Vous êtes sur la page 1sur 12

PENGENALAN

Tokoh yang pertama memperkenalkan teori perkembangan kognitif ialah Jean


Piaget. .Beliau telah dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal sebagai
bapa psikologi kanak-kanak. Beliau telah banyak memberi penyumbangan dan banyak
membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak, dan bagaimana
mereka ini belajar dengan sendiri melalui interaksi dengan persekitaran dan iklim yang
mereka sedang berada. Beliau juga merumuskan bahawa semua pengetahuan kanak-kanak
berasal daripada rangsangan aksi oleh orang-orang di persekitaran dan lepas itu memberi
interpretasi tentang aksi tersebut.
Pada pendapat Piaget, kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks seperti menangis,
menghisap dan menggapai. Tindakan refleksi ini akan berkembang kepada tingkah laku
bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesaikan masalah. Menurut
Piaget, kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau
pengalaman. Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data
yang di tafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut. Struktur kognitif terbahagi kepada
tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi.
Tokoh yang kedua memperkenalkan teori perkembangan kognitif

ialah

Lev

Vygotsky. Beliau merupakan ahli psikologi Russia yang asalnya mendalami ilmu perubatan
tetapi akhirnya mempelajari bidang undang-undang dan kesusasteraan. Les Vygotsky
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut
beliau kebanyakan daripada kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanakkanak dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan orang dewasa.
Menurut beliau perkembangan kognitif kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem
biologi yang belum matang. Terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanakkanak menurut Les Vygotsky iaitu interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut
Vygotsky lagi, perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial
yang mana maklumat yang diperoleh hasil daripada interaksi antara dua individu seperti ibu
bapa, rakan-rakan, dan jiran. Peringkat yang kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan
individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi sosial
kepada kefahaman individu.

ESEI
Salah satu aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia ialah
aspek perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami
oleh otak dari aspek pemikiran manusia dan ia boleh dilihat melalui perubahan dalam
tingkah laku dan percakapan. Aspek perkembangan kognitif merupakan tumpuan utama
dalam kajian dan perbincangan ahli psikologi pendidikan. Antara ahli psikologi yang
dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Vygotsky, Gardner dan
Sternberg.
Teori perkembangan kognitif Piaget adalah salah satu teori yang menjelaskan
bagaimana kanak-kanak menyesuaikan diri dan menginterpretasikan objek dan kejadiankejadian di sekitarnya. Bagaimana kanak-kanak mempelajari ciri-ciri dan fungsi dari objekobjek seperti mainan, perabot, makanan serta objek-objek sosial seperti diri sendiri, orang
tua dan kawan-kawan. Pada pandangan Piaget (1952), keupayaan atau perkembangan
kognitif adalah hasil dari hubungan perkembangan otak dan pengalaman-pengalaman yang
membantu individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Piaget (1964)
berpendapat bahawa manusia secara genetik nya sama dan mempunyai pengalaman yang
hampir

sama.

Mereka

bersungguh-sungguh

memperlihatkan

keseragaman

dalam

perkembangan kognitif mereka.


Peringkat pertama dalam perkembangan kognitif bermula dari peringkat sensori
motor iaitu bermula dari lahir sehingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini, bayi melihat
kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya
berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan
melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk
meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational
learning) (Mussen dan Kagan, 1974).
Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi, mereka belajar
melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi belajar dengan
mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigit nya. Pada peringkat
sensori motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria meneka seperti kebolehan
memerhati dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan
tangan. Mengikut Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulangulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan
penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.

Pada umur 0 hingga 5 bulan bayi sudah boleh bertindak balas dengan bunyi.
Sebagai seorang guru, langkah-langkah yang sesuai diajar pada tahap umur ini ialah
dengan melihat tindak balas mereka terhadap sesuatu bunyi dihasilkan. Contohnya guru
boleh menggunakan sesuatu alat seperti loceng untuk melihat tindak balas mereka sama
ada melalui

pergerakan mata atau badan yang memberi reaksi terhadap arah bunyi

tersebut. Pada umur 6 hingga 11 bulan, Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana
keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan berada di tahap perkembangan daya
kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat
sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, pada tahap ini bayi boleh menyebut perkataan mudah
seperti MA,PA atau MU. Seorang guru boleh la melatih mereka menyebut perkataanperkataan mudah supaya orang lain boleh memahami apa yang mereka sebut Selain itu,
pada umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak sudah mula boleh belajar bahasa dan lambang
yang mudah. Guru bolehlah mengajar kanak-kanak ini dengan menggunakan alat bantu
mengajar seperti menunjukkan grafik atau gambar dan menyuruh kanak-kanak tersebut
menyatakan maksud gambar itu.

