Vous êtes sur la page 1sur 47

Penghargaan

Bersyukurlah saya kepada Tuhan kerana dengan panduan yang diberi kepada saya
dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Selain itu,
saya

ingin

merakamkan

setinggi-tinggi

penghargaan

dan

ucapan

terima

kasih

kepada semua pihak yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang kepada saya bagi
menjayakan projek ini.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing saya iaitu Encik Hamizan bin Palil yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya
dalam proses menghasilkan kerja kursus ini. Hanya kerana bimbinganmu wahai pendidik
dapat menggapai impian. Beliau juga telah membekalkan banyak maklumat dan data-data
yang sistematik dan teliti kepada saya bagi menjayakan kerja kursus ini. Jika terdapat
kesilapan dalam tugasan kerja kursus saya, Encik Hamizan bin Palil juga membetulkan
kesilapan tersebut semasa saya mempunyai kolaborasi dengan beliau.
Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan saya yang sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus
ini. Mereka sudi memberi maklumat dan tunjuk ajar yang teliti kepada saya. Kami sentiasa
membuat perbincangan bersama. Jika saya membuat kesilapan, mereka juga akan
membetulkan kesilapan saya. Bukan itu sahaja, mereka juga banyak memberi cadangan
kepada saya semasa kami bersama-sama menghasilkan litar pendawaian domestik serta
cara-cara dan bahan-bahan yang harus diaplikasikan dalam menghasilkan projek kali ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pusat sumber yang telah
membekalkan banyak buku rujukan dan maklumat yang berkaitan dengan Teknologi Elektrik
dab Elektronik kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah
diperuntukkan.
Kesimpulannya, kerja kursus saya tidak dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna jika tanpa bantuan yang dihulurkan oleh pensyarah, rakan sekalian dan pihak
yang berkaitan.

1.0 Pengenalan
Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan penggabung jalinan antara bidang
Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih
kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang
Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain daripada mengikuti topik berkaitan dengan bidang
Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain
melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan. Topik-topik Elektrik
merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa, pemasangan dan pendawaian
elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula
merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas
sistem perhubungan. Pada projek kali ini, saya ditanggungjawabkan untuk menghasilkan
satu sistem pendawaian yang lengkap.
Sistem pendawaian ialah satu sistem pemasangan litar-litar elektrik yang
merangkumi dan pengalir, penebat, perlindungan mekaniknikal dan aksesori-aksesori
elektrik untuk kabel yang digunakan. Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagaibagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat
kabel boleh digunakan. Jenis sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan
kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis saluran pada kabel.
Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta
Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003
Electrical Intallations of Building, MS 1936:2006 Electrical Intallations of Building - Guide To
MS IEC 60364 dan MS 1979:2007 Electrical Intallation of Building Code of Practice.
Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian
pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi
wayar pengalir yang sudah berubah.
Pendawaian domestik merupakan pendawaian yang dilakukan di rumah atau premispremis kediaman. Projek yang dilakukan oleh saya pada kali ini merupakan pendawaian
domestik (pendawaian pembuluh): litar lampu dengan menggunakan konduit PVK yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i.
ii.

2 lampu filemen dikawal oleh 2 suis dua hala


Pengujian litar

1.1 Pendawaian
1.1.1 Faktor Pemilihan Pendawaian
Sebelum memilih jenis pendawaian yang ingin digunakan, terdapat beberapa faktor
yang perlu diambil kira. Berikut merupakan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian: -

Jenis beban
yang hendak
dipasang

Keadaan
tempat
pemasangan

Kos
perbelanjaan

Tempoh
ketahanan
pemasangan

Kekemasan dan
kecantikan

Keadaan
sekeliling

Tempoh masa
menyiapkan

Perubahan atau
penambahan
litar masa akan
datang

Jenis voltan
bekalan

Keselamatan
dan kelulusan
LLN/JKR

Jadual 1.1: Faktor-faktor pemilihan pendawaian.


1.1.2 Jenis-jenis pendawaian
Mengikut IEE terdapat 20 jenis pendawaian. Berikut merupakan senarai jenis-jenis
sistem pendawaian yang umum digunakan:-

Sistem
permukaan

Sistem
pembuluh
konduit

Jenis-jenis
pendawaian

Sistem
tersembunyi

Sistem
Selongsong

Jadual 1.2: Jenis-jenis pendawaian.


i. Pendawaian permukaan (surface wiring)
Pendawaian permukaan merupakan satu sistem pendawaian yang dipasang di
permukaan yang mana kabel pendawaian tersebut dipasang terus ke dinding atau siling
rumah. Pendawaian permukaan ini menggunakan kabel tembaga atau aluminium bersalut
pvk. Klip plumbum atau aluminium digunakan untuk mencengkam kabel-kabel yang
dibentuk. Ia menggunakan alat tambah pendawaian.

Rajah 1.1: Pendawaian Permukaan


Kebaikan

Kemas

Kos murah

Kerosakan mudah dikesan

Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian

Kelemahan

Tidak mempunyai perlindungan mekanikal

Tidak tahan lama

Terdedah pada bahaya kimia, gigitan serangga dan


haiwan

Kurang nilai estatik.

ii. Pendawaian kabel tersembunyi (conseal wiring)


Pendawaian kable tersembunyi merupakan satu sistem pendawaian yang mana
kabel dipasang terus ke dinding atau siling batu dan kemudian dilepa dengan simen. Sistem
ini menggunakan kabel pvk yang dimasukkan ke dalam lurah atau saluran dan dicengkam
dengan klip plumbum. Ia menggunakan alat tambah pendawaian.

