayaan
untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi.
Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah yang
mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan kanak-kanak untuk menguasai
kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih kompleks lagi.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah Kebangsaan St John 1 Kuala Lumpur. Sekolah ini
merupakan sekolah yang mempunyai populasi yang pelbagai bangsa dan latar belakang.
Namun begitu populasi murid yang banyak adalah terdiri daripada murid berbangsa

Melayu. Populasi sekolah ini terdiri daripada 50% murid Melayu, 30% murid India,
25% murid Cina dan 5% lain-lain bangsa. Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid
Tahun 5 yang terdiri daripada 60 orang murid yang mempunyai pencapaian akademik
yang pelbagai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang faktor-faktor yang
mendorong murid-murid menganggap soalan penyelesaian masalah dalam matematik
sukar dan hubungan faktor-faktor dengan pencapaian mereka. Faktor-faktor tersebut
adalah minat, cara pengajaran guru dan faktor bahasa.

BAB 2

TINJAUN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Di Malaysia beberapa orang penyelidik telah membuat kajian tentang pandangan pelajar
terhadap mata pelajaran Matematik. Kajian mereka kebanyakkannya meninjau apakah
faktor-faktor yang meningkatkan para pelajar dalam mata pelajaran matematik.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian akademik pelajar terutamanya
dalam mata pelajaran matematik telah menjadi perbualan hangat setiap kali selepas
sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan setiap tahun. Ini disebabkan kebanyakkan
para pelajar telah mencapai keputusan yang agak kurang memuaskan atau rendah.
Pengkaji-pengkaji telah meninjau dari beberapa aspek dan pelbagai objektif kajian yang
berbeza. Antara faktor penyebab yang telah disenaraikan seperti sikap dan minat pelajar

terhadap sesuatu mata pelajaran, pendekatan pengajaran guru, latar belakang keluarga,
persekitaran dalam dan luar tempat belajar, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.
2.2 Maksud Penyelesaian Masalah dalam Matematik
Menurut Lester seorang ahli Matematik yang terkenal dalam tahun 1970an, Masalah
merupakan suatu situasi apabila seseorang individu atau kumpulan itu dikehendaki
melaksanakan kerja penyelesaiannya.

Mereka hendaklah menentukan strategi dan

kaedah penyelesaian terlebih dahulu sebelum melaksankan kerja penyelesaiannya.


Strategi penyelesaian masalah itu haruslah melibatkan perlaksanaan suatu set aktiviti
yang boleh memberi penyelesaian.
Penyelesaian masalah adalah idea-idea atau konsep-konsep matematik yang
disatukan dalam bentuk cerita atau karangan dalam bahasa matematik. Cerita atau
karangan ini sebenarnya adalah tafsiran daripada kehidupan sebenar pelajar.
Penyelesaian masalah merupakan kemuncak bagi pembelajaran matematik. Elemenelemen

pengetahuan kemahiran dan nilai digunakan sebagai tindakan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam menyelesaikan masalah guru perlu

menunjukkan bagaimana menyelesaikan masalah. (Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pendidikan Malaysia).
2.3 Faktor pencapaian pelajar terhadap soalan penyelesaian masalah.
Kamus Dewan (1989) telah menakrifkan pencapaian sebagai suatu yang telah berjaya
dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan.
Menurut Derek Rowntree dalam A Dictionary of Education (1981) pencapaian
didefinasikan sebagai pengukuran peringkat keupayaan bagi seseorang pelajar dalam
atau kebolehan tertentu.
Lindroll dan Ibarra (1980) telah membuat kajian mengenai prosedur-prosedur
yang digunakan oleh murid bagi menyelesaikan masalah berberbentuk persamaan
8

mudah bagi operasi bercampur. Mereka mendapati bahawa kebolehan menyelesaikan


masalah berkenaan adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca ayat-ayat
matematik dan memahami makna ayat-ayat masalah.
Baretta dan Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana
penyelesaian masalah memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia
memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid
dapat mengatasi masalah tersebutnya, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan
masalah disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah
mengira.
Ramly (1992) telah berpendapat bahawa murid tiada inisiatif untuk menghafal
sifir atau fakta asas operasi. Antara kelemahan murid dalam penyelesaian masalah
adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik daripada maklumat yang
diperolehi di dalam soalan bersituasi.
Hasil kajian oleh Mazniah (1994) mendapati bahawa kelemahan murid dalam
penyelesaian masalah adalah menulis ayat matematik yang terbalik operasi, tidak dapat
membaca dan memahami maklumat atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang
maksud yang dikemukan secara lisan dan tidak dapat menulisnya kepada bentuk ayat
matematik.
Hasil kajian Mohd Ismail Suhada (1998) mendapati sekirannya seseorang pelajar
itu bersikap negatif terhadap mata pelajaran , pelajar tersebut akan mencari alasan untuk
mengelak daripada mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru. Manakala pelajar yang
mempunyai perasaan positif terhadap mata pelajaran pula akan memperlihatkan sikap
pelajar yang mempunyai minat untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran itu. Justeru itu

boleh disimpulkan bahawa sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran
adalah penyumbang terbesar dalam menentukan tahap pencapaian pelajar.
Amran (1992) telah menjalankan kajian mengenai beberapa faktor yang
mempengaruhi pencapaian matematik pelajar-pelajar Melayu tahun lima.

Dalam

kajiannya, beliau telah mendapati beberapa faktor seperti faktor murid dari segi
permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran, faktor guru dari
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran dan faktor
ibubapa atau penjaga dari segi peranan dan sumbangan yang boleh diberikan ke arah
meningkatkan

pencapaian

matematik

anak-anak

mereka

mempengaruhi

tahap

pencapaian matematik para pelajar. Dalam kajiannya, beliau mendapati 100% muridmurid menyatakan soalan menyelesaikan masalah merupakan soalang yang paling sukar
bagi sebilangan pelajar, 83.33% pelajar bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka
tidak sedar tentang kepentingan matematik dalam kehidupan seharian dan sebanyak
47.5% pelajar menyatakan mereka kurang faham terhadap pelajaran matematik yang
disampaikan oleh guru.
Menurut pembentangan Majid Isa, UPM (1994) dalam Penyelidikan Pendidikan
Ke Arah Kecemerlangan, beliau mendapati bahawa kebanyakan murid yang lemah
dalam penyelesaian masalah tidak menyedari kegunaan matematik dalam kehidupan
seharian. Oleh itu, aktiviti-aktiviti tertentu boleh dijalankan untuk menarik minat murid
terhadap matematik misalnya penggunaan matematik dalam pasaraya dan dalam
kehidupan seharian.
Hassan (1989) telah menjalankan kajian terhadap murid di Sekolah Kebangsaan
Marang Terengganu iaitu terdiri daripada murid Tahun 6. Dalam kajiannya, beliau
mendapati terdapat dua faktor yang mempengaruhi kelemahan pencapaian murid dalam

10

penyelesaian iaitu faktor murid dan faktor guru. Hasil kajian beliau mendapati bahawa,
murid-murid telah membuat kesilapan-kesilapan seperti tidak memahi kehendak soalan
atau tidak faham apa yang perlu diselesaikan, kesilapan menggunakan operasi, hanya
mencuba angka yang diberi sahaja, tidak menjawab soalan, kesilapan teknik atau
kecuaian dan tidak faham istilah atau simbol. Dari data-data yang diperolehi, iaitu dari
sudut pandangan guru, kajian beliau menggambarkan bahawa murid-murid sukar
menguasai kemahiran penyelesaian masalah.
Sea Kang (2006) dalam hasil kajiannya yang bertajuk Meningkatkan
Kefahaman Murid Dalam Penentuan Operasi Bagi Soalan Penyelesaian Masalah Yang
Melibatkan Operasi Asas mendapati markah yang didapati oleh murid-murid Tahun 5
dalam ujian yang telah dilaksanakan terlalu rendah.

Ini kerana tiada murid yang

mendapat markah di antara 80% hingga 100%.

Keputusan yang diperolehi

menunjukkan murid-murid amat lemah dalam menyelesaikan soalan yang berbentuk


masalah yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi.
2.4 Minat pelajar dalam matematik
Crow dan Crow (1980) menyatakan bahawa faktor minat merupakan perkara
penting bagi mengembang dan meningkatkan prestasi pelajar dalam di dalam sesuatu
mata pelajaran. Tanpa minat yang mendalam dalam sesuatu perkara, pembelajaran tidak
akan mendatangkan kesan yang diharapkan. Memang tidak dapat dinafikan dalam diri
seseorang individu itu terdapat pertalian yang erat antara sikap dan minat. Ransangan
baru boleh meletuskan kedua-dua kemiripan iaitu kehairanan dan ketakutan. Kedua-dua
kemiripan ini beraksi mengeluarkan kegiatan penerokaan yang berlanjutan daripada
gerakbalas mendekati atau mengundur.

11

Satu kajian yang bertajuk Sikap Pelajar-pelajar Terhadap mata pelajaran


matematik Moden satu tinjaun di Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang, Gurun,
Kedah yang telah dilakukan oleh Zainal Abidin (1988) mendapati pelajar lebih
mempunyai sikap negatif terhadap mata pelajaran Matematik Moden.

Dari segi

kegemaran mempelajari matematik di masa lapang hasil dapatan menunjukkan sebanyak


72% pelajar tidak menggemari mata pelajaran matematik di masa lapang mereka. Dari
segi sikap pelajar pada tugasan matematik yang guru berikan, seramai 54.67% tidak
menyiapakan tugasan tersebut.

Pelajar-pelajar tidak menyukai kelas dan waktu

matematik yang diadakan di sekolah. Dari segi bilangan tugasa yang guru berikan,
seramai 61.33% beranggapan positif dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Sharazat Maimon (1992) dalam kajiannya menyatakan bahawa pencapaian
pelajar dalam matematik adalah tinggi sekiranya pelajar tersebut mempunyai sikap yang
positif terhadap mata pelajaran matematik itu sendiri.

Melalui kajian yang telah

dijalankan, terdapat pertalian di antara sikap dengan pencapaian mata pelajaran


matematik.

Selain itu juga, di dalam kajian beliau, telah mendapati minat juga

memainkan peranan dalam pencapaian matematik. Di samping minat, peranan guru juga
akan membangkitkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik.
Zamaira (1991) dalam kajiannya yang bertajuk Perbandingan Pencapaian Murid
Dalam Topik-topik UPSR: Satu Kajian Kes menyatakan bahawa ramai yang
menyatakan bahawa mata pelajaran matematik bukan satu mata pelajaran yang sukar
dipelajari, tetapi beliau merasakan ada beberapa topik yang tidak diminati oleh murid.
Menurut Zamaira dalam kajiannya, satu sikap negatif murid ialah mereka tidak berminat
berjumpa dengan guru sekiranya menghadapi masalah dalam mata pelajaran matematik.

12

Ini adalah disebabkan sikap atau perasaan malu pada rakan-rakan dan tidak kurang juga
didapati murid tidak berminat dengan guru matematik itu sendiri.
Khartini (2003), berpendapat pendedahan awal kepada matematik, terutamanya
jika dilakukan dalam kehidupan seharian, boleh meningkatkan minat kanak-kanak dalam
matematik, secara tidak langsung meningkatkan minat pelajar-pelajar dalam matematik.
Perkara ini akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Menurutnya lagi, faktor negatif yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu
dalam matematik kerana kurangnya pendedahan yang bermutu di peringkat awal serta
tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga.
2.5 Faktor pengajaran guru
Zaiton (1990) dalam kajiannya yang bertajuk Perbandingan Pencapaian Murid Dalam
Topik-Topik Matematik Tahun Empat : Satu Kajian Kes menyatakan bahawa terdapat
beberapa sebab yang mempengaruhi pencapaian murid dalam topik-topik matematik
iaitu rata-rata guru matematik masih mengamalkan pengajaran satu hala atau kaedah
lama. Ada juga terdapat guru-guru matematik mengajar untuk menghabiskan sukatan
pelajaran tanpa memberi penumpuan atau perhatian kepada murid-murid lemah yang
belum dapat menguasai kemahiran yang baru dipelajari. Di samping itu,menurut kajian
ini, aktiviti-aktiviti pemulihan juga jarang dilakukan oleh guru-guru matematik di dalam
bilik darjah. Alat bantuan mengajar kurang digunakan menyebabkan kadang-kadang
guru tidak dapat menyampaikan konsep yang sebenarnya kepada murid-murid.
Zamaira (1991) dalam kajiannya yang bertajuk Perbandingan Pencapaian Murid Dalam
Topik-topik UPSR: Satu Kajian Kes menyatakan bahawa ramai yang menyatakan
bahawa terdapat juga faktor daripada guru yang menyebabkan pencapaian murid dalam
mata pelajaran matematik menurun, contohnya terdapat guru matematik mengajar hanya

13

untuk tujuan menghabiskan sukatan pelajaran tanpa memberi penumpuan atau perhatian
yang lebih kepada murid-murid yang lemah, murid yang belum menguasai kemahiran
yang baru dipelajari. Aktiviti pemulihan juga jarang dilakukan kerana kesuntukan masa.
2.6 Faktor bahasa pengantar dalam matematik
Oleh Dr. Noran Fauziah, pada bulan Disember 2001, kita dikejutkan dengan
gagasan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan
supaya dua mata pelajaran di sekolah hendaklah di ajar dalam Bahasa Inggeris, bermula
dari darjah satu. Dr. Mahathir seterusnya mencadangkan supaya pengajaran dalam
bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains bermula secepat mungkin,
iaitu tahun 2002. Mendasari syor ini adalah matlamat mengukuhkan penguasaan bahasa
inggeris di kalangan generasi yang akan datang, supaya mereka lebih berdaya saing
dalam era globalisasi.

Ekoran daripada cadangan tersebut, tercetus berbagai-bagai

reaksi, pro dan kontra daripada pelbagai pihak. Polemik tentang isu tersebut telah
mendapat tempat utama dalam akhbar-akbhar tempatan dalam tempoh sepuluh bulan
lalu.
Walaupun secara umumnya masyarakat negara ini bersetuju dengan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik menggunakan bahasa inggeris, namun
masih ada pihak yang sangsi dengan langkah tersebut Malah ada yang telah membuat
kesimpulan bahawa pelaksanaan itu akan pasti menjejaskan pencapaian para pelajar
dalam mata pelajaran itu pada masa akan datang akibat pertukaran bahasa berkenaan.
Apatah lagi menurut beliau, pencapaian mata pelajaran itu pada masa ini, tidak
menunjukkan

peningkatan

memberangsangkan

walaupun

menggunakan

bahasa

pertuturan harian.

