Vous êtes sur la page 1sur 4

LARRYSON ANAK ROSLAN

PISMP SEJARAH (SK) JUN 2015


AMALI 1
Tajuk

: Memerhati sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis daun).

Tujuan

: Menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan menggunakan pewarnaan
yang betul.

Bahan / radas :
1. Mikroskop
2. Slaid kaca
3. Penutup slaid
4. Penitik
5. Forsep
6. Pisau
7. Pencungkil gigi
8. Metilin biru
9. Larutan iodin
10. Bawang
Prosedur:
A. Memerhatikan sel pipi
1. Mulut dibersihkan dengan berkumur.
2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, sel-sel dalam pipi dikikis dengan cermat.
3. Sel-sel tersebut diletakkan di atas larutan metilin biru di atas salid kaca.
4. Penutup diletakkan di atas spesimen sel.
5. Spesimen diperhatikan di bawah mikroskop dengan kanta objektif berkuasa rendah
kemudian dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
6. Sel pipi dilukis dan bahagian-bahagian berikut dilabelkan : nukleus, bahan kromatin,
membrane sel dan sitoplasma.
B.
1.
2.
3.
4.

Memerhatikan sel epidermis daun


Lapisan epidermis bawang dikeluarkan dengan menggunakan pisau.
Dipotong kepada saiz kecil dan diletakkan di titikan larutan iodin di atas slaid kaca.
Penutup diletakkan di atas slaid kaca.
Spesimen diperhatikan di bawah mikroskop dengan kanta objektif berkuasa rendah
kemudian dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
5. Sel epidermis dilukis dan bahagian-bahagian berikut dilabelkan : nukleus, bahan kromatin,
membrane sel, sitoplasma dan vakuol.

Pemerhatian :
A. Sel Pipi

LARRYSON ANAK ROSLAN


PISMP SEJARAH (SK) JUN 2015

Nukleus

Membran
sel

Sitoplasm
a
Kuasa pembesaran : 160X

B. Sel Epidermis Daun

Membran
sel

LARRYSON ANAK ROSLAN


PISMP SEJARAH (SK) JUN 2015

sitoplasm
a

Nukleus

Dinding
sel
Kuasa pembesaran : 160X

Kesimpulan :
Sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap dan tidak teratur. Sel tumbuhan mempunyai bentuk
yang tetap.

Soalan :
1. Namakan jenis sel pada lapisan sel pipi.
Sel epitelium.

LARRYSON ANAK ROSLAN


PISMP SEJARAH (SK) JUN 2015

2. Mengapakah sel epidermal bawang tidak mengandungi kloroplasma?


Sel epidermal bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Sel epidermal bawang
berfungsi untuk menyimpan makanan. Proses fotosintesis adalah kemampuan tumbuhan
hijau untuk membuat makanannya sendiri.

3. Nyatakan perbezaan dan persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
Sel haiwan

Sel tumbuhan

Kedua-dua sel mengandungi nukleus, membran sel, mitokondria dan sitoplasma


Mempunyai bentuk yang tidak tetap
Mempunyai bentuk yang tetap
Tidak mempunyai dinding sel
Mempunyai dinding sel
Mempunyai vakuol yang sangat kecil
Mempunyai vakuol yang besar

4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai control centre bagi sel?


Nukleus dikenali sebagai control centre kerana nukleus mempunyai kromatin dan kromatin
mengandungi DNA. DNA mengawal setiap aktiviti di dalam sel dan DNA mengandungi
genetik kod setiap individu.

5. Apakah itu tisu?


Tisu ialah gabungan sel-sel yang serupa dan tersusun. Sel-sel ini bergabung untuk
melaksanakan sesuatu fungsi yang khusus di dalam sistem yang tertentu.

Vous aimerez peut-être aussi