Rajah 1.2: Pendawaian kable tersembunyi


Kebaikan

kemas dan cantik

selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal,


bahan kimia dan haiwan.

Kelemahan

Kerja penambahan akan menjejaskan bangunan.


Punca kerosakan sukar dikesan
Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

iii. Pendawaian pembuluh pvk ( PVC conduit wiring)


Pendawaian pembulih pvk merupakan satu sistem pendawaian yang menggunakan
pembuluh pvk bagi menyokong kabel pendawaian dan dipasang terus ke dinding atau
secara sembunyi. Kabel pvk dimasukkan kedalam pembuluh. Pembuluh digunakan sebagai
perlindungan mekanikal dan dicengkam dengan menggunakan pelana dan bar atau kli-U. Ia
menggunakan aksesori pendawaian pada alat tambah. Biasanya digunakan pada
pendawaian yang mana tahap kerosakan mekanikal tidak terlalu tinggi.

Rajah 1.3: Pendawaian Pembuluh PVC

Kebaikan

Mudah dipasang
Tahap perlindungan mekanikal yang tinggi
Tahan lasak
Mudah dibentuk
Rintangan penebatan yang tinggi

Kelemahan

Bilangan kabel terhad

Memerlukan aksesori tambahan

Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam


pembuluh bergantung kepada pengiraan faktor ruang
kabel.

Kerja membenang, membengkok dan membuat offset


memerlukan alatan tangan khas

Tempoh menyiapkan pemasangan lebih lama

iv. Pendawaian Selongsong PVK


Pendawaian Selongsong PVK merupakan satu sistem pendawaian yang mana kabel
pendawaian dimuatkan ke dalam selongsong pvk. Biasanya tapak selongsong dipasang
terlebih dahulu dengan memaku ke dinding atau siling sebelum kerja pemasangan kabel
dibuat. Tapak selongsong pvk yang telah dimasukkan kabel akan ditutup dengan penutup
selongsong pvk.

Rajah 1.4: Pendawaian Selongsong PVK


Kebaikan

Kemas dan cantik


Selamat
Tidak terdedah pada kerosakan mekanikal
Bahan kimia dan haba

Kelemahan

Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan

Punca kerosakan sukar dikesan

2.0 Objektif Projek


Selepas melaksanakan tugasan ini, saya telah dapat melaksanakan kerja-kerja
berikut:
i.

Melakar dan melukis litar pendawaian domestik berdasarkan litar skematik yang

ii.

diberi.
Melakukan pendawaian bagi kombinasi litar lampu dan litar soket alir keluar

iii.
iv.

menggunakan pendawaian konduit.


Melakukan pemeriksaan dan pengujian litar pendawaian.
Mengenali komponen-komponen dan peralatan yang digunakan untuk membina

v.
vi.

sesuatu litar.
Memahami tentang peraturan IEE bagi pemasangan litar.
Menyediakan laporan dan membuat penulisan refleksi

vii.

pendawaian.
Mengamalkan semua peraturan dan langkah keselamatan sepanjang aktiviti amali.

keberkesanan

litar

3.0 Sistem pendawaian pembuluh (konduit)


Sistem pendawaian pembuluh (konduit) digunakan di tempat yang terdapat bahaya
kerosakan mekanik atau kimia, misalnya di kilang-kilang, makmal, bengkel dan sebagainya.
Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi.
Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian
terutamanya kerana ianya:
1. memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan
2.
3.
4.
5.

mekanikal yang banyak


hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik
memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa
dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem
dipasang

Rajah 3.1: Konduit sedang disusun dan dipasangkan sebelum kerja-kerja pencurahan
konkrit dilakukan.

Sistem Pendawaian Pembuluh (Konduit) merupakan jenis pendawaian yang


digunakan dalam projek saya. Berikut merupakan ciri-ciri sistem pendawaian pembuluh: Bil.
1.
2.

CIRI-CIRI SISTEM PENDAWAIAN PEMBULUH


Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan
kabel.
Dipasang di tempat yang terdapat bahaya. Misalnya kerosakan mekanik, terdedah
kepada tindakan kimia, cecair dan di luar bangunan. (Kilang-kilang perusahaan,

3.

makmal, bengkel dan sebagainya).


Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau

4.

tersembunyi.
Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor

5.
6.

ruang iaitu tidak melebihi 40%.


Dawai pancing (fish tape) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.
Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:
a. Pembuluh Logam
b. Pembuluh bukan logam ( PVK )
c. Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK)
Jadual 3.1: Ciri-ciri sistem pendawaian pembuluh.

Pembuluh jenis bukan logam merupakan jenis pembuluh yang dipilih untuk
digunakan dalam projek saya.
Pembulu Ciri-ciri
h Bukan
Logam

Biasanya diperbuat dari bahan plastik (PVK) yang tahan dan


sesuai digunakan pada suhu 60 C.
Tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang
kebocoran aliran arus
Boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan
pembuluh boleh lentur.
Pembuluh dipanaskan terlebih dahulu atau menggunakan pegas
( spring ) yang khas bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan

Kebaikan

Tahan kakisan (karat ).


Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat)
Kos murah

Kelemahan

Tidak memberikan perlindungan mekanik.


Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan

Jadual 3.2: Pembuluh bukan logam.

Pendawaian
pembuluh

Rajah 3.2: Pendawaian pembuluh.

Pendawaian
pembuluh

Rajah 3.3: Pendawaian pembuluh.

3.1 Jenis-jenis Kabel yang digunakan


Kabel adalah satu medium yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik dari
bekalan elektrik ke beban-beban. Kabel yang digunakan hendaklah berunsur logam.
Kebiasaanya kabel yang digunakan dalam seharian kita adalah daripada unsur kuprum dan
aluminium. Ini adalah kerana ia bersifat ringan, murah dan mudah didapati.
Setiap kabel atau wayar sudah siap dibaluti dengan penebat yang pelbagai jenis
bahan kerana ia sesuai pada tempat dan keadaan.Contoh penebat yang digunakan ialah:

Polyniryl Chloride(PVC)
Impregnated paper (PILCDSTAS)
Mineral Insulation (MICC)
Cross Linked Polyethylene (XLPE)
Kabel yang digunakan dalam projek saya ialah PVC Insulated Cable. Kabel jenis ini

kebiasaannya digunakan untuk pendawaian elektrik dalaman bangunan seperti rumahrumah kediaman, bangunan-bangunan pentadbiran dan komersial.

Rajah 3.4: PVC Insulated Cable.


3.2 Jenis-jenis Konduit
Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu : i. Konduit logam tolok berat digunakan sebagai sistem pendawaian.
ii. Konduit bukan logam diperbuat daripada polivivinil klorid dan digunakan di luar
bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah
kediaman.

iii. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit

tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik.


Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm. Pemilihan saiz nominal konduit
bergantung kepada bilangan kabel yang perlu dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di
bawah atau dapat merujuk jadual 12A, 12B, 12C dan 12D Peraturan IEE (Edisi 16).
Faktor konduit di larian lurus pendek
Garis pusat konduit (mm)
Faktor
16
290
20
460
25
800
32
1400
Jadual 3.1: Faktor conduit di larian lurus pendek.
3.3 Kaedah Pemasangan Kabel
Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di
kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada semua konduit yang
diperlukan, sambungkan konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan
aksesori tertentu seperti sesiku, tee dan sebagainya. Seterusnya, pasangkan ke permukaan
dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar.
Kebiasaanya kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh
klip ke permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan pastikan
permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan
yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas atau satu bilah papan
(wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
Setelah semua kerja pemasangan siap, barulah kerja menyalurkan kabel dijalankan.
Pastikan kabel-kabel daripada satu litar dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang
sama ia adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada terhasilnya aruhan di sekeliling
konduit tersebut.

4.0 Perkakas-perkakas dan Aksesori-aksesori untuk kerja pemasangan konduit

Untuk melakukan pemasangan pendawaian lampu, saya perlu mengetahui perkakas


dan aksesori yang diperlukan mengukit jenis pendawaian yang hendak dilaksanakan iaitu
Pendawaian Konduit.
4.1 Perkakas-perkakas untuk kerja pemasangan konduit
Berikut merupakan perkakas-perkakas yang diperlukanuntuk kerja pemasangan
konduit:
Bil

Gambar Perkakas

Kegunaan/ Huraian

.
1.

Pemotong
memotong

wayar
kaki

digunakan

komponen,

untuk

memotong

wayar elektrik dan lebihan wayar pada


Pemoto
ng Kabel (Side Cutter)
2.

tamatan.

Sesuai digunakan di kawasan yang sempit.


Playar Gabung berfungsi untuk memegang
objek

silinder,

memotong

wayar

dan

memutar nat kecil.


Playar Gabung

Ia juga digunakan untuk memotong dengan


menggunakan mata pemotong.

Selain itu, ia berfungsi untuk mengapit dan


membentuk wayar dengan menggunakan
bahagian rahang.

Tugas-tugas kecilnya adalah digunakan


untuk memegang benda bulat, memotong

3.

dan membentuk dawai


Digunakan untuk mengukur jarak dari satu
titik ke satu titik yang lain.

Pita pengukur digunakan untuk mengukur


jarak yang lebih jauh seperti 3 meter dan
sebagainya.

Pita Ukur

4.

Alat ini digunakan untuk mengukur dan


memindahkan ukuran.

Pembaris keluli juga digunakan untuk


membina garisan lurus pada permukaan
dan menguji kerataan permukaan.

Pembaris Keluli

5.

Bahan utama yang digunakan adalah ia


diperbuat daripada keluli keras.

Saiznya

ditentukan

oleh

panjang

batangnya dan lebar hujung matanya.

merupakan sejenis alatan tangan yang


digunakan

Pemutar Skru Philips

untuk

melonggarkan

dan

mengetatkan skru.

digunakan

dengan

cara

memutar

pemegangnya pada arah lawan jam untuk


melonggarkan

dan

arah

jam

untuk

mengetatkan skru.
Pemutar Skru Rata

mempunyai bahagian hujung yang dibentuk


mengikut alur skru bagi memudahkan skru
dapat dilonggarkan dan diketatkan.

