Vous êtes sur la page 1sur 8

MAPM 2131 1

PENYELIAAN

BAB 1
PENGENALAN
Di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh terjejas
dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambatlambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk
kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan
sombong terhadap orang ramai yang memerlukan khidmat (Aminuddin Mohd Yusuf,
1994). Masalah-masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan
seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam sesebuah
organisasi.
Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua
individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang
adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang
dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang
berbeza-beza. Misalnya, (Bernard Urwick, 1904) berpendapat bahawa kepimpinan adalah
kualiti tingkah laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk
mencapai objektif organisasi. (Robert J. House dan Mary L. Baetz, 1979), berpendapat
bahawa kepimpinan boleh berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau lebih
dan selalunya melibatkan pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mancapai sesuatu
matlamat kumpulan.

MAPM 2131 2
PENYELIAAN

Walaupun penyeliaan bukanlah salu peranan khusus seseorang tetapi dalam sistem
birokrasi yang berlaku dalam system organisasi di Malaysia memang telah ditcntukan
perlantikan seseorang itu untuk menjalankan sesuatu kerja atau tugas. Sehubungan
dengan itu peranan penyeliaan ini telah diserahkan kepada beberapa individu tertentu
untuk melaksanakannya. Oleh itu, setiap organisasi memerlukan seseorang yang
dipertanggungjawabkan bagi memastikan mutu dan kelancaran kerja berjalan dengan
sempurna. Seseorang itu juga di kenali sebagai penyelia. Menurut (Raymond, 2004),
penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas,
mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih,
memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.

MAPM 2131 3
PENYELIAAN

BAB 2
KAJIAN SEMULA
Berdasarkan kajian literature (Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987) telah
menyokong konsep penyeliaan yang berasaskan mengawal selia aktiviti oleh penyelia ke
atas stafnya. Perkara ini dapat dibuktikan apabila staf yang bertugas perlu datang
bertugas mengikut masa yang ditetapkan dan membuat kerja mengikut masa yang
diarahkan. PPP juga perlu melayan atau menyelesaikan masalah pada peringkat KD
termasuk agak peribadi sekiranya keadaan tersebut menyebabkan mutu kerja organisasi
menurun dan perkara ini disokong berdasarkan kajian literature (Adair,1992). Tambahan
pula, PPP perlu membuat anggaran belanjawan bulanan dan suku tahunan. Ini termasuk
keperluaan seperti ubat, minyak kenderaan, elaun perjalanan dan elaun kerja lebih masa
serta memastikan klinik dan sekitarnya sentiasa bersih dan kemas.
Berdasarkan teori penyeliaan Tradisional sainstifik karya ( Frederick Taylor,
1900). Teori ini menekankan kepada penyeliaan terhadap keseluruhan tugas PPP supaya
kelancaran tugas yang berkesan dapat dihasilkan. Teori penyeliaan tradisional
menganggap PPP sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Hubungan penyelia dengan
yang diselia perlu ada jarak dan ruang yang jelas. Secara keseluruhannya penyeliaan
menurut teori ini menghendaki PPP diselia dan dicerap untuk memastikan tercapainya
matlamat output tugasan secara efisien.

MAPM 2131 4
PENYELIAAN

Selain itu, menurut teori penyeliaan hubungan manusia pula, (Elton Mayo, 19301950), percaya bahawa produktiviti kerja akan meningkat bila terdapat hubungan yang
baik ditempat kerja.. Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik
antara penyelia dan kakitangan yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan
rasa kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan yang diselia.
Pekerja diberikan kesempatan untuk berinteraksi antara satu sama lain, memperlakukan
mereka dengan sopan dan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan.
Bagi (Douhlas Mcgregor, 1960) pula, dalam pengurusan sumber manusia penyelia
hospital/KK perlu memberikan perhatian terhadap Sumber manusia dengan melihat
kepada keperluan manusia, potensi dan kepuasan dan bukan hanya untuk mengembirakan
mereka serta memanipulasikan mereka. Human Resources Supervision ada
membincangkan bahawa kakitangan kesihatan (PPP) adalah idividu yang berpotensi dan
berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif
sebagaimana yang dijelaskan dalam teori Y (McGregor, 1989). Oleh itu pendekatan teori
Y sepatutnya didokong oleh pentadbir hospital. Ianya merupakan satu stail kepimpinan
yang dapat membantu proses khidmat kakitangan kesihatan yang lebih berkesan dan
berwawasan. Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks kesihatan bertujuan untuk
membangunkan perkembangan psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap
profesionalisme dalam perkhidmatan awam.