14

Dalam satu temubual wartawan Utusan Malaysia, Marzita Abdullah dengan


Pensyarah Kanan Matematik Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Sultan Idris, Dr.
Marzita Puteh, beliau menyatakan bahawa punca kemerosotan pencapaian mata
pelajaran matematik mempunyai hubung kait dengan banyak faktor. Oleh itu, kita tidak
boleh mengatakan bahawa bahasa menjadi puncanya. Ini kerana beliau mengatakan
semasa beliau bersekolah pada tahun 1977 , di mana semua rakan-rakan sekelasnya iaitu
orang Melayu mendapat A dalam mata pelajaran matematik dan mereka menggunakan
bahasa inggeris dalam mata pelajaran tersebut. Mereka lulus dengan cemerlang dan
kesemua daripada mereka termasuk rakan-rakan dari kelas lain melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Oleh itu, pendapat beliau, beliau tidak bersetuju bahawa ada pihak yang
mengatakan bahawa budaya Melayu tidak tahu dan tidak minat matematik.

Pada

pendapat beliau itu hanyalah propaganda psikologi sahaja.


2.7 Rumusan
Hasil daripada kajian literatur yang telah dinyatakan di atas, dapatlah dirumuskan
bahawa memang tidak dapat dinafikan ramai murid sekolah rendah yang masih
menghadapi masalah dalam soalan penyelesaian masalah. Selain itu juga, faktor minat,
sikap dan kesungguhan mereka dalam mempelajari mata pelajaran tersebut juga menjadi
punca mengapa murid sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

15

3.1 Pengenalan
Metodologi penyelidikan akan menghuraikan bagaimana rekabentuk kajian yang
bersesuaian dengan soalan kajian, bagaimana kaedah kajian ini dijalankan, instrumen
kajian yang digunakan, analisis data, kebolehpercayaan dan kesahan kajian.
3.2 Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Data dianalisis secara kuantitatif. Penyelidik
memilih membuat penyelidikan secara kuantitatif iaitu dengan cara memberi soal-selidik
kepada responden di lokasi. Penyelidik juga menggunakan ujian pra dan pasca dalam
kajian ini. Kaedah ini dipilih kerana mudah di analisis secara statistik berbanding dengan
kaedah kualitatif yang agak sukar kerana menggunakan kod dan mesti mengikut tema
yang tertentu. Kaedah ini dipilih kerana penyelidik ingin mengumpul data berbentuk
nombor supaya mudah dianalisis secara statistik.
3.3 Sampel
Pemilihan responden telah dibahagikan kepada 25% murid pandai, 50% murid bertahap
sederhana dan 25% murid lemah. Tumpuan penyelidik adalah kepada murid-murid
Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan St John (1), Kuala Lumpur.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan ujian bertulis (10
soalan ujian pra dan 10 soalan ujian pasca) dan soal selidik.
3.4.1 Ujian Bertulis (Ujian Pra dan Pasca)
Ujian bertulis diolah mengikut kesesuaian penyelidik dan dijalankan di dalam kelas.
Ujian pra terdiri daripada 10 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar Tahun Lima dalam

16

masa 20 minit. Instrumen kajian ini dipilih kerana ia adalah paling sesuai digunakan
untuk melihat kelemahan dan kesilapan yang yang dilakukan oleh subjek kajian.

3.4.2 Soal Selidik


Soal selidik ini digubal sendiri oleh penyelidik dengan bantuan daripada rakan-rakan
yang mana soal selidik ini mengkaji tentang pandangan Murid Tahun Lima terhadap
kesukaran menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dalam mata pelajaran matematik
dengan membahagikan ia kepada beberapa faktor yang menyebabkan mereka
berpandangan soalan penyelesaian masalah sukar untuk diselesaikan. Soal selidik ini
mengandungi 15 item semuanya dan respon subjek menggunakan skala Likert lima mata
iaitu sangat setuju, tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Beberapa punca
masalah pembelajaran matematik telah dikenal pasti iaitu persekitaran, pengajaran guru,
motivasi, sikap, daya kognitif dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Penyelidik meminta kerjasama daripada 60 orang murid Tahun Lima Sekolah
Kebangsaan St. John (1) Kuala Lumpur dan guru-guru yang mengajar agar dapat
memberikan kebenaran dan peruntukan masa bagi murid-murid menjawab soal selidik
dan melakukan ujian bertulis.
3.6 Analisis Data
Jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh sampel kajian dikumpulkan dan dianalisis.
Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan taburan kekerapan dan peratusan.
3.7 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa bahagian ini menghuraikan kaedah
kajian dan pengumpulan data dari murid-murid. Data-data mentah yang diperolehi akan
17

disusun dan dianalisis. Di akhir kajian ini, segala data yang berkaitan dengan punca
murid sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah akan ditafsirkan.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan
Bab ini akan memperkatakan tentang dapatan kajian yang telah diproses dari kajian yang
telah dijalankan. Fokus perbincangan adalah berdasarkan kepada analisis yang telah
dilakukan ke atas data-data yang diperolehi daripada ujian bertulis (pra dan pasca ujian)
serta borang-borang soal selidik yang telah dikemukakan kepada 60 orang pelajar
sebagai sampel kajian.
4.2 Tatacara Penganalisisan Data

18

Dalam bahagian ini penyelidik akan memaparkan data yang diperolehi secara soal
selidik dan ujian bertulis. Kaedah penganalisisan adalah secara diskriptif iaitu melalui
kekerapan dan peratusan.
4.3 Analisis Data
4.3.1 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca
Keputusan ujian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Keputusan yang
diperoleh kurang memuaskan. Hal ini membuktikan kebanyakkan murid tidak dapat
menguasai soalan berbentuk penyelesaian masalah (solving word problem).
Kelas Skor (Markah)
12
34
56
78
9 - 10
Jumlah

Bilangan murid
25
23
6
3
3
60

Peratus
41.67%
38.33%
10%
5%
5%
100%

Jadual 4.1
Berdasarkan jadual 4.1 di atas, analisis Ujian Pra menunjukkan bilangan murid
yang mendapat skor markah antara 1 hingga 2 markah adalah seramai 25
orang(41.67%).

Bagi skor markah antara 3 hingga 4, seramai 23 orang(38.33%)

memperolehi markah tersebut. Manakala bagi skor markah antara 5 hingga 6 markah,
hanya 6 orang (10%) sahaja. Terdapat 3(5%) orang murid sahaja yang mendapat skor
markah antara 7 hingga 8 markah. Begitu juga bagi skor markah antara 9 hingga 10
markah , hanya terdapat 3 orang murid sahaja.
Daripada keputusan yang diperolehi, membuktikan bahawa sebilangan besar
murid-murid masih tidak dapat menguasai serta memahami konsep penyelesaian
masalah walaupun telah berada di Tahun 5.
Kemungkinan yang boleh dibuat ialah murid-murid belum menguasai
sepenuhnya kemahiran penyelesaian masalah terutamanya dalam menentukan operasi

19

yang terlibat untuk sesuatu masalah. Murid-murid masih keliru dengan operasi yang
ingin digunakan. Masalah keliru ini berpunca daripada rasa kurang yakin terhadap
operasi yang digunakan dan mungkin juga kurang membuat latihan dalam soalan
berbentuk penyelesaian masalah (solving word problem). Selain daripada menghadapi
masalah tidak pasti dengan operasi yang digunakan , terdapat juga murid-murid yang
cuai ketika menyelesaikan soalan ini dari segi pengiraan yang dijalankan. Kesilapan
menyalin nombor juga merupakan suatu kesilapan kecuaian yang sering dilakukan oleh
murid-murid.
4.3.2 Analisis Keputusan Ujian Mengikut Soalan
No Soalan

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Jumlah

Jawab dengan

Jawab dengan

betul
Bilangan

salah
Bilangan

16
15
17
35
10
6
8
12
29
11
159

Bilangan murid mengikut


jenis kesilapan
Salah operasi
Kecuaian

44
34
45
27
43
33
25
20
50
43
54
37
52
39
48
36
31
26
49
36
441
331
Jadual 4.2
Jadual 4.2 memperlihatkan analisis keputusan ujian mengikut soalan.

