Vous êtes sur la page 1sur 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ULASAN ARTIKEL
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP KOMUNITI

NAMA

: AZLAN BIN MOHD SAMIN (810404-01-6557)


RAHMAD BIN MOHAMAD (850830-02-5305)
SHAIPULBAHRI BIN SHAMSUDIN (830217-03-5769)
MOHAMAD FAIZ BIN MD. ISA (870808-14-5675)

SUBJEK / KOD MATA PELAJARAN

: ILMU PENDIDKAN

KUMP/ SEMESTER / AMBILAN

: KPLI BI (SK) 1.02 / JANUARI 2011

NAMA PENSYARAH
TARIKH SERAHAN

: PN SITI ROMLAH BT YAHYA


: 03 MEI 2011

ISI KANDUNGAN
1

Tajuk :

Muka surat

1) Definisi

a. Konsep keguruan
b. Konsep akauntabiliti
c. Akauntabilit keguruan
2) Ulasan Artikel

4-6

a. Isi yang dipetik dari artikel.


3) Lampiran artikel.

Definisi
2

Konsep keguruan.
Mengikut kamus Dewan (1970),

guru bermaksud pendidik, pengajar dan

pengasuh. Pendidik boleh diertikan sebagai seorang yang memelihara dan melatih.
Pengajar pula adalah seorang menjadi petunjuk kepada orang lain.
Pengajar pula adalah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain.
Pengasuh bererti orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.
Keguruan pula ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut
ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
Konsep Akauntabiliti
Menurut Kamus Dwibahasa, Oxford Fajar, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab
terhadap seseorang atau sesuatu. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban
terhadap sesusatu keputusan yang telah diambil.
Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan boleh diertikan sebagai tanggungjawab yang harus difahami
dan digalas oleh seorang guru, ianya merangkumi :
a) Perhubungan antara guru dan pelajar
b) Perhubungan antara guru dan sekolah.
c) Perhubungan antara guru dan masyarakat.
d) Perhubungan antara guru dan negara.
Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawan
guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti guru terhadap komuniti


Isi yang dipetik dari artikel:
3

Guru berkedudukan sebagai professional.


1. Guru hendaklah bermoral yang tinggi dan beriman yang mendalam, seluruh
tingkah lakunya (baik berhubungan dengan tugas keguruannya ataupun
sisialitasnya sehari-hari digerakkan oleh nilai-nilai luhur dan taqwanya
terhadap Tuhan yang Maha Esa
2. .....guru sebagai pemangku jabatan yang professional merupakan posisi
yang bersifat strategies dalam kehidupan dan pembangunan masyarakat.
Peranan guru terhadap anak didik.
3. Selain keteladanan, kewibawaan juga perlu....
Peranan guru dalam masyarakat.
4. Penghargaan atas peranan guru di Negara kita bisa dibedakan dengan dua
macam.

Pertama,

penghargaan

sosial....................................................

Kedua, adalah penghargaa ekonomis.


5. Dalam masyarakat, guru adalah sebagai pemimpin yang menjadi panutan
atau teladan serta conton (reference) bagi masyarat sekitar
Peranan guru terhadap guru lain.
6. ...bahawa

seorang

guru

harus

bisa

berperan

untuk

kepentingan

komunitasnya sendiri yakni komunitas para gur.


Ulasan artikel.
Guru adalah seorang yang mempunyai bebanan tanggungjawab yang besar,
di mana yang terutamanya adalah, guru itu sendiri perlu mendidik pelajar tentang
nilai-nilai murni dan pengajaran yang positif selaras dengan matlamat dan
pembangunan negara.
Guru perlulah mempunyai nilai dan etika professional dalam melaksanakan
tugasnya, kerana tugas guru dipandang tinggi di dalam sesebuah komuniti. Oleh itu,
guru seharusnya menunjukkan kelakuan dan sikap yang harus dicontohi dan
diteladani oleh setiap genap lapisan masyarakat atau sesebuah komuniti. Kerana
guru kebiasaannya, tidak hanya bertindak sebagai seorang pendidik sahaja, tetapi
4

