Vous êtes sur la page 1sur 6

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 3


MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/TAHUN 2016
Tarikh

28 November 2015

Masa

8.30 pagi 12.30 tengah hari

Tempat

Bilik Mesyuarat SKTPJ3

Pengerusi

Pn Zubaidah binti Kahir

Kehadiran

26 / 27 orang

1.
2.
3.
4.

En. Tuah B. Kamisan


Pn. Zubaidah binti Kahir
Pn. Khairun Nisak binti Johdi
Pn. Hjh Raziah bt Abd Latif
4. Cik Prema a/p Raja Mogan
5. En. Abdul Moin bin Omar
6. Pn. Nurdalina binti Ali
7. En. Abu Yazid bin Abu Seman
8. En. Ahmad Musa bin Abdullah
9. Pn Nurul Hidayatul Akmar
10. Pn. Aslinda binti Amdin
12. Pn. Sri Gauri A/P Narayanan
13. En. Mazawira bin Oya
14. Pn Eliyana Binti Amat Ismail
15. Pn. Suzila binti Aziz
16. En. Zabri bin Zulkifle
17. Pn. Fatmayani binti Hj. Ismail
18. Cik Haryati binti Ismail
19. Cik Rasyiqah binti Yaacob
20. En. Fauzi bin Zakaria
21. Pn. Kamsiah binti Maulud
22. Pn. Asma' binti Abdul Razak
23. Encik Mohd Asrul Affendi bin Bidin
24. Pn. Norwati binti Mohamed
25. Pn. Rohani binti Harun
26. Pn Natrah binti Noordin
Tidak hadir dengan sebab :
1. Pn. Sri Gauri A/P Narayanan
2. YM Tuan Ahmad Helmy bin Ku Mat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

- Tuan PPD
- Guru Besar
- GPK HEM
- GPK Koku

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1

Pn. Zubaidah binti Kahir selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran Tuan PPD,
En Tuah bin Kamisan dan semua guru ke mesyuarat pengurusan kurikulum SK
Taman Permas Jaya 3 Bil 1/2016

1.2

Pengerusi

menegaskan

kepada

semua

guru

agar

menepati

masa

menghadiri mesyuarat yang ditetapkan.


1.3

Pengerusi mengucapkan tahniah di atas usaha, tenaga, kerjasama serta


komitmen yang tinggi dalam menjayakan kesemua program peringkat sekolah.

1.4

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ucapan
setinggi-tinggi tahniah di atas peningkatkan prestasi akademik sekolah terutama
Tahun 6. Keputusan peratus lulus meningkat sebanyak 6.9% . Pengerusi berharap
agar lebih ramai murid mendapat

6A dan ramai bilangan lulus bagi UPSR

2016 . Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan akhir setiap

matapelajaran

Tahun 1 hingga Tahun 5 merupakan Penilaian Kemajuan Sekolah ( PKS )


akan menarik peratus SKPM sekolah.
1.5

Di samping itu Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama


dalam suasana harmoni, bersatu hati
berpasukan

dalam menjalankan tugas secara

demi mencapai kejayaan yang cemerlang dan produktif untuk

sekolah.
2. UCAPAN TUAN PPD
2.1

En Tuah memberi peringatan kepada barisan pentadbir agar menegur guru-guru


secara berhemah jika guru melakukan kesilapan.

2.2

Guru perlu hormat pentadbir tanpa perlu mengira pangkat.

2.3

Setiap sekolah diperuntukkan 4 hari cuti peristiwa bagi tahun 2016. Justeru, pihak
sekolah perlu merancang cuti dengan sistematik.

2.4

Guru-guru boleh menggunakan budi bicara untuk berbincang dengan pentadbir


bagi memohon cuti. Sebagai contoh, maksimum peruntukan cuti bagi penghidap
penyakit kronik seperti kanser dll adalah sebanyak 365 hari. Jika penyakit
berlarutan, peruntukan 90 hari lagi diberikan. Namun yang demikian, hak cuti guru
guru adalah mengikut budi bicara pihak pentadbir.

2.5

Tuan PPD membacakan perutusan Tuan Pengarah PPD.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
3.1

Guru Besar menjelaskan bahawa buku kerja matapelajaran bagi Tahun 6 telah pun
dipilih mengikut panitia masing-masing. Senarai buku telah diserahkan kepada
pembekal.

3.2

27/12/2015 hingga 31/12/2015 adalah hari pembelian buku tulis, buku kerja dan
pada 31/12/2015 adalah hari pembayaran keperluan sekolah.

