Vous êtes sur la page 1sur 29

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju amat memerlukan
ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Gerakan reformasi
dalam pendidikan matematik adalah perubahan yang amat diperlukan kerana reformasi
pendidikan matematik telah diiktiraf sebagai faktor afektif dalam membangunkan negara
(Schackow, 2005).

Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat
pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
mereka menyelesaikan masalah, meningkatkan penguasaan kemahiran, menimbulkan minat,
membentuk sikap pembelajaran yang betul dan nilai murni yang tinggi serta 3 menjadikan mata
pelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan (Mok, 2003a)

Penyelidikan tindakan merupakan salah satu cara mewujudkan amalan refleksi secara
sistematik yang berasaskan data terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Amalan refleksi ini membolehkan penuntut selaku bakal guru menambah baik pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Amalan yang berterusan ini mampu mencapai salah satu daripada
hala tuju IPG iaitu cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila proses membuat

refleksi secara kitaran dan lingkaran dikongsi bersama dalam majlis ilmu seperti seminar, para
penuntut selaku bakal guru dapat membuat penambahbaikan amalan di bilik darjah.

Peningkatan profesionalisme keguruan perlu dilihat sebagai sesuatu yang mempunyai


kesinambungan dan perlu bermula daripada bakal guru itu sendiri.Penyelidikan tindakan yang
akan saya buat ini adalah berkaitan dengan pemasalahan pelajar dalam mengusai sesuatu topik
dalam matapelajaran matematik.Setiap pelajar mempunyai tahap kecergasan minda yang
berbeza-beza,ketidakfahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar oleh guru sedikit
sebanyak dapat menggangu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

Menurut Shahrul (2009), masalah utama yang dihadapi oleh pelajar kebanyakkananya
adalah daripada memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, menyelesaikan
permasalahan-permasalahan,membuat

keputusan

serta

mengingati

rumus-rumus

matematik.Pelajar selalu menghadapi masalah terutamanya dalam soalan penyelesaian masalah.


Bagi menyelesaikan masalah ini, saya akan menjalangkan satu penyelidikan kajian tindakan
terhadap pelajar tingkatan 2 Ikhlas dan 2 Ihsan yang mana saya lihat beberapa orang pelajarnya
tidak dapat menguasai subjek matematik dengan baik.

Dalam cadangan kajian ini,saya telah mengfokus kepada peningkatan penguasaan bagi
pelajar lemah Tingkatan 2 Ikhlas dan 2 Ihsan dalam menyelesaikan masalah melibatkan
gabungan operasi.Beberapa perkara telah saya kenalpasti dan perancangan tindakan dilakukan

bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan soalan
gabungan operasi.

1.2 Refleksi Pengalaman Lalu

Tanggal 8 Ogos 2015, saya telah ditempatkan untuk mengajar disekolah Maktab Mahmud
Langkawi. Perasaan gembira menyelubungi saya kerana umum mengetahui Maktab Mahmud
Langkawi adalah antara sekolah elit yang terdapat di negeri Kedah ini. Jadi, berkemungkinan
tinggi, saya tidak akan berdepan dengan masalah yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) kerana pelajar disini terdiri daripada pelajar yang terpilih dan agak cemerlang dalam
peperiksaan UPSR.

Pada tahun ini, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar Matematik Tingkatan 2
sebanyak dua kelas iaitu Tingkatan 2 Ikhlas dan 2 Ihsan.Tajuk pertama yang saya ajar iaitu
Nombor Berarah saya mengambil masa selama 2 minggu untuk menghabiskan bab
ini.Walaupun kesemua pelajar ini telah pun mempelajari topik pertama iaitu Nombor Berarah.

Namun, setelah topik ini tamat dipelajari, masih terdapat ramai pelajar yang tidak dapat
menguasai konsep gabungan operasi.Saya telah menerangkan kepada pelajar tentang konsep
BODMAS dalam menyelesaikan masalah melibatkan soalan gabungan operasi secara
serentak.Jika pelajar dapat menghafal konsep BODMAS dengan baik mereka tidak akan
menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah kerana dalam konsep ini syarat-syarat
operasi yang perlu diselesaikan dahulu ditetapkan contohnya jika dalam soalan terdapat operasi
penambahan dan pembahagian pelajar perlu menyelesaikan masalah yang melibatkan
pendaraban dahulu.