Pemutar Skru (Screw Driver)

Terdapat dua jenis pemutar skru iaitu


pemutar skru rata dan pemutar skru
Philips.

Pemutar skru mata rata digunakan untuk


memasang atau mengeluarkan skru yang
lubang pada kepalanya berbentuk alur.

Pemutar skru Philips digunakan untuk


memasang atau mengeluarkan skru yang

6.

lubang pada kepalanya berbentuk palang.


Pena ujian adalah satu alat yang penting
untuk menguji bekalan elektrik pada soket
dinding dan mengesan kebocoran arus

Test Pen

elektrik atau wayar hidup.

Dapat membantu dalam melaksanakan

kerja-kerja

seperti

menanggalkan

dan

mengetatkan skru kecil.

Pena

ujian

ini

mampu

dan

sesuai

digunakan untuk menyukat atau mengesan


arus elektrik dari 50 500 V.

Lampu neon yang ada pada pena ujian ini


adalah sebagai penanda dan ia akan
menyala apabila dikenakan kepada wayar

7.

hidup.
Alat ini digunakan untuk memotong paip
PVK.

Bingkainya diperbuat daripada dawai dan


mempunyai mata halus

Gergaji Lengkung Halus


8.

Matanya dipasang menghala ke hulu


Digunakan untuk melukis litar pada papan
kayu sebelum menjalankan pendawaian.

Kapur
9.

Litar lampu dipasang pada atasnya.

Menguji keterusan dan penebatan setelah

Papan Kayu
10.

pendawaian telah siap.

Multimeter

4.2 Aksesori-aksesori untuk kerja pemasangan konduit


Berikut merupakan aksesori-aksesori yang diperlukanuntuk kerja pemasangan
konduit:
Bil.
1.

Aksesori

Kegunaan/ Huraian
Tempat
sambungan

penamat

pendawaian tetap dan dari sana ia


di sambungkan ke kord atau boleh
lentur untuk sambungan ke beban
seperti lampu, kipas siling dan
sebagainya.
Ros Siling

2.

Paip di mana kabel pendawaian


dimasukkan ke dalamnya.

Konduit PVK

3.

Untuk membuat sambungan paip


bercabang

empat

yang

sama

diameter.
Persilangan Empat Hala

4.

Membuat

sambungan

bercabang

tiga

yang

paip
sama

diameter.
T tiga hala

5.

Pengkalan satu hala

Sebagai tapak untuk ros siling.

6.

Membolehkan paip PVK disambung


kepada base soket keluaran dan
suis dua hala.

Sesendal

7.

Ubah arah sambungan batang paip


yang sama diameternya pada sudut
90

Sesiku 90

8.

Suis dua hala merupakan salah


satu suis yang berperanan untuk
membuka dan menutup litar.

sistem

pensuisan

adalah

lebih

kompleks jika dibandingkan dengan


Suis 2 hala

suis satu hala, yang mana suis dua


hala dapat membuka dan menutup

9.

litar di dua tempat yang berasingan.


Soket
adalah
alat
yang
membekalkan arus elektrik yang
boleh dipasang dan ditanggalkan.
Ia mempunyai tiga tamatan iaitu
bumi, life dan neutral.

Soket Keluaran

10.

Untuk menyokong pembuluh PVK


supaya tidak bergerak.

Klip PVK (Saddle)

11.

Untuk memasang soket dan suis


serta klip PVK.

Skru

12.

Warna merah menandakan wayar


tersebut berfungsi menghantar arus
elektrik daripada MCB ke tamatan
life yang terdapat pada soket dan
suis.

Wayar

neutral

merujuk

kepada

wayar pengalir yang berfungsi bagi


membawa

arus

balikan

dari

peralatan elektrik ke punca bekalan


kuasa arus ulang-alik wayar neutral
mempunyai arus.

Wayar

Wayar bumi dapat dikenali dengan


warna

hijau.

Ia

berfungsi

menghantar sebarang kebocoran


elektrik serta litar pintas ke bumi. Ia
tidak mempunyai arus. Wayar bumi
bertindak
keselamatan
bagi

sebagai

langkah

kepada

pengguna

menghindarkan

renjatan

elektrik

jika

terdapat

kebocoran

elektrik

jika

terdapat

kebocoran

elektrik. Jika wayar bumi tidak


dipasang,

seseorang

boleh

menerima renjatan elektrik kerana


arus

akan

mengalir

melalui

tubuhnya untuk masuk ke bumi.


Tetapi pemasangan wayar bumi
membolehkan

arus

dihantar

dengan selamat ke dalam bumi

13.

melalui wayar tersebut.


