Vous êtes sur la page 1sur 2

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun.
Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat
kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang
penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota
masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi.
Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai
rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan
yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang
berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM
adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah
penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia
amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah seiring dengan
matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;

Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.

Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Centeradalah sebagaimana objektif di
peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan
yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari

Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.

Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.

Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat

maklumat yang lain.

Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca

Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.

Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.

Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.

Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.

Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti

Vous aimerez peut-être aussi