Contohnya:
325 + 4 X 5

Mngikut kaedah yang betul pelajar perlu menyelesaikan


masalah yang melibatkan aktiviti pendaraban dahulu,tetapi
apa yang saya lihat mereka akan mengira mengikut kaedah
biasa dengan menyelesaikan dari kiri ke kanan.

Masalah pelajar ialah mereka hanya mahir untuk menjawab soalan jika terdapat satu
operasi yang sama dalam satu soalan dengan tepat. Tetapi masalah mulai timbul apabila soalan
yang diberikan melibatkan gabungan beberapa operasi secara serentak. Ini dapat diperhatikan
melalui pemerhatian cara mereka menjawab latihan dalam buku latihan mereka.

Hal ini lebih membimbangkan apabila didapati kebanyakan pelajar tidak tahu langsung
untuk menjawab soalan yang melibatkan gabungan operasi dalam Ujian Formatif 1 yang
dilaksanakan pada bulan Mac baru-baru ini.

Daripada keseluruhan pelajar yang diajar oleh saya, hampir separuh dari pelajar ini
mendapat markah di bawah 50% semasa Ujian Formatif yang melibatkan soalan dari Topik 1
sahaja.Hasil dari tinjauan awal inilah, saya mula memikirkan idea cara untuk memahirkan semua
pelajar dalam menjawab soalan gabungan operasi ini. Kreativiti dalam P&P amat diperlukan
supaya pelajar dapat menghafal konsep BODMAS dengan baik dan untuk menarik minat
segelintir pelajar ini agar mereka meminati subjek ini dan tidak ketinggalan berbanding pelajar
lain.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Huraian Isu Fokus
2.1.1 Justifikasi Pemilihan isu

Kajian yang telah dilakukan ini berfokuskan kepada kemahiran menjawab dengan tepat
bagi pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan operasi seperti penambahan, +,
penolakan,-, pendaraban, , dan pembahagian, , serentak dalam setiap soalan.Asas gabungan
operasi ini sangat penting dalam pembelajaran matematik,Sekirannya kemahiran ini tidak dapat
dikuasai dengan baik oleh pelajar,maka kesukaran menjawab soalan-soalan yang berkaitan
algebra dan sebagainya akan dihadapi oleh pelajar.

Hasil

pemerhatian

saya

didalam

kelas

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,beberapa perkara yang saya perhatikan menjadi faktor kepada kelemahan pelajar
dalam menguasai topik ini adalah disebabkan pelajar kurang menumpukan perhatian didalam
kelas semasa guru mengajar.Pelajar juga gagal mengusai konsep gabungan operasi iaitu konsep
BODMAS, seperti penambahan, +, penolakan,-, pendaraban, , dan pembahagian, , secara
serentak.Kemahiran yang telah dikaji meliputi jenis soalan seperti berikut: Soalan jenis directed
numbers,Soalan jenis fraction Soalan jenis decimal numbers, Soalan jenis squares.

Hasil daripada pemerhatian terhadap isu-isu ini, saya berharap cadangan kajian tindakan
ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran ini, diharapkan para pelajar dapat menjawab
soalan-soalan ujian atau peperiksaan yang akan datang dengan lebih tepat. Ini boleh membantu

mereka untuk mendapatkan markah penuh bagi setiap soalan struktur yang memerlukan mereka
menunjukkan jalan pengiraan.

2.1.2 Refleksi Punca Isu

Semasa didalam kelas, saya telah menemu bual semua pelajar dari kelas yang diajar oleh
saya mengenai topik gabungan operasi, didapati kebanyakan daripada mereka memahami
maksud BODMAS, tetapi mereka memberitahu mereka lupa dan tidak tahu untuk
mengaplikasikannya dalam soalan.Pelajar sukar memahami konsep gabungan operasi dan
seterusnya

gagal

menyelesaikan

masalah

yang

melibatkan

soalan

gabungan

operasi.Kebanyakkan pelajar mengatakan bahawa mereka kurang berminat untuk mempelajari


subjek matematik kerana menganggap matapelajaran ini susah dan sukar difahami.Mereka juga
tidak berminat untuk membuat latihan.

Antara respon menarik yang saya terima daripada pelajar ialah mereka menyukai aktiviti
permainan semasa sesi pembelajaran.Mereka kurang minat pengajaran yang berfokuskan guru
semata-mata.Pelajar lebih berminat untuk melakukan aktiviti daripada hanya mendengar apa
yang ingin disampaikan oleh guru.Kesimpulannya disini adalah guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar adalah perlu
dipelbagaikan bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan.

Semua buku latihan pelajar telah dikumpulkan dan cara mereka menjawab soalan yang
melibatkan gabungan operasi telah diperhatikan. Didapati, mereka tidak menulis langkah
pengiraan yang betul untuk mendapatkan jawapan dan mereka terus menulis jawapan yang
diperolehi daripada kalkulator.ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap topik ini
adalah rendah.Kebanyakkan pelajar tidak menunjukkan jalan kira dengan betul.Mereka tidak
menggunakan konsep BODMAS dalam menyelesaikan masalah.Apabila mendapat soalan pelajar
akan mengira dari kanan ke kiri walaupun soalan itu melibatkan konsep darab dan bahagi.

Analisis ujian Formatif 1 telah dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tahap


penguasaan pelajar terhadap konsep gabungan operasi.Ujian ini telah diadakan pada bulan Mac
dan sebanyak 20 soalan telah diberikan kepada pelajar yang hanya merangkumi topik satu.
Setelah mengenalpasti masalah pelajar saya telah merekod masalah tinjauan yang dilakukan bagi
menyenangkan proses penyelidikan dilaksanakan.Rekod hasil tinjauan adalah seperti berikut:

Menganalisis Ujian Formatif 1

Analisis markah pelajar dalam ujian Formatif 1 dari Kelas 2 Ikhlas dan 2 Ihsan adalah seperti
berikut:
Jadual 1:Analisis Keputusan Ujian Formatif 1
Gred

Julat Markah

Bilangan Pelajar dan Peratusan Mengikut Kelas

75-100

2 Ikhlas

22.2%

2 Ihsan

12

30%

65-74

55-64

45-54

0-44

2 Ikhlas

16.7%

2 Ihsan

20%

2 Ikhlas

12

33.3%

2 Ihsan

10

25%

2 Ikhlas

19.4%

2 Ihsan

20%

2 Ikhlas

8.3%

2 Ihsan

5%

Daripada analisis yang dilakukan daripada jadual 1,menunjukkan masih ramai pelajar
yang mendapat gred C dan ke bawah iaitu seramai 32 orang iaitu 48.48% dari keseluruhan kelas.
Jadi, ini membuktikan pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan untuk menguasai asas
pengiraan matematik.Terdapat segelintir pelajar yang hanya menulis jawapan tanpa membuat
jalan pengiraan.Ini menunjukkan mereka menyelesaikan masalah hanya menggunakan
kalkulator.Kelemahan pelajar ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diberi pemulihan yang
sewajarnya supaya mereka tidak ketinggalan berbanding pelajar-pelajar lain.

2.3 Tinjauan Literatur

Nombor berarah adalah salah satu daripada topik yang terkandung dalam sukatan
kurikulum Matematik Tingkatan 2. Meskipun topik ini hanya berkisarkan berkenaan konsep
penambahan penolakan pendaraban dan pembahagian secara serentak iaitu gabungan operasi,
perhatian yang lebih perlu diberikan kerana konsep gabungan operasi adalah sangat meluas dan
sentiasa diperlukan pada masa akan datang kerana kandungannya dengan topik-topik matematik
yang lain adalah saling berkaitan. Penggunaan konsep gabungan operasi tidak sahaja tertumpu
dalam bidang Matematik, bahkan juga dalam cabang ilmu yang lain seperti Fizik, Kimia dan
Perakaunan.

Walaupun kandungan topik nombor berarah iaitu gabungan operasi tidak terlalu sukar
tetapi kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai topik tersebut dengan baik. Permasalahan yang
timbul disebabkan pelajar tidak memahami konsep operasi dengan betul, ini menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terganggu. Pengenalan pembelajaran adalah
sangat penting bagi membolehkan pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.
Pengenalan pembelajaran adalah penting dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Idea
yang mengatakan bahawa manusia belajar secara berbeza adalah venerable dan mungkin
mempunyai asasnya (Wratcher, Morrison, Riley, & Scheirton, 1997). Menurut Grasha (1996),
pengenalan pembelajaran adalah kualiti individu yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk
mendapatkan maklumat supaya dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru dalam
pengalaman pembelajaran.

