Vous êtes sur la page 1sur 5

BAHAGIAN B ( 30 MARKAH)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog di bawah.

kami

awak

saya

mereka

Ismail :

Amin, (1) _____________________ mahu ke mana tu ?

Amin

(2) _______________ hendak pergi ke rumah Zaki. (3) ___________ bercadang

untuk pergi berjoging di taman petang ini.


Ismail :

Wah, bagusnya!. Liza, Huda dan Nadia pun hendak pergi ke taman petang ini.
(4) ________________ pun hendak berjoging juga.
( 4 markah )

Soalan 22
a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Ayat Tanya

: Bagaimanakah perasaan Karim ketika dia demam dan tidak dapat hadir ke sekolah?

Jawapan

: Karim _______________________________________________________
( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Apa khabar, Kamal?

Kamal : __________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang boleh dikaitkan dengan gambar di atas yang membawa maksud
berjalan tanpa memakai kasut.
Simpulan bahasa ialah : ____________________________________________________
( 2 markah )

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buluh ialah sejenis tumbuhan pelbagai guna. Tumbuhan ini biasanya tumbuh meliar di
kawasan pinggir hutan.
Pada masa dahulu, pokok buluh dijadikan dinding dan lantai rumah. Pokok ini juga turut
dijadikan galah. Anak buluh disebut rebung. Rebung boleh dimasak sebagai sayur.
Peredaran zaman turut mengubah kegunaan pokok buluh. Manusia mula mencipta alat
muzik seperti angklung dan serunai. Buluh yang telah diraut nipis dijadikan hasil kraf tangan
seperti bakul, tudung saji, dan kipas hiasan.
Bagi penduduk di Negara China dan Thailand, mereka telah berjaya mencipta payung
daripada buluh dan dieksport ke negara luar.

1. Perkataan berlawan bagi nipis dalam petikan di atas ialah _____________________.


( 1 markah )
2. Di manakah pokok buluh biasanya tumbuh?
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
Rebung buluh boleh dimasak dan di makan.

Buluh boleh dijadikan bakul dan tudung


saji sahaja.

Betul

Alat muzik seperti angklung dan serunai


dihasilkan daripada buluh.

Salah

Penduduk Malaysia telah berjaya mencipta


payung daripada buluh.

( 2 markah )

Soalan 24
Baca senikata lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jagalah Diri
Kawan dan juga rakan
Mari bekerjasama
Awas sekitar pekan
Agar jenayah tidak menjelma
Rajin menjaga diri
Patuh akan panduan
Sikap berhati-hati
Selamat daripada ancaman
Buat ikut fikiran
Bukan sesuka hati
Baik jadi teladan
Semua orang akan dekati
Jika hidup bersatu
Serta bersikap jujur
Jiran akan membantu
Hidup gembira aman dan makmur

1. Lagu di atas ini tentang _____________________________________


( 2 markah )
2. Apakah kelebihan mempunyai sikap berhati-hati?
________________________________________________________________
( 2 markah )

3. Mengapakah kita perlu mengawas sekitar pekan ?


_________________________________________________________________
( 2 markah )

4. Pada pendapat kamu, apakah sikap yang perlu ada agar jiran membantu kita?
___________________________________________________________________
( 2 markah )

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Nama kawan baik saya ialah Rohani binti Hussin. Rohani
tinggal di Kajang. Rohani mempunyai dua orang adik.
Rohani belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indah. Rohani
belajar dalam Tahun Tiga Aman. Hobi Rohani ialah membaca buku
dan bermain badminton.
Rohani seorang yang rajin. Dia belajar bersungguh-sungguh
untuk berjaya. Rohani bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

1. Kawan baik saya bernama ____________________________________________.


( 1 markah )
2. Sekolah manakah tempat Rohani belajar?
Rohani belajar di ___________________________________________________
( 1 markah )
3. Apakah kegemaran Rohani pada waktu lapang ?
Kegemaran Rohani pada waktu lapang ialah _________________________________
_________________________________________________________________
( 2 markah )

4. Pada pandangan kamu, adakah Rohani akan berjaya menjadi doktor? Berikan alasan kamu.
_________________________________________________________________
( 3 markah )

Disediakan oleh,

( Suriani Mohd.Salleh)
Guru Bahasa Malaysia Tahun 3
SK Mersing Kanan.

Disemak oleh,

( Norazilah A.Jabar)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Mersing Kanan.

Disahkan oleh,

Vous aimerez peut-être aussi