Vous êtes sur la page 1sur 9

AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

TAMADUN ASIA SELATAN (SOALAN 3 )

BINCANGKAN ASAS-ASAS KECEMERLANGAN EMPAYAR MAURYA

PENGENALAN

Empayar Maurya telah diasaskan oleh Chandragupta Maurya.1 Kemunculan nama Maurya

adalah disebabkan perkataan tersebut adalah berasal daripada salah satu suku yang berada di

utara India yang dikenali sebagi Moriyas.2 Empayar ini juga merupakan empayar yang pertama

di India iaitu bermula sekitar tahun 321 S.M. sehingga 292 S.M.. Empayar Maurya bermula

apabila Chandragupta Maurya Berjaya mengalahkan Kerajaan Magadha dan telah menjadikan

Pataliputra sebagai ibu negeri yang teletak di Magadha sebagai pusat pemerintahan empayarnya. 3

Mengikut sumber john keay dalam bukunya A History of India yang telah diterbitkan di India

oleh penerbit Harper Collins telah menunjukkan bahawa terdapat sepuluh orang pemerintah yang

pernah memerintah Empayar Maurya antaranya ialah Chanragupta Maurya, Bindusara, Asoka,

Kunala, Dasaratha, Samprati, Salisuka, Devavarman, Satadhanvan dan Brhadratha. 4 Tetapi,

hanya terdapat tiga sahaja pemerintah yang menonjol dalam perkembagan Empayar Maurya iaitu

Chandragupta Maurya, Bindusari dan Asoka. Pemerintah-pemerintah inilah yang telah

membentuk asas-asas kecemerlangan Empayar Maurya itu sendiri. Pemerintah yang pertama

yang memainkan peranan penting ialah Chandragupta Maurya kerana disebabkan beliaulah telah

wujudnya Empayar Maurya selepas mengalahkan Magadha dan menjadi pengasasnya.

ASAS-ASAS KECEMERLANGAN EMPAYAR MAURYA

1
W.N. Weech, J.P., F.S.A., M.A, Sejarah Dunia Jilid 1, Terjemahan Abdul Karim Abdullah & Hamidah
Shamsudin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976, Hlm. 462.
2
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2004, Hlm. 85.

3
, Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti
SDN. BHD., 2001, Hlm. 133.

4
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Ibid, Hlm. 95.

1
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Peranan Pengasas Empayar Maurya

Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya, beliau telah menumpuhkan pemerintahan

dalam menguatkan Empayarnya melalui ketenteraan. Dengan kebijaksanaan yang beliau miliki

telah menlantik Kautilya sebagai Perdana Menterinya untuk membantu Empayarnya dalam

menentukan dasar-dasar kerajaan beliau. Dengan bantuan Kautilya semasa pemerintahan

Chandragupta Maurya telah menguatkan lagi kedudukan Empayar Maurya kerana kautilya

merupakan seorang Brahman dan mempunyai sebuah karya iaitu Arthasastra dan juga

mempunyai pengetahuan yang banyak dalam membentuk kerajaan yang kuat. Oleh itu, sedikit

sebanyak telah membantu Chandragupta Maurya untuk mewujudkan kestabilan politik, ekonomi

dan sosial bagi mengawal wilayah-wilayah dalam pengaruhnya.5

Chandragupata Maurya telah berjaya meluaskan pengaruh yang meliputi kawasan Hindu

Kush sehingga ke hilir Ganges dan kawasan selatan sehingga ke tengah India yang berada

dalam kawasan pergunungan.6 Hal ini kerana berliau mempunyai kekuatan ketenteraan yang

kuat dan ramai iaitu terdapat 700 000 orang tentera. Dengan itu telah membantu dalam

pengukuhan pemerintahan beliau. Semasa Chandragupta Maurya juga telah wujud organisasi

ketenteraan yang turut membantu dalam melicinkan pentadbiran empayar Maurya iaitu terdapat

enam pejabat peperangan, mempunyai perkhidmatan perisik yang teratur dan mahir dalam

membaca kanun isyarat dan utusan merpati. Tentera yang dimiliki oleh beliau juga adalah sangat

cekap dan sangat setia pada beliau. Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya, beliau adalah

seorang yang sangat tegas dan zalim dengan golongan bawahan. 7 Dengan keadaaan itu,

pemerintahan Chadragupta Maurya telah berjalan dengan lancar dan kemudiannya sistem

5
Ibid, Hlm. 85.

6
W.N. Weech, J.P., F.S.A., M.A, Sejarah Dunia Jilid 1, Hlm. 463.

7
Ibid,

2
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

pemerintahannya telah diteruskan oleh pewaris-pewaris beliau. Semasa kematian beliau, terdapat

penambahbaikan dalam sistem politik, sosial dan ekonomi terutamanya semasa zaman

pemerintahan Asoka.