10

Secara teori, kebolehan bukan kognitif juga penting bagi menentukan pencapaian pelajar
dalam matematik (Anneke, Adelene, & Karel, 2001). Kebolehan bukan kognitif juga dikenali
sebagai kebolehan afektif yang dilihat melalui pengenalan pembelajaran matematik (OPM) dari
segi sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran
pembelajaran matematik.

Hubungan antara kebolehan afektif dengan kebolehan kognitif dapat dilihat dalam
Model ARoS (Rajah 1). Model ini menghuraikan pengaruh pemboleh ubah afektif pelajar dalam
membantu proses pembelajaran matematik. Kajian Arsaythamby (2006) mendapati bahawa
sikap, kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalam
pembelajaran matematik. Kebolehan afektif bertindak sebagai pencetus bagi menimbulkan
perasaan ingin belajar matematik, seterusnya mendorong dan menggalak kebolehan kognitif
untuk merangsang pelajar menyelesaikan masalah matematik. Penyelesaian masalah matematik
yang baik dan berkesan membolehkan pelajar menunjukkan pencapaian matematik yang tinggi.
Kebolehan afektif seseorang pelajar berfungsi sebagai pencetus mempengaruhi kebolehan
kognitif, seterusnya meningkatkan pencapaian matematik.

Justeru itu, pencapaian dalam matematik tambahan hanya akan dapat dicapai jika
kebolehan pengenalan pembelajaran matematik dalam afektif yang merangkumi tentang sikap,
kebimbangan, tabiat, tingkah laku dan persekitaran dapat di transformasi kepada yang positif
akan memberi impak dan mencetuskan kepada kemahiran dalam kebolehan matematik
(kognitif).Kurangnya latih tubi adalah kerana kurangnya minat dan menganggap mata pelajaran
adalah sukar menjadikan pelajar tidak bermotivasi untuk mempelajari matematik.

11

Dalam hal yang demikian perlu diadakan satu kajian tindakan untuk mengatasi masalah
di atas.Kajian tindakan perlu dilaksanakan bagi mencari kaedah dalam mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran perlu
dilaksanakan supaya dapat menarik minat pelajar untuk berusaha dengan gigih bagi
membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Secara umumnya, matematik merupakan satu matapelajaran yang penting dan juga
mencabar bagi kebanyakan pelajar (Idris,2005). Menyedari bahawa pelajar memerlukan asas
yang kukuh dalam membentuk konsep Matematik untuk terus membangunkan dan
mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan berkesan, maka guru perlu berusaha untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sentiasa melibatkan pelajar. Para pelajar harus
diberi peluang untuk melaksanakan kemahiran menyelidik, menyelesaikan masalah dan
berkomunikasi atau berinteraksi semasa menyelesaikan masalah matematik.

Sikap yang positif terhadap matematik juga mestilah dipupuk oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Awiah dalam kajian Kamarudin (2008),
sikap pelajar terhadap pelajaran amat diperlukan dalam mencapai kejayaan mereka. Pelajar yang
bersikap positif dapat merangsang minat untuk belajar, melahirkan sifat ingin tahu dan mencuba
serta boleh berfikir secara terbuka. Ini menunjukkan bahawa golongan yang bersikap positif
terhadap pelajaran merupakan golongan yang maju dan mempunyai pencapaian akademik yang
tinggi berbanding dengan golongan yang bersikap negatif. Tambah beliau lagi kecemerlangan
seseorang pelajar adalah bergantung kepada minat dan motivasi dalam diri mereka sendiri.

12

Manakala menurut Maidinsah (2004), guru yang menggunakan kaedah tradisional dan
penerangan sahaja dalam menerangkan konsep matematik akan menyebabkan pelajar tidak
meminati matapelajaran Matematik seterusnya menjurus kepada kemerosotan dalam pencapaian
pelajar. Lantaran itu, dalam cadangan kajian tindakan ini, saya telah memilih untuk
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan aktiviti permainan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran saya lebih menarik dan lebih berkesan dan seterusnya dapat
meningkatkan pemahaman dan penguasaan konsep gabungan operasi di kalangan pelajar
Tingkatan 2 Ikhlas dan 2 Ihsan.

13

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan pelajar akan mencapai objektif dimana
saya berharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran semua murid dalam menjawab
pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan operasi iaitu +, -, dan secara serentak. Saya
juga berharap para pelajar akan lebih minat terhadap subjek ini dengan pelbagai aktiviti yang
diadakan.

Objektif Khusus:

1.

Memastikan semua murid mahir menjawab pelbagai jenis soalan gabungan operasi

2.

menggunakan BODMAS pada aras mudah dengan tepat.


Memastikan semua murid mahir menjawab pelbagai jenis soalan gabungan operasi

3.

menggunakan BODMAS pada aras mudah dan sederhana dengan tepat.


Memastikan semua murid mahir menjawab pelbagai jenis soalan gabungan operasi
menggunakan BODMAS pada aras mudah, sederhana dan sukar dengan tepat.

4.0 SOALAN KAJIAN

14

Dalam kajian, beberapa soalan kajian telah dikenalpasti seperti berikut:

I.

Adakah pelajar dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran semua murid dalam
menjawab pelbagai jenis soalan yang melibatkan gabungan operasi iaitu +, -, dan

II.

secara serentak?
Apakah keberkesanan penggunaan konsep BODMAS dalam meningkatkan kefahaman

III.

dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah melibatkan gabungan operasi?


Adakah aktiviti yang dilakukan (Cuba Tunjuk Anda Punya,Maths Box dan Bingo Maths)

IV.

dapat menarik minat pelajar terhadap topik gabungan operasi?


Adakah akan terdapat peningkatan markah pelajar selepas kajian tindakan ini selesai
dilaksanakan?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid daripada kelas 2 Ikhlas dan 2 Ihsan yang
mendapat markah kurang dari 50% semasa Ujian Formatif 1 yang lalu. Mereka terdiri daripada
10 orang lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. (Rujuk Lampiran 1)

6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

6.1 Model Kajian Tindakan


15

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya
ialah model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & Mctaggart (1988). Model
tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan seperti berikut:

Bagi melaksanakan kajian tindakan yang telah saya cadangkan, saya telah merujuk kepada
model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & Mctaggart (1988) iaitu
Mereflek,Merancang, Tindakan dan Memerhati. Berdasarkan model tersebut saya telah:
i. Menjalankan refleksi ke atas satu satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani.
ii. Membuat perancangan dengan teliti supaya model kajian tindakan tercapai.
iii. Membuat tindakan ke atas pelajar berdasarkan strategi-strategi yang dirancang.
iv. Memerhatikan hasil pembelajaran pelajar setelah kajian tindakan selesai dilaksanakan
dengan mengadakan ujian dan sebagainya

16

6.1.1 Penerangan Konsep BODMAS

Sebelum penyelidikan tindakan intervensi dilaksanakan terhadap 20 orang pelajar


tersebut, saya telah menerangkan kepada semua pelajar yang terlibat tentang aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang tempoh kajian ini akan diadakan.Saya juga menerangkan
kembali konsep BODMAS, Kaedah BODMAS ialah peraturan tentang operasi mana yang
hendak

didahulukan

dalam

menyelesaikan

masalah

yang

berkaitan

dengan

operasi

bercampur.Pelajar perlu melihat pada soalan, sama ada soalan itu mempunyai jenis operasi
darab,bahagi,tambah atau tolak.Pelajar haruslah mengikuti susunan yang ditetapkan dalam
BODMAS untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat.Saya telah meminta pelajar untuk
menghafal konsep ini dengan menyanyikannya kerana dengan nyayian pelajar lebih senang
menghafal dan konsep akan bertahan lama dalam pemikiran pelajar.Saya telah mencipta satu
lirik lagu dan diedarkan kepada pelajar (Rujuk lampiran 2)