MAPM 2131 5
PENYELIAAN

BAB 3
PERBINCANGAN
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di
bawah Pengurusan Hospital. Unit ini di ketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan
Gred U42 dan akan melapor kepada Pengarah Hospital. Unit ini juga berperanan dalam
pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang
cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah
jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan Lelaki.
Adalah tidak boleh dinafikan lagi, penyeliaan di peringkat Klinik Daerah (KD)
selalunya di kendalikan oleh PPP. Tanggunjawab PPP adalah untuk memastikan segala
program pada peringkat KD berjalan dengan lancar dan mengambil kira aspek mutu
kerja, kos serta menepati masa dan perkara ini dapat di sokong melalui kajian literature
(Alfonso et. al.,1980). PPP dapat mencapai mutu kerja melalui penyeliaan di KD dengan
memastikan KD berfungsi dengan sempurna dan mencapai objektif yang ditentukan.
Selain itu, menjimatkan kos menunjukkan penyeliaan seseorang PPP berada di tahap
terbaik. Contohnya, PPP yang merujuk kes hanya perlu menggunakan kenderaan klinik
jika betul-betul perlu dan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

MAPM 2131 6
PENYELIAAN

Setiap penyelia perlu menghargai kepentingan pengurusan dalam perkembangan


masyarakat. Mempelajari asas penyeliaan akan membentuk pengetahuan asas untuk
menjadikan sesuatu tugas PPP itu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Memandangkan dunia pada hari ini dihimpit arus globalisasi, maka proses penyeliaan
juga turut mengalami perubahan. Penyelia pada hari ini perlu peka kepada perubahan
persekitaran dan menyesuaikan keadaan dengan proses perancangan, penorganisasian,
kepemimpinan dan pengawalan. Peralihan paradigma penyelia akan membolehkan
organisasi berdaya saing dalam arus cabaran globalisasi. Kegagalan penyelia dan
keengganan untuk berubah akan menyebabkan proses penyeliaan mengalami masalah.

MAPM 2131 7
PENYELIAAN

BAB 4
RUMUSAN
Setiap organisasi memerlukan pemimpin/penyelia. Tanpa penyeliaan sesebuah
organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah
organisasi bergantung kepada ketua. Seseorang ketua dikatakan berjaya sekiranya dia
berjaya menerapkan kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua ahli kakitangan.
Untuk menjadi penyelia yang berwibawa, seseorang bukan sahaja perlu mempunyai
pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman
lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan untuk
mengawal, mempengaruhi, memujuk, daya memaksa, mengesahkan dan daya membuat
rujukan. Terdapat beberapa teori kepimpinan di dalam menguruskan organisasi antaranya
ialah teori latar, teori kontigensi Fiedler, teori laluan matlamat, teori sumber kongnitif,
teori Karismatik dan juga teori bidang daya penggerak. Teori latar mengambil kira kajian
kepimpinan sebagai salah satu cabang psikologi sosial iaitu dengan melihat beberapa
perspektif yang berbeza iaitu perspektif kelompok, perspektif konflik perspektif
keperluan di pelajari dan perspektif penghakikian diri. Perspektif-perspektif ini pula
boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu pendekatan tret, pendekatan fungsi dan juga
pendekatan tingkah laku. Teori kontigensi Fiedler pula mengandaikan tidak munasabah
untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada
setiap masa lebih baik daripada orang lain. Adalah satu kewajiban penyelia memastikan
perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan kakitangan lain
dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

MAPM 2131 8
PENYELIAAN

RUJUKAN

Adair, J. (1992). The Effective Supervisor. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.


al, G.-M. e. (1995). Managing Human Resources. London: Prentice Hall.
al., A. e. (1990). Essentials Of Organisational Behavior. New Jersey: Prentice Hall
Publications.
Ebi Shahrin Suleiman, U. N. (2004). Prinsip Pengurusan . Kuala Lumpur: Fajar Ulung
Sdn Bhd.
Eley, A. &. (2009). How to be an Effective Supervisor. Berkshire: McGraw Hill, The
Open University Press.
Noordin, W. M. (1987). Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan . Kuala
Lumpur: Penerbitan Pelangi Bhd.
Noordin, W. M. (1987). Penyeliaan Yang Berkesan. Kuala Lumpur: Pelangi.
Peelo, M. (2011). Understanding Supervision. London & New York: Continuum.
Robert J. House dan Mary L. Baetz. (2015). Decoding the Workplace: 50 Keys to
Understanding People in Organizations. California: John Ballard.
Taylor, F. (1900). Maximizing Productivity & Efficiency. London: Pine Networks.
Yusof, A. M. (1994). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Vous aimerez peut-être aussi