Vous êtes sur la page 1sur 3

Untuk asas jahitan, jom kita belajar menjahit dress.

Bahan-bahan yang diperlukan:


1. Minat. Nak buat apa kerja pun mesti ada minat. Tak minat tak jadi.
2. Mesin jahit.
3. Mesin jahit tepi.
4. Kertas - untuk buat pola. Surat khabar pon boleh. Sempoi...
5. Gunting - untuk gunting pola dan kain.
6. Fabrik. Untuk first timer guna kain cotton yang senang potong. Dah pandai nanti suka hati nak guna kain apa.
7. Benang - sama color dengan kain.
8. Zip - biasa 16"
9. Kapur untuk trace pada kain.
10. Measuring tape.
11. Imaginasi sebab belajar dari membaca perlukan lebih imaginasi.

Jom start.
1. Ni rupa dress yang kita nak buat. Bahagian dada dan pinggang adalah bahagian yang dibahagi 4 apabila melukis
pola. Bahagian lain perlu dibahagi 2.

Alamak.. tertinggal lengan.


2. Ambil ukuran. Suka hati nak guna measurement cm atau inch. Up to you.
Contoh:

Bahu - 14"

Bahu ke pergelangan tangan - 22" (ikut suka nak lengan panjang atau pendek)

Pergelangan ketiak - 8"

dada - 32"

pinggang - 29"

bahu ke pinggang - 16"

panjang skirt - 32"

lebar skirt - 20"

3. Lukis pola. Pola adalah gambaran 1/4 daripada baju bermakna kita andaikan baju di bahagi 2 untuk pola depan,
dan 2 bahagian lagi untuk pola belakang. Kenapa pola 1/4 bahagian baju sahaja? Sebab belah kiri kanan badan
sama besar, jadi kita cuma ambil 1 bahagian sahaja. Buat 2 pola untuk depan dan belakang. Bahagian depan lukis
semi bulat untuk leher, bahagian belakang lukis sikit untuk leher.

Pola. Imagine ini 1/4 daripada baju.


4. Pola depan. Lipat kain kepada dua bahagian. Letak pola di atas kain dan rapatkan pada bahagian lipatan.
Potong kain ikut bentuk pola tetapi lebihkan tepi dalam 1/2" - 1" untuk basi (seam allowance).
5. Pola belakang. Lipat kain kepada dua bahagian tetapi pola tidak diletak rapat pada bahagian lipatan. Letak di
tengah-tengah kain kerana kita ingat dapatkan 2 kepingan kain (separuh-separuh). Kenapa 2 keping? Sebab
belakang ada zip.
6. Pola tangan. Untuk bahagian tangan, kain dibahagi 4 (lipat 2 kemudia lipat 2 lagi). Letakkan pola rapat pada
hujung bahagian lipatan. Potong kain mengikut pola (lebihkan sedikit 1/2" - 1" untuk basi).

Potong ikut garisan putus-putus. Jahit pada garisan lurus.


7. Jahit tepi semua bahagian kain.
8. Cantum bahagian bahu depan dengan bahu belakang.
9. Jahit bahagian badan kiri kanan depan dan belakang.
10. Jahitkan zip dan cantumkan bahagian tengah sehingga ke bawah. Dah jadi rangka baju dress.
11. Cantumkan lengan baju.
12. Finishing leher, lengan dan bawah skirt. Siap!

Vous aimerez peut-être aussi