Selain itu, saya telah menerangkan kepada semua pelajar tentang cara menulis jawapan
dengan betul.Saya juga menerangkan bahawa pelajar perlu memahami kehendak soalan sebelum
menjawab ataupun mengira supaya tidak berlaku kesilapan.Di bawah ini saya telah memaparkan
contoh penggunaan BODMAS dalam menyelesaikan masalah:
Peraturan ini hendaklah diikuti bagi menyelesaikan masalah berkaitan
dengan operasi Gabungan Operasi. Ingat BODMAS.
a)

2 X (4+ 3) =

operasi yang terdapat dalam kurungan hendaklah


17

b)
c)

125 + 36 9 =
325 4 X 5 =

diselesaikan dahulu.
selepas itu, operasi bahagi hendaklah diselesaikan.
Kemudian baru operasi darab diselesaikan selepas
operasi bahagi.

Perlu diingat bahawa operasi darab dan bahagi merupakan kumpulan yang sama. Oleh itu ia
hendaklah diselesaikan dari kiri ke kanan. Contoh:
3 X 4 2 = selesaikan dari kiri ke kanan (dahulukan operasi darab)

Begitu juga operasi tambah dan tolak merupakan kumpulan yang sama. Oleh itu ia hendaklah
diselesaikan dari kiri ke kanan. Contoh:
10 - 5 + 3 = selesaikan dari kiri ke kanan (dahulukan operasi tolak)

Selepas penerangan ini selesai,saya menyuruh pelajar menyalin nota ini di dalam buka
nota mereka.Saya menyarankan pelajar supaya menghafal konsep BODMAS ini supaya pelajar
tidak melakukan sebarang kesalahan lagi semasa menyelesaikan masalah yang melibatkan soalan
gabungan operasi.Harapan saya semoga para pelajar dapat mengigat tentang konsep BODMAS
dengan baik.Kemudian saya akan mengfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang telah saya rancang
bagi menarik minat pelajar kepada matapelajaran matematik dan sedikit sebanyak dapat
membantu pelajar dalam menguasai topik gabungan operasi.

18

6.2 Langkah-langkah Tindakan

6.1.2Mengadakan Ujian Pra

Satu Ujian Pra telah dilaksanakan pada awal pelaksanaan Kajian Tindakan ini dimana
soalan dalam Ujian Pra merangkumi jenis soalan directed numbers, fraction, decimal
numbers dan squares yang melibatkan gabungan operasi dalam pelbagai tahap kesukaran iaitu

19

Mudah, Sederhana dan Sukar. Ujian Pra ini dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar
dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan operasi. Sebanyak 15 soalan
disediakan dan mesti dijawab dalam masa 45 minit. (Rujuk Lampiran 2)

Markah diberi mengikut langkah yang betul dan jawapan akhir yang tepat. Semua
langkah pengiraan mereka haruslah merujuk kepada formula BODMAS.Hasil keputusan
daripada Ujian Pra ini telah digunakan sebagai panduan sebelum tindakan intervensi
dilaksanakan.Saya juga menerangkan kepada pelajar yang terlibat tentang aktiviti yang akan
dijalangkan dan juga tentang kaedah penyelesaian melibatkan gabungan operasi dengan
menggunakan konsep BODMAS.

Jadual 2: Soalan Ujian Pra dan Tahap Kesukaran


Soalan Ujian Pra
Tahap Kesukaran
Mudah
Sederhana
Sukar

Nombor Soalan
1,4,10,12,13
2,3,6,8,14
5,7,9,11,15

Bilangan Soalan
5
5
5

Berdasarkan tinjauan masalah dan analisis tinjauan masalah, tindakan berikut telah dirancang
dan dilaksanakan iaitu:

Aktiviti
1.
2.
3.

Cuba Tunjuk Anda Punya


Maths Box
Bingo Maths

20

Aktiviti 1: Cuba Tunjuk Anda Punya

a) Aktiviti ini merangkumi soalan gabungan operasi dari tahap kesukaran yang mudah.
b) Setiap pelajar telah diberikan satu set soalan (Rujuk LAMPIRAN 3 Soalan Aktiviti 1) dan
diberi masa 20 minit untuk menjawab soalan tersebut.
c) Saya meminta pelajar menunjukkan jawapan di papan putih dan mesti menerangkan kepada
kelas bagaimana anda mendapat jawapan tersebut.
d) Saya telah meminta pelajar mencabut nombor soalan untuk ditunjukkan di papan putih. pelajar
yang dapat menjawab dengan betul dan mempunyai langkah yang lengkap diberi satu mata
manakala satu mata akan ditolak jika terdapat kesalahan dalam langkah pengiraan.
e) Semua pelajar mengumpul mata dan jumlah mata akan dibawa ke aktiviti berikutnya.
f) Pelajar dibenarkan meminta tips menjawab dari guru untuk membantu mereka mendapat
jawapan yang tepat.

Aktiviti 2: Maths Box

a) Aktiviti ini merangkumi soalan gabungan operasi dari tahap kesukaran sederhana dan sukar.
b) Guru telah menunjukkan beberapa contoh pengiraan di papan putih supaya pelajar memahami
setiap perkara yang harus dilakukan selepas ini dan hanya merujuk kepada BODMAS setiap kali
menjawab soalan. Guru telah melukis kotak-kotak Word Puzzle yang harus diselesaikan oleh
murid di papan putih. (Rujuk LAMPIRAN 4 Soalan Aktiviti 2).
c) Pelajar diminta mencuba menyelesaikan puzzle tersebut. Syarat-syarat permainan ini adalah
seperti berikut:

21

Aktiviti ini adalah secara berpasangan. Setiap pasangan mencabut satu soalan dari Maths Box
yang disediakan oleh guru. Pasangan tersebut diberi masa 2 minit untuk menjawab soalan
tersebut.
Jika pasangan tersebut menjawab dengan tepat, mereka mendapat satu mata, dan mereka boleh
memilih huruf yang diingini untuk meneka puzzle di papan putih. Satu mata dipotong jika
jawapan salah. Jika tidak dapat menjawab atau jawapan salah, mereka tidak boleh memilih huruf.
Giliran diberi kepada pasangan seterusnya.
Setiap pasangan diberi peluang untuk menjawab soalan sehingga puzzle diselesaikan.
d) Permainan telah diteruskan sehingga semua pasangan sudah membuat sekurang-kurangnya 2
kali cubaan.
e) Semua mata yang dikumpul untuk aktiviti ini dibawa ke aktiviti seterusnya.

Aktiviti 3:Bingo Maths

a) Aktiviti ini merangkumi soalan dari tahap kesukaran mudah, sederhana dan sukar.
b) Semua pelajar-pelajar harus menunjukkan jalan kira seperti mana yang telah dilakukan dalam
Aktiviti 1 dan 2 yang terdahulu.
c) Guru memberikan satu papan BINGO di mana terdapat 25 soalan yang berbeza pada papan
tersebut. Soalan tersebut hanya dilabel sebagai nombor 1 hingga 25 dan guru memberikan soalan
mengikut pilihan murid (Rujuk LAMPIRAN 5 Soalan Aktiviti 3).
d) Murid dibahagikan kepada pasangan. Setiap pasangan boleh memilih nombor soalan yang
disukai. Setiap pasangan harus menjawab soalan sehingga

22

mendapat BINGO. Pasangan yang mendapat BINGO dahulu telah mendapat mata. Jumlah mata
untuk keseluruhan aktiviti dikira. Murid yang mendapat mata tertinggi diberi hadiah.

6.3 Kaedah Mengumpul Data

6.3.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan sangat penting dalam kajian ini dimana saya telah membuat
pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Selain itu pemerhatian
juga dibuat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan didalam kelas.

6.3.2 Menyemak buku latihan pelajar

23

Saya telah meminta pelajar untuk mengumpulkan semua buku latihan,dan pada masa yang sama
saya menyemak semua buku latihan mereka dan dapat kenalpasti masalah yang dihadapi oleh
setiap pelajar.

6.3.3 Temubual

Saya telah memanggil kesemua pelajar berkaitan dan telah menemubual mereka secara individu,
daripada hasil temubual saya dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka.

6.3.4 Borang Soal Selidik

Saya juga telah menyediakan boring soal selidik sebelum dan selepas kajian tindakan
dijalangkan.Borang tersebut diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap matapelajaran matematik, kaedah pengajaran guru tentang penggunaan bahan sumber
dalam pengajaran dan pembelajaran topik gabungan operasi.