Seterusnya, peringkat yang kedua dalam perkembangan kognitif ialah peringkat Praoperasi. Pra-operasi bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat
menguasai kebolehan memproses pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak mula mempraktikkan kemahiran yang baru diperoleh
dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran
simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik.
Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai
pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak,
berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga
disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat pra-operasi ini biasanya kanakkanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih
belum boleh lagi membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup.
Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir
seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme.
Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan
diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai
egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrisme terlalu memusat kepada
kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Pemikiran mereka lebih

bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, bulan sentiasa mengekori
mereka.

Kajian

Sharifah

Noretal.

(2009)

menyatakan

kanak-kanak

tidak

dapat

membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa persepsi
atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri.
Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang , tanda dan objek bertambah baik
pada umur empat tahun, walau bagaimanapun kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu
perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan
yang mudah sahaja.
Sesungguhnya pada permulaan peringkat pra operasi, kanak-kanak menghadapi
kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh mengira secara urutan
satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama
dengan (2-1). Contoh lain kanak-kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan
yang tertentu dalam siri yang sempurna. Ini adalah disebabkan kanak-kanak di peringkat ini
kekurangan fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Mereka pada tahap ini juga
mempunyai penaakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan dengan
tepat. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak boleh memahami perubahan yang dinamik.
Mereka juga kurang berkemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.
Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah mempunyai
pemikiran pra operasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah pengajaran yang
sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh sebab itulah, guru tadika
biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentuk lakonan drama. Guru juga boleh
mengajar mereka menyanyikan lagu-lagu bersifat kanak-kanak seperti lagu labah-labah
pulang rumah, bapaku pulang dari kota dan sebagainya .
Selanjutnya,

kanak-kanak

digalakkan

berkongsi

dan

bekerjasama

dalam

pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar amat perlu digunakan untuk membantu
pengajaran guru. Contohnya guru boleh menggunakan model 3D seperti bola plastik untuk
memberitahu mereka bagaimana bentuk bola tersebut supaya mereka lebih faham apa yang
ingin guru sampaikan .Selain itu juga ,untuk subjek matematik guru juga boleh
menggunakan biji getah sebagai alat pengiraan

untuk memudahkan

pelajar

mengaplikasikan apa yang telah diajarkan oleh guru. Adalah diingatkan, guru hendaklah
mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan
menunjuk ajar (demonstrasi) kerana ia lebih bermakna bagi kanak-kanak yang baru mula
belajar.

Secara umumnya, pada peringkat ketiga dalam perkembangan kognitif ialah


peringkat operasi konkrit .Peringkat ini bermula pada umur 7 sehingga 11 tahun .Pada
peringkat ini kanak-kanak

tidak lagi bersifat egosentrik. Mereka sudah mula menerima

pandangan orang lain dan mula mempertimbangkan dari semua aspek ,masalah semasa
mereka hendak menyelesaikan sesuatu

masalah.

Dengan kata lain,

pemusatan

pemerhatian mereka sudah pun mula berkurangan. Selain daripada itu, kanak-kanak mula
memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses kebalikan
mula difahami oleh kanak-kanak ini.
Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi stabil dan dapat
berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun.
Namun begitu, kanak-kanak yang berada di peringkat ini hanya boleh melaksanakan
kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat
apabila kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun
bahan itu mengalami perubahan yang ketara.
Misalnya, jika dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama
ditunjukkan kepada kanak-kanak pada peringkat pra-operasi, mereka akan menyatakan
bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Akan tetapi apabila salah sebiji bola
itu diuli menjadi bentuk bujur, kanak-kanak itu akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak
sama dengan bola bulat yang sama. Bahkan bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang
kuantiti bola itu.
Tetapi ,di peringkat akhir operasi konkrit kanak-kanak mereka tidak mudah terkeliru
dengan masalah seperti ini. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin
itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah. Terdapat pengekalan kuantiti plastisin
itu dalam ingatan sungguhpun berlaku perubahan yang ketara pada bola itu.
Perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam
kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di peringkat awal, kanak-kanak hanya boleh
mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Umpamanya, mereka dapat
memerhatikan perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain,
tetapi mereka sukar mengenal pasti kedua-kedua perbezaan dan persamaan yang wujud
pada masa yang sama.
Penggunaan

perkataan

sama

ada

secara

lisan

ataupun

bertulis

dapat

mempengaruhi proses pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak. Kanak-kanak pada


peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan, isipadu,
pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi.