juga sebagai 1jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun


sahsiah, fasilitator, mentor, malah juga dianggap sebagai ejen perubahan kepada
sesebuah komuniti, masyarakat dan negara.
Guru ditekankan supaya mempunyai niai moral yang tinggi serta keimanan
yang mendalam bagi guru yang beragama Islam, atau mengikut kepercayaan
masing-masing, mempunyai tingkah laku yang luhur seperti jujur, berdisplin, adil,
setia dan lain-lain. Kerana guru boleh dijadikan sebagai tanda aras bagi membentuk
komuniti dan pembangunan masyarakat, yang 2memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang.....
Akauntabiliti guru terhadap anak murid sebagai salah satu ahli komuniti
adalah dimana guru harus tahu meletakkan dirinya sebagai seorang yang
berwibawa, dapat mengawal anak-anak muridnya, meletakkan dasar yang jelas
tentang salah dan benar, positif dan negatif. Hal ini dapatlah dilaksanakan melalui
keteladanan, kerana pelajar kerap kali mengikut, mempelajari sikap dan perilaku
sosial orang disekelilingnya. Oleh itu, keteladanan yang baik dapat membentuk
pelajar yang sesuai sikapnya didalam komuniti. Kerana kewibawaan adalah perkara
mutlak dan tiada kompromi, hasil dari akauntabiliti guru terhadap anak didikannya
seperti didalam falsafah pendidikan di Malaysia, akan menghasilkan pelajar yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Masyarakat atau ahli major komuniti adalah antara ahli yang menghargai guru
sama ada dari segi sosial, iaitu penghargaan terhadap jasa guru terhadap
masyarakat. Dimana komuniti sedar guru antara sumber rujukan utama dan model
dalam mendidik anak menjadi seorang yang hormat orang lain, bersopan santun dan
cemerlang dalam bidang akademik. Penghargaan kedua adalah dari segi ekonomi,
kerana guru juga antara individu yang rajin menyumbang kepada beberapa
pembangunan di kampung, pecan atau Bandar, sama ada kecil atau besar.
Kerana kepercayaan masyarakat kepada guru serta akauntabiliti guru itu
sendiri kepada masyarakat, guru seringkali diangkat sebagai pemimpin dalam
1

Minda: Guru sebagai pencetus transformasi, Harian Metro, 4 Jun 2011.

Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah,


Mok Soon Sang, 2003.

sesebuah komuniti, majlis, penyelesaian masalah kerana contoh tauladan yang baik
dari guru itu sendiri, oleh itu guru dianggap sebagai seorang yang berpengaruh, dan
pengaruh yang positif akan membentuk komuniti yang positif dan cemerlang.
Guru bekerja didalam semangat berpasukan, kerana nila setitik bias
merosakkan susu sebelanga. Semua guru harus menunjukkan sikap yang boleh
dicontohi dan diteladani, kerana pandangan dan penilaian masyarakat terhadap guru
sangat tinggi, kesilapan yang sedikit bisa merosakkan seluruh pandangan terhadap
guru. Dengan itu, guru haruslah bersama-sama membina komuniti guru yang
cemerlang, dan boleh diteladani, kerana pendidikan adalah satu usaha yang
berterusan.
Kesimpulan nya adalah, akauntabiliti guru terhadap ahli-ahli didalam
sesebuah komuniti amat perlu dititikberatkan, dan bukan perkara yang boleh
dipandang ringan. Guru perlu mempersiapkan diri dengan sewajarnya supaya
kehadiran

guru

kedalam

sesebuah

komuniti

itu

dapat

membantu

dan

memperkembangkan komuniti tersebut.


Bibliografi
i.

Kamus Dewan (1970) Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii. Hawkinf J.M (1997) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi