Vous êtes sur la page 1sur 2

Pantun Bersuka Ria

Maksud
Rangkap 1
Anak-anak berasa gembira apabila melihat ibunya pulang ke rumah.

Rangkap 2
Sikap suka menunjuk-nunjuk tidak seharusnya diamalkan.

Rangkap 3
Perantau yang merantau jauh akhirnya akan pulang juga ke tempat asalnya.

Rangkap 4
Besi tidak akan berguna lagi jika sudah berkarat dan manusia juga akan dipandang
hina sekiranya tidak berbudi bahasa.

Rangkap 5
Manusia yang hidup di dunia ini mestilah mengamalkan adat yang baik dan sentiasa
berbudi bahasa.
Rangkap 6
Walaupun gula dan madu manis apabila dimakan namun senyuman yang ikhlas
adalah lebih manis dan bermakna.

Tema
Ketinggian nilai budi dan adat dalam kehidupan manusia.
Nilai baik yang diamalkan oleh manusia akan membawa manfaat yang besar kepada
mereka dalam kehidupan seharian.

Persoalan
1. Kegembiraan seorang anak menyambut kepulangan ibunya
Contoh: Seseorang anak pasti akan berasa gembira apabila melihat ibunya
pulang dari mana-mana.
2. Merendah diri merupakan sifat terpuji
Contoh: sikap ayam yang menghebah berita dirinya telah bertelur sebiji
merupakan sikap yang tidak baik.
3. Kita akhirnya akan kembali ke tempat asal juga walaupun kita merantau jauh
Contoh: Sesuatu yang telah menjelajah ke tempat yang jauh akhirnya akan
pulang ke tempat asalnya.
4. Manusia yang tidak berbudi akan dihina
Contoh: Besi akan dianggap tidak berguna jika sudah berkarat. Manakala
manusia juga tidak akan dihormati sekiranya tidak berbudi.
5. Adat dan berbudi bahasa diamalkan dalam kehidupan seharian.
Contoh : Adat menjadi panduan kehidupan manusia agar sentiasa berada pada
landasan yang betul dan budi bahasa yang baik akan membawa manfaat kepada
penuturnya.
6. Persoalan tentang keikhlasan dalam menghadiahkan senyuman.
Contoh : Orang yang senyum dengan ikhlas akan menggembirakan orang lain.

Vous aimerez peut-être aussi