Peranan Pewaris Chandragupta Maurya

Pewaris Chandragupta Maurya telah memainkan peranan penting dalam menjaga dan

meneruskan Empayar Maurya daripada musnah begitu sahaja. Selepas kematian beliau, anaknya

Bindusara telah mengambil alih pemerintahan Empayar Maurya iaitu sekitat tahun 297 sehingga

272 S.M. Bindusara telah meneruskan corak pemerintahan bapanya iaitu dengan kekuatan

ketenteraan sehingga beliau telah digelar sebagai ‘slayer of Enemies’. Hal ini kerana beliau

adalah seorang pembunuh yang kejam dan tidak memiliki sifat belas kasihan terhadap musuh-

musuh yang dihadapinya. Hal ini bertujuan untuk meluaskan pengaruh empayar Maurya

sehingga dikatakan bahawa empayar Maurya telah menguasai kira-kira satu pertiga daripada

keseluruhan Benua Kecil yang ada di India sebelum kematian beliau.8

Zaman kegemilangan dan kecemerlangan Empayar Maurya bertambah agung semasa

pemerintahan Asoka. Asoka merupakan cucu kepada Chandragupta Maurya dan anak kepada

Bindusara yang terus mewarisi pemerintahan Empayar Maurya pada tahun 273 S.M.. Pada awal

pemerintahannya, Asoka telah mengikuti corak pemrintahan bapanya dan datuknya iaitu secara

ketenteraan untuk meluaskan empayarnya.9 Beliau ini juga seorang yang kejam kerana pernah

membunuh ahli keluarganya sebanyak 99 orang.10 Selain itu, semasa dalam peperangan

8
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Hlm. 91-92.

9
Hart, M.H., Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Golden Books Centre
Sdn. Bhd., 2004, Hlm. 253.
10
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Hlm. 92.

3
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

menentang Kalinga beliau telah telah berjaya membunuh 100 000 orang dan Kalinga dapat

ditewaskan. Akibat daripada pembunuhan tersebut beliau mula sedar dan insaf dengan

perbuatannya itu dan beliau cuba memulakan cara hidup baru dengan memeluk agama Buddha

dan mula mengamalankan dharma yang terdiri daripada kebenaran, belas kasihan dan tanpa

keganansan dalam pemrintahannya.11 Serterusnya, Asoka cuba pula mengembangkan agama

Buddha ke luar kawasan India sehingga ke China, Ceylon, Burma, Siam, Tibet dan Jepun.

Kemudiannya beliau mula mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya dalam

pemerintahannya. Pemerintahannya sebegini banyak membantunya dalam mencapai banyak

kejayaan dalam Empayarnya.12 Asoka meninggal dunia pada tahun 232 S.M..13

Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Yang Sistematik

Dapat dilihat sistem pemerintahan dan pentadbiran yang kukuh empayar Maurya dibina

bermula semasa pemerintahan Chandragupta Maurya. Empayar Maurya mempunyai sistem

pentadbiran yang sitematik dan teratur yang membantu membina kecemerlangan empayar

Maurya. Pataliputra telah dijadikan sebagai ibu negeri Maurya, sebuah kubu pertahanan, pusat

pentadbiran dan pusat ekonomi. Bagi memudahkan pengurusan pentadbiran empayar Maurya

tedapat Majlis Perbandaran yang telah dibentuk dan mempunyai beberapa bahagian yang telah

dijalankan. Majlis ini mempunyai 30 orang ahli dan kemudian telah dibahagikan kepada enam

komiti dan setiap komiti tersebut pula mempunyai lima orang ahli. Antara komiti tersebut ialah

industri dan kraf tangan, kelahiran dan kematian, pembuatan dan pelancongan dan terdapat juga

badan kebajikan.
11
Hart, M.H., Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Hlm. 254.
12
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2001, Hlm. 36-37.
13
Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Hlm. 137.