4. PEMBENTANGAN JAWATANKUASA KURIKULUM 2016


4.1

Tuan Hj Idris bin Iran membentangkan jawatan serta bidang tugas setiap guru bagi
unit kurikulum sesi 2016.
Tindakan : Semua Guru

4.2

Tuan Hj Idris bin Iran membentangkan analisis keputusan PKSR 2 bagi sesi 2015.
Tindakan : Semua Guru

4.3

Sasaran UPSR 2016:


TAHUN

GPS

2016

2.17

2015

2.28
Tindakan : Semua Guru

PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN


5.1

Tuan Hj Idris bin Iran memberi peringatan agar mesyuarat panitia perlu dilaksakan
dalam masa 2 minggu selepas mesyuarat pengurusan kurikulum kali pertama sesi
2016. Mesyuarat Panitia perlu dihadiri oleh Guru Besar. Mesyuarat perlu dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Tindakan : Ketua Panitia

5.2

Tuan Hj Idris bin Iran mengingatkan Ketua Panitia agar berbincang dengan J/K
Panitia masing-masing mengenai perkara berikut :

Bilangan buku kerja

Bilangan latih tubi setiap minggu

Sasaran UPSR bagi tahun 6

Sasaran peratus lulus

Kadar latih tubi kerja rumah ( sekurang-kurangnya 3 kali seminggu )


Tindakan : Ketua Panitia

5.2

Tuan Hj Idris bin Iran memberi peringatan agar guru-guru menggunakan DSKP
terbaru bagi peroses pdp tahun 2016.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
Makluman : Semua guru
5.3

Tuan Hj Idris bin Iran memberi peringatan agar guru-guru memastikan buku rekod
pengajaran telah siap pada hari pertama sesi persekolahan dan bersedia untuk
memulakan sesi pengajaran dengan penuh bersemangat.
Makluman : Semua guru

5.4

Tuan Hj Idris bin Iran memberi peringatan agar guru-guru kelas melaksanakan
pengoperasian kelas abad 21.
Makluman : Semua guru kelas

PENGOPERASIAN PDP YANG BERKESAN


6.1 Pemantauan sesi pdp guru-guru akan dijalankan sebanyak dua kali setahun. Tiga
kaedah pencerapan pdp :

Guru dinilai berdasarkan Buku Rekod Pengajaran

Budaya learning walk

Pemantau berada bersama guru semasa sesi pdp di dalam bilik darjah
Tindakan : Semua Guru

6.2 Guru-guru diminta untuk menyerahkan pelan strategik masing-masing sebelum 31


Disember 2015.
Tindakan : Semua Guru
6.3 Tuan Hj Idris bin Iran

memberi peringatan agar guru-guru bekerjasama mengisi

buku rekod keluar masuk guru. Elakkan mengisi maklumat di dalam buku tersebut
dengan menggunakan pen merah. Guru kelas digalakkan menampal senarai nama
murid pada muka surat pertama buku rekod tersebut sebagai rujukan guru-guru.
Tindakan : Semua Guru

TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS 2.0 2016


7.1

Puan Natrah menyampaikan taklimat ringkas pelaksanaan Linus 2.0 bagi sesi
2016.

7.2

Puan Natrah mengingatkan bahawa borang bppi Linus 2.0 bagi tahun 2015 perlu
dilengkapkan dan dihantar ke bilik Linus.

7.3

Saringan 1 lisan akan dijalankan pada bulan Mac 2016.

7.4

Saringan 1 bertulis akan dijalankan pada bulan April 2016.

7.5

Puan Natrah meminta guru-guru untuk melakukan persediaan awal bagi


menjalankan saringan lisan dan bertulis.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
7.6

Puan Natrah meminta guru-guru linus mengenalpasti murid yang berpotensi untuk
dimasukkan ke dalam kelas linus bagi tahun 2016 dan pada masa yang sama cuba
untuk memberi peneguhan bagi memeastikan mereka melepasi saringan linus2016.

7.7

Puan Natrah mengingatkan bahawa guru-guru boleh mengambil dan menggunakan


modul linus dalam bilik linus bagi tujuan rujukan.
Tindakan : Semua Guru Linus

HAL-HAL LAIN
7.1

Guru Besar berharap agar guru-guru dapat hadir awal pada hari pertama sesi
persekolahan 2016 iaitu sebelum pukul 7.00 pagi.
Tindakan : Semua guru

7.2

Pn Khairun Nisak

mengingatkan guru-guru bahawa pada 31 Disember 2016,

kutipan yuran bagi sesi persekolahan 2016 akan diadakan di kantin sekolah. Jadi,
guru-guru diminta membuat persediaan.
Tindakan : Semua guru
7.3

Guru Besar meminta kerjasama guru-guru untuk berada di dataran semasa


perhimpunan pagi setiap hari.

PENUTUP
a.

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan tarikh mesyuarat yang berikutnya


akan dimaklumkan kemudian.

b.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disahkan Oleh,

..........................................
( HARYATI BINTI ISMAIL)
Setiausaha Unit Kurikulum
SK Taman Permas Jaya 3

.......................................
(ZUBAIDAH BINTI KAHIR)
Guru Besar,
SK Taman Permas Jaya 3.

Tarikh : 30 November 2015

Tarikh: 30 November 2015

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Vous aimerez peut-être aussi