10
18
10
5
7
17
13
12
5
13
110
Berdasarkan

analisis berkenaan, didapati sebanyak 441 soalan tidak dapat dijawab dengan betul oleh
sampel kajian. Angka ini adalah besar dan ia amat membimbangkan. Daripada jumlah
ini, jelas menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 5 masih lemah dalam menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah. Punca atau kelemahan yang dapat dikesan melalui ujian
yang telah dijalankan ialah kebanyakkan subjek kajian tidak dapat mengenal pasti
operasi dengan tepat atau pun boleh dikatakan kurang memahami kehendak soalan.
20

Daripada 441 soalan yang salah dijawab oleh subjek kajian, sebanyak 331
kesalahan adalah berpunca daripada salah mengenal pasti operasi yang harus digunakan
semasa menjawab soalan. Angka ini bersamaan 75% dan ia menunjukkan peratusan
yang agak besar dan harus diatasi untuk mengelakkan murid melakukan perkara yang
sama apabila mereka berada di Tahun 6. Manakala 110 soalan yang salah dijawab
adalah disebabkan kecuaian atau lalai semasa melakukan pengiraan. Melihat daripada
keputusan yang diperolehi, suatu tindakan harus dilakukan bagi mengatasi masalah
tersebut.
4.3.3 Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Setelah melihat daripada keputusan ujian subjek kajian dan mengenal pasti punca
kelemahan murid dalam fasa kajian melalui ujian, penyelidik telah mengambil tindakan
dengan mengajar semula subjek kajian kaedah yang bersesuaian untuk memahami dan
menyelesaikan soalan-soalan penyelesaian masalah dengan menggunakan Model Polya.
Terdapat empat peringkat yang boleh dilaksanakan mengikut Model Polya dalam
menyelesaikan soalan penyelesaian masalah iaitu:
1. Memahami soalan bermasalah
- Pada peringkat ini, murid-murid akan dibimbing untuk memahami:
(a) Item-item yang terlibat dalam masalah yang diberi
(b) Perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti
(c) Item yang hendak dicari atau dijawab
2. Merancang strategi penyelesaian
- Selepas murid-murid memahami soalan bermasalah berkenaan, guru akan
membimbing mereka merancang strategi penyelesaiannya. Strategi-strategi
penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dengan beberapa cara
berikut:
(a) Memilih operasi yang sesuai
(b) Menggunakan gambarajah
21

(c) Menggunakan cara analogi


(d) Menggunakan kaedah uniter dan sebagainya
3. Melaksanakan strategi penyelesaian
- Di dalam peringkat ini, setelah strategi penyelesaian masalah telah dirancang,
murid boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah.
Murid-murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya
secara bersistematik untuk mendapatkan jawapan yang betul.
4. Menyemak masalah dan penyelesaiannya semula.
- Setelah mendapat jawapan, murid boleh menyemak jawapannya dengan
mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama
atau menggunakan cara songsang seperti jawapan yang didapati daripada
operasi bahagi boleh disemak dengan menggunakan operasi darab.
Selepas penyelidik menjalankan sesi pengajaran, satu ujian pasca yang mengandungi 10
soalan yang sama, dilaksanakan ke atas subjek kajian yang sama sekali lagi. Keputusan
ujian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 4.3

22

Graf 1: Perbandingan antara keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca


Berdasarkan Jadual 4.3, terdapat peningkatan pencapaian murid dalam menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah matematik. Walaupun terdapat lagi murid yang mendapat
kelas skor di antara 1 hingga 2 markah namun ia telah berkurangan daripada 25 orang
kepada 5 (8.33%) orang sahaja. Bagi kelas skor 3 hingga 4 markah untuk ujian pasca
telah menurun dari 23 orang kepada 12 (20%) orang. Terdapat peningkatan pencapaian
untuk kelas skor 5 hingga 6 markah iaitu daripada 6 orang kepada 17 (28.33%) orang
murid. Bilangan murid yang mendapat markah antara 7 hingga 8 markah adalah seramai
16 (26.67%) orang berbanding sebelum ini hanya 3 orang sahaja. Bagi kelas skor 9
hingga 10 markah juga telah meningkat daripada 3 orang murid kepada 10 (16.67%)
orang murid. Peningkatan ini boleh dikaitkan dengan tindakan inisiatif yang dijalankan
dengan berfokuskan kepada kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang
digunakan.
4.3.4 Analisis Soal Selidik
23

Bagi analisis soal selidik, penyelidik telah membahagikan item-item soalan


kepada faktor minat, faktor pengajaran guru dan faktor bahasa. Item 1 hingga 8 adalah
berkaitan dengan faktor minat murid terhadap mata pelajaran matematik Item 9 hingga
13 adalah berkaitan dengan kaedah pengajaran guru dan item 13 dan 14 adalah berkaitan
dengan faktor bahasa yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Faktor-faktor yang mempengaruhi murid Tahun Lima sukar untuk menyelesaikan
masalah soalan penyelesaian masalah (solving word problem) dalam matematik
dari segi minat, bahasa dan pengajaran guru.
Item 1: Matematik adalah satu mata pelajaran yang penting.
Dalam item ini terdapat seramai seorang atau 1.67% memilih tidak setuju. Seramai 23
orang atau 38.33% menyatakan setuju dan 36 orang atau 60 memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
1
23
36
60

Peratus
0
1.67%
0
38.33%
60
100%

Jadual 4.4

Item 2: Matematik adalah mata pelajaran yang mudah.


Dalam item ini seramai seorang pelajar atau 1.67% yang memilih sangat tidak setuju dan
tidak setuju. Seramai 36 orang atau 60% memilih kurang setuju. 17 orang pelajar atau
28.33% menyatakan setuju dan hanya 5 orang atau 8.33% memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju

Kekerapan
1
1
36

Peratus
1.67%
1.67%
60%
24

Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

17
5
60

28.33%
8.33%
100%

Jadual 4.5
Item 3: Saya suka topik penyelesaian masalah.
Seramai 2 orang atau 3.33% memilih sangat tidak setuju, 3 orang atau 5% memilih tidak
setuju. Terdapat 31 orang atau 51.67% menyatakan kurang setuju dalam item ini.
Manakala 12 orang atau 20% memilih setuju dan 11 orang atau 18.33% menyatakan
sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
2
3
31
12
11
60

Peratus
3.33%
5%
51.67%
20%
18.33%
100%

Jadual 4.6
Item 4: Penyelesaian masalah berkaitan dengan kehidupan seharian saya.
Di dalam item ini, 3 orang atau 5 % memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju. 13
orang atau 21.67% menyatakan kurang setuju, 26 orang atau 43.33% memilih setuju dan
15 orang atau 25% menyatakan sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
3
3
13
26
15
60
Jadual 4.7

Peratus
5%
5%
21.67%
43.33%
25%
100%

Item 5: Soalan matematik yang melibatkan penyelesaian masalah sukar untuk


difahami.
25

Seramai 4 orang atau 6.67% memilih sangat tidak setuju, 9 orang atau 15% telah
memilih tidak setuju. Manakala 19 orang atau 31.67% telah memilih kurang setuju.
Seramai 18 orang atau 30% menyatakan setuju dan 10 orang atau 16.67% memilih
sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
4
9
19
18
10
60
Jadual 4.8

Peratus
6.67%
15%
31.67%
30%
16.67%
100%

Item 6: Soalan penyelesaian masalah sangat mencabar.


Dalam item ini, seramai seorang atau 1.67% memilih sangat tidak setuju. 3 orang atau
5% memilih tidak setuju. Seramai 5 orang atau 8.33% telah memilih kurang setuju.
Manakala 32 orang atau 53.33% telah menyatakan setuju dan 19 orang atau 31.67%
memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
1
3
5
32
19
60
Jadual 4.9

Peratus
1.67%
5%
8.33%
53.33%
31.67%
100%

Item 7: Saya selalu membuat soalan penyelesaian masalah sebagai pengukuhan.


Seramai 3 orang atau 5% memilih sangat tidak setuju. 5 orang atau 8.33% memilih
tidak setuju.

Manakala bagi kurang setuju adalah seramai 25 orang atau 41.67%.

Seramai 12 orang atau 20% menyatakan setuju dan 15 orang atau 25% memilih sangat
setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju

Kekerapan
3
5

Peratus
5%
8.33%
26

Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

25
12
15
60
Jadual 4.10

41.67%
20%
25%
100%

Item 8: Saya kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik.


Seramai 19 orang atau 31.67% memilih sangat tidak setuju. 8 orang atau 13.33% telah
memilih tidak setuju. Manakala 18 orang atau 30% menyatakan kurang setuju. 13 orang
atau 21.67% memilih setuju dan hanya 2 orang atau 3.33% menyatakan sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
19
8
18
13
2
60
Jadual 4.11

Peratus
31.67%
13.33%
30%
21.67%
3.33%
100%

Item 9: Konsep-konsep yang terdapat dalam soalan penyelesaian masalah sukar


untuk difahami.
Seramai 7 orang atau 11.67% memilih sangat tidak setuju. 10 orang atau 16.67%
memilih tidak setuju. 18 orang atau 30% telah menyatakan tidak setuju. Manakala 17
orang atau 28.33% memilih setuju dan 8 orang atau 13.33% telah memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
7
10
18
17
8
60
Jadual 4.12

Peratus
11.67%
16.67%
30%
28.33%
13.33%
100%

Item 10: Guru tidak memberikan penerangan yang jelas semasa mengajar jalan
pengiraan

27

Jadual 4.10 menunjukkan bahawa 24 orang atau 40% memilih sangat tidak setuju, 12
orang atau 20% memilih tidak setuju. Seramai 17 orang atau 28.33% menyatakan
kurang setuju. Manakala 4 orang atau 6.67% memilih setuju dan hanya 3 orang atau 5%
memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
24
12
17
4
3
60
Jadual 4.13

Peratus
40%
20%
28.33%
6.67%
5%
100%

tem 11: Guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar untuk menambahkan
kefahaman murid.
Berdasarkan Jadual 4.11 didapati bahawa 20 orang atau 33.33% memilih sangat tidak
setuju. Seramai 10 orang atau 16.67 memilih tidak setuju. Manakala 23 orang atau
38.33% menyatakan kurang setuju dan hanya 7 orang atau 11.67% memilih setuju
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
20
10
23
7
60
Jadual 4.14

Peratus
33.33%
16.67%
38.33%
11.67%
0
100%

Item 12: Guru tidak mengaitkan konsep matematik dengan kehidupan seharian.
Seramai 23 orang atau 38.33% memilih sangat tidak setuju. Terdapat 11 orang atau
18.33% memilih tidak setuju. Manakala 18 orang atau 30% menyatakan kurang setuju.
Hanya 5 orang atau 8.33% memilih setuju dan 2 orang atau 3.33% sahaja yang memilih
sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju

Kekerapan
23
11

Peratus
38.33%
18.33%
28

Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

18
5
2
60
Jadual 4.15

30%
8.33%
3.33%
100%

Item 13: Guru tidak banyak memberi latih tubi kepada murid-murid.
Berdasarkan Jadual 4.13 seramai 27 orang atau 45% memilih sangat tidak setuju. 12
orang atau 20% memilih tidak setuju. Terdapat 6 orang atau 10% memilih kurang
setuju. Manakala seramai 11 orang atau 18.33% menyatakan setuju dan hanya 4 orang
atau 6.67% memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
27
12
6
11
4
60
Jadual 4.16

Peratus
45%
20%
6%
18.33%
6.67%
100%

Item 14: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran guru menyukarkan


pemahaman saya.
Daripada Jadual 4.14 didapati bahawa 20 orang atau 33.33% memilih sangat tidak
setuju. Seramai 6 orang atau 10% menyatakan tidak setuju. 17 orang atau 8.33%
menyatakan kurang setuju. Terdapat 19 orang atau 31.67% memilih setuju dan 10 orang
atau 16.67% memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
20
6
5
19
10
60
Jadual 4.17

Peratus
33.33%
10%
8.33%
31.67%
16.67%
100%

Item 15: Saya sukar untuk memahami soalan penyelesaian masalah kerana ia
dalam Bahasa Inggeris.
29

Jadual 4.15 memperlihatkan seramai 16 orang atau 26.67% responden memilih sangat
tidak setuju. Terdapat 8 orang atau 13.33% menyatakan tidak setuju. Seramai 3 orang
atau 5% memilih kurang setuju. Sementara itu, 17 orang atau 28.33% memilih setuju
dan 19 orang atau 31.67% memilih sangat setuju.
Kategori
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah

Kekerapan
16
8
3
17
19
60
Jadual 4.18

Peratus
26.67%
13.33%
5%
28.33%
31.67%
100%

4.4 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus mengikut faktor


4.4.1 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi minat murid
Skala Likert
1

Respon

Jumlah Kekerapan

Jumlah Peratus

STS

33

6.8
76

15.7

TS

43

8.9

KS

160

32.9

160
4

142
249

SS

107

Jumlah

485

32.9
29.2
51.3
22.1
100

Jadual 4.19

30

Berdasarkan jadual di atas, hasil yang didapati adalah sebahagian daripada responden
menunjukkan minat terhadap mata pelajaran matematik iaitu sebanyak 249 bilangan
skala likert setuju dan sangat setuju diperolehi yang mewakili 51.3% dan hanya 236 atau
48.5% bilangan skala likert sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju sahaja
diperolehi.