4
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Kesemua ini dibentuk adalah bertujuan untuk bertanggungjawab dalam hal-ehwal

kewangan, sanitari, bekalan air, pengurusan bangunan awam dan taman bunga. Manakala,

empayarnya juga telah dibahagikan kepada beberapa daerah. Setiap daerah tersebut ditadbir oleh

kaum keluarga dan dibantu oleh jeneral-jeneral. Seterusnya, dibentuk majlis menteri yang

dikenali sebagai Mantrius agar pentadbiran berjalan dengan lancar dan baik. 14 Sistem ini telah

diteruskan oleh pewaris-pewaris Chandragupa Maurya iaitu Bindusari dan anaknya Asoka.

Semasa pemerintahan Asoka terdapat perubahan dalam corak pemerintahannya iaitu selepas

beliau memerintah secara kekejaman dan mengalahkan Kalinga.15 Selain itu, beliau juga telah

mula memberi gaji kepada orang bawahan yang membantu beliau dalam pentadbiran mengikut

jawatan yang disandang oleh seseorang itu. 16 Pembaharuan lain yang telah dibuat semasa

pemerintahannya juga termasuk mengamalkan polisi kemanusian, melonggarkan undang-undang

yang keras, mendirikan hospital haiwan, membina jalan raya dan menganjurkan pengairan.

Beliau mula aktif dalam keagaman terutamanya agama Buddha dan telah menghantar

pegawainya ke beberapa tempat untuk menyebarkan agama Buddha dan salah satunya yang telah

Berjaya ialah di Ceylon. Asoka memaparkan polisi yang beliau jalankan tersebut disetiap

wilayah jajahannya dengan menyuruh pegawainya memaparkannya pada batu atau tiang agar

diketahui oleh orang ramai.17 Dengan itu memudahkan rakyatnya untuk mengetahui sesuatu

maklumat dan perkembangan yang berlaku semasa pemerintahan Asoka.

Perkembangan Dalam Sistem Ekonomi

14
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Hlm. 90-91.

15
. Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Hlm. 136.

16
Thapar, Romila., A history of India, Harmondsworth: Penguin Books, 1966, Hlm. 83.

17
Hart, M.H., Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Hlm. 254.

5
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Sistem ekonomi yang dijalankan di empayar Maurya juga turut membantu dalam

mencapai asas kecemerlangan Empayar Maurya itu sendiri. Perkembang ekonomi di empayar

Maurya telah bermula pada abad ke-3 S.M. dan berkembang pesat pada abad ke-4 S.M.. Dapat

dilihat bahawa aktiviti pertanian pada masa itu adalah amat penting kerana telah memberi

sumbangan yang cukup besar dalam menyumbang kepada pendapatan empayar Maurya.18 Tanah

yang ada di Empayar Maurya adalah hak milik maharaja dan mempunyai perundangan yang

telah dikuatkuasakan dalam Arthasastra. Oleh itu, petani yang mengusahakan tanah akan

dikenakan cukai daripada hasil tanaman dengan kadar satu pertiga sehingga satu perenam

daripada hasil keseluruhannya kepada kerajaan empayar. Dengan cukai yang diterima oleh

kerajaan tersebut akan menyalurkan kembali kepada petani seperti membina sistem pengairan,

pembinaan empangan dan sebagainya. Hal ini dilaksanakan oleh Chandragupta Maurya yang

membolehkan sektor pertanian semakin berkembang maju.19

Selain itu, asas kecemerlangan Empayar Maurya dalam aspek ekonomi ini juga tertumpuh

kepada aktiviti perdagangan dan perniagaan yang telah dijalankan dan membabitkan

perdagangan antara utara dengan selatan yang sangat pesat berkembang. Semasa pemerintahan

Asoka, beliau telah membuat hubungan yang erat dengan beberapa kerajaan luar seperti kerajaan

Raja Tissa dari Sri Langka, kerajaan Greek dari Eropah dan kerajaan China. Sungai Oxus di Asia

Tengah sehingga sampai ke Laut Caspia da Laut Hitam adalah merupakan laluan perdagangan

yang sangat penting bagi menghubungkan India dengan kerajaan disebelah barat terutamanya

Eropah. Perdagangan juga berlaku melalui jalan darat yang dikenali sebagai ‘Grand Trunk Road’

atau ‘ Jalan Raya Utara’. Antara barang dagangan yang didagangkan adalah seperti senjata dan

gajah dari Anga, kalinga dan Karusa. Emas, belian dan mutiara pula adalah dari Madura, Sri

18
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India, Hlm. 95-96.