6.3.5 Analisis Ujian Formatif 1

Melalui markah ujian formatif 1, saya telah analisis dan telah dapat mengenalpasti pelajar yang
mempunyai masalah dalam topik gabungan operasi serta pelajar yang lemah dalam tajuk ini.

6.3.6 Ujian Pra

24

Saya telah mengadakan ujian pra bagi menguji tahap pemahaman dan penguasaan kemahiran
pelajar terhadap topik gabungan operasi.Ujian ini dijalangkan sebelum aktiviti-aktiviti
dijalangkan.

6.3.7 Ujian Pasca

Akhir Sekali, Ujian pasca dijalangkan setelah segala aktiviti selesai dilaksanakan,ujian ini
diadakan adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan teknik dan aktiviti yang dijalankan
sepanjang tempoh kajian terhadap peningkatan percapaian pelajar.

6.4 Kaedah Menganalisis Data

Saya akan mengukur tahap peningkatan pemahaman dan penguasaan 20 orang pelajar
tersebut terhadap topik gabungan operasi dengan membuat pengukuran secara kuantitatif.Datadata pemarkahan mereka juga akan direkod melalui ujian pra dan ujian pasca dan membuat
perbandingan markah pelajar sama ada meningkat ataupun menurun. Analisa data secara ujian
dapat dilakukan melalui:
I.
II.
III.
IV.
V.

Mengira bilangan dan peratusan pelajar yang tidak memahami sesuatu item.
Mengira bilangan pelajar yang lulus dan gagal secara keseluruhan
Melakukan analisis bilangan pelajar yang mendapat markah rendah
Melakukan analisis pelajar-pelajar yang menjawab soalan yang dikemukakan.
Mengenalpasti item yang senang dan susah untuk memperoleh indeks kesukaran.

Saya juga akan membuat analisis Segala keberkesanan aktiviti-aktiviti permainan yang dirancang
untuk mengetahui keberkesanannya dalam menarik minat pelajar dengan mengadakan temubual.
25

I.

Saya akan memanggil semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti dan bertanya tentang

II.

tahap minat mereka terhadap topik gabungan operasi sebelum dan selepas aktiviti
Saya juga meminta pelajar mencatat tentang perasaan mereka selepas aktiviti
dijalangkan.

6.5 Jadual Pelaksanaan/Carta Gantt


Bil.

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

Catatan

26

Mengenalpasti

masalah

dan 25 September-5 Oktober 2015

pengumpulan data awal

Menulis proposal Kajian

6 Oktober -27 November 2015

Menghantar proposal kajian

29 November 2015

Merancang tindakan

10 Oktober 2015

Soal selidik dan Ujian Pra

2 November 2015

Melaksanakan Pelan Tindakan

4-18 November 2015

Ujian Pasca

19 November 2015

Refleksi Kajian

21 November 2015

Menulis laporan kajian

21 November 2015

6.6 Kos Kajian/Perbelanjaan

Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini disertakan seperti berikut:

27

Bil

Jenis Bahan

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah Kos

1.

Buku catatan guru

RM 8

RM 8

2.

Cetakan bahan dan laporan 120

RM 0.10

RM 12

kajian

3.

Manila Kad

RM 0.80

RM 4.80

4.

Marker Pen

12

RM 2.00

RM 24.00

5.

Kertas A4

50

RM 0.05

RM 2.50

JUMLAH

RM 51.30

SENARAI RUJUKAN
Idris (2005).Penyelidikan dalam pendidikan.Malaysia: McGrawHill
Johnson, D.W and Johnson, R.T. (2003).What is Cooperative Learning.
28

Dicapai daripada http:www.co-operation.org


Kamaruddin (2008) Syoknya Belajar!Melakar kejayaan dalam Pelajaran.Shah Alam
Selangor.Karya Bestari Sdn Bhd
Maidinsah H.(2004).Kesan Kaedah Pengajaran Metakognisi-Inkuiri
Terhadap Prestasi Dalam Matematik dan Penaakulan Saintifik Di Kalangan Pelajar
Diploma.Universiti Teknologi Mara.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik :
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan2008(TUNTAS).
Kedah : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Buku Teks Mathematics Form 2 Volume 1.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

29

Vous aimerez peut-être aussi