4.4.2 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi faktor pengajaran guru
Skala Likert
1

Respon

Jumlah Kekerapan

Jumlah Peratus

STS

101

33.4

156

51.6

TS

55

18.2

KS

82

27.2
82

44

14.6
61

SS

17

27.2
20.2
5.6

31

Jumlah

302

100

Jadual 4.20

Taburan keseluruhan bagi faktor pengajaran guru adalah seperti jadual di atas. Hasil
yang didapati menunjukkan sebahagian besar responden memberi tanggapan yang
negatif terhadap item yang diberikan oleh penyelidik iaitu sebanyak 238 bilangan skala
likert sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju dijawab oleh responden.
Peratusan bagi skala likert ini adalah sebanyak 78.8%. Sebanyak 61 bilangan skala likert
setuju dan sangat setuju iaitu hanya 20.2% sahaja dijawab oleh responden. Jumlah ini
menunjukkan terdapat segelintir responden memberikan tanggapan yang positif terhadap
item ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar jumlah skala likert sangat tidak setuju,
tidak setuju dan kurang setuju yang dijawab oleh responden menunjukkan majoriti
subjek kajian mempunyai anggapan yang positif terhadap faktor pengajaran guru.

32

Anggapan positif diberikan kerana penggunaan item yang bersifat negatif di dalam soal
selidik.
4.4.3 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratusan bagi faktor bahasa
Skala Likert

Respon

STS

2
3

Jumlah Kekerapan

Jumlah Peratus

TS

36
50
14

30
41.7
11.7

KS

8
8

6.7
6.7

33
62
29

25.7
47.4
21.7

120

100

SS

Jumlah
Jadual 4.21

Berdasarkan jadual 4.21 di atas, hasil yang didapati menunjukkan bahawa majoriti
subjek kajian menyokong bahawa faktor bahasa pengantar yang digunakan
mengakibatkan murid sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
Sebanyak 58 skala likert sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju telah dijawab

33

oleh responden iaitu sebanyak 48.4%. Sebanyak 62 skala likert setuju dan sangat setuju
telah dijawab oleh responden iaitu sebanyak 51.7%.
4.5 Rumusan
Berdasarkan kepada data-data yang telah dikumpulkan serta keputusan kajian yang telah
diperolehi, penyelidik dapat membuat kesimpulan terhadap kajian yang telah dijalankan.
Daripada kajian ini, penyelidik telah dapat mengesan kesilapan yang sering dilakukan
oleh subjek kajian serta mengenal pasti punca kelemahan mereka. Selain daripada itu,
faktor minat murid, pengajaran guru dan faktor bahasa yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran juga mempengaruhi murid sukar untuk menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian berhubung faktor-faktor yang
mempengaruhi

murid-murid Tahun Lima

sukar untuk

menyelesaikan

penyelesaian masalah (solving word problem) dalam matematik.

soalan

Hasil kajian ini

kemudiannya dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian seperti yang dinyatakan


dalam Bab 1. Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada data yang diperolehi selepas
34

analisis dilakukan. Dengan ini kesimpulan secara menyeluruh hasil dapatan kajian dapat
dilakukan. Perbincangan juga meliputi hasil analisis berdasarkan data yang
dikumpulkan.
Bahagian ringkasan kajian menjelaskan secara ringkas tujuan kajian, kaedah
yang digunakan , alat kajian , sampel kajian serta kaedah analisis data yang digunakan.
Masalah dalam menjalankan kajian meliputi masalah yang dihadapi oleh
penyelidik sepanjang melaksanakan kajian ini.

Cadangan kajian pula memberikan

beberapa saranan supaya kajian seterusnya dapat dijalankan dengan lebih sistematik
berpandukan kajian ini.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah sebenarnya faktor yang mempengaruhi murid
Tahun Lima sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah (Solving Word
Problem). Justeru itu, kajian ini akan melihat dan mengkaji apakah punca sebenar yang
menyebabkan murid-murid sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
Seterusnya kajian ini juga bertujuan melihat adakah faktor minat murid, faktor
pengajaran guru dan faktor bahasa pengantar (Bahasa Inggeris) juga mempengaruhi
kesukaran murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.
Sampel kajian dipilih dari sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Responden
adalah terdiri daripada para pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan St John (1) iaitu
seramai 60 orang.

35

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian bertulis (ujian pra dan
pacsa) dan soal selidik. Ujian bertulis diberikan kepada responden dan ditadbir oleh
guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5. Manakala soal selidik pula
diberikan kepada semua responden dengan ditadbir oleh penyelidik sendiri.
Bagi menganalisis data kajian ini,. jawapan-jawapan soal selidik dikumpulkan
secara peratusan mengikut perkara-perkara yang dikategorikan.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penyelidik telah dapat mengenalpasti
beberapa punca kelemahan murid Tahun Lima sukar untuk menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah (solving word problem). Punca-punca tersebut adalah seperti
berikut:

5.3.1 Punca Satu: Kegagalan Membuat Transformasi

Sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun Lima ialah gagal
memilih operasi yang sesuai semasa membuat penyelesaian. Terdapat sebahagian besar
murid-murid gagal untuk menukarkan cerita penyelesaian masalah kepada ayat
matematik yang tepat. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah mereka keliru untuk
menggunakan operasi yang bersesuaian dalam menyelesaikan suatu soalan penyelesaian
masalah. Contohnya, mereka keliru antara operasi tolak dan bahagi.

5.3.2 Punca Dua: Cuai Ketika Menjawab Soalan.


36

Selain daripada itu, dapatan kajian juga mendapati kecuaian merupakan faktor yang
kedua terbesar yang mengakibatkan murid gagal untuk menjawab soalan penyelesaian
masalah dengan betul. Biasanya kesilapan ini berlaku ketika murid melakukan proses
pengiraan. Contohnya ketika melaksanakan operasi penambahan dan penolakan.

5.3.3 Punca Tiga: Tidak Memahami Kehendak Soalan

Kesilapan juga berlaku disebabkan kegagalan murid untuk memahami kehendak soalan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan pemahaman berlaku disebabakan oleh
kegagalan murid memahami konsep matematik yang terdapat dalam soalan. Selain itu
juga, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat murid yang kurang memahami soalan
yang telah dibaca.

Perkara ini yang menyebabkan murid-murid tidak dapat

menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan betul atau langsung tidak mahu
menjawab soalan tersebut.

Selain itu juga, dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang
dianalisis daripada soal selidik mempengaruhi murid dalam menyelesaikan soalan
penyelesaian dikalangan murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan St. John (1), Kuala
Lumpur.

Antara faktor-faktor yang menjadi menyumbang kepada kewujudan

permasalahan ini adalah faktor minat murid terhadap mata pelajaran matematik, faktor
pengajaran guru dan faktor bahasa pengantar (Bahasa Inggeris).

37

5.3.4 Faktor Minat Murid Terhadap Matematik

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai minat yang positif


terhadap mata pelajaran matematik. Melalui data yang telah dianalisis, lebih daripada
50% responden bersetuju bahawa mereka berminat terhadap mata pelajaran matematik.

Keputusan kajian yang diperolehi juga selari dengan kajian Ames (1992) di mana
beliau mendapati bahawa sikap positif pelajar terhadap diri sendiri berkaitan dengan
aspek motivasi untuk mencapai kejayaan seperti kesanggupan belajar dengan
bersungguh-sungguh dan bersaing untuk mendapat markah yang tinggi. Aspek motivasi
ini boleh membantu penguasan dna kefahaman pelajar semasa proses pembelajaran.

Manakala Robert (1991) dalam penulisannya menekankan bahawa minat pelajar


terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru dapat mempengaruhi prestasi
mereka dalam pelajaran tersebut.

Minat pembelajaran seseorang pelajar itu dipengaruhi oleh beberapa faktor


seperti latar belakang keluarga, status ekonomi, gaya pembelajaran dan pengajaran guru
serta kerjasama daripada institusi-institusi yang berkenaan. Jika kekurangan salah satu
daripada faktor tersebut, maka akan mempengaruhi seseorang pelajar itu dalam
pembelajarannya.

38

Pemuafakatan seharusnya berlaku dalam pendidikan antara pihak sekolah dan


ibu bapa bagi meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak mereka (Zainal Abidin,
1995). Oleh yang demikian, jelaslah bahawa peranan ibu bapa dan guru amat penting
dalam membantu meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Peranan ibu bapa bukan
sahaja dalam menghadiri mesyuarat PIBG setahun sekali malah penglibatan mereka
dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah amatlah dialu-alukan. Tanpa
sokongan dari pihak ibu bapa, masalah yang timbul sukar untuk diatasi.

Berdasarkan keputusan analisis dan kajian-kajian yang lepas, penyelidik dapat


membuat kesimpulan bahawa minat murid-murid terhadap matematik adalah positif.
Selain daripada faktor minat, faktor-faktor lain seperti pengajaran guru, status ekonom
keluarga, suasana pembelajaran, kelas bimbingan dan bilangan murid dalam kelas juga
mempengaruhi kesukaran murid untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah
(Solving word problem).

5.3.5 Faktor Pengajaran Guru

Hasil kajian mendapati faktor pengajaran guru juga mempengaruhi kesukaran murid
dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik di sekolah ini. Hampir
80% responden bersetuju bahawa guru sentiasa menggunakan pelbagai teknik dan
kaedah untuk memudahkan segala penyampaian isi pelajaran.

Guru juga sentiasa

memberikan latihan kepada murid-murid agar mereka lebih memahami sesuatu topik itu
dengan lebih mendalam. Ini tidak dinafikan kerana kebanyakan guru yang mengajar
matematik adalah di kalangan guru yang opsyen matematik serta mempunyai

39

pengalaman dalam pengajaran matematik. Guru juga menggunakan bahasa Inggeris


yang mudah difahami oleh responden semasa pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Smith (1993), jika strategi pengajaran guru berkesan, pelajar akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian.

Zainal Abidin (1995), pula

menyatakan bahawa pengajaran tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran terkini dalam usaha menimbulkan minat
pelajar terhadap pengajaran guru.

Ini menunjukkan bahawa pencapaian seseorang

pelajar turut dipengaruhi oleh gaya penyampaian seorang guru.

Seseorang guru yang kurang mengambil berat terhadap murid yang lemah
menyebabkan golongan murid yang bermasalah ini akan terbiar tanpa rangsangan dari
pihak guru-guru. Kebanyakan subjek kajian menunjukkan minat yang positif terhadap
matematik walaupun pencapaian mereka sederhana sahaja, ini menunjukkan mereka
memerlukan bimbingan yang lebih dari pihak guru-guru untuk meningkatkan prestasi
mereka. Hasil kajian ini membawa implikasi di mana guru-guru haruslah mengekalkan
dan meningkatkan lagi minat positif murid terutamanya murid-murid yang agak lemah
dalam mata pelajaran matematik.

Guru juga perlulah memberi penghargaan yang sewajarnya kepada murid-murid


terhadap latihan yang dilakukan dan pencapaian yang mereka tunjukkan. Penghargaan
atau ganjaran dalam bentuk pujian, kata-kata perangsang atau hadiah dapat
meningkatkan keyakinan murid terhadap diri sendiri, mendorong murid berusaha dengan

40

lebih giat, menyenangi pengajaran guru dan menambah minat belajar murid. Dengan ini
mutu pencapaian semua murid dapat dipertingkatkan lagi.

Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan pendekatan pengajaran guru dengan


menggunakan pelbagai bahan bantu belajar. Bahan bantu belajar ini penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menarik minat dan meningkatkan
kefahaman murid terhadap mata pelajaran matematik terutamanya dalam menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah.

Ini disokong oleh Kamaruddin (1986), daya tarikan

sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran mengajar dan kaedah guru. Ini sejajar
dengan Mok Soon Sang (1996) yang menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar
dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran manakala responden pula dalam aktiviti
pembelajaran. Responden dapat mempelajari konsep dengan tepat dan penuh minat serta
kekal lebih lama dalam ingatan.

Menurut Nurul Himmah (1995), guru yang bersifat kreatif dan inovatif perlu
menggunakan pelbagai pendekatan serta teknik pengajaran bagi menarik minat murid
dan seterusnya melahirkan murid yang berkualiti.

Dalam kajian yang lepas, penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengajaran


guru merupakan salah satu faktor yang penting selain daripada minat murid. Jika guru
menggunakan kaedah yang sesuai dan berkesan, sudah tentu ia dapat menarik minat
murid untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tajuk yang diajar oleh guru dan
seterusnya dapat meningkatkan prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan.

41

Hasil kajian ini mendapati walaupun murid bersikap positif terhadap pengajaran
guru, namun terdapat juga murid yang mendapat markah yang rendah. Ini mungkin
disebabkan oleh cara pengajaran guru gagal menimbulkan minat murid, persekitaran
kelas yang tidak selesa dan mungkin juga faktor kekeluargaan.

5.3.6 Faktor Bahasa Pengantar (Bahasa Inggeris)

Keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor bahasa pengantar yang digunakan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga dalam soalan ujian mempengaruhi kesukaran
murid dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah. Ini kerana lebih daripada
50% responden bersetuju bahawa bahasa pengantar yang digunakan mempengaruhi
kefahaman mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu.

Ini bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Aziz (2003) iaitu
kebanyakan sampel kajian tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris adalah disebabkan oleh penggunaan
bahasa dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri. Majoriti sampel kajian
menyatakan kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam
bahasa Inggeris (Aziz, 2005).

42

Hal ini juga bertepatan dengan kajian oleh Jumrang (2004) yang menyatakan,
jika pelajar tidak dapat memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan
membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Di sini kita dapat
melihat pengaruhnya tidaklah begitu besar dan ia boleh diatasi asalkan pengajaran guru
hendaklah mengikut isi kandungan pelajaran yang menggunakan bahasa yang mudah
difahami.

Pada keseluruhannya, dapatan kajian mendapati subjek kajian menghadapi


masalah kesukaran untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah adalah kerana
mereka kurang memahami istilah-istilah matematik yang terdapat pada soalan tersebut.
Selain itu juga, jika guru menggunakan sepenuhnya bahasa pengantar dalam Bahasa
Inggeris dalam proses pengajarannya, terdapat segelintir murid yang langsung tidak
memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Mereka hanya menghafal istilah
yang disampaikan oleh guru melalui terjemahan dalam Bahasa Melayu. Masalah bahasa
menjadi salah satu punca masalah utama kerana bahasa memainkan peranan yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Taksiran yang dapat dibuat melalui
keputusan kajian adalah penggunaan bahasa sangat mempengaruhi kefahaman dan
pencapaian murid dalam sesuatu pelajaran.

5.4 Masalah Dalam Menjalankan Kajian

Ketika melaksanakan kajian ini, pelbagai halangan terpaksa dilalui oleh penyelidik.
Masalah yang timbul dalam menjalankan kajian ini ada segelintir dari subjek kajian

43

mengamalkan sikap ikut kawan dalam menjawab soal selidik yang diberikan. Ada
segelintir subjek kajian yang menjawab tidak mengikut perasaan masing-masing dan ada
juga yang tidak menjawab dengan jujur soal selidik yang diberikan. Manakala semasa
ujian pra dijalankan, terdapat murid yang menjawab soalan dengan sambil lewa sahaja.