Proses pembalikan (reversibility) ialah kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk


asal sesuatu objek .Sebagai contoh, sekiranya sebuah pinggan pecah, kanak-kanak boleh
mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai imej mentalnya. Pengekalan isipadu
(conservation of volume) pula ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak
berubah walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan. Percambahan(decentration)ialah
kanak-kanak boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya
secara serentak .Contohnya, kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga
isipadunya.
Perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical relationship) ialah kanak-kanak
berupaya berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif. Contohnya guru
memberi arahan, Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah. Klasifikasi
(classification) ialah kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya,
kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut bentuk dan
warnanya.
Menurut Miller (1979), pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan
pesat dalam proses operasi kognitif dan mengimplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang
objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental
dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan
simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang
beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah
pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga
berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).
Kanak-kanak akan dapat membina pelbagai konsep. Pengekalan bermaksud
memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.
Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti plastisin
dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak
berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah
memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak
memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara
mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B
adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air
yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.
Langkah yang sesuai di ambil oleh guru pada tahap ini ialah guru perlu menyediakan
bahan-bahan untuk kanak-kanak menguji idea mereka melalui penglibatan aktif supaya
mereka dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang dihadapi mereka. Cara

pemikiran perlu dicabar sebagai langkah untuk memaksa mereka meluaskan pengetahuan
sedia ada untuk pembelajaran. Seterusnya, guru harus mengelak daripada berperanan
sebagai penyampai maklumat. Sebaliknya, guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak
membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari menggunakan daya pemikiran.
Misalnya menggunakan konsep klasifikasi di mana kanak-kanak peringkat operasi
konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu.
Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal,
motosikal, trak, ambulans. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya.
Begitu juga kereta api, LRT dan sebagainya yang merupakan pengangkutan darat yang
berjalan di atas landasannya.
Kanak-kanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka
peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan
dan fikiran mereka kepada alam semula jadi, teknologi dan sains. Contohnya, guru
membuat lawatan ke Petrosains, Pusat Sains Negara, Taman Negara dan sebagainya.
Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat
menikmati sendiri pengalaman tersebut.

Peringkat terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun
ke atas. Pada peringkat ini, mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik termasuk
pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis.
Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak itu meramalkan apa yang mungkin
berlaku daripada apa yang akan berlaku. Oleh kerana pemikir operasi sanggup membuat
penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji
kebenaran idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.
Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak
seperti tenaga ,graviti ,demokrasi dan sebagainya. Pendekatan pengajaran pula melibatkan
penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah
digalakkan mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
Menurut Piaget (dalam Santrock, 2001), pelajar pada masa ini sudah mempunyai
perilaku yang tersendiri kerana mereka sudah memahami situasi dunia sekeliling. Jangan
sekali-kali guru mencemuh dan mengetepikan sahaja pendapat atau kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak

hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima
pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar.
Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses P&P. Menurut teori
tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak
dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh,
pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus.
Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi
contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu.
Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses
P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi
memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas. Guru juga menjadi
motivator kepada pelajar yang baru mengenal zaman remaja supaya mereka tidak terjebak
dengan perkara-perkara negatif yang mencabar pada zaman abad ke 21 ini.
Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod
pembelajaran yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai
proses P&P. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian
dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisien
bagi menarik minat mereka untuk menguasai subjek tersebut.

Jelaslah bahawa, implikasi teori-teori perkembangan kepada guru hari ini adalah
membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian. Teori-teori ini
juga

membantu pelajar memahami diri mereka sendiri dan juga membantu guru untuk

merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Guru juga boleh merumus
langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran.
Akhirnya, daripada teori-teori ini, guru dapat meramal tingkah laku, kegemaran dan
apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Maka, dapatlah guru untuk
lebih memahami anak-anak murid mereka. Selain daripada itu, guru juga dapat merancang
peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.
Guru-guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan pelajar. Guru-guru dapatlah menjadi lebih prihatin dan sabar dalam
membimbing pelajar. Mudah-mudahan, guru dapatlah merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Dengan
adanya teori-teori ini, guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah

pembelajaran pelajar. Guru-guru dapat berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang
perlu dilakukan untuk sama-sama mengatasi masalah pelajar tersebut.

Rujukan

1.

Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2009). Rancangan Pengajaran Harian dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd
2.

Atan Long, (1980). Pedagogi : kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti.
3.
4.

Atan Long, (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


5.

Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.


6.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Sigh, ( 2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd


7.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling

Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.


8.

E.Slavin, Robet. (2007). Educational Psychology, Riset dan Rraktik. Bandung: Penerbit

Nusa Media.
9.

Lee Shok Mee, (1996). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd


10. Mok Soon Sang, ( 2008). Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M)
Sdn Bhd
11. Mok Soon Sang, ( 2009). Murid dan Alam Belajar. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing (M)
Sdn Bhd
12. Paul Eggen and Don Kauchak, (1999) . Educational Psychology, 4th ed.
Upper Saddle River, New Jersey: Merrill
13.

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/04/teori-perkembangan-kognitif-jean-

piaget.html
14. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

Vous aimerez peut-être aussi