Vous êtes sur la page 1sur 2

JENIS-JENIS TOPENG

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan.Proses


penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.
Topeng

adalah

sejenis

hasil

kraf

yang

dibuat

untuk

menggambarkan

rupa

manusia,haiwan atau watak-watak fantasi.Topeng dipakai untuk menutupi bahagian di sekeliling


mata,muka atau keseluruhan kepala.Terdapat tiga jenis topeng iaitu topeng mata,topeng muka
dan topeng serkup.

Topeng
Muka

Topeng Mata

Topeng
Serkup

TOPENG MUKA
Topeng muka boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan kertas
yang dipotong halus-halus.
Cara Penghasilan :

Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah
untuk dikisar.Kemudian kertas papier mache(surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar
mudah dibentuk dan kukuh.Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah kedalam
bekas kemudian digaul dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.Kertas
dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam
keadaan menjadi bulat.Tampalkan kertas tadi diluar belon separuh sahaja.Simpan belon
ditempat yang sesuai agar tidak kempis.Biarkan kertas tampalan kering untuk beberapa
hari.Tanggalkan kemudian jemur dibawah cahaya matahari hingga kering dan keras.Warnakan
topeng mengikut watak yang dikehendaki.
TOPENG MATA
Topeng mata merupakan topeng yang dipakai untuk menutup mata sahaja.Anggota lain seperti
mulut hidup dapat dilihat semasa memakai topeng mata.

TOPENG SERKUP
openg turut dapat diklasifikasikan kepada kesenian daerah.Pada zaman dahulu topeng di
kesenian daerah umumnya digunakan untuk menghormati persembahan atau memperjelaskan
watak dalam mengiringi kesenian.Menurut aspek kesenian daerah ini,terdapat beberapa jenis
topeng. Antaranya ialah Topeng Jawa,Topeng Bali,Topeng Dayak,Topeng Pajegan,Topeng
Panca dan Topeng Prembon.