5.5 Cadangan Kajian

Dalam membuat kajian ini, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi oleh
penyelidik dalam melakukan kajian-kajian seumpama ini pada masa hadapan.
Kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi dan dalam mengatasi masalah ini, penyelidik
memberi beberapa cadangan kajian yang dapat membantu penyelidik-penyelidik lain
demi kepentingan kajian.

Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi murid


sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah.

Penyelidik hanya

menggunakan satu kaedah sahaja untuk membantu murid-murid menyelesaikan soalan


penyelesaian masalah. Penyelidik berikutnya bolehlah memperkenalkan kaedah yang
lebih bersesuaian dan berkesan untuk meningkatkan lagi keyakinan murid dalam
menyelesaikan masalah matematik.

44

Pemilihan subjek kajian yang dipilih oleh pengkaji hanya tertumpu pada sebuah
sekolah sahaja.

Disyorkan agar pemilihan subjek dan tempat kajian dilakukan di

beberapa buah sekolah yang berlainan supaya taburan sampel lebih luas diperolehi agar
data yang diperoleh lebih menyeluruh.

5.6 Rumusan

Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa punca yang mempengaruhi
murid Tahun 5 sukar untuk menyelesaikan soalan penyelesaian masalah iaitu mereka
tidak dapat mengenal pasti operasi yang bersesuaian, cuai atau lalai semasa membuat
pengiraan dan juga kurang memahami kehendak soalan. Faktor minat murid, pengajaran
guru dan juga faktor bahasa pengantar yang digunakan juga adalah beberapa faktor yang
turut sama menyumbang kepada permasalahan tersebut. Oleh yang demikian, guru
sebagai seorang guru kita hendaklah mengambil tindakan susulan untuk membantu
murid-murid demi meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep dan
penguasan sesuatu kemahiran agar kesilapan yang sama tidak dilakukan semasa mereka
berada di Tahun 6 kelak.

45

RUJUKAN

Adnan Kamis (1986). Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap Sekolah dan Mata
Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan
UKM 10 & 11, 31-39.
Amran bin Hj. Samek (1992). Beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian
Matematik murid-murid Melayu Tahun Lima, Satu Kajian Kes di Sekolah
Kebangsaan Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang
tidak diterbitkan, Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Crow, L & Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Penguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Derek Rowntree (1980). The Dictionary of Education. London Mac Milan Company:
Collier-Mac Millan Limited.

46

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Laporan


kajian pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik
KBSR. Kuala Lumpur.
Hassan bin Embong (1989). Faktor-faktor kelemahan pencapaian murid dalam
penyelesaian masalah. Tesis yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Hassan Pardi (1998). Pola kesilapan murid tahun tiga menyelesaikan masalah bercerita
dalam matematik: satu kajian kes.

Laporan kajian yang diserahkan untuk

memenuhi sebahagian daripada keperluan bagi Ijazah Sarjana Pendidikan tidak


diterbitkan. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Khartini Khalid (2003). Masyarakat Cemerlang. Diperolehi Julai 3, 2007 daripada
http://www.Asial.com.sg/dian/story/0,3617,21045,00.htm
Pusat Perkembangan Kurikulum (2007). Sains dan Matematik. Diperoleh Julai 5, 2007
daripada http://www.myschoolnet.ppk.kpm
Majid Isa (1994). Penyelidikan Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan. Tesis yang tidak
diterbitkan, Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Marzita Abdullah (1998). Bahasa-Bukan Penyebab Kemerosotan Pelajar. Diperolehi
Jun 2, 2007 daripada
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkiba/a_berita/11_04_03.htm
Mayer, R.E.(1987). Educational psychology. A cognitive approach. Boston: Little
Brown.
Maznah binti Mat Omar(1988/89). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
Matematik UPSR Sekolah Kebangsaan Trolak Timur, Trolak Perak Darul
Ridzuan. Tesis yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
47

Mohd Ismail Suhada (1998). Kajian mengenai persepsi murid terhadap amali Pertanian
dalam matapelajaran Kemahiran Hidup bersepadu. Diperolehi Julai 3, 2007
daripada http://www.Geocities.com/silicon_valley /peaks/7539/bab2.htm
Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Noorlida Mahmood (2009). Ujian Fokus. Mathmematic Year 5, Paper 2. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd.

Nurul Himmah Hassan (1995, Dis 2003). Perluaskan Teknik Pengajaran. Utusan
Malaysia, 4-5.
Robert E.S. (1991). Education Psychology. United State of American. Simon and
Shcharter Englewood Cliff.
Sea Keng Kang (2006). Meningkatkan kefahaman murid dalam penentuan operasi bagi
soalan penyelesaian masalah yang melibatkan operasi asas. Diperolehi Julai 5,
2007 daripada http://apps.emoe.gov.jpnperak/kajian/2006
Sharazat Maimon binti M. Hanafiah (1989). Sikap terhadap matapelajaran Matematik
dan hubungannya dengan pencapaian matapelajaran tersebut di kalangan
pelajar Tingkatan Dua. Tesis yang tidak diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Smith, E.L, Blakeslee, T.D and Anderson, E.W(1993). Teaching strategies Associated
with conceptual change learning in science. Journal of research in Science
teaching 30(2): 116-123
Zainal Abidin bin Said (198788). Sikap pelajar-pelajar terhadap matapelajaran
48

Matematik Moden.

Tesis yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.


Zainal Abidin Awang (1995, Dis 23). Ibu bapa dan guru perlu bermuafakat. Utusan
Malaysia.
Zaiton binti Mohd Yusoff (1990). Perbandingan pencapaian murid dalam topik-topik
Matematik Tahun Empat. Satu kajian kes. Tesis yang tidak diterbitkan, Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

LAMPIRAN A
PANDANGAN MURID TAHUN LIMA TERHADAP SOALAN PENYELESAIAN
MASALAH (WORD PROBLEMS)

Arahan :

Bagi setiap pernyataan di bawah, sila bulatkan yang berkenaan dengan


menggunakan skala berikut:
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 TidakSetuju (TS)
3 Kurang Setuju (KS)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)

STS

TS

KS

SS

1. Matematik adalah satu mata pelajaran yang


penting.

2. Matematik adalah mata pelajaran yang senang.

3. Saya suka topik penyelesaian masalah.

4. Penyelesaian masalah berkaitan dengan kehidupan

5
49

harian saya.
5. Soalan matematik yang melibatkan penyelesaian
masalah susah untuk difahami.

8. Saya kurang berminat untuk mempelajari


mata pelajaran matematik.

9. Konsep-konsep yang terdapat dalam soalan


penyelesaian masalah sukar untuk difahami.

10. Guru tidak memberikan penerangan


yang jelas semasa mengajar jalan
pengiraan

11. Guru kurang menggunakan bahan bantu


mengajar untuk menambahkan
kefahaman murid.

12. Guru tidak mengaitkan konsep matematik


dengan kehidupan seharian.

13. Guru tidak banyak memberi latih tubi


kepada murid-murid.

6. Soalan penyelesaian masalah sangat


mencabar.
7. Saya selalu membuat soalan penyelesaian
masalah sebagai pengukuhan.

14. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam


pengajaran guru menyukarkan pemahaman
saya.
15. Saya sukar untuk memahami soalan penyelesaian
masalah kerana ia dalam Bahasa Inggeris.

50

51

Vous aimerez peut-être aussi