19
Ibid.

6
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Langka dan pandya. Manakala, barang dagangan dari China adalah Sutera China yang dikenali

sebagai chinapatta. Pekembagan perdagangan ini turut membantu dalam perkembangan

perindustrian di Empayar Maurya.20 Hal ini telah membuktikan bahawa Empayar Maurya

sememang telah mencapai kecemerlangan dalam aspek kegiatan ekonomi sekitar abad keempat

sebelum masihi.

Wujudnya Perkembangan Dalam Sistem Sosial

Dengan melihat struktur pemerintahan empayar Maurya dan sistem ekonomi yang telah

dijelaskan diatas. Secara tidak langsung telah mempengaruhi sistem sosial yang sistematik dalam

pemerintahan empayar Maurya iaitu terdapatnya golongan yang memerintah dan golongan yang

diperintah. Dengan wujudnya ini telah membezakan kegiatan mereka antara satu sama lain iaitu

dapat dilihat ianya telah mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tetap. Salah satu buktinya

ialah akibat daripada perkembangan ekonomi yang pesat wujudnya ahli pedagang, peniaga dan

lain-lain lagi.21 Sistem sosial semasa empayar Maurya ini adalah banyak tertumpuh kepada

perkembangan kebudayaan dan ajaran Buddha yang menjadi sumbangan terpenting kepada

masyarakat hari ini. Hal ini berlaku adalah semasa zaman pemerintahan Asoka. 22 Dapat dilihat

penyebaran ajaran Buddha ini meliputi kawasan yang cukup luas iaitu terdiri daripada China,

Ceylon di Sri Langka, Burma, Siam, Tibet dan Jepun.23 Selain daripada menyebarkan ajaran

Buddha ke tempat lain, Asoka juga telah membina “Menara Batu” di setiap kawasan naungannya

untuk memberi penerangan yang berkaitan ajaran Buddha kepada penganutnya dan masyarakat.

20
Ibid, Hlm. 96-97.

21
Ibid, Hlm. 98.

22
Ibid. Hlm. 93.

23
Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Hlm. 37.

7
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

Dengan adanya “Menara Batu” yang masih kekal sehingga sekarang telah memudahkan ahli

sejarah untuk membenarkan wujudnya kecemerlangan yang ada pada empayar Maurya

terutamanya pada zaman pemerintahan Asoka dalam aspek kebudyaan dan ajaran Buddha.24

KESIMPULAN

Asas-asas kecemerlangan empayar Maurya dapat dilihat telah bermula pada zaman

pemerintahan Chandragupta Maurya. Kemudiaannya pemerintahan empayar Maurya telah

diteruskan oleh waris beliau iaitu Bindusari dan Asoka. Dengan ini dapat dilihat bahawa

sememangnya terdapatnya asas-asas yang membantu empayar Maurya dalam mencapai zaman

kecemerlangan dan kegemilangannya iaitu tidak kira kemajuan dari aspek politik, ekonomi dan

sosial. Kecemerlangan empayar Maurya mula berkurangan selepas kematian Asoka dan

kemudiannya digantikan oleh beberapa pemerintah yang kurang berpengalaman dan kurang

berkemampuan dalam menjalankan pemerintahan.

Bibliografi

Azharudin Mohd. Dali, 2004, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hart, M.H., 2004, Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Golden
Books Centre Sdn. Bhd.

Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001, Tamadun Dunia, Shah Alam,
Selangor: Fajar Bakti SDN. BHD.

Thapar, Romila., 1966, A history of India, Harmondsworth: Penguin Books.

Wan Abdul Rahman Latif, 2001,Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
24
Azharudin Mohd. Dali, Tamadun India,. Hlm. 94.

8
AEEA 1103 : PENGHANTAR SEJARAH TAMADUN DI ASIA ZAMAN AWAL

W.N. Weech, J.P., F.S.A., M.A, 1976, Sejarah Dunia Jilid 1, Terjemahan Abdul Karim Abdullah &
Hamidah Shamsudin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi