Vous êtes sur la page 1sur 2

Asal-usul lagenda Ulek Mayang

Sejarah ulik mayang bermula pada zaman dahulu, sekumpulan nelayan keluar ke laut
menangkap ikan dengan berperahu. Tiba-tiba, mereka telah dilanda ribut yang amat dasyat di
tengah lautan sehingga jong yang dinaiki mereka telah dipukul ombak ganas. Kesemua nelayan
terhumban di dalam laut yang bergelora sambil terkapai-kapai menyelamatkan diri. Akhirnya
mereka kepenatan dan beralah dengan takdir apabila gagal menyelamatkan diri dari kekuatan
ombak laut yang tidak dapat dikawal lagi.
Seterusnya, ribut menjadi reda dan kembali kepada sedia kala. Tubuh para nelayan
tersebut telah dihanyutkan ke pantai. Seorang demi seorang nelayan terjaga dan berasa
beruntung kerana terselamat. Akan tetapi, salah seorang daripada nelayan tersebut tidak
sedarkan diri. Mereka menyangka bahawa nelayan tersebut telah mati namun, ternyata
tubuhnya masih bernyawa apabila diperiksa.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengeshaki bahawa jiwa nelayan yang tidak
sedarkan diri itu berada di alam lain walaupun jasadnya ada bersama mereka. Zaman tersebut
lebih juga dikenali sebagai zaman animisme dimana bomoh digunakan untuk meyembuh
penyakit seseorang. Oleh itu, nelayan-nelayan tersebut memanggil bomoh untuk menyedarkan
kembali nelayan tersebut. Bomoh tersebut mengubatinya dengan bacaan mantera dan apabila
diseru, bomoh tersebut mendapati nelayan itu telah dipukau oleh semangat laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menguji kesemua nelayan tetapi hanya
seorang yang tertarik. Dipercayai nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian.
Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia nyata namun, Puteri itu
telah menyeru seorang kakaknya untuk membantu. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi
kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang puteri sehingga menjadi
enam orang kesemuanya.
Pertarungan antara bomoh dan puteri-puteri tersebut menjadi semakin sengit hingga
menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Apabila pertarungan menjadi sangat sengit,
muncullah Puteri ke-7, iaitu puteri yang sulung. Puteri ini memiliki rupa yang lebih rupawan,
lebih kuat dan bijaksana. Setelah itu, bomoh telah merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan
semula semangat nelayan tersebut. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung
memerintahkan pertarungan itu dihentikan. Dalam pertempuran tersebut, puteri sulung berkata;
aku tahu asal-usulmu,
Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.

Jiwa nelayan telah dipulangkan dan nelayan kembali sedar. Bomoh dan rakan-rakan
nelayan berasa terhutang budi kepada sang puteri, mereka telah mempersembahkan nasi
bewarna kepada sang puteri sebagai tanda penghargaan atau berterima kasih. Upacara ini
kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada
semangat-semangat laut.
Walaupun asal-usul bermulanya tarian ulik mayang terdapat dalam perbagai versi
namun, susunan peristiwanya agak serupa iaitu tentang sekumpulan nelayan yang telah
mengalami kecelakaan di laut dan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri. Tarian ini
dilakukan untuk memuja semangat Puteri yang merujuk kepada tujuh semangat yang bersal
dari laut. Semangat puteri ini sudah wujud di kalngan masyarakat Terengganu sebelum
kedatangan Islam lagi dan ia berakar umbi dari kepercayaan animisme atau khurafat
masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuh Semangat Puteri dikenali sebagai Puteri Satu,
Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh.
Terdapat beberapa sumber menyatakan upacara Ulik Mayang dimainkan sewaktu
musim puja pantai sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu
nelayan dan upacara mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja. Namun
begitu, upacara Ulik Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan
hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan
jampi. Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir
Panjang, Kuala Terengganu.

Vous aimerez peut-être aussi