Sumber cahaya buatan

yang

dihasilkan melalui penyaluran arus


listrik

melalui

kemudian
Lampu filamen

filamen

memanas

menghasilkan cahaya.

yang
dan

5.0 Langkah-langkah Pelaksanaan Pendawaian Litar Lampu


A. Sebelum
1. Sebelum pendawaian dilakukan, saya telah melakarkan litar pendawaian yang ingin
dijalankan pada kertas A4 dan mengira jumlah wayar yang diperlukan.
2. Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan
pendawaian lampu.
3. Wayar neutal (hitam), life (merah) dan bumi (hijau). Saya hendak menyediakan
wayar-wayar tersebut mengikut ukuran yang sesuai.
4. Terdapat perbezaan bagi wayar pendawaian lampu dan soket kerana wayar yang
digunakan untuk pendawaian soket lebih besar saiznya berbanding wayar yang
digunakan pada pendawaian lampu.
5. Sebelum proses pendawaian dilakukan, litar perlu dilukis papan menggunakan kapur
dan pembaris untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.
B. Semasa
1. Konduit akan dipotong mengikut jarak yang dikehendaki dengan menggunakan
gergaji lengkung halus.
2. Kerja membenang akan dilakukan dengan cermat.
3. Soket dan suis diletakkan pada papan dan menggunakan saddle untuk
menempatkannya.
4. Pastikan wayar disambung ke tempat yang betul. Contohnya, wayar life disambung
ke tapak life.
C. Selepas
1. Membuat kerja-kerja akhir memeriksa dan mengemas.
2. Menguji litar dengan menggunakan multimeter.

A. Sebelum
Langkah Pelaksanaan
1. Memotong konduit mengikut jarak yang
dikehendaki dengan menggunakan
gergaji lengkung halus.

2. Menyediakan wayar-wayar mengikut


ukuran yang sesuai.
wayar neutal - warna hitam,
wayar life - warna merah
wayar bumi - warna hijau

3. Membezakan wayar bagi pendawaian


lampu dan soket dengan menggunakan
saiz wayar yang berbeza.
saiz wayar yang digunakan untuk
pendawaian soket lebih besar
berbanding wayar bagi pendawaian
lampu.
4. Melukis litar pada papan dengan
menggunakan kapur dan pembaris
untuk memudahkan proses pendawaian
dilakukan.

Gambar

B. Semasa
Langkah Pelaksanaan
1. Melakar litar pendawaian yang ingin
dijalankan pada kertas A4 dan mengira
jumlah wayar yang diperlukan.
Pendawaian ini terbahagi kepada
pendawaian soket dan pendawaian
lampu.

2. Melakukan kerja membenang dengan


cermat.

3. Meletakkan soket dan suis pada papan


dan menempatkannya dengan
menggunakan saddle.

4. Menyambung wayar dengan cermat.


Pastikan wayar disambung ke tempat
yang betul.
Contohnya, wayar life disambung ke
tapak life.

Gambar

C. Selepas
Langkah Pelaksanaan
1. Membuat kerja-kerja akhir dengan
memeriksa dan mengemas litar
pendawaian.

2. Menguji litar pendawaian yang telah siap


dibina dengan menggunakan multimeter.

Gambar

6.0 Pengujian Pendawaian


Setiap pemasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum
disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan selamat. Ujian-ujian yang
hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan lengkap bagi kualiti pemasangan itu
untuk selamanya dan ujian kerap adalah perlu supaya pemasangan ini boleh disenggarakan
dalam satu keadaan yang sempurna sepanjang hayatnya.
Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-tiap
sesuatu pemasangan elektrik. Bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian ini dijalankan.
Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pemasangan
pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian.
Ujian-ujian yang hendak dilakukan ialah:

a) Ujian keterusan

b) Ujian rintangan
penebatan

c) Ujian kekutuban

Rajah 6.1: Jenis-jenis ujian yang hendak dilakukan

6.1 Ujian Keterusan


Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
i.

Ujian keterusan konduktor perlindungan


Ujian ini dilakukan bagi mengetahui bahawa sambungan wayar bumi adalah dalam

keadaan betul kepada semua peralatan yang dibumikan. Dengan ini dapat ditentukan
bahawa konduktor perlindungan dalam keadaan selamat dan pendawaian tersebut boleh
diberikan bekalan. Selain itu, ujian ini dijalankan untuk memastikan semua konduktor
pelindung bersambung secara betul dan berkesan. Alat pengujian yang digunakan ialah
jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

Gambar 6.1: Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm

Kaedah Pengujian

Pastikan semua suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan
semua beban ditanggalkan.

Sambungkan test lead penguji.

Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Rajah 6.1: Kaedah pengujian untuk ujian keterusan konduktor perlindungan

ii. Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang


Ujian ini dilakukan kepada suis soket alur keluar yang dipasang secara gelang. Alat
yang digunakan ialah alat uji loceng atau meter pelbagai (multimeter) iaitu sebelum bekalan
dimasukkan. Ujian ini adalah untuk memastikan bahawa pemasangan kabel L-L, N-N dan EE adalah dalam keadaan betul terutama untuk pemasangan pendawaian yang baru. Tujuan
ujian ini dijalankan untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan di sepanjang
litar gelang. Alat pengujian yang dapat digunakan ialah jangka pelbagai (Julat Ohm) atau
Jangka Ohm.

Gambar 6.2: Alat Pengujian: Multimeter dan Jangka


Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm

Kaedah Pengujian
Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dan MCB,konduktor
neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di
kotak fius agihan.

Disambung lead penguji bagi (E-E)

Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N)

Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Rajah 6.2: Kaedah pengujian untuk ujian keterusan konduktor litar akhir gelang.

iii. Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral


Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai
keselanjaran yang sempurna dan litar pintas. Dengan menggunakan alat uji loceng atau
multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan wayar hidup, neutral dan
bumi tidak disentuh di antara satu dengan lain atau litar pintas. Ujian ini dijalankan untuk
memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik di sepanjang litar. Alat
pengujian yang digunakan ialah jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm.

