Vous êtes sur la page 1sur 12

KERTASKERJA

PENGELOLAAN SUKANEKA
KOKURIKULUM ( PERSATUAN )

LATAR BELAKANG
Pertandingan sukaneka

merupakan satu aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh

menggembirakan peserta. Disamping itu pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru
dalam diri insaninsan yang pada asalnya mempunyai sikap rendah diri. Permainan sukaneka
adalah sesuatu aktiviti

yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain,

berseronok dan mengisi masa lapang.


Permainan sukaneka juga mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal
bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para
peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan
para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan
sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game
sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka
juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan
sesuatu pertandingan seperti ini.
TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memperincikan senarai penyertaan pelajar,
senarai guru pengiring dan senarai perbelanjaan. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan
sumbangan perbelanjaan mengurus bagi pasukan ini.
MATLAMAT & ASAS PERTIMBANGAN
Matlamat

sukaneka

ini

diadakan

adalah

untuk

memupuk

semangat

kerjasama,

persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan
sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta
dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak
langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang
menarik dan produk Melahirkan generasi Malaysia yang aktif dan sihat dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing
masing.

5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea


melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih
dalam penghasilan kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh

pengalaman

dan

memperkembang

kemahiran,

pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang


dijalankan.
9. Mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam sukan boling untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi.
10. Mematuhi arahan dan peraturan-peraturan.
11. Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani.
12. Mewujudkan semangat bekerjasama.
13. Melahirkan sifat-sifat berdaya saing.
14. Membentuk keyakinan diri.
Tema Program

Kecemerlangan Insan Kegemilangan Bersama

Sasaran Penglibatan: Pelajar KDC / KDPM November 2012


Tarikh

16 MAC 2016

Masa

2.00 PETANG 4.00 PETANG

Tempat

PADANG AWAM IPG KAMPUS,


ILMU KHAS,CHERAS,KUALA LUMPUR

Perasmian

En. Mohd Dahlan bin Abdul Kadir

Ahli Jawatankuasa

Penaung
En Shaari B Osman
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
Penasihat
En. Mohd Dahlan bin Abdul Kadir
Ketua Unit
Unit Kokurikulum
Pensyarah Pengiring:
Puan Lailati binti Mohd Noh

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Pengerusi
Pn Hema Malini a/p Nagaiah
Naib Pengerusi
Pn Rohani bt Bador
Setiausaha
Pn Mahani bt Ismail
Bendahari
Pn Azlina bt Mokhtar

Ahli Jawatankuasa Kecil :


Teknik dan Alatan
Pn Kogeelavanee a/p Raja Gopal
Pn Roswati @ Ros Binti Jemintan
Alat Siaraya
Pn.Norfariza Binti Nazri
Pn.Asrul hanim bt Arifin
Buku Program
Cik Mardiana Binti Murad
Pelaporan Media
Pn Nazirah bt Othman
Pn. Nurbaizurah bt Ibrahim
Jamuan & Makanan

Pn Azizah Aminah Binti Baharuddin


Pn Maryani Binti Abdul Rahman
Persiapan tempat
Pn Rohani Binti Bador
Pn Nur Azwani bt Mohd.Noor
Hadiah & Cenderamata
Pn Normah bt Mat Isa
Cik Siti Nor Liyana Binti Baharuddin

Protokol & perasmian


Pn Azlina Binti Mokhtar
Pn.Azniza bt Zaini
Kebersihan
Cik Mardiana Binti Murad
Pn Zanita Azwin Binti Arifin
Disiplin & Keselamatan
Pn Hema Malini A/P Nagaiah
Floor Manager
Pn. Zanita Azwin bt Arifin

TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM
2 :00 Petang

: Kehadiran pendaftaran

2:30 Petang

: Acara dimulakan
: Sukaneka di mulakan
: Ketibaan VIP
: Ucapan alu-aluan

: Ucapan Penutup
: Penyampaian hadiah
: Jamuan makan
: Majlis bersurai
Acara Sukaneka
1. Leret Bola dalam gelong rotan
2. Bawa Bola dalam sudu
3. Menjunjung kasih
4. Tiup Belon sampai pecah
5. Menyumpit

Peraturan
1.

Leret bola dengan gelung rotan serta pusing kon dan patah balik kawan kedua dan
seterusnya sehingga penamat

2.

Bawa bola dalam sudu tanpa di pegang dan tangan kiri kebelakang,jika sudu di pegang
di kira batal.

3.

Menjunjung kasih ialah pundi kacang di letak di atas kepala sambil berjalan dan kedua
belah tangan di belakang.Jika pundi kacang jatuh ia perlu di ambil semula dan letak di
atas kepala semula sehingga penamat.

4.

Tiup belon sampai pecah ialah tiup belon sampai pecah baru lari pasing kawan dan
seterusnya sehingga ke garisan penamat.Jika belon tidak pecah di kira batal.

Menyumpit ialah meniup putik kapas sehingga terbang dan peserta akak duduk di mana
putik kapas itu berhenti.peserta yang mempunyai jarak jauh dikira pemenang.

BUTIRAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan Untuk Hadiah

= RM 100.00

Perbelanjaan Peralatan

= RM 50.00

Makan & Minum

= RM 100.00
JUMLAH

Jumlah keseluruhan

= RM 250.00

JUMLAH

= RM 250

PENUTUP
Harapan agar Pertandingan Bowling ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu
daripada semua pihak yang terlibat.Semoga dengan pelaksanaan pertandingan ini dapat
mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam sukaneka untuk diketengahkan diperingkat yang
tertinggi.
Disediakan Oleh:-

Disahkan Oleh:-

...

(MAHANI BINTI ISMAIL )

( PN. LAILATI BT. MOHD. NOH )

Setiausaha

Pensyarah IPG Kampus Ilmus

Bidang Tugas dan Tanggungjawab Ahli-ahli Jawatan Kuasa


1. Pengerusi

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan


aktiviti.
Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.

Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas
atau aktiviti.

Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak
yang berkenaan.

Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan

2. Timbalan Pengerusi

Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.

Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.

Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.

Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.

Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan.

Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.

Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.

Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

4. Bendahari

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.

Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan.

Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.

Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lainlain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.

Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.

Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi


perlaksanaan kejohanan.

Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.

5. Jawatan kuasa Kewangan/ Tajaan di bawah Bendahari

Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatan kuasa kecil lain untuk dimajukan kepada
jawatan kuasa pusat.

Segala permohonan perbelanjaan perlu diluluskan oleh jawatan kuasa pusat terlebih
dahulu.

Membuat pesanan barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan.

Menyediakan surat tawaran (lo) dan baucar bagi urusan pentadbiran dan pengurusan
kejohanan.

Bertanggungjawab dengan menyimpan bil-bil yang terlibat dan kunci kira-kira dalam
kejohanan

Mengawal dan menyelia segala perbelanjaan perjalanan kejohanan

AJK DISIPLIN & KEBERSIHAN

Memastikan peserta mematuhi peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan.

Memastikan peserta menepati masa sebagaimana yang dijadualkan.

Memastikan peserta patuh dan mengikuti setiap arahan yang diberikan..

Memastikan peserta tidak melakukan perkara terlarang.

Memastikan tidak berlaku perselisihan faham yang kritikal atau pergaduhan dalam
kalangan peserta.

Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi.

AJK HADIAH DAN CENDERAHATI

Mengurus hal berkaitan dan kos perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini bagi
tujuan hadiah.

Menyediakan hadiah bagi aktiviti yang ingin dipertandingkan.

Menyediakan cenderahati untuk pensyarah dan peserta sebagai kenang-kenangan.

AJK BUKU PROGRAM

Menyediakan buku program.

Menyediakan tentatif sepanjang perlaksanaan program.

AJK AKTIVITI/PERSEMBAHAN

Merangka, merancang dan mengurus aktiviti yang hendak dijalankan.

Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti


yang hendak dilakukan.

Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan.

Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang bertanggungjawab.

Bertanggungjawab memastikan aktiviti dijalankan mengikut masa dan jadual


yang ditetapkan.

Memastikan kelancaran aktiviti

AJK JAMUAN DAN MAKANAN

Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan pensyarah.


Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan.
Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang dijadualkan.
Membuat jadual tugasan memasak mengikut giliran.
Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan dapur.
Peka terhadap masalah yang dihadapi oleh peserta seperti sesetengah individu yang
mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan.

DISIPLIN DAN KESELAMATAN

Memastikan keselamatan peserta

Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan.

Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan peralatannya adalah lengkap.

Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, serta membuat pemantauan dan kawalan
keselamatan.

Peka terhadap masalah kesihatan peserta.

AJK ALAT SIARAYA

Memastikan peralatan sistem tersebut berada dalam keadaan baik sepanjang masa dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan tersebut.

Menyediakan sebuah rekod catatan penggunaan sistem tersebut bagi memudahkan


guru penyelia peralatan tersebut membuat tindakan seterusnya. Guru-guru yang
memerlukan khidmat sistem siaraya hendaklah terlebih dahulu mencatatkan Nama dan
Tarikh penggunaan bagi memudahkan pihak jawatankuasa menyediakan seperti yang
dikehendaki.

Menyediakan, mengemaskini stok / inventori mengenai peralatan siaraya

Memastikan dewan dan stor sementara bersih dan ceria serta dikunci dengan selamat.

Jawatan kuasa Jemputan dan Sambutan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau
penutup.

Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.

Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara pembukaan dan upacara
penutup.

Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau penutup

Menyediakan naskhah bacaan ikrar kejohanan.

Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan.

Menyediakan teks bacaan doa.

Melantik dan melatih pembaca doa.

Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluankeperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan,
muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara pembukaan atau


penutup kejohanan seperti Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan
penutup. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan
kepada Jawatan kuasa kewangan.

Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di dalam astaka.

Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.

Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan segala
persiapan untuk keperluan sambutan.

Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk
yang sepatutnya.

Jawatan kuasa Keselamatan

Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang program dijalankan

Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak mendatangkan bahaya

Bekerjasama dengan

pihak

keselamatan untuk

menjaga

keselamatan

tempat

pertandingan.
Jawatan kuasa Protokol dan Sambutan

Membentuk satu jawatan kuasa kecil.

Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian atau
penutup.

Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir.

Menyediakan roset untuk jemputan yang bersesuaian.

Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi upacara pembukaan dan upacara
penutup.

Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis perasmian atau penutup

Menyediakan naskhah bacaan ikrar kejohanan.

Melantik dan melatih pembaca ikrar kejohanan.

Menyediakan teks bacaan doa.

Melantik dan melatih pembaca doa.

Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam menyediakan keperluankeperluan berkaitan dengan penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan,
muzik yang bersesuaian dan lain-lain.

Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk upacara pembukaan atau


penutup kejohanan seperti Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan
penutup. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk di hantar dan dipertimbangkan
kepada Jawatan kuasa kewangan.

Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan jemputan.

Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat, jemputan khas dan segala
persiapan untuk keperluan sambutan.

Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat
duduk yang sepatutnya.

TUGASAN
UNIT KOKURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS KERJA
PENGELOLAAN PROJEK SUKANEKA
KOKURIKULUM

Disediakan oleh :
MAHANI ISMAIL

Vous aimerez peut-être aussi