Gambar 6.3: Alat Pengujian: Multimeter dan Jangka


Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm

Kaedah Pengujian
Semua suis, RCD dan MCB di litar-buka (Switch Off)

Semua beban hendaklah di litar-tutup (Switch On)


Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litartutup
menjalankan ujian

Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Rajah 6.3: Kaedah Pengujian untuk ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

6.2 Ujian Rintangan Penebatan


Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada
bekalan. Ujian ini dijalankan untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara
konduktor-konduktor berdebat dan juga memastikan agar tidak ada berlaku bocoran ke
bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah
merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus
normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik, ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh
itu, penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum.
Alat pengujian ialah penguji rintangan penebatan (insolation resistance tester) voltan
kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250v A.T atau 500V A.T. Alat ini
berupaya mengeluarkan voltan 2 kali ganda voltan bekalan. Hal ini adalah untuk
memecahkan mana-mana penebatan yang lemah di dalam litar. Selain itu, alat penguji ini
juga dapat mengeluarkan arus terus.

Gambar 6.4: Alat Pengujian: Insolation Resistance Tester

Kegunaan ujian penebatan adalah untuk:

Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa konduktor
fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi

Menguji ketahanan penebatan kabel dari segi keupayaan voltan

Memastikan tiada litar pintas berlaku diantara pengalir fasa dengan neutral

Rajah 6.4: Kegunaan ujian penebatan

Kaedah pengujian

Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)

Semua beban hendaklah ditanggalkan

Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)

Jalankan ujian

Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm

Rajah 6.5: Kaedah pengujian untuk ujian rintangan penebatan

6.3 Ujian Kekutuban


Tujuan ujian kekutuban adalah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan
berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat
uji yang digunakan ialah jangka pelbagai (julat ohm) atau jangka ohm.

Gambar 6.5: Alat Pengujian: Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm

Kebaikan melakukan ujian kekutuban ialah:

Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan
peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja

Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor


fasa, neutral dan disambung pada terminal yang betul

Rajah 6.6: Kebaikan melakukan ujian kekutuban

Kaedah pengujian

Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)


Semua beban hendaklah ditanggalkan
Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
Jalankan ujian
Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa
Menguji punca sambungan soket keluaran
Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Rajah 6.6: Kaedah pengujian untuk ujian kekutuban

7.0 Anggaran Kos

Bahan
Konduit PVK

Harga Seunit (RM)

Bilangan

Jumlah (RM)

0.70

1 meter

0.70

Wayar (L,N,E)

3.00

3 meter

9.00

Lampu

3.00

2 unit

6.00

Suis dua hala

3.50

2 unit

7.00

Soket keluaran

3.50

1 unit

3.50

T tiga hala

1.50

1 unit

1.50

Besi Langan Hala


Sesiku 90
Klip PVC (saddle)

1.50

1 unit

1.50

0.50
0.20

1 unit
8 unit

0.50
1.60

Skru

0.20

14 unit

2.80

Sesendal

0.50

3 unit

1.50

Pangkalan satu hala

0.80

2 unit

1.60
35.20

Jumlah (RM)

Jadual 7.1: Anggaran kos.

8.0 Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh

Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan


terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel
dilakukan.

Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas


muka keratan pembuluh.

Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak


lebih daripada 2 sesiku pejal, atau 2 selekoh
bengkokkan 90 darjah.
Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah
tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari ukuran garis pusat
luar pembuluh itu.

Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak


sambungan atau kotak-kotak alat tambah.

Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari


terkena air atau dipasang di tempat-tempat yang
terdedah kepada air.

Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan


di dalam pembuluh yang berasingan.

Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui /


menembusi lantai / dinding lubang khas perlu
diadakan.

Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan


pembuluh mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum
kerja-kerja menarik kabel dilakukan.

Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh


yang panjang dimulakan dari tengah-tengah sistem
tersebut.

Jadual 8.1: Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh.

9.0 Langkah-langkah Keselamatan Sepanjang Aktiviti Amali


Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh sebab aliran arusnya tidak
nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota,
menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.
Kejadian ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi.
Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan
bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik. Peraturan ini diambil berdasarkan
peraturan IEE (Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang
dikemaskini dari masa ke semasa.
Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi:

Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak,


air atau gris. Semua bahan ini boleh menyebabkan
pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat
tersebut.

Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam


keadaan baik dan sempurna. Jika tidak, sila beritahu
pegawai yang bertugas. Peralatan harus disimpan
ditempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari
bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan.
Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yng
asal selepas digunakan.

Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit


atau terlalu longgar. Kasut bertapak tebal dan berjahit
disekelilingnya lebih digalakkan semasa membuat
kerja-kerja pendawaian.

Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain


peralatan yang tajam atau panas dengan kawan
semasa melakukan kerja dibengkel.

Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan.


Elakkan dari berkarat.

Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi


saiz dan penebatan yang sesuai.

Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat


kebenaran dari pegawai.

Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang


digunakan dalam ujikaji tanpa pengetahuan pegawai
bertugas.

Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain


peralatan yang tajam atau panas dengan kawan
semasa melakukan kerja dibengkel.

Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan.


Elakkan dari berkarat.

Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi


saiz dan penebatan yang sesuai.

Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat


kebenaran dari pegawai.

Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang


digunakan dalam ujikaji tanpa pengetahuan pegawai
bertugas.

Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik,


dapatkan bantuan dari pegawai yang bertugas untuk
memeriksa litar dan penyambungannya.

Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin


elektrik, pastikan suisnya dimatikan.

Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang


bertugas harus diberitahu dengan serta-merta.

Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja


atau semasa hendak meninggalkan makmal.

Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis


pada soket dimatikan terlebih dahulu.

Jadual 9.1: Langkah-langkah Keselamatan Sepanjang Aktiviti Amali

10.0 Cadangan Langkah-langkah Penambahbaikan

Konduit PVK kurang tahan lasak berbanding dengan konduit logam.


Oleh itu, saya boleh menggantikan konduit PVK dengan conduit
logam untuk menambah kekukuhannya.

Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, saya boleh


menambahkan sensor pencahayaan. Dengan ini, lampu akan
tutup secara automatik apabila mendapat cahaya yang cukup.

Suis yang digunakan dalam litar lampu saya boleh


ditukarkan kepada dimmer switch atau suis pemalap yang
boleh mengawal cahaya lampu.

Backup Power atau unit bekalan kuasa backup boleh


dipasang dalam litar lampu saya kerana sekiranya bekalan
elektrik terputus, lampu saya masih boleh menyala.

Lampu filamen boleh digantikan dengan lampu LED yang dapat


menjimatkan tenaga elektrik serta cantik dari segi luarannya.

Jadual 10.1: Cadangan Langkah-langkah Penambahbaikan.

11.0 Lukisan Litar Pendawaian Domestik Satu Fasa

12.0 Pengetahuan Baharu yang Dipelajari


Melalui projek ini, saya telah banyak memperoleh manfaat dan pengetahuan yang
berharga:

Melakar dan melukis litar pendawaian domestik.

Mengenali simbol-simbol dalam kerja elektrik.

Mengenali kegunaan setiap dawai mengikut warna


tersendiri.

Mengenali nama dan kegunaan bagi setiap aksesori


yang digunakan dalam projek pendawaian.

Melakukan pendawaian litar lampu.

Melakukan pemeriksaan dan pengujian litar


pendawaian.

Menyediakan laporan projek dan tentang keberkesanan


litar pendawaian.

Memahami dan mengamalkan semua peraturan dan


langkah-langkah keselamatan sepanjang aktiviti projek
ini.

Jadual 12.1: Pengetahuan Baharu yang dipelajari.

13.0 Refleksi
Semasa saya mendapat kertas soalan bagi kerja kursus ini, saya telah mula
bimbang kerana pengetahuan saya dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik amat
cetek selama ini. Saya ingin menyampaikan tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana saya
telah berjaya menghasilkan kerja kursus pendek Teknologi Elektrik dan Elektronik ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam proses
menghasilkan kerja kursus ini.
Apabila Encik Hamizan Bin Palil, pensyarah kami bagi subjek Teknologi Elektrik dan
Elektronik mengagihkan kertas kerja kursus ini kepada kami, beliau telah menerangkan
tugasan ini secara teliti supaya kami dapat memahami kehendak kerja kursus ini. Encik
Hamizan juga sentiasa menasihati kami supaya berjumpa dengan beliau sekiranya
manghadapi sebarang masalah dalam proses perlaksanaan kerja kursus ini.

Setelah

penerangan beliau, saya telah membaca kertas soalan beberapa kali dan mula mencari
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini.
Bagi merperkayakan kandungan kerja kursus ini, saya telah berusaha mencari
maklumat daripada pelbagai sumber iaitu dari perpustakaan, laman web dan sebagainya.
Rakan-rakan sekelas saya juga sentiasa berkongsi maklumat-maklumat yang didapati
antara satu sama lain supaya masing-masing dapat menghasilkan kerja kursus yang
berkualiti. Saya mula memahami sedikit-sebanyak tentang Teknologi Elektrik dan Elektronik
dan mula membuat kerja kursus ini selepas banyak membaca maklumat-maklumat yang
dikumpul. Dengan pengetahuan dan kefahaman saya, saya telah mencuba sedaya upaya
untuk menerangkan isi-isi penting dalam kerja kursus ini dengan menggunakan kata-kata
sendiri serta mempersembahkan mereka dalam bentuk pengurusan grafik supaya isi
penting dapat dilihat secara jelas.
Kerja kursus subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik ini memang amat mencabar
bagi saya. Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah menimba banyak
pengetahuan yang berharga sama ada dari segi teori dan amali. Sistem pendawaian adalah
merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan
mekanik untuk kabel yang digunakan. Terdapat pelbagai jenis pendawaian yang digunakan
di Malaysia seperti pendawaian permukaan, pendawaian tersembunyi, pembuluh, sesalur,
pendawaian bawah tanah dan sebagainya. Encik Hamizan, selaku pensyarah kami bagi
subjek ini telah banyak mengajar kami tentang pendawaian pembuluh iaitu konduit.

Pendawaian pembuluh dipasang pada tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik,
terdedah kepada tindakan kimia, cecair dan di luar negara. Contoh tempat yang paling
sesuai untuk pemasangan konduit adalah seoerti kilang-kilang perusahaan, makmal,
bengkel dan sebagainya. Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pembuluh logam, pembuluh bukan logam dan
pembuluh mudah lentur. Pendawaian pembuluh bukan logam yang kami pelajari lebih tahan
kakisan, selamat daripada kejutan elektrik serta memerlukan kos yang yang murah. Namun,
pendawaiwan konduit bukan logam juga mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak
memberikan perlindungan mekanik serta mudah rosak sekiranya terkana matahari atau
hujan.
Selain itu, kami juga terdedah kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel. Konduitkonduit akan dibenangkan dan disambung menggunakan aksesori seperti sesiku, tee dan
sebagainya. Selepas itu, pasangkan kepada permukaan dinding atau siling dengan
sokongan pelana dan bar. Semasa menjalankan kerja menyalurkan kabel, pastikan kabelkabel daripada satu litar disalurkan ke dalam konduit yang sama agar mengelakkan
terhasilnya aruhan di sekeliling konduit tersebut.
Sebelum kami menjalankan amali membuat pendawaian pembuluh bukan logam,
kami telah melakarkan litar pendawaian yang ingin dijalankan pada kertas A4 dan mengira
jumlah wayar yang diperlukan. Pada mulanya, saya menghadapi masalah iaitu kurang
faham tentang simbol-simbol pada litar pendawaian. Saya telah meminta tunjuk ajar
daripada pensyarah dan rakan-rakan agar dapat memahami lakaran litar pendawaian.
Akhirnya, saya telah berjaya melakarkan litar pendawaian dan dapat mengira jumlah wayar
yang diperlukan dalam pembinaan pendawaian konduit.
Sebelum memulakan kerja, kami telah diminta untuk menyediakan semua bahan dan
alatan yang diperlukan seperti konduit, aksesori, pelana, bar, soket keluaran, wayar, gergaji
lengkung halus, pemotong wayar, pemutar skru, test pen, playar gabung, pita pengukur dan
sebagainya. Peralatan yang telah saya beli tidak lengkap dan terdapat sesetengah yang
rosak. saya telah meminjam peralatan daripada bengkel elektrik dan rakan semasa mereka
siap menggunakannya. Selepas itu, saya melukis litar pada papan menggunakan kapur dan
pembaris untuk memudahkan proses pendawaian nanti.
Pada permulaan pelaksanaan pendawaian konduit litar lampu, kemi kena menanda
dan memotong konduit dengan menggunakan gergaji lengkung halus. Saya menghadapi
masalah iaitu tidak mahir memotong konduit dan sering memotong senget. dengan tunjuk
ajar daripada Encik Hamizan, saya talah faham dan dapat menguasai teknik untuk
memotong konduit-konduit tersebut. Selain itu, kerja membenang juga saya lakukan dengan

cermat. Semasa menyambungkan wayar, saya memastikan wayar disambung ke tempat


yang betul. Saya telah meluangkan banyak masa untuk membezakan warna-warna wayar
yang mewakili fungsi-fungsi tertentu agar tidak melakukan kesilapan. Setelah itu, kami pun
menetapkan kedudukan soket dan suis pada papan dengan menggunakan skru.
Saya dan rakan saling memeriksa pendawaian masing-masing agar memastikan
wayar disambung dengan betul. Rakan sekelas saya mendapati saya telah melakukan
kesalahan semasa menyambungkan wayar kepada soket keluaran. Oleh itu, saya telah
membuka wayar yang salah disambung sekali lagi, lalu menyambungkannya ke tempat
yang betul. Kami juga telah membuat kemasan pada litar pendawaian pembuluh yang telah
siap dihsilkan. dengan penggunaan multimeter, kami telah membuat pengujian terhadap litar
pendawaian pembuluh masing-masing.
Kekuatan yang ada pada saya dalam subjek Teknologi Elektrik dan Elektronik ini
ialah saya amat menitikberatkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan amali
elektrik di bengkel. Saya sentiasa meletakkan bahan atau alatan ke tempat asal selepas
siap menggunakannya terutamanya gergaji lengkung halus. Konduit-konduit yang telah saya
potong juga agak menepati jarak yang diingini serta berbentuk cantik. Saya juga telah
berjaya menghasilkan litar pendawaian konduit yang kukuh dan dapat berfungsi dengan
baik. Semasa kami menjalankan amali dalam kelas, saya juga sentiasa menghulurkan
bantuan kepada rakan-rakan sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah.
Kelemahan yang ada pada saya pula ialah pengetahuan saya dalam bidang elektrik
dan elektronik ini masih amat cetek. Oleh itu, saya sentiasa meminta tunjuk ajar daripada
rakan-rakan terutamanya rakan lelaki yang lebih mahir dalam bidang ini.

Saya amat

berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan bantuan kepada saya dalam
proses pelaksanaan litar pendawaian pembuluh ini. Selain itu, saya juga kurang mahir
dalam penggiraan kos bagi litar pendawaian ini.
Kesimpulannya, saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan tentang bidang
Elektrik dan Elektronik melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Segala pengetahuan dan
kemahiran yang telah saya perolehi daripada perlaksanaan kerja kursus ini amat berguna
bagi saya dan akan saya mengaplikasikan ke dalam proses pengajaran saya pada masa
kelak.

14.0 Bibliografi

Vous aimerez peut-être aussi